Anda di halaman 1dari 16

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, UNIMAS

Semester 1, 2022/2023, UW6345001 (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan)

MPU3192: Penghayatan Etika dan Peradaban

Pensyarah: Dr. Farah Binti Zaini

Kumpulan 7

Tajuk: Masih Relevenkah Universiti: Akademik VS Penjananaan Semula

Nama No. Matrik


Gary Carllister Anak Gerunsin 83926
Gellicson Anak Genjer 83930
Massyahrulekmal Bin Hasbi 84446
Voon Jing Bin 86012
Chin Zhi Xin 83486
Carely Lau Shen Yee 83417
Fathullah Hafzan Bin Abdullah Mahrof 83846
Morrisson Jeff Stevenson Anak Bali 84617
Alistair Rodger Lian Tingang 83165
Nicolas Wang Tong Liang 86732
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


ABSTRAK i
1.0 PENGENALAN
2.0 KAJIAN KES
3.0 PUNCA
3.1 PUNCA MELANJUTKAN AKADEMIK DI UNIVERSITI
3.2 PUNCA TIDAK MELANJUTKAN AKADEMIK DI
UNIVERSITI SEBALIKNYA MENJANA PENDAPATAN
DENGAN BEKERJA
4.0 KESAN POSITIF DAN NEGATIF
4.1 KESAN POSITIF MELANJUTKAN AKADEMIK DI
UNIVERSITI
4.2 KESAN NEGATIF MELANJUTKAN AKADEMIK DI
UNIVERSITI
4.3 KESAN POSITIF PENJANAAN PENDAPATAN
DENGAN BEKERJA SELEPAS TAMAT PENDIDIKAN
MENENGAH
4.4 KESAN NEGATIF PENJANAAN PENDAPATAN
DENGAN BEKERJA SELEPAS TAMAT PENDIDIKAN
MENENGAH
5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN
LAMPIRAN
ABSTRAK

Kajian ini bertajuk ‘Masih relevankah Universiti: Akademik VS Penjanaan


pendapatan’. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengapa pelajar di
Malaysia masih berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan
mengapa kebanyakan mereka lebih memilih untuk terus bekerja. Selain itu, kajian ini
juga dijalankan untuk mengkaji kesan pelajar memilih untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti dan kesan pelajar memilih untuk terus bekerja. Kami mendapati bahawa
tajuk yang dipilih ini amat sesuai kerana ianya merupakan salah satu isu hangat yang
sedang dibincangkan di negara kita ketika ini dimana peratusan pelajar lepasan
pendidikan menengah tidak mahu melanjutkan pelajaran di universiti adalah tinggi.
Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui rujukan daripada Internet. Dapatan
kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat beberapa punca yang mendorong para
pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan terus bekerja dan
kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Secara
konklusinya, daripada kajian yang dijalankan ini, kami dapat menilai dan mengetahui
tahap kerelevanan universiti kepada para pelajar.
1.0 PENGENALAN

Akademik atau penjanaan pendapatan dengan bekerja, mana satu yang lebih
baik? Ramai pelajar keliru dengan pendirian mereka sama ada mereka hendak
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun terus bekerja untuk
mencari pendapatan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) ataupun diploma. Terdapat sesetengah orang berpendapat
bahawa lebih baik melanjutkan pelajaran hingga peringkat universiti manakala ada
segolongan orang beranggapan bahawa melanjutkan pelajaran hingga peringkat
universiti hanya membuang masa. Tambahan pula, mereka merasakan mencari
pendapatan lebih menguntungkan daripada sambung belajar ke peringkat ijazah.
Universiti merupakan sebuah institusi pendidikan atau pusat pengajian yang
tinggi yang memberikan ilmu pengetahuan yang lebih luas kepada pelajar dalam
pelbagai bidang yang sesuai serta meanugerahkan pelbagai peringkat ijazah seperti
peringkat Degree, Master dan PhD. Antara universiti-universiti di Malaysia yang
diiktirafkan oleh kerajaan adalah Unimas, UKM, UM, UPSI dan yang lain-lain.
Institusi pendidikan ini turut menjalankan penyelidikan ilmiah dengan lebih luas.
Unuversiti juga menyediakan kelengkapan keperluan yang terbaik selama mereka
belajar di universiti. Contohnya, keperluan seperti asrama, stadium, cafe,
perpustakaan dan pelbagai lagi. Akan tetapi, kadar kemasukan pelajar ke universiti
semakin berkurang setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana lepasan pelajar
SPM, STPM, Matrikulasi atau diploma tidak mahu sambung belajar ke peringkat
pengajian yang lebih tinggi.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji masih relevankah universiti
dengan melibatkan akademik dan penjanaan pendapatan. Dalam kajian ini akan
mencari apakah punca melanjutkan akademik di universiti dan punca tidak
melanjutkan akademik di universiti sebaliknya menjana pendapatan dengan bekerja.
Kesan laporan ini turut dikemukakan iaitu kesan melanjutkan akademik di universiti
dan kesan penjanaan pendapatan dengan bekerja selepas tamat pendidikan menengah
berdasarkan kesan positif dan negatif. Hal ini untuk membandingkan yang mana lebih
baik sama ada menyambung pelajaran ataupun mencari pendapatan dengan bekerja.
2.0 KAJIAN KES
Minat ingin menyambung pelajaran dalam kalangan pelajar pada masa ini
tidak juga kurang mendapat sambutan walaupun majoriti pelajar tidak ingin
melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sememangnya
betul bahawa pelajar tidak ingin melanjutkan pelajaran kerana terdapat pelbagai
spekulasi atau tanggapan yang buruk terhadap pelanjutan pembelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Namun terdapat juga pelbagai kebaikan jika melanjutkan pelajaran
ke IPT (Unitar International, 2021). Pelajar haruslah membuka minda mereka bahawa
melanjutkan pelajaran bukan sesuatu yang merugikan dan membuang masa akan
tetapi, pelajar akan mendapat pelbagai ilmu tambahan berbanding dengan individu
yang tidak melanjutkan pelajaran.
Pelajar selalunya akan dipengaruhi oleh rakan sebaya atau mendengar
percakapan orang lain. Namun demikian, sesetengah pihak haruslah tidak
menyebarkan perkara negatif tentang keburukan melanjutkan pelajaran. Semua
masyarakat harus mengetahui bahawa negara yang membangun seperti negara
Malaysia amat memerlukan generasi muda yang berkualiti dalam membantu
membangunkan ekonomi negara. Walaupun terdapat beberapa kekangan untuk
melanjutkan pelajaran seperti kekangan kewangan, ianya tidak menjadi penghalang
kerana pihak kerajaan sentiasa komited dalam memastikan individu yang berhasrat
ingin melanjutkan pelajarannya akan dibantu oleh pihak kerajaan.
Mengikut statistik, sebanyak 72.1% atau kira-kira seramai 390,000 pelajar
lepasan SPM yang tidak ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya.
Situasi sedemikian berlaku kerana terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan
pelajar tidak ingin melanjutkan pelajaran (Sinar Harian, 2022). Sebanyak 28.9%
sahaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Trend
seperti ini haruslah ditangani secepatnya sebelum ianya semakin parah kerana negara
kita amat memerlukan ramai para siswazah untuk membuka banyak lagi peluang
pekerjaan.
3.0 PUNCA
3.1 Punca Melanjutkan Akademik di Universiti

3.1.1 Ingin Menambah Ilmu Pengetahuan


Antara punca yang menyebabkan pelajar lepasan SPM, STPM atau diploma
menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah di universiti adalah mereka ingin
menambah ilmu pengetahuan. Di universiti, subjek yang dipelajari oleh pelajar
universiti amatlah berbeza jika dibandigkan dengan subjek yang dipelajari oleh
pelajar pendidikan menengah. Pelajar SPM dan STPM masih lagi menumpukan
kepada subjek teras seperti subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan yang lain-
lain manakala pelajar universiti tidak lagi belajar berkaitan dengan pendidikan
menengah sebaliknya mempelajari sesuatu yang baharu yang melibatkan pelbagai
bidang dan program tertentu. Pendedahan dan pembelajaran bagi yang baru di
universiti ini menyebabkan pelajar lepasan SPM dan STPM tertarik untuk mencuba
sesuatu yang baru dalam alam pendidikan iaitu menimba ilmu pengetahuan dengan
lebih luas. Tambahan pula, hal ini membolehkan pelajar yang berminat untuk belajar
dengan menyambung pendidikan di universiti mampu meluaskan daya pemikiran
mereka. Ilmu pengetahuan adalah wadah untuk masyarakat yang berfikiran jauh
(Berita Harian, 2020). Oleh itu, minat pelajar terhadap ilmu menyebabkan mereka
ingin melanjutkan pengajian mereka di universiti.

3.1.2 Ingin Meluaskan Peluang dan Pilihan dalam Pelbagai Bidang Pekerjaan
Bagi sesetengah pelajar lepasan menengah, mereka berpendapat bahawa seseorang
yang mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi mampu memperoleh kerjaya dan
masa depan yang terjamin. Mereka juga fikir kelulusan yang tinggi membolehkan
seseorang itu mendapat peluang dan pilihan pekerjaan yang bagus serta bergaji besar.
Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM berminat untuk
mendapat ijazah dengan menyambung pelajaran di universiti untuk mencapai kerjaya
yang mereka impikan. Dalam kajian Pope dan Ferman (2003), pelajar melanjutkan
akademik di universiti disebabkan ingin mencapai kerjaya iaitu mendapat pekerjaan
yang lebih baik selepas ijazah. Ini bermaksud pelajar lepasan menengah ingin
menyambung pendidikan di universiti supaya boleh memperolehi kehidupan yang
lebih bagus dalam pekerjaan.
3.1.3 Permintaan Ibu Bapa Menyuruh Anak Sambung Belajar di Universiti
Setiap ibu bapa dalam sesebuah keluarga memainkan peranan dalam memastikan
anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan. Wissbrun dan Eckart (1992)
menyatakan bahawa pendidikan anak-anak merupakan salah satu tangggungjawab ibu
bapa. Terdapat sesetengah ibu bapa yang memberikan sokongan dan galakan kepada
anaknya yang ingin sambung belajar manakala ada segelintir ibu bapa yang memaksa
anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Hal ini menyebabkan hanya
ibu bapa yang menentukan segala kerjaya anak-anak sehingga anak-anak mereka
menerima hakikat walaupun mereka tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran di
universiti selepas tamat sekolah menengah. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu
bapa ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka supaya mereka menpunyai masa
depan yang cerah. Contoh, ibu bapa yang memilih program dan universiti untuk anak-
mereka semasa mengisi UPU dalam talia. Ibu bapa adalah pendorong berterusan
dalam pendidikan anak-anak hingga mereka dewasa (Berger, 2000). Oleh itu kejayaan
anak-anak dalm pelajaran semakin cerah atas peranan ibu bapa

3.2 Punca Tidak Melanjutkan Akademik Di Universiti Sebaliknya Menjana


Pendapatan dengan Bekerja

3.2.1 Kos Pengajian yang Membebankan


Kos yuran pengajian di institusi pengajian tinggi yang membebankan menyebabkan
pelajar lepasan menengah memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran mereka di
universiti (Utusan Malaysia, 2022). Hal ini dikatakan demikian kerana sumber
pendapatan keluarga yang tidak tetap menyebabkan ibu bapa tidak mampu untuk
menanggung Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) anak mereka. Walaupun yuran Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah lebih murah berbanding dengan yuran
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), tetapi purata kos pengajian untuk universiti
awam adalah dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000. Tambahan pula,
kerajaan juga telah membantu dalam menanggung separuh daripada seluruh kos
pengajian dengan menurunkan kadar yuran untuk universiti awam. Contohnya, kos
penuh pengajian universiti awam adalah sebanyak RM20,000 lebih telah dikurangkan
kepada RM9000 lebih oleh kerajaan. Dengan itu, pelajar hanya perlu membayar
sebanyak RM1000 lebih untuk setiap semester. Walau bagaimanapun, ramai juga
yang tidak mampu membayarnya terutamanya daripada golongan B40. Oleh itu,
pelajar lepasan menengah terpaksa mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan
akademik mereka di universiti dan memilih untuk terus bekerja serta menjana
pendapatan bagi menyara hidup lalu mengurangkan beban keluarga.

3.2.2 Gaji yang Ditawarkan Terlalu Rendah


Gaji yang ditawarkan adalah terlalu rendah walaupun seseorang itu mempunyai
pendidikan peringkat ijazah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) percaya
bahawa kadar gaji yang rendah yang tidak berubah untuk beberapa tahun lalu menjadi
halangan kepada pelajar lepasan menengah untuk menyambung akademik mereka di
universiti (Utusan Malaysia, 2022). Mereka merasakan bahawa melanjutkan
pengajian ke peringkat universiti ini hanya membuang masa mereka untuk beberapa
tahun sekiranya kadar gaji masih rendah di Malaysia berdasarkan pencapaian
akademik. Tambahan pula, pelajar lepasan menengah juga mendapati melanjutkan
pengajian ke universiti untuk mendapatkan ijazah tidak menjanjikan kadar gaji yang
diterima akan menjadi besar. Contohnya, gaji permulaan untuk seseorang yang
mempunyai ijazah adalah pada tangga gaji RM2000 lebih dan gaji ini tidak jauh
berbanding seseorang yang tidak mempunyai ijazah dengan tangga gaji minimum
RM1500 sebulan. Oleh itu, sambung belajar ataupun tidak kadar gaji yang ditawarkan
tetap rendah dan sama bagi fikiran pelajar lepasan menengah yang tidak mahu
melanjutkan akademik di universiti.

3.2.3 Pengaruh Media Sosial


Pelajar pendidkan menengah adalah golongan yang sangat mudah dipengaruhi oleh
media sosial. Segelintir daripada pelajar ini tidak berminat untuk menyambung
pelajaran ke universiti disebabkan media sosial yang meluaskan peluang pekerjaan
melalui platform gig. Hal ini menyebabkan pelajar lepasan ini beranggapan bahawa
belajar di universiti bukan jaminan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus
untuk maju ke depan. Selepas tamatnya SPM, STPM atau diploma, mereka yang tidak
berminat untuk belajar di universiti terus melayani media sosial untuk mencari
pekerjaan dengan minat mereka melalui platform gig. Contohnya, mereka tertarik
untuk bekerja sebagai penghantar makanan dan menyediakan perkhidmatan E-hailing.
Sekiranya pekerjaan menerusi ekonomi gig dibuat secara berterusan, ini akan
memberikan pendapatan yang lumayan setanding dengan pendapatan orang yang
memiliki ijazah. Menurut Arne L. Kalleberg dan Micheal Dan (2016), ekonomi gig
bermaksud medium bagi mempamerkan keusahawanan dan inovasi tanpa batasan
dalam bentuk penjanaan pendapatan melalui perkhidmatan.

4.0 Kesan Positif dan Negatif


4.1 Kesan Positif Melanjutkan Akademik di Universiti

4.1.1 Mampu memperoleh pekerjaan yang baik


Antara kesan positif melanjutkan pelajaran atau akademik di universiti ialah kita
mampu memperoleh pekerjaan yang baik. Dalam mendepani ombak modenisasi ini,
hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mencukupi untuk
mendapatkan pekerjaan yang stabil. SPM hanya mampu mendapatkan pekerjaan gaji
yang rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup. Untuk mendapatkan
pekerjaan yang baik, gaji yang besar dan boleh menyara kos sara hidup adalah kita
perlu melanjutkan pelajaran ke Universiti untuk mendapatkan sijil yang lebih tinggi
seperti peringkat Degree, Master dan Phd. Jelaslah bahawa melanjutkan pelajaran
akan membantu kita mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih luas.

4.1.2 Melahirkan Golongan Intelektual yang Mampu Bersaing di Persada


Antarabangsa
Selain itu, melanjutkan akademik di Universiti akan melahirkan golongan intelektual
yang mampu bersaing di persada antarabangsa. Golongan intelek bermaksud
golongan yang pintar dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sama ada di
dalam dan di luar bidangnya (Khairiah Mohd Yassin, 2018). Hal ini akan membuka
mata para pelajar kepada dunia intelek yang tidak mungkin diketahui mereka sebelum
ini melalui program-program yang bertujuan untuk mendedahkan murid kepada dunia
luar. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah wujudnya persetujuan di
universiti universiti tertentu yang mempunyai persetujuan awal dengan universiti
negara lain untuk mengadakan program pertukaran pelajar. Melalui program tersebut,
pelajar pelajar yang layak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Ini akan memberikan pengalaman kepada pelajar tersebut untuk membina perwatakan
sendiri, menjalani kehidupan di dunia luar dan sebagainya.
4.2 Kesan Negatif Melanjutkan Akademik di Universiti

4.2.1 Tempoh Masa yang Sangat Lama


Antara kesan negatif yang menyebabkan pelajar tidak mahu melanjutkan akademik
ialah tempoh masa pengajian yang sangat lama. Remaja yang tidak melanjutkan
pelajaran ini masih meneruskan kehidupan mereka menanti hari tua. Disebabkan masa
pengajian yang sangat lama, mereka berfikir lebih baik mencari pekerjaan daripada
melanjutkan pelajaran yang tempohnya agak lama. Bukan sahaja membuang masa
malah melanjutkan pelajaran akan mengeluarkan kos yang banyak untuk membayar
kos yang mereka pelajari. Mereka tidak memikirkan kesan yang akan mereka dapat
pada masa hadapan. Biarpun lepasan spm yang mungkin lebih selesa untuk terus
bekerja dengan peluang mendapatkan pekerjaan, namun tidak mampu menjaminkan
masa depan yang lebih baik. Jika kita mempunyai pencapaian akademik yang lebih
tinggi seperti Sijil Degree, Master dan sebagainya, peluang pekerjaan akan lebih luas
yang kita akan dapat berbanding dengan mereka yang hanya berbekalan SPM.

4.2.2 Majikan Lebih Mementingkan Kemahiran daripada Pencapaian Akademik.


Kesan negatif apabila menyambung pelajaran di universiti adalah apabila majikan
lebih mementingkan kemahiran daripada pencapaian akademik. Hal ini dikatakan
demikian kerana, kebanyakan majikan atau syarikat besar lebih mementingkan
kemahiran daripada orang yang lebih berpengelaman bekerja dan bukannya orang
yang mempunyai sijil yang tinggi tetapi tidak mengetahui sesuatu pekerjaan yang
hendak dilakukan (Berita Harian, 2021). Bukan itu sahaja, kebanyakan para majikan
merasakan bahawa orang yang mempunyai kemahiran mampu membuat keuntungan
yang lebih banyak berbanding orang yang berpelajaran yang tinggi. Dari itu,
kebanyakan majikan hanya mengambil pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja
ataupun pelajar yang mempunyai sijil pelajaran yang berstatus rendah sahaja seperti
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).
Segelintir Jelaslah, jika kita menyambung pelajaran ke Universiti kita akan sedikit
sukar untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan yang kita inginkan kerana kebanyakan
majikan tidak menggunakan sijil yang terlalu tinggi melainkan SPM dan STPM.
4.3 Kesan Positif Penjanaan Pendapatan dengan Bekerja Selepas Tamat Pendidikan
Menengah

4.3.1 Menimba Pengalaman Sebenar dalam Alam Pekerjaan


Kesan Positif dalam menjana pendapatan dengan bekerja selepas tamat pendidikan
menengah ialah dapat menimba pengalaman sebenar dalam alam pekerjaan. Dengan
melibatkan diri dalam sektor pekerjaan kita dapat mempelajari pelbagai teknik dan
kebolehan yang tidak dapat diperolehi daripada pembelajaran yang diberikan oleh
pensyarah di Universiti. Teknik dan kebolehan yang ada pada diri kita akan menjadi
kelebihan kepada kita untuk meningkatkan kualiti pekerjaan dalam bidang yang kita
ceburi. Bukan itu sahaja, kita juga akan lebih berpengalaman dalam sesuatu bidang
daripada orang yang baru sahaja menamatkan pengajian di universiti dan masuk
bekerja di tempat yang sama dengan kita. Hal ini terserlah apabila mereka meminta
kita untuk mengajar mereka akan sesuatu yang mereka baru pelajari di tempat kerja.
Sebagai contohnya, dalam bidang perindustrian, mereka akan meminta tunjuk ajar
daripada kita untuk mengajar mereka menguruskan sesuatu yang mereka belum
pernah uruskan seperti membaiki mesin yang telah rosak. Jelaslah bahawa menjana
pendapatan dapat memberi pengalaman yang sangat baik untuk kita di masa yang
akan datang.

4.3.2 Menghasilkan pendapatan kita sendiri


Selain itu, pelajar lepasan mampu menghasilkan pendapatan mereka sendiri. Ramai
pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia
(STPM) mencari pekerjaan kerana mereka tidak lagi berminat untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran
agak tinggi. Pada pemikiran mereka, mereka tidak perlu bergantung kepada ibubapa
untuk menyara kehidupan seharian mereka lagi selepas mereka bekerja kerana bagi
mereka tanggungjawab ibubapa sudah tamat untuk membesarkan mereka dan sudah
tiba masanya mereka pula yang menyara kehidupan ibubapa mereka. Bukan itu
sahaja, sebagai seorang anak kita akan terfikir tidakkah kita sebagai seorang anak
ingin menyenangkan orang tua kita? sampai bila kita ingin mengharapkan wang
daripada titik peluh ibu bapa kita? Itulah persoalan yang sering bermain diminda
seorang anak dan disebabkan itulah menjana pendapatan lebih releven daripada
menyambung pelajaran.
4.4 Kesan Negatif Penjanaan Pendapatan dengan Bekerja Selepas Tamat Pendidikan
Menengah

4.4.1 Dipandang Rendah oleh Orang Lain


Kesan negatif apabila kita tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti ialah
kita akan dipandang rendah oleh orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana jika
kita tidak menyambung pelajaran kita akan dicemuh oleh masyarakat sekeliling dan
kita akan ditanya oleh mereka mengapa kita tidak mahu menyambung pelajaran lagi.
Pada pemikiran mereka kita tidak menyambung pelajaran lagi kerana keputusan
peperiksaan kita begitu teruk yang menyebabkan kita tidak menyambung pelajaran
lagi namun hakikatnya kita tidak mampu untuk menyambung pelajaran lagi kerana
faktor kewangan. Bukan itu sahaja mereka juga akan membanding-bandingkan kita
dengan orang yang telah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Perkara ini akan menyebabkan kita merasakan bahawa kita telah disisihkan
oleh masyarakat di sekeliling kita dan membuat kita melakukan perkara yang tidak
berfaedah seperti melepak, merokok, menghisap dadah dan sebagainya untuk kita
menghilangkan tekanan kita terhadap kritikan masyarakat kepada kita. Jelaslah
menyambung pelajaran ke universiti begitu penting untuk membuka mata masyarakat
terhadap kita.

4.4.2 Sukar untuk Naik Pangkat dalam Pekerjaan


Mereka yang mempunyai sijil SPM hanya dapat bekerja dalam jawatan yang rendah.
Hal ini demikian kerana jawatan yang tinggi memerlukan kelulusan yang lebih tinggi
seperti Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Mereka akan hilang peluang untuk
bersaing dengan orang lain jika mereka memilih untuk terus bekerja selepas
pendidikan menengah. Tambahan pula, jawatan tinggi dalam pekerjaan memerlukan
kriteria tertentu seperti pemikiran yang kreatif dan inovatif atau pandai berkomunikasi
dengan orang lain. Oleh sebab itu, mereka perlu sambung belajar untuk mengusai
kemahiran tertentu yang dapat digunakan apabila bekerja masa depan.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat beberapa punca dan kesan mengapa pelajar memilih
untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dan memilih untuk terus bekerja.
Ramai anak muda di luar sana terutamanya pelajar lepasan SPM yang masih dalam
dilema sama ada Universiti masih relevan atau tidak bagi diri mereka. Kita tidak dapat
menafikan bahawa sambung belajar dan bekerja mempunyai kelebihan dan
kekurangannya yang tersendiri. Keputusan ada di dalam tangan pelajar sendiri untuk
membuat pilihan. Sebelum membuat sesuatu keputusan, pelajar perlu berbincang
dengan ibu bapa terlebih dahulu dan keputusan yang dibuat perlu diperhalusi dan
diteliti dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana keputusan yang mereka buat
pada hari ini akan menentukan masa depan diri mereka.
6.0 RUJUKAN
Arne L. Kalleberg & Michael Dunn. (2016). Good Job, Bad Job In Gig Economy.
(Perspectives On Work). 10.

Ayub, M. H. ( 2022, Oktober 12). Selesai isu generasi muda tidak minat sambung
belajar. Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/225638/berita/nasional/selesai-isu-
generasi-muda-tidak-minat-sambung-belajar

Aziz, M. A. (2021, April 15). Syarikat pilih pekerja berkemahiran berbanding


pendidikan, pengalaman.
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/04/807176/syarikat-pilih-pekerja-
berkemahiran-berbanding-pendidikan-pengalaman

Azman, N. A. (2022, Ogos 7). Sambung belajar jika tidak mahu gaji rendah.
Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/sambung-
belajar-jika-tidak-mahu-gaji-rendah-radzi/

Berger, E. H. (2000). Parents as partners in education: (5th ed.). Columbus, OH:


Prentice Hall.

International, U. (2021, Disember 30). 5 Sebab Melanjutkan Pengajian Selepas SPM.


UNITAR. https://www.unitar.my/bilik-berita/blog-my/sebab-melanjutkan
pengajian-selepas-spm/

Pope, M. L., & Fermin, B. (2003). The perceptions of college students regarding the
factors most infl uential in their decision to attend postsecondary education.
College and University, 78(4), 19-25.
https://ccrc.tc.columbia.edu/media/k2/attachments/perceptions-college-
students-regarding-factors.pdf
Tahir, N. (2020, Ogos 20). Rukun Negara wadah bentuk masyarakat berpandangan
jauh.
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/08/725822/rukunnegara-wadah-
bentuk-masyarakat-berpandangan-jauh

Wissbrun, D. & Eckart, J. A. (1992). Hierarchy of parental involvement in schools.


Dalam L. Kaplan (Ed.), Education and the family (m.s. 1 19-1 3 1). Boston: Allyn &
Bacon.

Yassin, K. M. (2018). Faham Intelektual Menurut Perspektif Malik


Bennabi. Journal of Islamic, Social, economics and Development. 3 (10), 99 -
113. https://www.researchgate.net/publication/326550475_FAHAM_INTELE
KTUAL_MENURUT_PERSPEKTIF_MALIK_BENNABI_INTELLECTUA
LISM_FROM_PERSPECTIVE_OF_MALIK_BEN NABI

Zon, S. (2022, September 2). Tidak sambung belajar kerana yuran terlalu mahal.
Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/09/tidak-
sambung-belajar-kerana-yuran-terlalu-mahal/
LAMPIRAN

ilan Video Foto 4: Penggambaran untuk Tugasan


video Telah Selesai

Foto 1: Perbincangan Kumpulan dan Foto 2: Per


Pembahagian tugas untuk Laporan Pembahagi
Bertulis

Anda mungkin juga menyukai