Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH

KEBANGSAAN TUN
SYED AHMAD
SHAHABUDIN

HANG TUAH
JAYA,75450, AYER
KEROH MELAKA

No.Tel: 06-2322984

KERTAS CADANGAN
PROJEK TERAPI BOWLING
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
TAHUN 2018

Anjuran:

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(PEMBELAJARAN)
SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN

Tarikh:

10 APRIL 2018

1
1.0 PENDAHULUAN
Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) dibuka bagi mendidik kanak-kanak
berkeperluan khas yang mengalami masalah pembelajaran. Oleh yang demikian pihak
pengurusan sekolah telah sedaya upaya menyediakan mutu pendidikan yang berkualiti
bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selain pendidikan dalan bilik darjah, kanak-
kanak khas ini juga perlu dilatih dari segi terapi fizikal yang membolehkan mereka dapat
berfungsi pada tahap yang maksimum dalam memenuhi keperluan kehidupan mereka.
Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas.
Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor.
Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran
motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal Salah satu program terapi
yang dapat menyokong ke arah peningkatan tahap fungsi fizikal mereka adalah Terapi
Bowling.
Atas keperluan ini jawatankuasa kokurikulum PPKI SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
merancang mengadakan ‘ Terapi Bowling’ untuk murid-murid pendidikan khas sekolah
ini.

2.0 MATLAMAT
Pemilihan Terapi Bowling bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani
aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Disamping dapat
meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan
perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membolehkan murid-murid PPKI mendapat pendedahan tentang permainan
Bowling.
3.2 Membolehkan murid-murid PPKI memantapkan kemahiran motor mereka.
3.3 Membolehkan murid-murid PPKI membentuk keyakinan diri dalam kehidupan
seharian mereka.

2
3.4 Membolehkan murid-murid PPKI membentuk sikap kerjasama dengan rakan-
rakan mereka.
4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid Pendidikan Khas SK Tun SAS - 26 orang


4.2 Guru Pendidikan Khas SK Tun SAS - 07 orang
4.3 Pembantu Pengurusan Murid SK Tun SAS - 03 orang
Jumlah - 36 orang

5.0 TARIKH

5.1 10 April 2018

6.0 TEMPAT

6.1 Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh, Melaka.

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
O7.30 - 08.00p Semua guru dan murid-murid berkumpul di kelas
pendidikan khs.
08.00 – 08.15pg Pembahagian murid-murid kepada kumpulan.
08.15 – 08.30pg Taklimat Keselamatan oleh AJK Keselamatan
08.30 – 09.00pg Sarapan pagi dikantin sekolah
09.00 – 09.30pg Bertolak ke tempat Terapi Bowling
09.30 – 09.40pg Taklimat ringkas oleh pekerja MIBC– Langkah-
langkah keselamatan ketika bermain bowling
10.00–11.00tgh Murid-murid bermain bowling dengan pemantauan
guru
11.00 - 12.00tgh Makan tengahari di MCD.
12.00- 12.20tgh Bertolak balik dan dijangka sampai di sekolah pada
pukul 12.20 tgh.

3
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

Penasihat : Tuan Hj Adam bin Hj Mohamad


Guru Besar SK Tun SAS

Pengerusi : 1.Puan Zamrah binti Ahmad moktar


(GPK P. Khas)
2. En Kamaruddin b. Abd Majid
(GPK Pentadbiran)
3. Pn. Kamala binti Hj Miswan
(GPK HEM)
4. Pn.Rahayu Binti Tith
(GPK Kokurikulum)

Setiausaha : En. Mohd. Zulqarnain bin Abd Rahman


Bendahari : Puan Norliza Biti

Jawatankuasa : 1.En. Razali bin Saari


2.Pn. Azlina binti Ali
3.Pn. Ezni Zunita binti Abu Bakar
4.Pn. Mimi Azura binti Omar
5.Pn. Siti Hafizah binti Shaik Khamaruddin
6.Pn. Hjh Norizan binti Jaafar
7..Pn. Masitah binti Amik

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

ANGGARAN PENDAPATAN

Bayaran setiap murid RM 20.00 X 26 orang - RM 520.00


JUMLAH BESAR RM 520.00________

4
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bayaran bermain bowling (RM 8.00 X 26 org) - RM 208.00
Makan & Minum (RM 12.00 X 26 org) - RM 312.00

JUMLAH BESAR RM 520.00________

9.0 PENUTUP

Pihak kami menaruh harapan yang tinggi semoga program yang murni ini berjaya
dilangsungkan dan mencapai matlamat serta objektifnya dalam melahirkan individu khas
yang cemerlang dan mampu bersaing dan berdikari selaras dengan peralihan masa yang
penuh cabaran dan dugaan yang menanti. Harapan yang menggunung untuk melihat
projek ini menjadi kenyataan dan segala pengisian yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar.

5
Disediakan oleh,

…………………….
(MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN)
Setiausaha Projek Terapi Bowling

Disemak oleh: Disahkan oleh:

.............................................. .................................................
. (Tn. Haji Adam Bin Hj Mohammad)
(Pn. Zamrah Binti Ahmad Moktar) Guru Besar,
Penolong Kanan, SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
Pendidikan Khas Integrasi,
SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

Anda mungkin juga menyukai