Anda di halaman 1dari 15

PENYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

Peryataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ialah satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari
perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS guru
pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah.
Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar,
bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah.
16/07/2014
Saya telah diwajibkan menghadiri suatu taklimat ringkas mengenai susunan aktiviti yang akan
dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah yang akan dilalui oleh saya sebagai ambilan
pelajar PISMP semester satu sesi 2014 tahun Ijazah sebagai syarat mengikuti pernyataan professional
seperti yang telah digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Saya telah diarahkan supaya berkumpul di Dewan Dato Khairuddin Adhari, di Institut
Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru seawal jam 8.00 pagi pada 16 Julai
2014 bersamaan dengan hari Rabu untuk mendengar sedikit ceramah dan pencerahan yang akan
dibuat oleh para pensyarah berkaitan dengan aktiviti PBS ini. Oleh sebab ini adalah kali pertama, saya
sebagai pelajar PISMP ambilan Jun 2014 akan mengikuti program PBS ini di sekolah, ada antara saya
yang berasa gementar, keliru serta ada yang berasa sangat teruja dan gembira untuk mengikuti
program PBS ini, kerana ia merupakan saat-saat berharga yang dinantikan oleh segenap lapisan guru
pelatih termasuklah diri saya sendiri. Taklimat tersebut telah diadakan khusus bagi saya, semester 1
supaya taklimat yang akan disampaikan dapat dikongsi sama serta bagi penambahbaikan aktiviti yang
telah dijalankan semasa PBS ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh seorang pensyarah dari Jabatan
Ilmu Pendidikan mengenai konsep, ciri, teknik pengendalian diri semasa di sekolah dan akhir sekali
mengenai keperibadian diri sebagai seorang guru pelatih di sekolah nanti. Beliau juga turut
menerangkan dengan lebih terperinci dan mendalam mengenai tarikh pelaksanaan PBS ini untuk
pelajar Semester 1 adalah bermula dari 4 Ogos 2014 sehingga 8 Ogos 2014 di kawasan sekolah yang
berhampiran dengan tempat kediaman masing-masing. Tambahan pula, beliau juga menekankan
bahawa program PBS yang akan saya lalui ini adalah bukan semata-mata untuk mengecapi
keseronokan, tetapi ia adalah berkaitan dengan kerja kursus saya di samping mengajar saya supaya

menghayati suasana, budaya dan iklim sekolah selain dapat menyesuaikan diri di sekolah dengan sifat
seorang guru yang penyabar, tabah dan menepati masa serta senantiasa menunjukkan kolaborasi
yang tinggi semasa berinteraksi dengan guru-guru dan pelajar ketika di sekolah. Hasilnya, taklimat
yang diberikan walaupun hanyalah seketika, tetapi saya mendapat sedikit sebanyak ilham yang
berguna yang saya yakin akan membantu saya semasa saya melalui aktiviti PBS di sekolah nanti.

20/07/2014
Saya mengambil keputusan untuk mengikuti program PBS saya di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Selama, Perak darul Ridzuan yang tidak seberapa jauh dari tempat atau lokasi kediaman saya.
Saya mengambil keputusan ini selepas berbicara bersama dan mendapat persetujuan yang holistik
daripada kedua ibu bapa saya. Saya telah sebulat suara dan hati bersepakat untuk meninjau keadaan
di sekolah tersebut selain pada masa yang sama melaksanakan tajuk kajian kerja kursus saya iaitu
memberikan perhatian yang serius serta jitu dalam mengkaji fokus utama tugasan saya semasa PBS
iaitu menentukan sejauh manakah sekolah tersebut telah merealisasikan hasrat atau konsep yang
telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta mengenal pasti kaedah atau
teknik mengaplikasikan ciri-ciri yang bertauliah dalam P&P oleh seorang guru yang menekankan
aspek keseimbangan dari semua sudut seperti Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).
Selain itu, saya juga diberikan penekanan yang mendalam serta pengetahuan yang luas mengenai
tugasan yang harus saya laksanakan dalam tempoh masa yang singkat dan terdekat tersebut iaitu
saya harus menjalankan dua tugasan dalam satu masa hingga berjaya iaitu tugasan kajian PBS dan
satu lagi mengenai tugasan yang berkaitan dengan Kurikulum Matematik. Walau bagaimanapun, saya
menanam semangat yang kental dan jitu supaya dapat melaksanakan kedua-dua tugasan ini dengan
penuh riang dan seronok. Melalui tugasan PBS ini juga, saya dapat mengenal pasti fungsi serta
peranan FPK dalam pengurusan sekolah yang merangkumi aspek kurikulum dan kokurikulum serta
membina perkembangan fizikal pelajar di samping memupuk nilai estetika, kebersihan, kecintaan
terhadap alam semulajadi, program dan aktiviti jasmani dalam membina perkembangan kognitif,
bahasa serta daya saingan pelajar yang sihat lagi kompeten di samping membantu pelajar mengasah
bakat mereka dalam bidang yang mereka ceburi.

01/08/2014

Saya telah mengerah keringat secara bersama untuk memikirkan tentang strategi pelaksanaan
aktiviti semasa di sekolah kelak supaya tidak akan mengalami sebarang saat-saat genting
permasalahan atau konflik dalaman mahupun sebarang tekanan ketika menjalankan aktiviti PBS. Oleh
hal yang demikian saya telah membuat segala persiapan dari awal supaya program PBS saya yang
akan saya lalui ini akan penuh bermakna serta siknifikan di dalam arena kehidupan saya sebagai
seorang bakal guru menghadapi arus cabaran yang akan mendatang dengan penuh sabar, tabah dan
cekal serta senantiasa menunjukkan mimik muka yang gembira dan positif walaupun menghadapi
masalah tidak kira masalah di tempat kerja mahupun masalah peribadi. Saya telah mengambil
keputusan untuk mengambil cadangan aktiviti seperti temu bual, soal selidik, pemerhatian serta
perbincangan sebagai kaedah pengkajian yang sangat berkesan dan efektif untuk kerja kursus saya
ini.
Tambahan pula, saya juga telah merancang untuk menangkap gambar mengenai suasana, iklim,
budaya serta tahap penglibatan pelajar yang aktif dan menyeluruh di dalam semua aktiviti yang
dilaksanakan di sekolah yang sentiasa berpandukan garis panduan FPK. Selain itu, saya juga telah
menggunakan instrumen penilaian pemerhatian terhadap suasana sekolah, organisasi sekolah,
kemudahan-kemudahan yang terdapat serta disediakan di sekolah seperti pusat sumber, makmal
komputer dan sebagainya selain meninjau keadaan ketika pembelajaran dilakukan di kelas dan di luar
bilik darjah. Saya telah menyediakan soalan temu bual kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang
dipilih secara rawak bagi menentukan tahap kesesuaian sekolah sejajar dengan perkembangan tahap
pendidikan yang menekankan keseimbangan dari segala aspek dan sudut pada masa alaf baharu ini.
Saya juga menyediakan soal selidik untuk guru besar serta kaki tangan yang lain seperti Guru GPK 1
untuk mendapat kepastian mengenai tahap pencapaian pelajar serta gred sekolah dan perkaraperkara lain yang relevan dengan tugasan saya. Akhir sekali, saya sempat mengenal pasti bahawa
sekolah ini menunjukkan suatu peningkatan yang positif secara langsung serta mampu melahirkan
pelajar-pelajar yang berkelulusan tinggi pada masa yang akan datang selaras dengan pengaplikasian
konsep FPK yang sentiasa dipraktikkan sewaktu pembelajaran di sekolah.
Bukan itu sahaja, malah apabila saya telah mendapat surat dari pihak institut bahawa sekolah
pilihan saya telah diluluskan maka dengan segeranya saya telah menghubungi pihak sekolah SJK (T)
Selama untuk memberitahu tarikh lapor diri. Saya merasakan bahawa tindakan ini wajar dilakukan
kerana ini akan membantu pihak sekolah tersebut untuk membuat beberapa persediaan sebelum
menerima kehadiran saya. Selain itu, program ini bertujuan untuk membina kemahiran inkuiri
penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal dan membina sikap positif terhadap
profesion keguruan. Selain perasaan gembira, rasa gementar juga menyelebungi diri saya apabila
berfikir akan persekitaran sekolah dan peradapan yang harus saya patuhi sepanjang masa menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Perasaan tersebut telah membuat saya untuk merujuk
kepada beberapa orang pensyarah di sekitar Kampus Temenggong Ibrahim termasuk pensyarah saya
mengenai peradapan yang harus saya patuhi semasa berada di sekolah nanti. Bimbingan yang jelas

telah diberikan kepada saya oleh para pensyarah. Dengan pelbagai persoalan yang bermain di kotak
fikiran serta perasaan gembira yang diselebungi oleh perasaan gementar, saya bersedia untuk
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Selama.
Berikut ialah perancangan strategi pelaksanaan PBS yang telah saya buat :

Merancang strategi pelaksanaan


Sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ), saya telah merancang beberapa
strategi untuk menyempurnakan tugasan ini. Perancangan ini teratur akan memudahkan tugasan saya
berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Antara perancangan yang saya melaksanakan
adalah seperti berikut :
Memahami konsep dan perkembangan kanak-kanak
Menyediakan soalan untuk temubual bersama Guru Besar, GPK, Ketua Panitia dan guru
kelas. Soalan untuk mengadakan soalselidik di kalangan murid sekolah.
Menyediakan kamera, pita pengukur, dan alatan lain yang berkaitan untuk Pengalaman
Berasaskan Sekolah.
Menyediakan jadual untuk mengumpul data perkembangan kanak kanak.
Mengagihkan tugas antara satu sama lain dalam kumpulan saya untuk memudahkan
pemerolehan data.
Senaraikan maklumat maklumat yang perlu didapatkan daripada guru - guru sekolah
tersebut untuk menyempurnakan semua tugasan PBS.
Senaraikan bahan bahan yang terdapat sekeliling persekitaran. Saya membuat
andaian tentang beberapa kemudahan yang terdapat di sekolah itu.
Sediakan jadual aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang akan diadakan di sekolah.

1. Menyediakan rutin harian yang akan dilakukan.


Berikut merupakan tugasan yang saya merancang ketika menjalan PBS di SJK(T) SELAMA, selama
lima hari.

HARI
ISNIS
(04 OGOS 2014)

RUTIN

Berkenalan dengan guru besar dan guru-guru


sekolah
Sesi soal selidik bersama pihak pengurusan
sekolah
Mencari maklumat yang diperlukan

SELASA
(05 OGOS 2014)

Perbincangan bersama mentor


Memasuki kelas untuk memerhatikan murid

RABU
(06 OGOS 2014)

Mengumpul maklumat berkenaan tugasan utama


Pengalaman Berasaskan Sekolah
Mencari maklumat tentang aktiviti kokurikulum

KHAMIS
(07 OGOS 2014)

JUMAAT
(08 OGOS 2014)

Perbincangan dengan mentor


Memerhati persekitaran sekolah dan mengambil
gambar.
Menjalankan temu bual.
Mengemaskini data-data yang telah diperoleh dan
menambahbaik bahan yang kurang kemas

Peryataan Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)


LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Sebelum saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis


Kebangsaan Tamil Selama, saya telah merancangkan beberapa inisiatif seperti membina jadual waktu
tersendiri bagi pengumpulan maklumat mengikut hari pertama sehingga hari terakhir. Hal ini kerana,

pengurusan masa adalah sangat penting bagi seorang bakal guru agar dapat melaksanakan
tugasanserta kewajiban dengan sempurna. Sepertimana yang dirancang saya telah menjalankan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dengan lancar tanpa sebarang masalah. Perlaksanaan
aktiviti adalah seperti berikut :

HARI PERTAMA (4 OGOS 2014)


Pada hari pertama PBS, saya melakukan sesi perkenalan dengan pihak pengurusan sekolah, guruguru, kakitangan sekolah dan sebagainya. Saya melakukan sesi perkenalan ini supaya terlebih dahulu
mengetahui bidang tugas masing-masing. Sewaktu sesi perkenalan, saya berkesempatan untuk
membincangkan tentang prestasi sekolah tersebut dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum. Hal ini
dapat membantu saya untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan sekolah tersebut. Selain
itu, saya menjelaskan tugasan PBS serta meminta kebenaran pihak pengurusan untuk mengambil
gambar di kawasan sekolah selama 5 hari. Pihak pengurusan sekolah telah memperkenalkan mentor
PBS dan saya menjalankan perbincangan ringkas tentang pelaksanaan tugasan PBS. Seterusnya,
saya memulakan aktivit saya dengan membuat pemerhatian tentang bilik darjah dan keadaan serta
kelakuan murid semasa P&P di kelas darjah 4.

HARI KEDUA (5 OGOS 2014)


Pada hari kedua PBS, instrumen pemerhatian dan pemantauan dilakukan terhadap pengurusan pusat
sumber sekolah. Suatu temuramah bersama pengurus pusat sumber telah dijankan bagi mendapat
tahu pengurusan pusat sumber, kelengkapan pusat sumber, keistimewaan pusat sumber dan
sebagainya. Pemerhatian terhadap pengurusan pusat dilakukan kerana bagi pandangan saya, pusat
sumber sekolah ini menyediakan kemudahan-kemudahan yang menarik disediakan kepada murid. Hal
ini menarik minat murid-murid untuk meluangkan masa mereka di pusat sumber dan saya sendiri
dapat melihatnya selama seminggu di sekolah tersebut.
Selain itu, saya juga membuat perbincangan dengan GPK1 mengenai peranan beliau, masalah
disiplin serta perhimpunan rasmi sekolah tersebut. Perhimpunan rasmi sekolah ini sangat istimewa
iaitu perhimpunan diadakan dua kali dalam seminggu. Perhimpunan rasmi dijalankan pada hari isnin
malah perhimpunan kerohanian dijalankan pada hari Jumaat. Terdapat perbezaan di antara kedua-dua

perhimpunan ini iaitu perhimpunan rasmi diadakan bagi memberitahu tentang isu-isu semasa kepada
para pelajar malah perhimpunan kerohanian diadakan kerana pihak sekolah menganggap
perkembangan dari segi rohani dapat melahirkan modal insan yang seimbang. Tambahan pula, saya
juga berbincang tentang keberkesanan perhimpunan terhadap perkembangan JERIS muris-murid
serta minat yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam aktiviti-aktiviti ini. Selain itu, saya juga
berbincang serba sedikit dengan guru besar dan juga GPK kokurikulum mengenai beberapa aspek
penting bagi murid danjuga sekolah.

HARI KETIGA (6 OGOS 2014)


Pada hari ketiga PBS, saya telah membuat satu lagi perbincangan dengan mentor saya berkaitan
dengan tugasan PBS. Saya memberi borang soal selidik kepada mentor saya supaya melalui soal
selidik dapat mengumpul maklumat untuk menyempurnakan tugasan PBS. Pada hari tersebut, mentor
saya memperkenalkan saya dengan guru-guru Matematik serta Panitia Matematik sekolah tersebut.
Saya juga berbincang dengan mereka tentang tahap pencapaian dan penguasaan murid-murid dalam
matapelajaran Matematik dari aspek komunikasi, peperiksaan, pertandingan dan sebagainya. Bukan
itu sahaja, saya juga berbincang tentang keberkesanan, kelebihan serta kekurangan kurikulum yang
digunakan sekarang.
Selain itu, saya juga berinteraksi dengan murid sekolah tersebut untuk mengetahui pandangan
mereka terhadap proses pembelajaran dan pembelajaran, sifat guru, persekitaran sekolah,
keberkesanan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan sebagainya ; saya juga telah
mengedarkan borang soal selidik kepada murid tersebut.

HARI KEEMPAT (7 OGOS 2014)


Pada hari keempat PBS, saya membuat pemerhatian dan pemantuan terhadap keceriaan sekolah
tersebut. Saya membuat pemerhatian dari aspek mural, kata-kata hikmah, kebersihan sekolah,
keceriaan bilik darjah, kantin dan sebagainya. Saya membincangkan dengan pekebun sekolah ini
tentang peranan mereka dan cara-cara yang digunakan oleh mereka untuk memastikan keceriaan
sekolah ini sentiasa terjamin.

Saya mengambil kesempatan itu untuk mengambil gambar bagi

melengkapkan tugasan PBS saya di samping mendapatkan maklumat mengenai sekolah ini.
Sementelahan itu, saya juga memantau dan memerhati keselamatan sekolah tersebut. Saya
membincangkan dengan pengawal sekolah bagi mengetahui strategi pengawalan dan serta
keselamatan murid-murid. Saya menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan tentang
peranan mereka dalam menjaga keselamatan murid-murid daripada berlaku apa-apa yang tidak

diingini. Tambahan pula, saya dapat membuat pemerhatian terhadap alat keselamatan utama iaitu
alat pemadam api sekolah ini untuk memastikan ia berada dalam keadaan yang baik.

HARI KELIMA (8 OGOS 2014)


Pada hari kelima PBS, saya telah menemu ramah guru-guru mata pelajaran Matematik bagi
mendapatkan maklumbalas dan melakukan sedikit perbincangan tentang kelas mahupun murid-murid.
Saya memerhati proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru-guru Matematik bagi
memperoleh ilmu tentang teknik pengajaran, strategi, alat atau bahan bantu mengajar (ABM/BBM),
sifat seorang guru dan sebagainya. Pada masa tersebut, saya mengambil gambar bilik darjah, jadual
waktu, proses pengajaran dan pembelajaran, jadual tugas, sudut bacaan, bahan bantu mengajar guru,
bahan bantu belajar dan juga paparan bahan pembelajaran.
Selain itu, saya telah bertemu muka dengan beberapa kakitangan sekolah bagi mendapatkan
maklumat mengenai PBS saya. Saya juga masih mendapatkan maklumat tentang kebersihan,
keceriaan dan keselamatan sekolah secara lebih lanjut dan terperinci. Saya juga menemu bual
bersama guru-guru sekolah berkaitan pengurusan sekolah, pencapaian murid dalam akademik dan
kokurikulum dan kekuatan serta kelemahan berkaitan sekolah.

Peryataan Selepas Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Selepas sahaja selesai menjalani dan menamatkan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) ini, saya telah mendapat dan menghayati banyak ilmu pengetahuan, yang mencakupi dalam
aspek pengurusan sekolah, pentadbiran dan organisasi atau struktur lapisan sekolah serta yang paling
dinamik sekali mengenai peranan dan fungsi sekolah dalam merealisasikan FPK. Pengalaman ini,
pada hemat saya adalah suatu pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan saya sebagai
bakal seorang guru yang sewajarnya mempunyai wawasan diri yang tinggi selain menunjukkan contoh
yang terbaik kepada warga sekolah terutamanya kepada guru-guru senior yang telah lama berkhidmat
di sekolah dan kepada para pelajar yang merupakan tonggak utama sama ada jatuh atau dirinya
Negara dan ketamadunan budaya dan bangsa kita pada masa hadapan. Ia juga sangat berguna
kepada saya untuk menghadapi dan mengharungi alam pekerjaan dalam bidang keguruan ini dengan
sebaik mungkin pada masa kelak nanti. Segala tugasan yang diberikan telah saya siapkan dalam
tempoh waktu yang diberikan kerana kerja yang tertangguh akan mengakibatkan segala urusan tidak
dapat dilaksanakan dengan baik dan efisien. Saya turut mencatatkan setiap perkara yang ingin saya
lakukan agar saya tidak akan lupa mengenai tugasan yang telah diamanahkan kepada saya tersebut.
Di samping itu, saya telah mencapai beberapa objektif Pengalaman Berasaskan Sekolah,
termasuklah memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya dan iklim sekolah. Budaya sekolah
merujuk kepada amalan bertegur sapa, senyum dan berterima kasih. Sepanjang proses perlaksanaan
PBS ini, saya dapat menyesuaikan diri untuk sentiasa menunjukkan mimik muka yang positif seperti
senyum dan gestur badan yang menunjukkan keperibadian seorang guru semasa bertegur sapa
dengan guru guru dan mengajar para murid di bengkel kemahiran hidup. Selain itu, ucapan terima
kasih sering diucapkan kepada guru yang terlibat dan membantu saya sepanjang PBS ini terutamanya
kepada mentor saya. Saya mendapati bahawa warga sekolah ini bersikap sangat ramah dan sentiasa
memberikan senyuman semasa berselisih.
Selain itu, maklumat yang ingin saya dapatkan telah diperoleh dengan mudah dan cepat tanpa
menghadapi sebarang konflik yang besar. Para guru tidak lokek untuk membantu saya sebaliknya
mereka menunjukkan komitmen yang tinggi serta sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya dan rakan-rakan saya yang lain sepanjang saya menjalankan aktiviti PBS ini. Seandainya
saya memerlukan pertolongan mereka, mereka tidak menolak, malahan mereka tampil ke hadapan
dengan memberikan pertolongan dengan menunjukkan senyuman yang manis. Melalui bantuan dan
kolaborasi para guru tersebut, saya berjaya mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk
menyiapkan tugasan saya ini. Saya memperoleh maklumat yang saya perlukan daripada guruguru
dan staf sekolah. Saya juga telah belajar untuk menerapkan sifat profesionalisme keguruan semasa
menjalani PBS. Etika guru juga saya telah patuhi di samping mengamalkan dalam setiap kerja yang
telah diamanahkan oleh pihak sekolah kepada saya, yang saya percaya merupakan suatu elemen

yang sangat penting kepada diri saya supaya mengajar saya untuk mengetahui dengan lebih dalam
mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang guru yang tidak akan terlepas melalui pelbagai beban
dan menunjukkan tahap prestasi serta kualiti kerja yang baik ketika berkhidmat di sekolah nanti.
Fenomena ini saya jadikan sebagai suatu benteng untuk saya kuatkan keazaman diri saya untuk
belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan nama yang baik di sekolah nanti.
Setelah tamat Pengalaman berasaskan sekolah, saya menyemak data-data yang dikumpul dalam
fail pengalaman berasaskan sekolah untuk mengenalpasti bahan-bahan yang tertinggal dan tidak ada
di dalamnya. Nasib baik, melalui penyemakan itu saya mendapat tahu bahawa terdapat beberapa
bahan yang terlupa ditanyakan kepada GPK 1. Tanpa membazir masa, saya berhubung dengan GPK
1 SJK (T) Selama, Pn Pregasy dan memberitahu masalah yang saya hadapi. Beliau, telah membantu
saya dengan memberi bahan-bahan yang saya minta daripada sekolah antaranya, rancangan
mengajar dan gambar-gambar sekolah.
Selepas itu, saya menyusun data-data dengan sistematik dan teratur untuk menjadikan fail itu
kemas dan cantik untuk dipandang. Semasa saya menyusun borang-borang kolaborasi iaitu borangborang perbincangan dengan guru besar sekolah, guru-guru lain dan kakitangan sekolah juga terdapat
beberapa borang tidak dilengkapi dengan butir-butir mereka. Saya memastikan semula semua butir
dalam borang kolaborasi adalah dijawab dan diisi dengan betul dan sistematik. Saya juga
membahagikan masa untuk melengkapkan borang-borang kekuatan dan kelemahan sekolah
berasaskan pengalaman di sekolah. Saya juga berkongsi pendapat saya dengan guru-guru pelatih
yang lain tentang pengalaman mereka terutama kumpulan-kumpulan yang mendapat sekolah-sekolah
bestari bagi menjalankan aktiviti PBS mereka. Melalui perbincangan, saya telah dapat bertukar-tukar
pendapat di samping menambahkan pengalaman saya.
Tujuan saya mengadakan perbincangan ini ialah, dapat mengetahui dan mengkaji dengan lebih
mendalam lagi budaya sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah dan sistem pengurusan sekolah.
Pada kali ini, pemantauan saya lebih kepada pengurusan bilik darjah. Perbincangan ini memberi satu
gambaran yang boleh membantu saya menyiapkan tugasan pengalaman berasaskan sekolah ini.
Tambahan pula, saya juga menunjukkan hasil kerja saya dari semasa ke semasa kepada pensyarah
yang berkenaan. Beliau, telah memberikan idea-idea tambahan bagi menyempurnakan portfolio saya
ini.
Pendek kata, melalui program PBS ini secara khususnya saya dapat mengenali pesekitaran dan
budaya sekolah serta segala prinsip-prinsip atau konsep-konsep yang terkandung mengenainya. Saya
juga amat berharap agar segala ilmu yang di peroleh ini akan saya gunakan sebaik mungkin agar
dapat menjadi seorang bakal guru yang komited, berwawasan dan berdedikasi pada masa hadapan
kelak.

Instrumen dan Penilaian


Pelbagai instrumen dan sumber akan digunakan bagi mendapatkan maklumat dan responden
bagi mencapai objektif tugasan ini. Antara instrumen yang digunakan bagi mendapatkan respon
daripada respondan ialah melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik dan senarai semak. Perkaraperkara yang akan dibangkitkan adalah mengenai pihak pengurusan, kemudahan-kemudahan yang
terdapat di sekolah dan mengenai pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah tersebut.
Selain daripada itu, Buku rekod seorang guru, dan fail-fail pengurusan sekolah juga menjadi
instrumen penting dalam pelaksanaan tugasan ini bagi mendapat data kajian yang sempurna.
Data

yang

dikumpul

dan

dianalisis

secara

terperinci

bagi

mengupas

dan

menghubungkankaitkan isu- isu yang dibangkitkan kelak di sekolah tersebut. Carta akan digunakan
bagi melihat peratusan sebenar sesuatu perkara/ tajuk yang dikaji. Kesimpulan tugasan ini akan
dirumuskan melalui penganalisan data yang dikumpul.
Selain itu juga, sebelum saya menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS), saya
telah menyediakan beberapa instrumen penilaian yang dapat memudahkan lagi tugasan saya. Antara
instrumen penilaian yang disediakan sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di SJK (T)
Selama ialah :

Borang Soal Selidik

Borang Kolabrasi

Borang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar

Borang butiran Persekitaran Sekolah

Borang Kehadiran PBS

Borang Laporan Perkembangan Pelajar

Digital Camera

SENARAI BAHAN / BARANG SEBELUM PBS


Ada

Tidak

1. Borang perjanjian
2. Kamera
3. Soalan- soalan yang ingin Tanya
4. Senarai infrastruktur
5. Alat tulis
6. Pakaian formal
7. Kasut bertutup
8. Kad pelajar maktab
9. Rancangan awal
10. Fail dan laptop
11. Pendrive

SEBELUM PBS
SENARAI INFRASTRUKTUR SEKOLAH ASAS
YA
1. Bilik darjah
2. Bilik guru besar
3. Bilik guru
4. Padang
5. Kantin
6. Pusat sumber
7. Makmal sains
8. Makmal komputer
9. Tandas pelajar
10. Tandas guru
11. Tempat letak kereta
12. Tapak perhimpunan
13. Bilik sukan

TIDAK

14. Stor
15. Pondok pengawal

BILIK DARJAH

Ya

1. Papan tulis
2. Meja pelajar
3. Kerusi pelajar
4. Meja guru
5. Kerusi guru
6. Carta organisasi
7. Jadual waktu
8. Jadual tugas
9. Penyapu
10. Bakul sampah

SOALAN SOALAN SEBELUM PBS

1. Apakah latar belakang sekolah ini?


2. Berapa orang guru berkhidmat di sekolah ini?
3. Berapa orang guru sandaran?
4. Berapa buah bilik darjah yang terdapat di sekolah ini?
5. Adakah kemudahan sekolah ini mencukupi?
6. Berapakah bilangan murid di sekolah ini?
7. Apakah pencapaian sekolah ini?
8. Adakah peratusan murid dalam bidang akademik meningkat?
9. Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?
10. Bagaimanakah pencapaian murid dalam kokurikulum?
11. Apakah kejayaan tertinggi di sekolah ini?
12. Bagaimanakah P&P berjalan di kelas?
13. Apakah usaha sekolah untuk memantapkan pencapaian mereka?

Tidak

14. Adakah murid selalu mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah?

PENILAIAN DAN LAPORAN


Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, PBS yang telah saya jalani di SJK (T) Selama,
banyak memberi pengalaman dan input yang sangat berguna kepada saya. Apabila menjalani PBS ini,
saya dapat merasai sendiri suasana persekolahan berbanding dengan teori-teori yang telah saya
pelajari di dalam kelas. Dalam persekitaran sekolah, saya juga dapat lihat pelbagai ragam manusia
dari segi ibu bapa, pelajar bahkan para gelagat para guru dan individu yang memainkan peranan di
dalam sekolah tersebut. Namun apa yang penting ialah saya perlu menanam di dalam hati untuk
menjadi seorang guru yang baik dan berbudi pekerti kelak.

Melalui PBS ini, saya mula didedahkan dengan kaedah kontektual serta interaksi, komunikasi
serta perhubungan kita dengan semua warga sekolah. Malah saya juga perlu mempunyai daya tahan
mental dan fizikal baik dalam menghadapi pelbagai suasana di sekolah pada suatu hari nanti.

Kita sebagai seorang bakal pendidik perlulah sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab
yang diberikan kepada kita. Dalam aktiviti pemerolehan dan analisis data, pentadbir, para guru,
kakitangan sekolah serta pelajar telah memberikan kerjasama dan input yang sangat membantu bagi
saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun pada masa itu semua pelajar telah selesai
menghadapi peperiksaan, dengan susunan meja dan kerusi yang masih tidak tersusun seperti
keadaan asal, namun semangat mereka untuk menolong saya begitu menakjubkan sekali.

Melalui objektif kajian yang ingin dicapai, saya dapat memahami hampir keseluruhan isi objektif
kerana memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya serta masa yang singkat iaitu seminggu
untuk menjalani PBS ini, objektif tidak dapat dicapai sepenuhnya. Namun, ojektif utama iaitu
menyediakan saya dengan suasana sekolah dan melatih interaksi serta pemupukan sikap positif
dalam diri dapat dilakukan kerana ia merupakan tugasan penting bagi menyiapkan projek yang ingin
dicapai. Perbincangan serta perkongsian pengalaman dengan guru-guru disitu banyak membantu
saya dalam mencapai objektif tersebut.

Walaupun mempunyai tugas yang banyak, pihak pentadbir dan para guru tidak jemu untuk
membantu saya memperoleh maklumat, layanan mereka terhadap saya sangat baik. Mereka sanggup
meluangkan masa bagi melayani saya dalam proses memperoleh maklumat.
Kesimpulannya, semua warga di sekolah ini, merupakan individu yang tidak lokek untuk
berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada saya kerana mereka terlebih dahulu makan garam
dari saya. Nasihat dan pandangan mereka akan saya gunakaan sebaik mungkin bagi menjadi seorang
guru yang penuh berketerampilan seterusnya dapat mendidik anak bangsa kita sejajar dengan dasardasar yang telah dicetuskan oleh pihak kerajaan agar dapat melahirkan tampuk pemerintahan yang
begitu unggul.

Anda mungkin juga menyukai