Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang

dibina dalam sesuatu sesi. Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai etika

kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling.Seperti mana

yang telah dinyatakan bahawa etika kaunselor adalah sebagai satu garis panduan

menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor. Menurut Van Hoose dan Kottler, 1985 ( dalam

Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), segala perbalahan dalam profesion

dapat diselesaikan berdasarkan garis panduan yang ada pada etika. Ini secara langsung dapat

menjamin kestabilan profesion itu sendiri. Secara umumnya , etika ini memberitahu

kaunselorapa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam menjalankan

tugasnya sebagai kaunselor profesional.

Selain itu, etika juga menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai

tingkah laku menyeleweng yang ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah

laku yang menyeleweng seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan

yang beliau tidak memilikinya, meletakkan nilai diri kepada klien, melakukan hubungan seks

dengan klien, mengambil kesempatan di atas kelemahan klien dan sebagainya. Glading (

dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), menyatakan ada sesetengah

tingkah laku menyeleweng dapat dilihat dengan jelas dan ada juga yang tidak. Namun

demikian, kesan yang timbul hasil daripada tindakan menyeleweng itu akan memberi kesan

yang negatif kepada klien dan juga profesion kaunseling itu sendiri.

1
2.0 Prinsip-Prinsip Kod Etika

Sapora dan Hapsah (2014) mengatakan bahawa kod etika merupakan tatasusila yang

merupakan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh sesuatu profesion.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan kod sebagai tulisan dengan

tanda yang mempunyai erti yang tertentu atau yang tersembunyai manakala etika pula ialah

prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan.

Baharom & Iliyas (2010) mengatakan etika kaunseling berkait rapat dengan prinsip-

prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.

Etika amat dititik berat supaya rahsia klien atau orang yang mendapat nasihat dapat

dilindungi. Menurutnya lagi, kod etika juga adalah sistem tingkah laku bagi sesuatu pekerjaan

dan set standard atau piawaian dan prinsip yang dibentuk oleh organisasi bertujuan memberi

panduan kepada ahli mengenai tata laku berinteraksi antara ahli dengan orang luar organisasi

berkenaan.

Sabariah Siron (2005) mengatakan bahawa kaunselor telah membina kod etika

profesional dan piawaian tingkahlaku yang berasaskan kepada nilai dipersetujui bersama.

Tujuan kod etika direkabentuk adalah untuk menawarkan pernyataan secara formal untuk

memastikan hak klien dilindungi sementara mengenalpasti ekspektasi pengamal iaitu

kaunselor. Lee, Ee, Suppiah & Taquddin (2012) mengatakan amalan kaunseling yang tidak

terkawal dalam kalangan individu bukan sahaja memburukkan imej perkhidmatan sokongan

ini, malah telah merendahkan martabat perkhidmatan kaunseling untuk diterima sebagai satu

profesion. Berdasarkan kenyataan tersebut menunjukkan bahawa perlaksanaan etika dan

perundangan dalam perkhidmatan kaunseling di Malaysia telah mengangkat martabat

profesion kaunselor setara dengan bidang profesional yang lain. Secara kesimpulannya, kod

2
etika kaunseling bermaksud suatu set tulisan yang menerangkan berkenaan dengan prinsip

moral atau akhlak yang harus dipegang oleh individu yang bergelar kaunselor untuk

mengawal diri dalam praktis kaunseling yang dilaksanakan.

Di negara Malaysia, terdapat beberapa Kod Etika Kaunselor sebagai panduan iaitu

Kod Etika Kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia 1994 (PERKAMA) dan Kod Etika

Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia. Individu yang berkhidmat sebagai Guru Bimbingan

dan Kaunseling di sekolah rendah dan menengah pula tertakluk kepada Kod Etika

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang terkandung dalam buku Panduan Pelaksanaan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian

Pendidikan Malaysia (2015).

Pada asasnya, terdapat dua jenis etika iaitu etika mandatori dan etika aspirasional

(Rafidah dan Lau, 2013). Etika mandatori merupakan satu terma yang menggambarkan tahap

kefungsian etika bahawa ahli psikologi bertindak berdasarkan standard minimum, mengambil

kira asas “mesti” dan “jangan”. Manakala etika aspirasional merupakan satu terma yang

menggambarkan standard amalan profesional paling tinggi yang ahli psikologi boleh

harapkan. Etika ini memerlukan kita melakukan lebih daripada standard minimum amalan.

Ada kalanya, sesuatu situasi atau kes yang dihadapi oleh kaunselor memerlukan

kaunselor mengambil tindakan sehingga melangkaui etika mandatori iaitu kaunselor perlu

membuat pertimbangan sewajarnya bagi membantu klien dan dalam masa yang sama

mengelak dilema etika kepada kaunselor. Rafidah & Lau (2013) mengatakan bahawa tindakan

beretika tidak semestinya benar di sisi sistem perundangan. Terdapat enam prinsip asas etika

aspirasional yang terdiri daripada prinsip autonomi, prinsip tiada kemudaratan

(nonmaleficence), prinsip amal jariah (beneficence), prinsip keadilan (justice), prinsip

kesetiaan ( fidelity) dan prinsip kebenaran atau ketulusan (veracity).

3
Prinsip autonomi menjelaskan bahawa klien mempunyai keazaman kendiri atau

kebebasan untuk mentadbir sendiri rangka kerja sosial dan budaya mereka (Rafidah dan Lau,

2013). Berdasarkan prinsip ini, kaunselor hendaklah memberi peluang kepada klien agar

dapat berkembang dan membangun dalam konteks sosiobudaya mereka. Kaunselor memberi

galakan kepada klien agar mengambil tindakan sewajarnya apabila klien dilihat mempunyai

keazaman kendiri bagi membuat sebarang keputusan atau tindakan. Peranan seorang

kaunselor tidak pada mengarah klien dengan memberi pandangan, langkah dan strategi untuk

dilaksanakan tetapi memberi autonomi kepada klien untuk mengemukakan cadangannya

sendiri, langkah tindakan mahupun strategi penyelesaian yang bersesuaian dengan dirinya. Di

samping itu, kaunselor memainkan peranan memberikan sokongan moral serta galakkan

kepada klien supaya lebih yakin dengan kemampuan dirinya. Apabila seseorang itu bertindak

secara autonomi, implikasinya beliau juga bertanggungjawab pada perlakuannya kerana

beliau sudah melaksanakan kebebasan pemilihan dalam membuat keputusan (Sapora dan

Hapsah, 2014)

Prinsip tiada kemudaratan (nonmaleficence) pula menjelaskan kaunselor mengelak

daripada melakukan kemudaratan, termasuk mengelak daripada mengambil tindakan yang

berisiko menyakitkan klien (Rafidah dan Lau, 2013). Sapora dan Hapsah (2014) menerangkan

prinsip ini sebenarnya merangkumi dua aspek yang berkaitan dengan mencederakan secara

sengaja ataupun mewujudkan sesuatu situasi yang mempunyai risiko bagi menghasilkan

kecederaan. Merujuk Kod Etika Kaunselor PERKAMA bahagian A.4. kaunselor hendaklah

memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk

kepentingan diri sendiri sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau

dalam apa bentuk sekalipun. Prinsip tiada kemudaratan ini mendorong kaunselor

melaksanakan perkhidmatan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin terhadap klien dengan

menekankan matlamat untuk membantu klien mencapai kebahagiaan dalam hidupnya dengan

4
mengelak melakukan tindakan yang boleh menimbulkan kemudaratan terhadap klien seperti

membocorkan maklumat atau kerahsiaan klien.

Prinsip seterusnya iaitu prinsip amal jariah (beneficence) ialah melakukan kebaikan

kepada orang lain dan menggalakkan kesejahteraan klien (Rafidah dan Lau, 2013). Sapora

dan Hapsah (2014) menerangkan prinsip ini berasaskan niat melakukan sesuatu dengan niat

yang bersih dan hasrat yang murni. Melalui prinsip ini, kaunselor berusaha menjaga klien

sebaik-baiknya serta menghormati maruah klien. Kaunselor haruslah menghargai klien,

melayan klien dengan baik, mengambil berat tentang keadaan klien dan mengutamakan

kepentingan diri klien daripada kepentingan dirinya. Peranan kaunselor yang utama sangat

perlu kepada prinsip amal jariah kerana klien yang datang mendapatkan sesi kaunseling

mengharapkan pertolongan daripada kaunselor. Prinsip amal jariah ini membantu kaunselor

mengamalkan kod etika kaunselor PERKAMA bahagian A.1. iaitu kaunselor

bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien. Sebagai contoh, kaunselor mengambil

berat tentang kesihatan diri klien sewaktu melaksanakan sesi kaunseling.

Prinsip keadilan (justice) menerangkan tentang kaunselor memberikan perkhidmatan

yang adil dan sama rata kepada semua orang tanpa mengambil kira latar belakang budaya

mereka (Rafidah dan Lau, 2013). Sapora dan Hapsah (2014) pula menjelaskan prinsip ini

berasaskan dua kriteria iaitu yang pertama sama dari segi keperluan (mendapat peluang yang

tersendiri kerana setiap insan adalah unik) dan kedua sama dari segi merit (mendapat layanan

mengikut permasalahan masing-masing). Merujuk Kod Etika Kaunselor PERKAMA

bahagian A.7. kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau mengalakkan

diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau

diskriminasi dalam apa-apa bentuk sekali pun. Kod etika berkenaan menjelaskan lagi bahawa

kaunselor haruslah melayan klien secara adil walaupun klien yang hadir datang daripada latar

belakang yang pelbagai. Berdasarkan prinsip keadilan, kaunselor hendaklah melayan klien

5
secara adil dan sama rata tanpa membanding beza kliennya. Sebagai contoh, kaunselor

melayan klien yang tidak sama bangsa dengannya secara adil sebagaimana kaunselor melayan

klien yang sebangsa dengannya.

Prinsip kelima pula ialah prinsip kesetiaan (fidelity) menerangkan bahawa kaunselor

sentiasa berusaha menghormati kepercayaan yang diberikan oleh klien dalam hubungan

kaunseling dengan menunaikan janji mereka untuk membantu klien (Rafidah dan Lau, 2013).

Kaunselor memberikan komitmen yang realistik dan berpegang kepada janji. Berdasarkan

prinsip kesetiaan, kaunselor perlu setia pada janjinya seperti menjaga kerahsiaan klien dan

melaksanakan tindakan yang telah kaunselor nyatakan terhadap klien. Hal ini sangat penting

untuk memelihara hubungan menolong yang terbina dan mewujudkan kepercayaan klien

terhadap kaunselor.

Prinsip keenam ialah prinsip kebenaran atau ketulusan (veracity) yang menerangkan

kaunselor berkhidmat dengan ikhlas untuk membantu klien. Keikhlasan ini penting untuk

membina dan memelihara kepercayaan klien. Merujuk Kod Etika Kaunselor PERKAMA

bahagian A.6. kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan

membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya. Kaunselor haruslah bersikap

tulus misalnya tentang tahap keupayaan atau kemahiran yang dimiliki. Sebagai contoh,

sekiranya kaunselor tidak mampu menguruskan klien atau tidak mempunyai kepakaran, maka

kaunselor boleh melakukan konsultasi dengan merujuk atau memberikan cadangan kepada

klien agar bertemu dengan pihak yang lebih pakar. Mizan dan Halimatun (2006) mengatakan

apabila kaunselor sedar bahawa dia tidak mampu membantu klien dengan efektif, dia boleh

merujuk klien kepada kaunselor lain ataupun ke pusat kaunseling yang lain. Kaunselor juga

perlu berkhidmat dengan ikhlas iaitu tidak mudah berputus asa, sentiasa bersemangat,

bermotivasi, mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan diri klien.

6
3.0 Kajian Kes Berdasarkan Prinsip Kod Etika

3.1 Prinsip Autonomi

Seorang pelajar datang ke bilik kaunseling untuk menyatakan hasratnya dalam pemilihan

bidang pelajarannya untuk pelajar tersebut sambung belajar. Namun, pelajar tersebut

merasakan was-was dan keliru dengan bidang yang mahu diambilnya. Pelajar tersebut

merasakan runsing dan keliru mana yang terbaik untuk diambil olehya. Pelajar tersebut risau

jika ia tersilap langkah akan pemilihan bidangyang diambilnya. Oleh itu, kaunselor telah

melakukan ujian kecenderungan terhadap minat dalam dirinya. Kaunselor tersebut juga telah

menganalisis bakat dan kebolehan yang ada pada diri pelajar tersebut. Seterusnya kaunselor

tersebut telah menerangkan bidang-bidang yang sesuai dan berkobolehan yang boleh diambil

oleh pelejar tersebut. Di sini kaunselor tersebut telah mengamalkan prinsip autonomi di mana

pelajar tersebut yang membuat pilihan dan menentukan segala keputusannya setalah

diterangkan mengenai maklumat berkaitan permasalahannya.Di samping itu, kaunselor

memainkan peranan memberikan sokongan moral serta galakkan kepada klien supaya lebih

yakin dengan kemampuan dirinya. Apabila seseorang itu bertindak secara autonomi,

implikasinya beliau juga bertanggungjawab pada perlakuannya kerana beliau sudah

melaksanakan kebebasan pemilihan dalam membuat keputusan.

3.2 Prinsip Kemudaratan

Terdapat seorang pelajar perempuan yang datang ke bilik kunseling untuk menyatakan

permasalahan ketagihan seks yang dialami dirinya. Pelajar tersebut menyatakan kepada

kaunselor tersebut tanpa ada perasaan malu langsung kerana pelajar tersebut mempunyai

masalah ketagihan seks yang melampau sehinggakan menyebabkan berlakunya adegan

godaan kepada kaunselor semasa berlakunya sesi kaunseling. Pihak kaunselor telah

menggunakan terapi yang bersesuaian untuk memulihkan perasaan dan keadaan klien. Pihak

7
kaunselor tidak mengambil sebarang kesempatan terhadap klien walaupun digoda. Malahan,

pihak kaunselor telah membawa klien kepada orang agama untuk memberi sedikit tausiah

kepada klient.

3.3 Prinsip Amal Jariah

Seorang pemuda telah datang ke bilik kaunseling dengan menyatakan bahawa dia mempunyai

masalah dalam kecelaruan sukannya. Namun, di dalam bilik kaunseling tersebut tiada seorang

pun yang pakar dalam bidang tersebut. Setelah itu, klien memang benar memerlukan khidmat

kaunseling. Namun, kaunselor yang ada di dalam bilik tersebut memang tidak mempunyai

kepakaran dalam permasalahannya. Namun, atas dasar keprihatinan, keunselor tersebut telah

membawa pemuda tersebut kepada seorang kaunselor persendirian yang memang pakar dalm

permasalahan pemuda tersebut. Kaunselor tersebut telah mengamalkan konsep amal jariah

dalam sesinya dengan emmbantu orang lain untuk mendapat manfaat yang sebenar dan baik.

3.4 Prinsip Keadilan

Di sebuah desa, telah di datangi oleh seorang wanita yang dalam keadaan lemah dan tidak

sihat ke pusat kaunseling di desa tersebut. Wanita tersebut ingin berjumpa kaunselor kerana

mengalami masalah kemurungan dalam dirinya yang melampau. Wanita tersebut juga

menyatakan kepada kaunselor tersebut bahawa dia adalah pembawa penyakkt yang

merbahaya iaitu penyakit HIV positif. Wanita itu menyatakan kepada kaunselor bahawa dia

tidak mahu hidup lagi dan berasa tidak berguna pada dirinya. Namun, kaunselor tersebut tetap

melayan klien tersebut seperti klien yang lain malahan memberi semangat secara berterusan

kepad klien tersebut tanpa memikirkan keadaan klien tersebut walaupun klien tersebut

pembawa penyakit berbahaya. Inilah yang dikatakan keadilan kepada semua tanpa

memikirkan sebarang perbezaan.

8
3.5 Prinsip Kesetiaan

Terdapat seorang ibu tunggal yang hadir ke unit kaunseling persekutuan dan menyatakan

bahawa ia mengalami dilema yang tinggi dalam hidupnya apabila menantunya sering

melakukan penderaan terhadap cucunya sendiri. Dia juga sering diugut jika dia mendedahkan

perkara ini kepada orang lain. Justeru, ibu tunggal ini telah berjumpa dengan kaunselor untuk

menyelasaikan masalah ini dengan syarat kaunselor tersebut merahsiakan identiti ibu tunggal

ini. Justeru, kaunselor telah bertindak secara berperingkat dengan tidak mendedahkan

sebarang identiti ibu tunggal tersebut sehinggakan masalah tersebut selesai egan bantuan polis

tanpa sebarang kebocaran identiti yang telah dijanjikan. Inilah dikatakan kesetiaan kaunselor

dalam menyelesaikan isu klient.

3.6 Prinsip Kebenaran dan Ketulusan

Terdapat seorang pemuda yang menyatakan bahawa dia mempunyai masalah dalam hutang

kepada seorang ah long dan telah menemui seorang kaunselor di pusat kaunseling negeri.

Pemuda tersebut berharap dengan harapan bahawa kaunselor yang dijumpai ini dapat

membantu untuk menyelesaikan hutangnya dan masalah tersebut. Namun, kaunselor tersebut

tidak mampu untuk membantu pemuda tersebut malahan tidak mempunyai kelebihan wang

untuk membantu pemuda tersebut. Justeru, kaunselor tersebut telah berterus terang bahawa

dia tidak dapat untuk membantu masalah pemuda tersebut dan meminta untuk pemuda

tersebut merujuk ke pihak berkuasa agar keselematan dirinya terjamin. Kaunselor tersebut

juga berterus terang kepada pemuda tersbut untuk melaporkan hal ini kepada pihak polis demi

keselamatannya dan tidak berjanji apa-apa kepada klien. Inilah yang dikatakan prinsip

kebenaran dan ketulusan dalam melaksanakan sesi kaunseling.

9
4.0 Isu-Isu Berkaitan Dengan Etika

Terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan etika dalam perlaksanaan perkhidmatan

kaunseling. Antaranya seperti isu etika berkaitan dengan gender dan agama, isu etika

berkaitan aspek budaya, isu etika kaunseling kanak-kanak, isu etika kaunseling dalam talian,

isu etika kerahsiaan dan perundangan dan isu etika undang-undang perhubungan seksual.

Kaunselor yang beragama Islam mengambil berat tentang batas-batas perhubungan

dengan klien yang berlainan gender. Hal ini berkait rapat dengan batasan agama yang

menghalang perhubungan yang keterlaluan antara lelaki dan perempuan sehingga boleh

mendatangkan fitnah atau perkara yang tidak diingini. Selain itu, kaunselor Melayu-Islam

menghadapi beberapa kesukaran dan ketidakselesaan apabila berhadapan dengan isu gay atau

lesbian kerana gaya hidup yang jelas melanggar norma dan nilai populasi umum orang

Melayu-Islam (Rafidah dan Lau, 2013). Memberikan kaunseling kepada klien berbeza agama

juga boleh memberikan cabaran jika tahap kewarakan kaunselor adalah tinggi. Kaunselor

perlu mengambil kira perbezaan antara agama dengan kaunseling iaitu kaunseling tidak

membenarkan kaunselor meletakkan nilai-nilainya ke atas klien, manakala agama selalunya

melibatkan pengajaran (dakwah) doktrin dan kepercayaan dengan itu individu dijangka untuk

menerima dan patuh.

Isu etika berkait dengan aspek budaya pula menyentuh aspek perbezaan kumpulan

umur, perbezaan status sosioekonomi atau kelas sosial, perbezaan tahap pendidikan dan

orientasi seksual yang berbeza seperti gay, lesbian, biseksual dan transgender. Kaunselor yang

profesional perlu kompeten dalam kaunseling pelbagai budaya. Ilmu pengetahuan dan

kemahiran kaunseling yang umum tidak cukup sekiranya selok-belok berkaitan budaya tidak

diketahui oleh kaunselor. Rafidah & Noh (2006) mengatakan bahawa konflik boleh terjadi

apabila klien dan kaunselor mempunyai nilai yang berbeza. Merujuk Kod Etika Kaunselor

10
PERKAMA bahagian A.3. menjelaskan kaunselor hendaklah memahami dan menghormati

latar belakang sosiobudaya klien. Justeru, kaunselor profesional mestilah telah mendapat

latihan berkenaan dengan kaunseling pelbagai budaya.

Barnett dan Johnson (2010) dalam Rafidah dan Lau (2013) menyatakan bahawa

kaunselor dan ahli terapi perlu membincangkan dengan jelas had kerahsiaan dengan klien

kanak-kanak di bawah umur sebagai sebahagian daripada proses persetujuan termaklum

walaupun apabila seorang ibu bapa atau penjaga bersetuju untuk mendapatkan rawatan.

Secara umumnya, ibu bapa berhak untuk mendapatkan maklumat daripada kaunselor

mengenai kemajuan kanak-kanak dalam kaunseling, tetapi ibu bapa tidak mempunyai hak

untuk mengakses rekod kanak-kanak.

Klien minor tidak sentiasa mampu untuk memberikan persetujuan termaklum. Kod

Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia bahagian A.2.d. menjelaskan apabila memberi

kaunseling kepada kanak-kanak bawah umur ataupun kepada individu yang tidak boleh

memberi persetujuan sukarela, kaunselor perlu mendapatkan kebenaran klien berhubung

dengan perkhidmatan yang akan diberikan daripada pihak yang diberi kuasa oleh undang-

undang dan melibatkan mereka di dalam membuat keputusan menurut kesesuaian keadaan.

Kaunselor hendaklah sedar akan perlunya mengimbangi hak-hak etika klien membuat pilihan,

keupayaan mereka untuk memberi persetujuan atau kebenaran bagi mendapat perkhidmatan,

dan hak-hak serta tanggungjawab ibu-bapa atau keluarga mengikut undang-undang, untuk

melindungi klien dan membuat keputusan bagi pihak mereka.

Salah satu isu yang kerap dibahaskan dalam profesion kaunseling adalah penggunaan

kaunseling dalam talian (online) dan pelbagai bentuk penyampaian perkhidmatan melalui

internet. Kaunseling dalam talian mempunyai kelebihan dan kekurangan atau risiko tersendiri.

Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia telah menyediakan garis panduan

11
yang khusus untuk membantu kaunselor, ahli terapi dan ahli psikologi yang berhasrat untuk

menyediakan perkhidmatan psikologi di internet (Rafidah dan Lau, 2013).

Kerahsiaan sering menjadi dilema terhadap kaunselor atau ahli psikologi terutama

ketika berhadapan situasi yang memerlukan pelanggaran batas kerahsiaan. Kerahsiaan adalah

satu konsep etika yang mempunyai kesan undang-undang. Mengekalkan kerahsiaan

merupakan tugas utama bagi profesion menolong seperti kaunselor dan ahli psikologi klinikal.

Bagi klien pula, mereka mempunyai hak untuk mengharapkan pengekalan kerahsiaan

sepanjang perhubungan menolong dengan kaunselor atau ahli terapi mereka. Mizan dan

Halimatun (2006) mengatakan adalah sangat tidak beretika untuk bercerita mengenai kes

klien tanpa tujuan atau hanya untuk memenuhi keperluan ego kaunselor. Terdapat beberapa

pengecualian kepada kerahsiaan iaitu apabila telah dimandatkan oleh undang-undang,

pendedahan kerahsiaan atas persetujuan klien dan konflik antara kewajipan memberi amaran

dan kewajipan untuk melindungi. Terutamanya apabila berhadapan dengan kes-kes seperti

membunuh diri, rancangan pembunuhan, keganasan rumah tangga, penderaan dan HIV

positif. Kewajipan untuk melindungi mangsa melibatkan tiga tanggungjawab yang khusus

seperti mengenalpasti klien yang berkemungkinan melakukan kecederaan fizikal kepada

pihak ketiga. Selain itu, melindungi pihak ketiga daripada klien yang dinilai berbahaya dan

merawat klien yang berbahaya. Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia bahagian

B.1.d. menjelaskan kaunselor perlu memberitahu klien mengenai batasan kerahsiaan dan

mengenal pasti situasi tertentu yang diduga di mana kerahsiaan mesti didedahkan di peringkat

awal dan sepanjang proses kaunseling.

Perhubungan seksual yang boleh timbul antara kaunselor dengan klien turut perlu

diberi perhatian. Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia bahagian A.5.a.

menjelaskan interaksi atau perhubungan seksual atau romantik di antara kaunselor dengan

klien semasa, pasangan romantik klien atau ahli keluarga klien adalah dilarang. Perhubungan

12
seksual juga boleh melibatkan pelbagai peringkat seksualiti. Contohnya kaunselor mempunyai

fantasi seksual, bertingkah laku menggoda klien, mempengaruhi klien untuk memberi

tumpuan kepada perasaan seksual ke arah mereka, atau melibatkan diri dalam hubungan

fizikal terutamanya bertujuan untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Isu-isu seksual

boleh memutarbelitkan perhubungan terapeutik dan menjadi tumpuan sebenar sesi. Justeru,

adalah penting untuk pengamal praktis kaunseling belajar untuk membezakan antara

mempunyai perasaan seksual dan bertindak ke atasnya.

Kesimpulannya, para pengamal kaunseling mahupun ahli psikologi perlu memahami

prinsip-prinsip kod etika dan mengetahui kandungan kod etika kaunselor yang diguna pakai di

Malaysia. Pemahaman dan pengetahuan berkenaan akan diaplikasikan secara langsung dalam

melaksanakan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor yang profesional ialah kaunselor yang

beretika dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling. Pelbagai isu etika sering timbul

dalam kalangan pengamal kaunseling atau ahli psikologi. Justeru, para pengamal kaunseling

dan ahli psikologi perlu menghadapi isu tersebut dengan cekap dan penuh beretika

berdasarkan kod etika yang telah digariskan dalam Kod Etika Kaunseling Malaysia sama ada

daripada PERKAMA mahupun Lembaga Kaunselor Malaysia dalam mengambil langkah

tindakan penyelesaian sesuatu isu berkaitan etika. Apatah lagi untuk mengelak daripada

dikenakan tindakan undang-undang Akta 580, Akta Kaunselor 1998.

13
5.0 Penutup

Perkhidmatan kaunseling seperti uga perkhidmatan professional yang lain mempunyai

etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu garis

panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak kurang

pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya klien atau

dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika kaunseling untuk

kegiatan seharian mereka

14
RUJUKAN

American Counseling Association (2014). Code of ethics. Diakses pada 27 Februari 2017

daripada http://www.counseling.org/resources/aca-code-of-ethics.pdf

Baharom Mohamad, Ph.D. & Iliyas Hashim (2010). Teori & amalan kaunseling. Selangor :

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd Mukti (2012).

Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lembaga Kaunselor Malaysia (2011). Kod etika kaunselor. Kuala Lumpur : Percetakan

Lembaga Kaunselor.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar (2006). Kaunseling individu,

apa dan bagaimana. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Persatuan Kaunseling Malaysia (1994). Kod etika kaunselor : Diakses pada 27 Februari 2017

daripada http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/kodetika/kodetika.htm

Rafidah Aga Mohd Jaladin & Lau Poh Li (2013). Isu profesional dan etika dalam kaunseling

dan psikoterapi. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya

Rafidah Aga Mohd Jaladin & Noh Haji Amit (2006). Value issues in the helping relationship.

Masalah Pendidikan, 29, 47-56

Sabariah Siron (2005). Teori kaunseling & psikoterapi. Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn.

Bhd.

Sapora Sipon & Hapsah Yusof (2014). Pengenalan kepada profesion kaunseling edisi kedua.

Bandar Baru Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia.

Undang-Undang Malaysia (2013). Akta kaunselor 1998 (Akta 580). Petaling Jaya :

International Law Book Services.

______(2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

15
______(2015). Panduan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

rendah dan menengah. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia.

16

Anda mungkin juga menyukai