Anda di halaman 1dari 18

1

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG


SK JALAN SUNGAI BESI (1)
DEWAN SERI BESTARI
15 NOVEMBER 2014

BIL AGENDA TEKS


Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Yang
Ketibaan Dipertua PIBG SK Jalan Sg. Besi 1, EN ABD WAHAB
1. tetamu BIN ISMAIL, diiringi oleh PN RAHIMAH BINTI PEAAI,
utama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Sg Besi 1 ke
tempat duduk utama.

2. Bacaan doa.










,







HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
Sebelum kita memulakan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang SKJSB 1 tahun 2014, izinkan saya CIKGU
LATIF menyampaikan serangkap pantun.
2

[ PANTUN ]
Membeli pukat di Simpang Empat,
singgah sebentar di Anjung Batu,
tangan diangkat jari dirapat,
doa dipanjat memohon restu.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita
bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh EN KAMARUDDIN BIN MAHAMAD..
Dengan penuh takzimnya dipersilakan EN.
KAMARUDDIN.
[DOA]
*Amin, amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi. Mudah-mudahan Majlis Anugerah
Cemerlang kita berlangsung dengan lancer dan
mendapat rahmat daripada ALLAH swt.
3

3. Ucapan alu- HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


aluan [ PANTUN ]
Pengerusi Menguntum manis senyuman si dara,
Majlis datang teruna ingin bersua,
assalamualaikum pembuka bicara,
salam hormat untuk semua.

Mari dimakan sirih puan,


sirih dipetik di Tasek Chini,
selamat datang tuan dan puan,
menjadi penyeri majlis ini.

Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu


Malaysia.
Yang Berusaha Pn. Rahimah Binti Peaai selaku Guru
Besar SK Jalan Sungai Besi 1,
Yang Berbahagia YDP PIBG SK Jalan Sungai Besi 1,
En. Abdul Wahab Bin Ismail ,

Para jemputan khas,


Guru-guru penolong kanan,
Barisan pendidik, guru-guru yang penuh dedikasi,
4

AJK PIBG SK Jln Sg Besi 1,


para ibu-bapa dan penjaga yang prihatin,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt, kerana


dengan limpah Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-
sama berkumpul dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang
SK Jln Sg Besi 1 Tahun 2016.Pihak majlis mengalu-
alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-
murid ke majlis pada hari ini.

Tujuan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jln Sg Besi


1 ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian
murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang
dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang
tahun 2016 ini. Diharap dengan penghargaan yang
diberikan akan mencetuskan lagi semangat murid-murid
untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa-
masa akan datang.
5

4 Ucapan HADIRIN YANG DIHORMATI,


Guru Besar Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada tuan rumah yang
berbicara

Dengan itu dengarkanlah serangkap pantun daripada


pengacara majlis anda sekali lagi.

[PANTUN]
Pergi ke pekan menyabit rumput,
rumput subur ditepi muara,
jemput bukan sebarang jemput,
jemput menyampai pembuka bicara.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Pn. Rahimah Binti Peaai selaku Guru
Besar SK Jln Sg Besi 1 tampil ke pentas untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

[UCAPAN GB]

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


6

Guru besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

5. Ucapan Alang-alang berpantunbiarlah pantun selamanya.


Perasmian
oleh [ PANTUN 1 ]
YDP PIBG Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

[ PANTUN 2 ]
Makan nasi di tepi bendang,
bersambal tumis ikan bilis,
datanglah tuan kami mengundang,
tampil ke depan merasmi majlis.

Untuk tidak melengah-lengahkan masa marilah kita


sama-sama mendengar ucapan perasmian daripada
Yang Berbahagia EN ABD WAHAB BIN ISMAIL,
YDP PIBG SK Jln Sungai Besi 1. Majlis dengan penuh
hormat mempersilakan EN ABD WAHAB.
7

[ UCAPAN NYDP PIBG ]


Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis
kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia EN ABD
WAHAB BIN ISMAIL menyampaikan ucapan perasmian
sebentar tadi.

6. Persembahan HADIRIN SEKALIAN,


1 Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Dikir Barat
Dikir Barat oleh kumpulan murid-murid Skjsb1 dengan diterajui oleh
tukang karut Muhd Shafiq Iskandar Bin Zulkifli.
Kumpulan tari ini mendapat bimbingan daripada En
Harman Bin Othman. Dipersilakan.

[ PERSEMBAHAN ]

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang


menarik sebentar tadi.

7. Anugerah Hadirin sekalian,


Kedudukan
Terbaik [ PANTUN ]
8

Dalam Kelas Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
-Prasekolah Tibalah masa penyampaian anugerah,
-Tahap 1 Penerima teruja menunggu giliran.
-Tahap 2
Anugerah Cemerlang yang akan disampaikan sebentar
lagi ialah HADIAH KEDUDUKAN TERBAIK DALAM
KELAS PRA SEKOLAH, TAHAP SATU DAN TAHAP 2.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru


Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum, EN
SHAFARULLAH BIN ABDUL JALIL tampil ke pentas
untuk menyampaikan anugerah.

>>Berikut diumumkan senarai penerima Hadiah


Kedudukan Terbaik dalam Kelas.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan


kepada EN SHAFARULLAH BIN ABDUL JALIL atas
kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua
9

penerima anugerah sebentar tadi.

8. Persembahan HADIRIN SEKALIAN,


2
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian
Tarian bollywood oleh murid-murid perempuan dari Tahun 6
Bollywood dengan iringan rangkaian lagu2 popular. Kumpulan tari
ini mendapat bimbingan daripada koreographer En
John Napoleon. Dipersilakan.

[ PERSEMBAHAN ]
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang
menarik sebentar tadi.
HADIRIN YANG SAYA HORMATI,
9 Anugerah Dari Taiping singgah ke Sayong,
Singgah berlunjur rumah Cik Nyonya,
-Pencapaian Kalau tidak dipecahkan ruyung,
Mata Manakan boleh dapat sagunya.
pelajaran
Terbaik Anugerah Cemerlang seterusnya ialah HADIAH
PENCAPAIAN MATA PELAJARAN TERBAIK ,
-Peningkatan PENINGKATAN PRESTASI DAN HADIAH LITERASI
Prestasi DAN NUMERASI ( LINUS 2.0 )
10

-Hadiah Oleh itu, bagi menyempurnakan majlis penyampaian


Literasi & hadiah tersebut, dijemput Guru Penolong Kanan Hal
Numerasi Ehwal Murid, Pn Norizian Binti Ismail tampil ke pentas
untuk menyampaikan anugerah.

>>Berikut diumumkan senarai penerima Hadiah Terbaik


[5] mata pelajaran.Pelajar ini mendapat markah tertinggi
dalam mata pelajaran ___________. Pelajar yang
dimakssudkan ialah NURUL ASYIKIN BINTI MOHD
NOOR ZUKI dari Tahun 6 TEKUN.

>>Berikut diumumkan senarai penerima Hadiah Terbaik


[5] mata pelajaran.Pelajar ini juga mendapat markah
tertinggi dalam mata pelajaran ___________. Pelajar
yang dimakssudkan ialah AMIRUL HAKIM BIN
KAMARUDDIN dari Tahun 6 TEKUN.

>>Berikut diumumkan senarai penerima Hadiah Terbaik


[6] mata pelajaran.Pelajar ini mendapat markah tertinggi
dalam mata pelajaran ___________. Pelajar yang
dimakssudkan ialah ABYGAIL ANN A/P JOHN
11

NAPOLEON dari Tahun 4 JUJUR.

>>Berikut diumumkan senarai penerima Hadiah Terbaik


[10] mata pelajaran.Pelajar ini mendapat markah
tertinggi dalam mata pelajaran ___________. Pelajar
yang dimakssudkan ialah NURUL AMIRA BINTI AHMAD
LUTFI dari Tahun 5 TEKUN.
****************************************************************
>>Seterusnya, diumumkan senarai penerima Anugerah
Peningkatan Prestasi Tertinggi.
****************************************************************
>>Berikut, diumumkan pula senarai penerima Anugerah
Pencapaian Terbaik LITERASI dan NUMERASI.
***************************************************************
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
kepada EN MOHD MIZAN BIN MOHD ARIS atas
kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

10. Persembahan HADIRIN SEKALIAN,


3 Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian
12

Rangkaian Lagu-lagu Popular Masa kini oleh murid-


Nyanyian murid Tahun 6 Tekun. Persembahan kumpulan ini
lagu medley. mendapat bimbingan daripada En John Napoleon.
Dipersilakan.

[ PERSEMBAHAN ]

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sangat


menarik sebentar tadi.

11. ANUGERAH Hadirin sekalian


Kecemerlangan murid-murid di sekolah ini bukan sahaja
-Sijil diukur berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang
Pengawas akademik semata-mata. Pihak sekolah sedaya upaya
cuba mengesan kebolehan dan bakat semulajadi yang
-Sijil dimiliki oleh murid-murid dalam bidang-bidang lain
Pengawas seperti sukan dan kepimpinan. Dan pada hari yang
PSS sangat bermakna ini, pihak sekolah ingin
menganugerahkan sijil penghargaan kepada sebilangan
-Sijil Ketua pelajar yang berbakat dalam bidang kepimpinan.
Kelas
[PANTUN]
-Sijil Pen. Buah mangga di dalam guni,
13

Ketua Kelas Dibawa belayar ke Pulau Tioman,


Pemimpin cilik di sekolah ini,
Tunjang negara di masa hadapan.
Anugerah Cemerlang yang akan disampaikan sebentar
lagi ialah penganugerahan SIJIL PENGHARGAAN
KEPADA PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT
SUMBER , KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA
DARJAH.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dengan penuh


hormatnya dijemput Tuan Guru Besar , EN MOHD
MIZAN BIN MOHD ARIS mengiringi Naib Yang Dipertua
PIBG SK JLN SG BESI 1, EN ABD WAHAB BIN ISMAIL
tampil ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian
anugerah berkenaan. Dipersilakan.
***************************************************************
Berikut diumumkan senarai penerima sijil penghargaan
PENGAWAS SK Jln Sg Besi 1, 2014.

Dipersilakan Ketua Pengawas Sekolah, Adik Izzat Akmal


Bin Yusri tampil untuk menerima sijil bagi pihak
pengawas sekolah sesi 2014.
14

*********************

Seterusnya, diumumkan senarai penerima sijil


penghargaan PENGAWAS PUSAT SUMBER SK Jln Sg
Besi 1, 2014.

Dipersilakan Ketua Pengawas Pusat Sumber, Adik


Amirul Hakim Bin Kamaruddin tampil untuk menerima
sijil bagi pihak pengawas pusat sumber 2014.

*********************
Berikut diumumkan pula senarai penerima sijil
penghargaan KETUA KELAS & PENOLONG KETUA
KELAS SK Jln Sg Besi 1, 2014.

[ Baca senarai nama Ketua Kelas & Pen. Ketua Kelas ]

**********************
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
kepada EN ABD WAHAB BIN ISMAIL atas kesudian
beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.
15

REHAT Hadirin sekalian,


12
& Dengan berakhirnya anugerah tadi, majlis kita berhenti
Persembaha rehat seketika. Tuan-tuan dan puan-puan akan
n dihiburkan dengan sebuah persembahan sketsa yang
Sketsa penuh nostalgia.
Aci-Aci Buka Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan
Pintu menyaksikan persembahan sketsa ACI-ACI BUKA
PINTU yang akan dipersembahkan oleh kumpulan
murid-murid yang menyertai perkhemahan unit
berunifom 2014 tempoh hari. Persembahan sketsa ini
mendapat sentuhan kreatif daripada En John Napoleon
dan En Kamaruddin. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan sketsa yang
begitu menghiburkan hati sebentar tadi.

GRADUASI HADIRAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.


13
Majlis anugerah cemerlang kita pada hari ini diteruskan
-Prasekolah lagi dengan majlis yang amat ditunggu-tunggu oleh kita
16

-Tahun 6 semua. Majlis yang saya maksudkan ialah MAJLIS


GRADUASI / KONVOKESYEN MURID PRASEKOLAH
DAN MURID TAHUN ENAM SK JLN SG BESI 1 TAHUN
2014.

[ MUZIK GAMELAN]
[ PERARAKAN MASUK GRADUAN ]

Dengan penuh takzimnya majlis sekali lagi menjemput


Tuan Guru Besar , EN MOHD MIZAN BIN MOHD ARIS
untuk mengiringi Naib Yang Dipertua PIBG SK JLN SG
BESI 1, EN ABD WAHAB BIN ISMAIL tampil ke pentas
untuk menyempurnakan penyampaian sijil Graduasi
kepada Graduan PRASEKOLAH dan Graduan TAHUN
ENAM. Dipersilakan.

[ BACAAN SENARAI NAMA GRADUAN ]

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah


pada hari ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan
sentiasa membakar semangat untuk terus maju dalam
pelajaran serta menjadi contoh teladan kepada murid
17

lain.

14. Penyampaia Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


n Yang Berbahagia EN ABD WAHAB BIN ISMAIL
Cenderahati atas kesudian beliau menyampaikan Anugerah Khas
sebentar tadi.

Oleh itu, dipersilakan Guru Besar SK Jln Sg Besi 1 EN


MOHD MIZAN BIN MOHD ARIS untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia Naib Yang
Dipertua PIBG SK JLN SG BESI 1, EN ABD WAHAB
BIN ISMAIL

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIANdipohon


15. Penutup untuk berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku.

[ NYANYIAN LAGU NEGARAKU ]


NEGARAKU Hadirin sekalian,
[ PANTUN 1 ]
& Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Jamuan Kenangan nan indah simpanlah di hati,
18

ringan. Semoga kita berjumpa lagi.


[ PANTUN 2 ]
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang


tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu
jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Hari Anugerah
Cemerlang SK Jln Sg Besi 1 2014, para ibu-bapa dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan malis ini.

Dengan penuh takzim dan rasa rendah diri kami,


pengacara majlis anda mohon mengundur diri.

Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai