Anda di halaman 1dari 7

Refleksi 1

kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalam kerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini.
Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya
dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati telah kami gunakan untuk
dimasukkan di dalam kerja projek kami.

Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang
kami pelajari ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa, ayat aktif dan pasif serta maksud morfologi. Hal ini
sangat berguna kepada kami kerana disamping dapat menyiapkan tugasan, kami juga boleh
mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Pn Idawati untuk peperiksaan akhir pada
hujung semesta nanti. Kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah cerpen. Pada
mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh Pn idawati,
kami berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini
telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu
semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya telah
membuat tugasan mengenai kajian cerpen dan memcari bentuk kata setiap perkataan. Mohd Safuan
pula membuat takrif morfologi, frasa dan fungsi frasa. Kami saling berkomunikasi untuk
bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa
kerana bilik kami adalah di blok yang sama.

Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di dalam
tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan ialah buku yang lengkap dan menjadi penduan
utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap menggunakan buku-buku
tatabahasa lain agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain itu, kami juga melayari
internet untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan
untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.

Pn Idawati juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Bahasa Malayu agar
kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu ini. Jika beliau tidak
melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya
pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan
markah yang akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah menggunakan segala peluang
yang di beri untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan
pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami
siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1
saya yang diberikan telah berjaya kami siapkan. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu
Pn Hjh Idawati Bte Moin.

REFLEKSI 2

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini, saya telah
menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah
membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta
memahami tentang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini
saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari
nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru
yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti
akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui
pembelajaran PKK ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam
menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya
akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya
berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan
subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah
saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan
modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama
rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi
dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-
rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan
tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini
sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah
dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki
kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan banyak faedah
kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan
lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Pertanian saya. Saya
Mohd Aidil Bin Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya
sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak
memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya
telah melakukannya dengan baik. Saya dan Nur Diyana telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah
diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi
semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai
tumbuhan hortikultur dan gambar tumbuhan. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maksud, ciri-ciri
dan kegunaan setiap pengelasan hortikultur untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana
mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak soalan tetapi setelah di
terangkan oleh En. Hussin B Ya’akob, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam
tugasan saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Nota-nota
yang telah diberikan oleh En. Hussin B Ya’akob telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja
kursus saya saya. Beberapa contoh gambar yang saya telah perolehi daripada perpustakaan dan
telah saya cetak untuk memahami setiap pngelasan tumbuhan hortikultur.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan
pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya
siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Pertanian yang diberikan telah berjaya saya siapkan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu En. Hussin B Ya’akob.

Refleksi 3

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini,
saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru.
Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih
mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun asia dan islam secara terperinci lagi.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapat
belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri.. Contohnya melalui pencarian
maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam
meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya
akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah
saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada
para pelajar.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama
rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi,
bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan
melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan
sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan
dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan
tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini
sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah
dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki
kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini telah
memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia
ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi
melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Refleksi 4

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang permainan-permainan kecil
(invasion game) untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya
dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang pergerakan asas ini. Kami
juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.
Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak
lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan
lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu
memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan
kepada kami.

Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik
Yazid bin Deraman untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang
mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak
soalan.

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya


membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama
lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak,
akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti
sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini
kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan
bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

REFLEKSI 5

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek PSK 3102 Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami
berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana
pengetahuan sedia ada kami tentang Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan
semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan
mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini kami dapat mencari empat teori
pembelajaran iaitu teori pembelajaran kognitif, konstruktivisme, rangsangan dan
sosial. Keempat-empat teori pembelajaran ini mempunyai kelebihan masing-masing
untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-
maklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan sumber internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang kami
lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan di
sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah
atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar
subjek ini.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan pelajaran yang menarik jika


guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh
dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk
menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif
untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja


juga perlu disediakan oleh guru di samping nota belajar. Lembaran kerja itu boleh
disiapkan oleh murid samada secara individu ataupun berkumpulan. Selain itu, guru
perlu menggunakan juga lima jenis penilaian yang difikirkan sesuai untuk menguji
kefahaman murid-murid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat
penting untuk menguji kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari.

Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses
pengajaran di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar pengajaran menjadi
lebih menarik dan diminati oleh murid. Guru boleh menggunakan ICT untuk
membuat BBM yang canggih. Guru tidak boleh hanya menggunakan buku teks
sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap.

Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan
yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna
sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh
bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat
Malaysia, menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan
menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Murid-
murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan
kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai
guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ab. Razak Bin Shafii yang telah banyak
membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan
ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu
sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh,

……………………………………….

(MOHD RUSLEE B MOHD SALLEH)

650413-02-5367

Refleksi 6

CONTOH PENULISAN REFLEKSI YANG BERKESAN


Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini
disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya
tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata
pelajaran ini.
Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan grafik dari
internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari pencarian bahan-bahan di internet,
saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan
gambar sebenar membaiki lampu suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya
pula tidak mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta
bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang tidak ada di internet
diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian
internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari
mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk
membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama
dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Teknik
Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap
menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang mudah. Sikap ingin membaiki juga
dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada
pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.
MOHD ALI BIN JEMALI
Jabatan Kemahiran Hidup
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru.

REFLEKSI 7

Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas gajalagejala sosial dan
masalah yang timbul dikalangan masyarakat kita dari segi punca atau faktor berlakunya
perkara tersebut, implikasi dan pengawalan atau langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan
untuk membendung perkara daripada terus berlaku.

Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara adalah antara
faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal usul bangsa dan tidak
ada semangat patriotisme dalam diri mereka.

Dari segi penilaian kami, sudah sekian lama murid atau remaja tidak didedahkan dan
diterapkan dengan nilai-nilai sivik dalam diri mereka secara langsung. Memang tidak dapat
dinafikan nilai-nilai ini memang wujud disekitar mereka dan boleh ditunjukkan oleh orang
yang lebih dewasa kepada mereka. Namun persoalannya seberapa banyakkah peratusan
keberkesanannya itu. Berdasarkan isu-isu yang telah dikumpulkan maka kami menyimpulkan
bahawa tahap keberkesanan untuk menerapkan amalan nilai-nilai ini daripada sekeliling
adalah rendah.

Setelah selesai membuat kajian , kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi
melengkapkan laporan. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang
perlunya satu kurikulum khas untuk mengatasi masalah ini.Penggubalan kurikulum mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini, memberi penekanan kepada nilai murni
dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan
tanggungjawab merekasebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu
pengetahuan luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya
menyelesaika masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat
membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatas segala rintangan
dan cabaran hidup.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa matapelajaran sivik dan
kewarganegraan adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan
dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.

Anda mungkin juga menyukai