Anda di halaman 1dari 2

Ilmu Pengetahuan Baharu Melalui Temu Bual

Berdasarkan temu bual saya dengan pengurusan sekolah, iaitu Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, saya mendapati bahawa sekolah ini mempunyai pentadbiran dan pengurusan
yang amat efektif. Seterusnya, untuk mencapai prestasi yang baik dalam pencapaian
akademik dan ko-akademik, pihak pengurusan berpendapat bahawa guru-guru sekolah
memainkan peranan yang terpenting sekali. Selain itu, pihak pengurusan giat mengadakan
aktiviti seperti ceramah untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
Bagi perhubungan antara guru dengan para murid pula, guru-guru dapat
berkomunikasi baik dengan para pelajar. Para guru dapat mengawal murid dengan baik
semasa pengajaran dijalankan dan mereka dapat mengendalikan kelas dengan baik. Selain
itu, kebanyakan mereka tidak merotan para pelajarnya tetapi segelintir guru membuat
demikian bagi murid yang tidak menyiapkan kerja rumah dan bagi murid yang masih
melakukan kesalahan yang sama walaupun diberi banyak amaran sebelum itu. Tambahan
pula, para guru juga selalu memberikan dorongan dan pujian kepada para murid. Saya
dapat merumuskan bahawa hubungan antara guru dengan murid-murid adalah amat baik
sekali dan kebanyakan mereka menggunakan kaedah penyayang untuk mendidik para
muridnya.
Berdasarkan temu bual saya dengan kakitangan sekolah, beliau berpendapat
bahawa sekolah ini amat sistematik dalam melakukan segala kerja-kerja pemfailan dan
perancangan. Beliau berasa masalah yang utama ialah masalah internet. Contohnya,
mereka menghadapi masalah dari segi pengaksesan ke dalam sesetengah laman
sesawang tertentu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Laman-laman sesawang
tersebut tidak dapat menyokong kemasukan log yang terlalu banyak pada satu masa.
Akibatnya, kerani perlu menekan butang refresh banyak kali untuk mengakses laman
sesawang tersebut, seterusnya keefektifan kerja kerani dipengaruhi.

Masalah teknikal

sering mengakibatkan kerja-kerja yang perlu dilakukan dengan internet tergendala.


Melalui interaksi dengan murid-murid, saya dapati bahawa murid-murid di sekolah ini
lebih mengemari subjek yang tidak membebankan seperti seni dan muzik. Ini adalah kerana
mereka dapat mencari keseronokan dalam subjek-subjek tersebut. Dengan mendapat tahu
perkara sebegini, saya mendapat iktibar agar menambah unsur-unsur seni dan muzik dalam
pengajaran saya bagi subjek Bahasa Inggeris pada masa yang akan datang.

Seterusnya, saya dapat menyimpulkan bahawa kebanyakan murid berpendapat


bahawa pengajaran guru dalam kelas adalah menarik dan suka berinteraksi dengan guruguru mereka. Murid-murid sedia untuk menanya kepada guru apabila terdapat soalansoalan yang tidak faham. Dengan itu, saya dapat merumuskan bahawa hubungan antara
guru dengan para pelajar adalah erat sekali.
Kesimpulannya, semua warga sekolah ini amat berpuas hati dengan persekitaran
sekolah. Suasana sekolah ini adalah ceria dan persekitarannya adalah kondusif bagi murid
untuk belajar secara efektif.

Anda mungkin juga menyukai