Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN MERENTAS DESA SKP 12 2018

Agenda MC Teks Catatan


Persediaan 1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung.
2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang
majlis. Para pengawas dan semua guru diminta memberi
kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan
bersorak sepanjang majlis berlangsung.
4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan
keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
5. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa:
i. Sebelum & selepas nyanyian lagu
ii. Sebelum & selepas bacaan doa
6. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC
mengumumkan ketibaan tetamu jemputan

Ketibaan Bismillahirrahmanirrahim. AJK Protokol


tetamu Yang Berbahagia En.Paiman bin Hj. Delip, YDiP PIBG SKP12
jemputan Yang Berusaha En. Shamsudin bin Salleh, GB SKP12,
Yang dihormati Pn.Rosidah binti Said, Pen. Kanan Pentadbiran
SKP12, En. Mohd Razifirwan bin Ramli, Pen. Kanan Hal Ehwal
Murid SKP12, En. Fajar bin Husin, Pen. Kanan Kokurikulum
SKP12, Barisan Guru Kanan, guru-guru serta para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam


sejahtera, Salam Sehati Sejiwa serta Selamat Datang ke Majlis
Penutupan Kejohanan Merentas Desa peringkat SKP12 bagi
tahun 2018. TK diucapkan atas kesudian YB YDP _______.
Nyanyian lagu Hadirin yang dihormati, AJK Siaraya
Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku -lagu
diikuti dengan lagu Kebesaran N9 dan lagu sekolah. Para hadirin
diminta berdiri.
- Nyanyian lagu –

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian yang penuh


semangat sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan aluan Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke AJK Protokol


hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang
penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa
SKP12 tahun 2018 dengan penuh kedamaian dan keamanan.

Bacaan doa AJK Bacaan


Doa
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita


bersama-sama memohon kepada Yang Maha Esa agar majlis
kita pada pagi ini diberkati oleh-Nya.

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan En.


Mohd Fazlili bin Hj. Saari untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa –

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Fazlili bin Hj.
Saari atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan alu- Hadirin yang dihormati sekalian,


aluan
Seperti yang kita sedia maklum, kejohanan merentas desa ini
merupakan acara tahunan yang dianjurkan bertujuan untuk
melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan. Seperti
pepatah arab ada mengatakan “ “ yang bermaksud akal yang cerdas
pada badan yang cergas. Disamping itu,kejohanan ini juga diharapkan
dapat membentuk murid yang progresif dan berdaya saing demi
memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani bertepatan
dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Persembahan AJK
Dari Kedah ke Kuala Perlis Persembahan
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Agar hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian, bagi memeriahkan tirai majlis kita pada pagi


yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama menyaksikan satu
persembahan yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar
SKP12 di bawah bimbingan __________. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan pelajar yang telah


memberikan persembahan yang memukau.

Penyampaian AJK Hadiah


Hadiah Para hadirin sekalian,

Baju kebaya kerongsangnya lima,


Dipakai oleh si dara sunti,
Senarai pemenang sudah kuterima,
Kalungan pingat dinanti-nanti.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu pengumuman


keputusan rasmi para pemenang kejohanan merentas desa SKP 12
bagi tahun 2018.

Oleh itu, majlis dengan segala hormat menjemput Yang Dihormati,


En.Fajar bin Hussin, guru penolong kanan kokurikulum bagi
mengiringi Yang Berusaha, En. Shamsudin bin Salleh, guru
besar SKP12 untuk mengalungkan pingat kepada atlet- atlet yang
berjaya.
BAGI KATEGORI BAWAH !0 TAHUN

RUJUK SENARAI PEMENANG (B10)

Pihak majlis merakamkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih


kepada Yang Berusaha En. Shamsudin bin Salleh kerana telah
sudi mengalungkan pingat kepada pemenang.

----------------------------------------------
Seterusnya, majlis dengan segala hormat menjemput Yang
Berusaha, En. Shamsudin bin Salleh, guru besar SKP12 untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Paiman Bin Hj. Delip ,
Yang DiPertua PIBG SKP12 untuk mengalungkan pingat kepada para
pemenang.

BAGI KATEGORI BAWAH !2 TAHUN

RUJUK SENARAI PEMENANG (B12)

Pihak majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berbahagia En Paiman Bin Hj. Delip, atas kesudian mengalungkan
pingat kepada para pemenang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang


kejohanan merentas desa bagi tahun 2018. Bagi yang kurang
berjaya, usah berputus asa, teruskan usaha untuk pada masa
yang akan datang.

Cenderamata
Burung tiong burung kelicap,
Berkicau-kicau di dalam hutan,
Tiada kata dapat diucap,
Hanya cenderamata buat ingatan

Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata


kepada En Paiman Bin Hj. Delip , Yang DiPertua PIBG SKP12.

Dijemput dengan segala hormat, Yang Berusaha,


En. Shamsudin bin Salleh, guru besar SKP12 untuk menyampaikan
cenderamata.

Dipersilakan, Yang Berbahagia En Paiman Bin Hj. Delip , Yang DiPertua


PIBG SKP12 untuk menerima cenderamata.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En. Shamsudin bin


Salleh yang telah sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
Ucapan *jika YDP PIBG
perasmian Daun semulur di pekan sari, tidak dapat
Batang jerami rebah ke bumi; hadir, majlis
Madah dihulur sembah diberi, akan dirasmikan
Kata perasmi hajatnya kami. oleh Tuan
Pengetua
Baiklah, bagi menyempurnakan upacara perasmian, majlis dengan
sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En.
Shamsudin bin Salleh, guru besar SKP12 untuk memberikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas
Desa SKP12 bagi tahun 2018. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
- Ucapan Perasmian -

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Shamsudin bin Salleh atas
ucapan perasmian sebantar tadi.
Ucapan guru Selasih putih tumbuh melata,
besar Dijadikan bahan membuat jamu,
Budi bahasa budaya kita,
Mengungkap bicara menyanjung tetamu.

Sebagai pembuka tirai majlis pada petang ini, saya bagi pihak majlis
dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha,
En. Shamsudin bin Salleh, guru besar SKP12 untuk menyampaikan
ucapan. Dijemput dengan segala hormat.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas


kesudian Yang Berusaha, En. Shamsudin bin Salleh, guru besar SKP12
atas kesudian menyampaikan ucapan.

Ucapan Nyiur manis lebat setandan,


YDP Santannya lemak dimasak pengat,
Sudilah tuan tampil ke depan,
Mengatur bicara menyampai amanat,

Majlis dengan sukacitnya menjemput dan mempersilakan Yang


Berbahagia, En Paiman Bin Hj. Delip, Yang DiPertua PIBG SKP12
untuk menyampaikan ucapan.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia _____ kerana sudi menyampaikan ucapan.

Penutup Hadirin yang dihormati sekalian, kini kita telahpun tiba di


penghujung majlis.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan


jutaan terima kasih kepada semua hadirin atas kerjasama yang
telah diberikan.

Saya selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja


Majlis Kejohanan Merentas Desa tahun 2018 ingin memohon
maaf di atas segala kekhilafan,keterlanjuran kata mahupun
tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung. Semoga
semangat juang dan kesukanan yang ditunjukkan oleh para
pelajar tidak terhenti di sini sahaja, namun diteruskan untuk
masa- masa yang mendatang.

Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun,

Berkahir sudah kejohanan merentas desa,


SK Palong 12 melambai ceria,
Sukan membentuk semangat waja,
Rakyat sihat, negara sejahtera.

Sebelum kita bersurai, menjemput tetamu jemputan serta guru-


guru untuk menikmati sedikit jamuan di kantin sekolah.
Kita tangguhkan majlis kita pada pagi ini dengan surah al -Asr.
Sekian, Wabillahitaufiq terima kasih.

Pengumuman
tambahan

Teks disediakan oleh,

............................................
(AFIQAH BINTI MAHMAD)
Pengacara Majlis

Anda mungkin juga menyukai