Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Literasi Bahasa ini, saya telah
menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru.
Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula
lebih mengenali serta memahami tentang pengenalan bahasa dari pelbagai yang sebelum
ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.
Banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini.
Tambahan lagi, tugasan ini diberi semasa cuti hari raya. Sepanjang saya melakukan
tugasan ini, saya merujuk kepada buku-buku, internet serta artikel yang berkaitan
dengannya. Disamping itu, saya merujuk kepada ibu bapa, abang dan kakak yang telah
berpengalaman dalam perkara yang berkaitan dengannya. Saya mendapat pelbagai
pandangan daripada mereka untuk membuat dan membina rancangan pengajaran
tahunan.
Tidak semua perkara akan mudah dan senang. Sepanjang saya melakukan tugasan ini,
banyak masalah yang timbul dan menyebabkan saya sukar untuk mengendalikannya.
Antara masalah yang timbul ialah pada mulanya saya kurang jelas lagi mengenai cara
untuk membuat dan rancangan pengajaran harian ini. Alhamdulillah, berkat daripada
pertolongan rakan dan keluarga dapatlah saya memahami dan dapat melaksanakannya.
Selain itu, semasa saya melakukan tugasan ini, komputer riba saya telah mengalami
masalah yang membuatkan saya tersekat untuk mencari maklumat mengenai tugasan ini.
Masalah ini dapat saya selesaikan dengan meminjam dan menggunakan komputer riba
rakan saya.
Saya juga mula merasai kepentingan Literasi Bahasa ini terhadap diri saya kerana sebagai
bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas
harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan
mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin
saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran Literasi Bahasa, sedikit
sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia

perguruan ini. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,
dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikkan sebaik mungkin nanti.
Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus
bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Literasi Bahasa
ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan
tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang
sempurna.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami
semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan
juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini.
Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah
dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik
dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk
ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan
tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek Literasi Bahasa ini telah
memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion
yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi
agama bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai