Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN REFLEKTIF

Semasa saya menerima tugasan ini, persoalan utama yang muncul pada minda saya ialah mampukah
saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Ini disebabkan pada masa yang sama
terdapat juga beberapa kerja kursus yang lain perlu disiapkan dalam tempoh masa yang sama. Keadaan
ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Walau bagaimanapun, saya pun berfikiran positif
untuk menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Ini
disebabkan saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberi oleh pensyarah tidaklah begitu sukar
kerana tajuk-tajuk tugasan telah diajar oleh Pn B. Parimala semasa kuliah.

Semasa mengumpul dan menganalisis maklumat, saya cuba untuk memahami kehendak soalan dan
konsep-konsep bahan bantu mengajar (BBM). Seterusnya, saya pun mula meneroka kemahiran tentang
permainan bahasa yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar
perkembangan fizikal, kognitif, bahasa dan sosioemosi murid-murid LINUS mampu dikembangkan secara
menyeluruh. Dalam penghasilan permainan ‘Jom Memancing’, saya mendapati permainan bahasa ini
memberi peluang kepada murid LINUS membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan) dengan
jelas, betul dan tepat. Oleh itu, saya mendapati kepentingan bahan bantu mengajar ini terhadap diri saya
sebagai bakal guru. Saya pasti akan menggunakan ilmu-ilmu ini, semasa menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran supaya potensi anak murid saya dapat dikembangkan secara menyeluruh.

Sebelum saya melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) ini, saya pernah menjadi guru
sandaran tidak terlatih (GSTT) selama 4 tahun. Biasanya, saya hanya menggunakan strategi pengajaran
tradisional iaitu pemusatan guru. Saya banyak bercakap dan murid banyak mendengar, maka interaksi
saya dengan murid adalah pasif. Selain itu, saya juga mementingkan keputusan peperiksaan murid sahaja,
seterusnya kebolehan dan minat murid tidak diberi perhatian. Selepas tugasan ini, saya perlu
menjalankan transformasi supaya saya dapat menjadi seorang guru yang profesional. Saya akan cuba
menggunakan bahan bantu mengajar yang efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya
keberkesanan proses PdP dapat ditingkatkan lagi. Saya percayai bahawa permainan bahasa boleh
dijadikan sebagai teknik mengulang kaji dan pengukuhan kepada murid-murid yang terlibat. Ini
disebabkan apa jua yang telah dipelajari oleh mereka akan berulang beberapa kali sehingga ilmu itu kekal
dalam ingatan mereka.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan semasa menjalankan
tugasan ini membolehkan saya meningkatkan cara komunikasi dengan berkesan. Hal ini sekaligus dapat
melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik serta membuat persediaan untuk menjadi seorang guru
yang berkualiti dan berprofesional. Ini disebabkab saya perlu berinteraksi dengan ibubapa, rakan sekerja
dan pihak atasan pada masa akan datang. Secara tidak langsung, saya telah berkemampuan untuk
meningkatkan imej profesion keguruan.

Apabila tugasan ini disiapkan, saya telah berjaya mempelajari beberapa pengetahuan baharu yang
berkaitan dengan Literasi Bahasa Melayu. Pelaksanaan tugasan ini telah membantu saya meningkatkan
pengetahuan yang sedia ada pada saya. Sebenarnya, saya tidak suka menggunakan BBM dalam proses
PdP kerana penyediaan yang rumit akan membebankan saya. Semasa menjalankan tugasan ini, saya
mendapati penyediaan BBM tidak begitu susah jika saya merancang proses penyediaan itu dengan
sistematik. Pelaksanaan tugasan ini telah membantu saya membuat ulangkaji secara tidak langsung
kerana saya telah banyak membaca buku rujukan untuk menyempurnakan penulisan tugasan saya. Saya
mula minat terhadap Literasi Bahasa Melayu selepas penyempurnaan tugasan ini kerana saya berpeluang
menghasilkan pelbagai jenis BBM yang berinovasi.

Di samping itu, saya telah mempelajari banyak nilai murni semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah
sedar bahawa pentingnya menghargai masa. Oleh itu, saya mendapat soalan tugasan daripada
pensyarah, saya haruslah bertindak proaktif supaya dapat menjalankan tugasan dengan sempurna. Jika
saya dapat merancang dengan teliti, saya dapat elak daripada melaksanakan tugasan pada saat-saat
terakhir. Saya juga ingin memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah berkualiti dan menepati standard
yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya boleh menguruskan masa dengan baik dan
berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti mengantuk dalam kelas kerana
menyiapkan kerja sampai larut malam.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya kerana saya telah lebih
memahami tajuk ini. Saya berasa teruja untuk belajar tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Literasi Bahasa
Melayu.

Saya Phuvanah A/P Ravintharan, pelajar PPISMP Semester 1


Bimbingan dan Kaunseling. Melalui tugasan yang diberi oleh pensyarah
kursus GSB 1012 ,Kesantunan Masyarakat Malaysia,Dr Faizah binti HJ
Shamsudin telah banyak memberi ilmu serta pengetahuan yang baru
kepada saya.Saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak
pernah belajar semasa saya berada di sekolah menengah. Saya berasa
sangat bersyukur kerana dengan izin-Nya saya telah diberi ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. "Tajuk bagi tugasan
kerja kursus ini ialah Membincangkan Isu Kesantunan dalam masyarakat
Malaysia.Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai
rintangan dan cabaran telah saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sempurnanya.Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan
pertama yang timbul dan muncul dalam kotak minda saya ialah mampukah
saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa
yang sama terdapat juga beberapa tugasan yang lain yang perlu disiapkan
dalam tempoh yang sama. Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan yang
telah diamanahkan tersebut. Walau bagaimanapun,saya tetap tidak pernah
berputus asa dan memberi banyak alasan serta helah untuk menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan, seperti bak kata pepatah
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sebaliknya, saya menyahut (abaran ini dengan melaksanakan tugasan ini


mengikutarahan yang telah diberikan. #al ini demikian kerana, saya
memikirkan baha+a soalah tugasanyang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk yang dibin(angkan bukanlah suatutajuk yang asing
bagi saya. Malah, terdapat pelbagai medium untuk saya men(ari
maklumatyang berkaitan dengan tugasan yang diberikan iaitu melalui
internet, buku&buku di pusatsumber, dan sebagainya. Kemudahan internet
yang disediakan oleh pihak institut juga sedikitsebanyak memudahkan saya
men(ari bahan&bahan yang berkenaan tajuk tugasan di lamansesa+ang.)i
samping itu, semasa dalam proses untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan olehpensyarah pembimbing, saya juga mengalami masalah untuk
men(ari buku&buku rujukan yangbersesuaian berkaitan dengan tajuk
tugasan. #al ini demikian kerana, buku&buku yang

berkaitan dengan tajuk tugasan yang terdapat di pusat sumber adalah


terhad tambahan pulakekangan dari segi masa juga menyukarkan saya
untuk bertandang ke perpustakaan. Selainitu, semasa men(ari
bahan&bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan di laman internet
jugamerupakan satu (abaran kepada saya. #al ini demikian kerana,
bukanlah mudah untuk men(arisesuatu bahan yang betul&betul sahih di
dalam laman sesa+ang kerana terdapat sesetengahlaman telah ditokok
tambah isu kandungannya dengan kandungan&kandungan yang
negati.Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang telah saya
nyatakan di atas, saya telahberusaha untuk mengambil inisiati untuk
berbin(ng dan berkolaborasi dengan rakan&rakansekelas dan pensyarah
pembimbing. Perbin(angan dan kolaborasi ini sesungguhnya
sangatmembantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna
kerana saya berpeluanguntuk bertanya kepada rakan&rakan dan
pensyarah tentang (ara&(ara melaksanakan tugasandan apabila terdapat
kekeliruan terhadap tajuk tugasan. Selain itu, saya juga meluangkan
masauntuk bersama&sama rakan memilih bahan&bahan yang tepat,
berkongsi idea dan pendapat,pengetahuan serta kemahiran. Kolaborasi
sebegini telah banyak membantu saya untukmenyiapkan tugasan ini
dengan baik.)i samping itu, dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya
telah memperoleh banyakilmu yang berkaitan dengan masalah sosial yang
berlaku di negara kita khususnya dalamkalangan remaja. Masalah sosial di
negara kita sememangnya meningkat dari tahun ke tahundan ianya telah
banyak memberikan impak negati terhadap negara kita. Saya sedar
baha+asebagai seorang bakal guru bimbingan dan kaunseling saya perlu
mempelbagaikan strategi danakti-iti untuk membendung masalah sosial di
negara kita ini daripada terus berleluasa.)engan melaksanakan tugasan ini,
saya turut mempelajari banyak pengetahuan yangbaru. "ugasan ini telah
meningkatkan daya pemikiran saya untuk menganalisis dan menilaisesuatu
peristi+a mahupun perkara yang dibi(angkan. Saya semakin memahami
apakeperluan yang diingini oleh remaja pada masa sekarang serta
sebab&sebab merekamenglibatkan diri dalam kan(ah sosial. )engan ilmu
inilah, saya berharap saya mampu untukmengubah remaja kita apabila
saya melangkah ke alam perkerjaan sebagai seorang gurubimbingan dan
kaunseling nanti.

Selepas menyempurnakan tugasan ini, saya telah mendapati baha+a


semangatkerjasama merupakan suatu aspek yang penting yang perlu
diamalkan.#al ini demikiankerana , melalui semangat bekerjasamalah kami
dapat berbin(ang dan seterusnyamenghasilkan kerja kursus yang berkualiti.
Selain itu, kemahiran yang tinggi terhadappenggunaan komputer juga
merupakan suatu perkara yang +ajib kerana se(arakeseluruhannya
tugasan ini perlu disiapkan dengan menggunakan komputer. khir sekali,
saya ingin mengu(apkan setinggi&tinggi penghargaan kepada "uan #ajiI$an
Bin %thman atas kesudian beliau untuk meluangkan masa memberi tunjuk
ajar danmembimbing saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Selain itu,
beliau juga mempunyaikesabaran yang tinggi untuk menerangkan dengan
jelas dan terperin(i tentang tugasan ini danakhirnya saya mampu
menyempurnakan tugasan yang diarah oleh beliau tepat pada masayang
telah ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai