Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARAAN

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK ASSUNTA SATU 2022/2023

FAUZIAH KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

Mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat masuk ke dewan.

Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat.

FAUZIAH NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hadirin sekalian, kita mulakan acara kita pada pagi ini dengan nyanyian lagu
Negaraku. Hadirin sekalian diminta berdiri.

Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

UCAPAN ALUAN DAN SELAMAT DATANG


FAUZIAH

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Yang Berbahagia Sister Jane Koh,


Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah,

Yang Berusaha Pn. Zainah binti Mohd Lip


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Assunta Satu.

Yang Dihormati Puan Shielene Lourdesamy


Yang Dipertua PIBG sekolah

Yang Dihormati
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG sekolah

1
Barisan guru-guru penolong kanan
Para guru, dato2, datin2, para ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi rafak syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana berkat limpah


kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam dewan yang indah ini
bagi meraikan dan memberi pengiktirafan kepada anak-anak yang mencapai
kejayaan cemerlang dalam bidang akademik sepanjang sesi 2022/2023.

FAUZIAH BACAAN DOA

Hadirin yang dimuliakan.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,


Dengan harapan agar majlis kita pada pagi ini dikurniakan keberkatan,
marilah sama-sama kita menadah tangan memanjatkan doa ke hadratNya.
Untuk itu, majlis menjemput Encik Abd Hapiz bin Hj Mohd Taib, bagi
memimpin bacaan doa.
------ DOA ------
Amin, amin ya rabbal alamin.
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Abdul Hapiz di
atas pimpinan doa itu tadi.

FAUZIAH UCAPAN ALUAN – PUAN ZAINAH BINTI MOHD LIP

Hadirin yang dirahmati,

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

2
Hadirin yang dimuliakan,
Meneruskan acara, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Zainah binti
Mohd Lip, guru besar SK Assunta Satu untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

--------- UCAPAN GB --------

Bersarang lebah di pohon palas,


Burung kelicap di pohon selasih,
Pengetahuan bertambah penerangan jelas,
Majlis mengucapkan terima kasih.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Zainah di atas ucapan beliau


tadi.

UCAPAN PERASMIAN – PUAN SHIRLENE (YDP PIBG)


FAUZIAH
Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi,
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Hadirin sekalian,
Meneruskan acara, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Puan Shirlene Lourdesamy , Yang Di Pertua PIBG untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah
Cemerlang SK Assunta Satu sesi 2022/2023.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

------ UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG ------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Pn. Shirlene atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN TARIAN – TARIAN MUHHIBBAH


FAUZIAH
Hadirin yang dihormati,

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur dihati.

3
Tinggi-tinggi si burung tempua,
Tinggilah lagi harapan di hati,
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembahkan kita hayati.

Hadirin yang dihormati,


Kita sama-sama saksikan lemah gemalai persembahan tarian muhibbah.
Dipersilakan.
--- Tarian ---
ANIESHA
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah
pimpinan Puan Devi Ravinthiran dan Puan Nurul Jannah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN ANUGERAH (TAHAP 1)

ANIESHA Hadirin yang dimuliakan,


Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ____________________
diiringi oleh _________________ bagi menyampaikan anugerah.
Dipersilakan.

Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahap 1 bagi :


ANIESHA
Anugerah Tahap Penguasaan Terbaik PBD
Kelas 1 Alpha / 1 Beta / 1 Delta / 1 Gamma
Kelas 2 Alpha / 2 Beta / 2 Delta / 2 Gamma
Kelas 3 Alpha / 3 Beta / 3 Delta

(nama penerima)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

ANIESHA Seterusnya,
Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik
Kelas 1 Alpha / 1 Beta / 1 Delta / 1 Gamma
Kelas 2 Alpha / 2 Beta / 2 Delta / 2 Gamma
Kelas 3 Alpha / 3 Beta / 3 Delta

Bagi subjek :

4
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Pendidikan Islam
6. Pendidikan Moral
7. Sejarah

(nama penerima)

…………………………..

Hadirin yang dihormati,


Bagi penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Subjek Elektif – Bahasa
Arab / Bahasa Cina / Bahasa Tamil, dipersilakan (nama pemenang).

Bagi penerima Anugerah Peningkatan Prestasi Cemerlang, dipersilakan


(nama pemenang).

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


_______________________________ menyampaikan anugerah sebentar
tadi.

PERSEMBAHAN MURID (NYANYIAN SOLO)

ANIESHA Hadirin yang dimuliakan,


Alangkah molek majlis kecemerlangan andai berseri dek persembahan.
Untuk itu, majlis menjemput penyanyi solo Sekolah Kebangsaan Assunta
Satu, adik Athirah Myza untuk menyampaikan persembahan nyanyian
solonya dengan tajuk ‘Sway’. Dipersilakan.

(persembahan)

FAUZIAH Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nyanyian yang menarik
sebentar tadi.

FAUZIAH PENYAMPAIAN ANUGERAH (TAHAP 2)

Hadirin yang dihormati,


Upacara penyampaian anugerah diteruskan dengan Tahap 2. Bagi
menyampaikan anugerah, pihak majlis ________________________ tampil
ke pentas dengan diiringi oleh _________________________,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

5
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

- PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 4 -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _______________kerana sudi


menyampaikan anugerah sebentar tadi. Dipersilakan _______________
untuk menyampaikan cenderamata kepada ______________ sebagai tanda
penghargaan.

Upacara penyampaian anugerah diteruskan dengan Tahun 5 dan 6. Untuk


itu, pihak majlis menjemput ____________ dengan diiringi oleh
______________ untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara
penyampaian anugerah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 5 DAN 6 –

Pihak majlis merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada


______________ kerana sudi menyampaikan anugerah. Dipersilakan
_____________ untuk menyampaikan cenderamata kepada ____________
sebagai tanda penghargaan.

FAUZIAH PERSEMBAHAN KOIR

Hadirin yang dimuliakan ,

Kita redakan sebentar debaran penyampaian anugerah dengan mendengar


alunan merdu nyanyian oleh kumpulan koir sekolah. Dengan lagu
mereka________________
Marilah sama-sama kita saksikan.

Demikianlah tadi persembahan oleh kumpulan koir SK Assunta Satu.


ANIESHA

6
ANIESHA PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH

Hadirin –hadirat yang dihormati,


Kita tibalah kita ke kemuncak upacara, iaitu pengumuman dan
penganugerahan Anugerah Tokoh NILAM, Anugerah Bintang Akademik
dan Anugerah Tokoh Murid.

Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbilang, majlis menjemput dan


mempersilakan Datin Jayanthi a/p Devan ,penolong Kanan Pentadbiran
untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Puan Zainah binti Mohd
Lip, Puan guru besar untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan upacara
penyampaian anugerah. Dipersilakan.

Penyampaian anugerah khas dimulakan dengan Tokoh Nilam. Untuk itu


majlis dengan sukacitanya menjemput Cik Nur Atikah binti Abdul Rahman
untuk membacakan biodata dan seterusnya mengumumkan penerima
anugerah tokoh NILAM bagi tahun 2022, dipersilakan.

Penyampaian anugerah Bintang Akademik, majlis dengan sukacitanya


menjemput Puan Fauziah untuk membacakan biodata dan seterusnya
mengumumkan penerima anugerah Bintang Akademik bagi tahun 2022,
dipersilakan.

Kini, tibalah anugerah yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian anugerah


Tokoh Murid. Dengan itu, majlis menjemput Puan Nur Aniesha Suehanis
binti Azmi untuk membacakan biodata dan seterusnya mengumumkan
penerima anugerah Tokoh Murid SK Assunta Satu. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Zainah binti Mohd Lip atas kesudian
beliau menyampaikan anugerah pencapaian terbilang sebentar tadi.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Nilam,


Bintang Akademik dan Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Assunta Satu bagi
tahun 2022.

7
BERSURAI
ANIESHA
Hadirin yang dimuliakan,

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Jumpa lagi dalam Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan


Assunta Satu pada tahun hadapan.

Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.

Anda mungkin juga menyukai