Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PIMPINAN PELAJAR 2018

SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN 2018

TARIKH : 22 JANUARI 2018


MASA : 7.40 PAGI – 10.00TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK TUN SAS
PENGACARA :MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN

CUE ANN
 Di sini ada beberapa pengumuman.
 Sila matikan telefon bimbit anda atau menukarkannya ke dalam mode senyap.
 Mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan sepanjang majlis ini sedang berlangsung
kerana ia akan mengganggu konsentrasi majlis pada hari ini.
 Sama-sama berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan dan sekali lagi berdiri
PENGUMUMAN semasa tetamu kehormat meninggalkan dewan.
UMUM  Mohon agar hadirin senyap ketika tetamu kehormat memberikan ucapan sebentar lagi.
KERJASAMA DARIPADA WARGA DEWAN AMAT SAYA HARGAI DAN DIDAHULUKAN
DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

MENGUMUMKAN Mengumumkan ketibaan,Yang Berbahagia,..........................................................................................


KETIBAAN diiringi oleh Tn Hj Adam Bin Hj Mohammad, Guru Besar SK Tun Sas masuk ke dalam dewan.
Semua hadirin mohon berdiri.
NYANYIAN Bagi memulakan majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan adik ................................ ..............untuk
LAGU mengetuai penyempurnaan kawad kaki . Di persilakan.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Melaka, Lagu Aku Negaraku
dan Lagu Sekolah.. Dipersilakan.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
PROTOKOL Tradisi Melayu turun temurun,
MAJLIS Pantun ditutur pembuka bicara.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w. b. t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam
Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau,Salam Melaka 756 Tahun. Salam
Melaka Fasa 2, Berkat, Tepat, Cepat. Salam JPN Melaka, Mendidik daripada hati penuh integriti,
Salam PPD Melaka Tengah, Above n Beyond Others, Salam SK Tun Sas Mengamalkan Budaya
KBAT.

Yang Berbahagia, ...............................................


Yang Berusaha, Tn. Hj Adam Bin Hj Mohammad, Guru Besar SK Tun Syed Ahmad Shahabudin.
En.Kamarudin Bin Abdul Majid, GPK 1 SK Tun Sas
Pn Hjh Kamala Binti Miswan, GPK HEM SK Tun Sas
Pn Rahayu Binti Tith, GPK Koku.
Pn Zamrah Binti Ahmad Mokhtar, GPK Pendidikan Khas, Sk Tun Sas.

Guru-guru, Murid-murid serta warga dewan sekalian.

Buat hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya titipkan ucapan, Selamat Datang, Welcome,
Ahlan wasahlan ke Majlis Watikah Pelantikan Pimpinan Pelajar Sk Tun Syed Ahmad
Shahabudin 2018.
ALHAMDULILLAH DENGAN LAFAZ SYUKUR PADA YANG MAHA ESA DAPAT KITA BERJUMPA
DI PAGI YANG INDAH INI UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN
PIMPINAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN DENGAN
TEMA

“DISIPLIN UNGGUL, PEKERTI TERPUJI”

GURU-GURU DAN PELAJAR SEKALIAN,


TUJUAN MAJLIS SEUMPAMA INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MENGIKTIRAF PERANAN
PEMIMPIN PELAJAR DALAM MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN SEKOLAH DISAMPING
MENYEMAI SIKAP BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP TUGASAN YANG DIAMANAHKAN
OLEH PIHAK SEKOLAH. SEMOGA DENGAN PENYERAHAN TUGAS INI NANTI AKAN
MEJADIKAN MEREKA PEMIMPIN PELAJAR YANG BERDEDIKASI DAN AMANAH DALAM
MENJALANKAN TUGAS.

Hinggap sang burung di ranting nan patah,


Duduk berkicau menghilangkan lelah,
BACAAN DOA Hanya padaNya tangan ditadah,
Memohon redha, rahmat dan barakah.
Warga dewan sekalian,
Bagi memohon limpah rahmat daripada Ilahi, kini majlis ingin
mempersilakan......................................................... untuk memimpin bacaan doa.Fallyatofaddhol
Masykura.

Amin Ya Rabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN GURU Hadirin yang dihormati,


BESAR Di sini ada murid yang tekun berusaha,
Di sini ada ketua yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Di sini ada pelajar yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, majlis menjemput Tn. Hj Adam Bin Hj Mohammad, Guru
Besar SK Tun Syed Ahmad Shahabudin untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada ......................atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Tuan-tuan dan Puan-puan,

UCAPAN Tidaklah molek alu, tanpa lesungnya,


PERASMIAN Tidak berguna dayung, tanpa perahunya,
Tidak berkat ilmu, tanpa amalnya,
Tidak lengkaplah majlis, tanpa ada yang menyempurnakannya.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia,


................................................................................................. untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar SK TUN SAS 2018.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ............................................atas kesudian


menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Perasmian Majlis diteruskan lagi dengan Gimik perasmian watikah pelantikan pimpinan pelajar SK Tun Sas
Watikah 2018. Oleh itu, majlis mempersilakan Tn. Hj Adam Bin Hj Mohammad untuk mengiringi Yang
Pelantikan Berbahagia..................................................... Untuk tampil ke hadapan bagi menyempurnakan gimik
majlis watikah pelantikan pimpinan pelajar SK Tun Sas 2018. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Mohon untuk yang berbahagia dato untuk terus beridir di hadapan untuk majlis penyampaian
watikah.
Hadirin sekalian,

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pelantikan kepada pemimpin pelajar SK Tun
WATIKAH Syed Ahmad Shahabudin bagi tahun 2018. Majlis dimulakan dengan mempersilakan :-
PELANTIKAN 1.
2.

Majlis merkamkan ribuan terima kasih kepada dato di atas penyampain watikah sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,
BACAAN IKRAR
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN BACAAN LAFAZ IKRAR DARI BADAN PENGAWAS SK TUN
SAS. DENGAN INI DIPERSILAKAN BADAN TERTINGGI PENGAWAS YANG DIKETUAI OLEH
............................................................................UNTUK NAIK KE PENTAS UTAMA BAGI
MENGETUAI BACAAN LAFAZ IKRAR. DIPERSILAKAN.

DEMIKIAN TADI LAFAZ IKRAR OLEH BADAN PENGAWAS SK TUN SAS YANG TELAH
DIKETUAI OLEH ......................... TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS PIMPINAN LAFAZ IKRAR
SEBENTAR TADI. MUDAH-MUDAHAN DENGAN LAFAZ IKRAR ITU TADI AKAN MENJADIKAN
PIMPINAN PELAJAR DI SEKOLAH INI LEBIH KOMITED DALAM MENJALANKAN TUGAS
MEREKA.

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DARI PIHAK SEKOLAH, MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT
TN HJ ADAM BIN HJ MOHAMAD UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERMATA
CENDERAHATI KEPADA........................................................... SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN DARI
PIHAK SEKOLAH.
DIPERSILAKAN.

Hadirin,
Dengan berakhirnya penyampaian itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
PENUTUP Andai terlanjur petah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Songket biru tampk berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara haaf dimaafi,
Ketemu lagi di lain acara.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang.
Boleh kita berjumpa lagi.

Saya mewakili seluruh jawatankuasa majlis ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
PENUTUP andai ada kekurangan semasa kami mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datang
daripada pencipta, dan yang lemah itu merupakan kelemahan kita sebagai hamba yang dicipta.
Sekian wabilahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Mengumumkan pergerakan keluar tetamu viip dan menjamu selera yang disediakan.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai