Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Diri

-Syarulniza Binti Abdul Jamil (VEE130020)

Buat pertamanya saya ingin panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
taufik dan hidayah-Nya juga kami berjaya menyiapkan tugasan kerja lapangan
Hubungan Etnik (GXEX 1411) ini dalam tempoh yang telah diberikan kepada kami.

Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini kami telah banyak menerima


pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga
cabaran dan dugaan yang kami terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun
berbekalkan semangat kecekalan, kami tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar.

Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang


cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam bilik kuliah. Setelah
mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini
antara satu sama lain. Melalui aspek pengetahuan, kami telah meluangkan masa di
perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang telah ditugaskan kepada
kami iaitu stereotaip. Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan
cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk
menyelesaikan kerja kursus ini.

Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, kami meneruskan langkah


dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi
kami untuk melakukan tugasan ini kerana tidak banyak kajian lepas mengenai
stereotaip telah dilakukan. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, kami berjaya juga
menyempurnakan tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana
dapat kami gunakan untuk masa akan datang sebagai seorang penyelidik.

Sepanjang proses melaksanakan kerja lapangan ini, terdetik perasaan


ketidakadilan dalam pembahagian kerja dan beban kerja yang ditanggung oleh setiap
individu masing-masing. Saya sendiri merasakan diri sendiri terlalu memegang beban

yang banyak sehingga merasakan diri tertekan. Kerja ini merupakan kerja antara
kumpulan masing-masing dan setiap ahli dalam kumpulan perlu menyumbangkan hasil
kerja mereka. Tetapi atas ketidakpuasaan, saya telah meluahkan perasaan yang telah
dipendam dalam hati tentang kerjasama mereka dalam kerja kumpulan. Akhirnya, kami
telah bersama-sama menyiapkan tugasan ini dan semua memberi kerjasama yang baik
antara satu sama lain.

Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana
limpah kurnianya kami berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak
terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu En. Zamre Bin Abu Hassan selaku
pensyarah subjek Hubungan Etnik (GXEX 1411)yang memberi nasihat dan tunjuk ajar
dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para
sahabat. Jasa kalian tak dapat kami balas dan amatlah kami hargai. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai