Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA PROGRAM LARIAN JOGATHON SK SERI MURNI 2015

TEMPAT : DEWAN TERBUKA

MASA : 8:00 AM

PENGACARA : EN. FIRDAUS SUHAIMI

BIL QUE
ANN
Pendaftaran &
Ketibaan Tetamu
Ketibaan YDP PIBG & Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En. Nor Azlan B. Samicho, YDP PIBG
GB
SK Seri Murni bersama Yang Berusaha Pn. Wan Salmiah Bt. Ismail, Guru Besar SK
Seri Murni.
1.

Nyanyian

Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia.


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Mohon hadirin berdiri dan
bersama-sama bersedia menyanyikan lagu yang disebutkan.

Usai nyanyian,
ucapkan terima kasih
dan jemput tetamu dan
hadirin duduk.
Pengacara akan
menyampaikan kata
alu-aluan ringkas dan
menghadap majlis.
Baca senarai tetamu
berdasarkan nota
protokol majlis.

Terima kasih. Tetamu dan hadirin dipersilakan duduk.


Yang Berbahagia, En. Nor Azlan B. Samicho, YDP PIBG SK Seri Murni.
Yang Berusaha, Pn.Wan Salmiah Bt. Ismail, Guru Besar SK Seri Murni.
Yang Dihormati, Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG, Guru-guru serta para
pelajar yang dikasihi sekalian.
Hadirin hadirat yang dimuliakan
Alhamdulillah, pada pagi yang mulia ini dapat kita berkumpul bagi menjayakan
Program Jogathon anjuran PIBG SK Seri Murni yang merupakan satu program bagi
mengumpul dana untuk pembangunan pendidikan sekolah ini.Program ini yang telah
dilancarkan pada bulan Jun yang lepas telah dijalankan dengan jayanya dan komitmen
yang ditunjukkan oleh semua warga SK Seri Murni dan orang perseorangan harus
diberi pujian..Syabas buat kalian semua.kerana hasil kutipan yang berjaya dikumpulkan
adalah sebanyak RM 20,345.30..

Doa

Bersedia untuk bacaan doa.


Sebagai tanda syukur bahawa program pada hari ini berjalan dengan jayanya, dengan
hormatnya dipersilakan al-Fadil Ustaz Mohd Azman B.Awang Ali untuk memimpin
bacaan doa.
Terima kasih al-Fadil Ustaz.

Ucapan Alu-aluan

Hadirin sekalian,
Anak muda mengalun qasidah
Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan
Majlis menjemput Yang Berusaha, Pn. Wan Salmiah Bt. Ismail, Guru Besar SK Seri
Murni selaku Penasihat PIBG menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Usai ucapan Guru


Besar, ucapkan terima
kasih. Tunggu hingga
beliau mengambil
tempat semula.

Terima kasih Pn.Wan Salmiah Bt.Ismail. Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Majlis dengan segala takzim dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Nor
Azlan B.Samicho, YDP PIBG SK Seri Murni menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Program Jogathon hari ini.Dipersilakan tuan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian oleh Yang
Berbahagia En. Nor Azlan B. Samicho sebentar tadi.

Senamrobik

Warga dewan sekalian,


Berikutnya adalah sesi pemanasan badan sebelum kita ke acara kemuncak iaitu Larian
Jogathon.
Dipersilakan semua hadirin berdiri dan turut serta dalam senamrobik ini dibawah
kendalian Pn. Faridatul Akmar Bt. Ismail.

Pelepasan peserta
Jogathon

Bagi meneruskan acara larian Jogathon ini saya menyerahkan tugas ini kepada En.
Mohd Khidir Bulyan B.Ismail.
Para peserta dan hadirin diminta berkumpul di dewan untuk acara penyampaian hadiah

Bersedia untuk acara


penyampaian hadiah
setelah tetamu
mengambil tempat.

Hadirin hadirat dan para pelajar yang dikasihi sekalian,


Alhamdulillah, acara larian telah tamat dijalankan dengan jayanya.
Keputusan sudah di tangan, kita sampai ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang acara larian jogathon dan kutipan tertinggi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Wan Salmiah
Bt. Ismail mengiringi En. Norazlan B. Samicho bagi menyempurnakan penyampaian
hadiah.

Terima kasih En. Norazlan B. Samicho atas kesudian menyampaikan hadiah.


Sesi penyampaian
cenderamata.

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Wan Salmiah
Bt. Ismail menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En. Norazlan B.
Samicho yang sudi merasmikan dan menyampaikan hadiah pada hari ini.
Terima kasih.

Penutup

Hadirin sekalian,
Sekali lagi terima kasih untuk semua.
Tahniah kepada semua pemenang.
Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta
kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama padu, dan
sumbangan tenaga dalam memastikan acara pada pagi ini dapat dilangsungkan dengan
jayanya. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Program Jogathon 2015 sampai ke
penghujungnya.
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai