Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

SKP12 2017

Agenda MC Teks Catatan


Persediaan 1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung.
2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang
majlis. Para pengawas dan semua guru diminta memberi
kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan
bersorak sepanjang majlis berlangsung.
4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan
keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
5. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa:
i. Sebelum & selepas nyanyian lagu
ii. Sebelum & selepas bacaan doa
6. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC
mengumumkan ketibaan tetamu jemputan

Ketibaan Bismillahirrahmanirrahim AJK


tetamu Protokol
jemputan
Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang Berusaha En. Shamsudin bin Salleh, guru besar


SKP12,Yang dihormati Pn.Rosidah binti Said, Pen. Kanan
Pentadbiran SKP12, En. Mohd Razifirwan bin Ramli, Pen.
Kanan HEM SKP12, En. Fajar bin Husin, Pen. Kanan
Kokurikulum SKP12, Barisan Guru Kanan, guru-guru serta para
pelajar yang dikasihi sekalian.

Nyanyian Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Sehati Sejiwa AJK Siaraya
lagu serta Selamat Datang ke Majlis Sambutan Bulan Penghayatan -lagu
Kemerdekaan peringkat SKP12 bagi tahun 2017. Sambutan
pada tahun ini merupakan hasil kerjasama antara Panitia
Sejarah, Panitia Muzik serta Panatia Seni.

Tarian ngajat menjadi warisan


Ditari oleh si anak muda
Hari Kebangsaan kita raikan
Bersama tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, hadirin diminta berdiri
bagi menyanyikan lagu Negaraku, diikuti dengan lagu
Kebesaran N9 dan lagu sekolah.
- Nyanyian lagu –

Bacaan doa Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian yang
penuh semangat sebentar tadi.
Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita
bersama-sama memohon kepada Yang Maha Esa agar majlis
kita pada pagi ini diberkati oleh-Nya.

Kemerdekaan dikecap si anak watan


Patriotisme menyubur di dalam jiwa
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan Us.


Mohd Jailani bin Mohd Nor untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa –

Pembuka Majlis mengucapkan terima kasih kepada Us. Mohd Jailani bin
majlis Mohd Nor atas bacaan doa sebentar tadi.
&
Bacaan Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan guru yang
Rukun bertugas untuk menyampaikan laporan/ucapan. Majlis
Negara mempersilakan.

Terima kasih atas laporan/ucapan yang telah disampaikan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, seperti yang kita semua


sedia maklum, majlis kita pada pagi ini adalah bertujuan untuk
meraikan sambutan Hari Kemerdekaan & Penubuhan Malaysia
yang telah kita nikmati selama 61 tahun. Bermula pada tahun
ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi
disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. Ia
dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung
Malaysia serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan
Malaysia yang sebenarnya adalah pada 16 September.

Bagi menzahirkan rasa kecintaan dan kesetiaan yang tidak


berbelah bahagi terhadap negara Malaysia yang kita cintai ini,
marilah kita bersama-sama membacakan ikrar Rukun Negara.
Dengan ini, majlis menjemput Ketua Pengawas SMK Bawang
Assan, Tony Senaun ak Johannes Ayum bagi mengetuai
bacaan ikrar Rukun Negara.
Dipersilakan.

Ucapan alu- Terima kasih diucapkan kepada adik _______ atas bacaan ikrar
aluan Tuan Rukun Negara sebentar tadi.
Pengetua
Hadirin sekalian,
Bagi memperkatakan mengenai sambutan Bulan Kemerdekaan
pada tahun ini dengan lebih lanjut, majlis dengan sukacitanya
ingin menjemput dan mempersilakan Penyelaras Majlis
Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SKP12 tahun 2017,
Pn. Suraya binti Abd Rahman bagi memberikan ucapan
beliau. Dipersilakan.

- Pn. Suraya binti Abd Rahman -

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Suraya binti Abd Rahman


di atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Kemerdekaan


yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama
menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan
pahlawan negara kita dalam menegakkan dan memerdekakan
tanah melayu sehingga terpancar kecemerlangan dan
kegemilangan merentasi dunia . Dengan itu, marilah kita
bersama-sama menghayati semangat dan kesungguhan para
pahlawan seterusnya berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan negara kita daripada ancaman lain.
Ucapan *jika YDP PIBG
tidak dapat hadir,
perasmian Daun semulur di pekan sari,
majlis akan
Batang jerami rebah ke bumi; dirasmikan oleh
Tuan Pengetua
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Baiklah, bagi menyempurnakan upacara perasmian, majlis


dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha En. Shamsudin bin Salleh, guru besar SKP12 untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Sambutan Bulan Kemerdekaan SKP12 bagi tahun 2017. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan Perasmian -

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Shamsudin bin


Salleh atas ucapan perasmian sebantar tadi.

Ucapan wakil Hadirin sekalian, untuk makluman semua sepanjang sambutan


pelajar bulan kemerdekaan pada tahun ini, ahli jawatankuasa
penganjur telah mengadakan beberapa pertandingan. Antara
pertandingan yang telah diadakan ialah pertandingan mewarna,
pertandingan nyanyian merdeka, pertandingan menghias
basikal dan pakaian, larian merdeka, pertandingan buku skrap
kemerdekaan, pertandingan deklamasi sajak serta melukis
poster kemerdekaan.

Deklamasi AJK
sajak Dari Kedah ke Kuala Perlis Aktiviti /
Singgah bersantai di tepi jeti Program
Persembahan ____ memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian, bagi menghangatkan suasana majlis kita pada


pagi yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama menyaksikan
satu persembahan yang akan dipersembahkan oleh pelajar-
pelajar SKP12 di bawah bimbingan __________. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan pelajar yang telah


memberikan persembahan yang memukau.

Nyanyian AJK Siaraya


lagu Hadirin yang dikasihi sekalian,
“Sehati Kehidupan majmuk rakyat Malaysia membawa kepada
Sejiwa” kebudayaan yang berbeza mengikut amalan setiap kaum.
Kepelbagaian inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara
yang unik dan menarik yang perlu diraikan.
Dengan keunikan dari segi cara hidup, tatasusila, dan silang
budaya, kita perlu terus mempertahankan kedaulatan negara
yang kita cintai ini dengan sentiasa bersatu-padu dan saling
bertolak ansur tanpa mengira kaum mahupun agama seiring
dengan tema “Sehati Sejiwa”.

Tidak lengkaplah sambutan kemerdekaan kita tanpa nyanyian


lagu tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Untuk itu, saya
ingin mengajak para hadirin untuk kita sama-sama berdiri dan
menyanyikan lagu “Sehati Sejiwa” dengan penuh semangat.

- Nyanyian lagu -

Laungan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada para hadirin AJK
merdeka atas nyanyian lagu ”Sehati Sejiwa” sebentar tadi. Aktiviti /
Seterusnya, majlis menjemput En. Patrick Gerijeh bagi Program
mengetuai acara laungan ”Merdeka”. Dipersilakan.
Penutup Hadirin yang dihormati sekalian, kini kita telahpun tiba di
penghujung majlis.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua hadirin atas kerjasama yang telah
diberikan.

Saya selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja


Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2017 ingin
memohon maaf di atas segala kekhilafan,keterlanjuran kata
mahupun tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung.
Semoga sambutan bulan kemerdekaan ini akan
menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri kita
terhadap tanah air yang tercinta.

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putera dan puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Sekian, Wabillahitaufiq terima kasih.

Pengumuman
tambahan
Teks disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ......................................
(NURUL HANIM ISMAIL ) (KANDOU AK NGADI)
Pengacara Majlis Pengetua, SMK Bawang Assan

Anda mungkin juga menyukai