Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA PELAJAR 7 MEI 2012 (ISNIN) Bismillah....

Assalamualaikum wbt Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Nor bin Mat Deris Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu Yang BerusahaTuan Haji Mohd Amin bin Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Berusaha Puan Suarani binti Ariffin, Penolong Kanan Ko-Kurikulum Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Omar, Penolong Kanan Pusat Persediaan Universiti Yang Berusaha Encik Azhan bin Zakaria, Kaunselor Cemerlang Yang Berusaha Puan Hajah Siti Raihan binti Abdul Awal, Guru Kanan Sains Sosial Yang Berusaha Puan Norizan binti Hashim, Guru Kanan Bahasa Ketua-ketua Unit, Kaunselor Pelajar, Para Guru, Guru-guru Pelatih dan yang dialu-alukan.. Tuan-tuan dan puan-puan ibu bapa penjaga serta para pelajar yang dikasihi sekalian Alhamdulillah terus dipanjatkan, Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi. Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan, Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan, Beserta izin dan innayahNya jua, Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, Dianugerahkan aqal kita dengan kewarasan, Fizikal mapan dengan afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua Bagi menjayakan kemurnian agenda MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA PELAJAR Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran ibu bapa serta penjaga kepada pelajar pada pagi yang bahagia ini. Selamat datang kami alu-alukan. Terima kasih. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.. Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Saidi bin Ibrahim Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. {Bacaan Doa} Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.. Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara, Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Menambah tautan kemesraan, Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Saidi bin Ibrahim Atas pimpinan doa sebentar tadi. Warga dewan yang dimuliakan.. Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Puan Norizan binti Hashim, Guru Kanan Bahasa untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. {Ucapan GKB} Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada Yang Berusaha Puan Norizan binti Hashim atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi. Bagi meneruskan acara, marilah kita sama-sama mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Siti Raihan binti Abdul Awal, Guru Kanan Sains Sosial. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan. {Ucapan GKSS} Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Siti Raihan binti Abdul Awal atas ucapan itu tadi. Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Abu Hamid Al-Ghazali pernah berkata : Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkanlah ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya. Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Maka sejajarlah ayat tersebut dengan objektif Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar untuk membantu pelajar mencapai sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia disamping tidak memandang remeh mata pelajaran Pendidikan Islam kerana agama tunjang kehidupan. Disamping itu, majlis ini juga diadakan bertujuan untuk mencapai kesepakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa penjaga di dalam membantu menaikkan prestasi akademik pelajar terutamanya.

Warga dewan yang dimuliakan, Kini kita berpeluang pula mendengar amanat yang bakal dituturkan oleh Tuan Haji Mohd Nor bin Mat Deris, Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu. Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Nor bin Mat Deris untuk menyampaikan amanat beliau. Majlis mempersilakan. {Ucapan PKP} Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Nor bin Mat Deris diatas kesudian menyampaikan amanat itu tadi. Alhamdulillah.. Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan. Dengan ini saya serahkan majlis buat seketika kepada Kaunselor Cemerlang bagi mempengerusikan sesi dialog antara ibu bapa penjaga dan pihak sekolah. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Azhan bin Zakaria untuk mengambil alih majlis. Dipersilakan. {Sesi Dialog yang Dipengerusikan oleh Kaunselor Cemerlang} Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan kami tak lupa Sudah tersemat di dalam hati Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Azhan bin Zakaria di atas kesudian mempengerusikan sesi dialog sebentar tadi. Tahniah juga diucap kepada ibu bapa penjaga yang menunjukkan keprihatinan mereka untuk sama-sama melihat kejayaan para pelajar yang dikasihi sekalian. Semoga kerjasama yang terjalin di antara ibu bapa dan pihak sekolah akan dapat dimurnikan lagi. InsyaAllah. Amin. Kemuncaknya, Upacara Bacaan Ikrar Pelajar. Para pelajar diminta berdiri. Dengan ini, majlis sukacitanya menjemput Saudara Pelajar _____________________________ Bagi mengetuai bacaan ikrar para pelajar. Dipersilakan. {Bacaan Ikrar Pelajar} Terima kasih diucapkan kepada Saudara Pelajar _____________________________________ Di atas pimpinan bacaan ikrar itu tadi. Semoga segala yang diikrarkan itu tadi akan direalisasikan dengan jayanya. Tuan-tuan dan puan-puan warga dewan yang dikasihi.. Dengan berakhirnya Upacara Bacaan Ikrar itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Perjumpaan Ibu bapa Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu. Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya drp diri saya sendiri Sekian, Wabillah hitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai