Anda di halaman 1dari 3

PENGUMUMAN

Semua ibu bapa diminta untuk ke meja pendaftaran bagi sesi


pendaftaran nama anak-anak anda.

Majlis mempersilakan Yang Dihormati Puan Hajah Mazanah bt Dawi,


HADIRIN
Guru Besar SK Sementa, Puan Hamidaton, guru-guru, para ibu bapa
MENGAMBIL
untuk mengambil tempat di dalam Dewan lestary.
TEMPAT DI DEWAN
UCAPAN ALUALUAN
PENGACARA
MAJLIS

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera


dan salam sehati sejiwa.
Yang Dihormati, Puan Hajah Mazanah bt Dawi, Guru Besar Sk
sementa,
Yang Berusaha, Puan Hamidahton bt Khalid, Pk petang
Yang Dimuliakan ,
...., dari
pejabat kesihatan daerah klang.
Yang berusaha encik

Seterusnya, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Sementa dan


para ibu bapa
PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,
SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;
KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana kita
diberikan kekuatan dan kesempatan untuk berhimpun dalam Majlis
Permuafakatan tahun 1 bagi sesi tahun 2017.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, ibu
bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Program
Permuafakatan Tahun 1 bertujuan untuk memberi sedikit maklumat
dan penerangan kepada para ibu bapa dan membantu murid-murid
menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal di tabika atau
prasekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah.
Dengan terlaksananya program ini, diharapkan ibu bapa dan murid
memahami aspirasi dan matlamat sekolah agar dapat melahirkan murid
yang cemerlang merangkumi pelbagai aspek jasmani, emosi, rohani,
inteleks dan social.

BACAAN DOA

KALAU PERGI KETANJUNG KERAMAT,


ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT;
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput
al fadhil Ustaz Azril Hairi Bin Ahmad untuk membacakan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
----------------------------- bacaan doa ------------------------Amin amin ya rabbal alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ustaz Azril Hairi Bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.
Kata aluan:
Puan hamidahton
( pk petang)

BUKAN RUMPUT SEBARANG RUMPUT,


RUMPUT PENGHIAS TEPI HALAMAN;
BUKAN JEMPUT SEBARANG JEMPUT,
JEMPUT MEMOHON KATA ALUAN.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Puan Hamidahton bt Khalid selaku Pk Petang SK Sementa untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hamidahton
atas ucapan dan sedikit penerangan berkaitan hal ehwal murid dan
peraturan sekolah sebentar tadi.

Taklimat kesihatan

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput Yang


dihormati Dr.. dari pejabat kesihatan daerah
klang untuk menyampaikan taklimat. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
atas penyampaian taklimat sebentar
tadi. Diharapnya, ilmu dan taklimat yang diberikan dapat
meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang .

Taklimat program
bi

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang dihormati
.. .untuk
memberikan sedikit penerangan tentang

Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
.atas taklimat yang disampaikan.
PERGI KE KOTA MEMBELI SELASIH,
SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA;
KATA AZIMAT SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.

Ucapan guru besar.

Hadirin yang dimuliakan,


Untuk tidak melengahkan masa, majlis menjemput Puan Hajah
Mazanah bt Dawi, guru besar Sk Sementa untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah
Mazanah bt Dawi atas ucapan sebentar tadi.

PENUTUP

KERJASAMA TUAN PUAN SANGAT DIHARGAI,


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI;
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.
MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,
KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA;
ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Program Permuafakatan dan
Transisi Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

# sedikit pengumuman, ibu bapa boleh bergerak ke kelas untuk


mengambil anak-anak anda di sana#

Anda mungkin juga menyukai