Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN MODEL ASSURE

Nama Guru :Ummie Hazizan Binti Md Zukery

Tarikh :1 Januari 2021

Masa : 8:30 pagi-9:30 pagi (60minit)

Tahun : 3 Intan

Mata pelajaran : Pendidikan Islam

Tajuk : Perkara Yang Membatalkan Solat

Analyze Learners / Menganalisis Murid

(a) Ciri-ciri umum murid:


• 33 orang murid (18 perempuan dan 15 lelaki)
• Berumur 9 tahun.
• Bersifat aktif.
• Kelas/tahap kognitif: sederhana
• Bakat membaca dan menghafal.
• Sikap murid: rajin dan berani menyuarakan pendapat
• Latar belakang murid:
- murid-murid daripada keluarga yang sederhana.
-100% murid tinggal di bandar.
(b) Pengetahuan sedia ada murid:
• Murid-murid berpengalaman solat di masjid, surau dan solat bersendirian di
rumah dan dapat berkongsi pengalaman mereka bersama rakan-rakan.
(c) Gaya pembelajaran murid-murid :
• 35% murid-murid adalah jenis visual.
• 25% murid-murid adalah jenis auditori
• 40% murid-murid adalah jenis kinestetik
State Objectives / Menyatakan Objektif

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:-

1. Menyebut perkara yang membatalkan solat.

2. Menerangkan perkara yang membatalkan solat.

3. Menyelesaikan permasalahan perkara yang membatalkan solat.

Select Media, Materials, and Methods / Memilih Media, Bahan dan Kaedah

Pemilihan kaedah:
• Guru memilih strategi berpusatkan guru dan murid. Strategi berpusatkan guru ialah
guru menerangkan aktiviti yang akan dilaksanakan kepada murid dan tindakan yang
perlu diambil. Strategi berpusatkan murid iaitu sesi perbincangan. Kaedah ini
membolehkan murid berkongsi pendapat mereka antara satu sama lain bagi mencapai
objektif pembelajaran dengan bimbingan guru.

Pemilihan media dan bahan yang digunakan:


1. Set Induksi(5 minit) ialah Persembahan multimedia seperti tayangan video
berkaitan dengan cara menunaikan solat dengan betul mengikut tertib selama 5 minit.
Dalam video tersebut menunjukkan Upin dan Ipin memohon kebenaran daripada
kakaknya untuk ke masjid menunaikan solat dan kakaknya memberi peringatan agar
mereka tidak bermain ketika solat dan pulang semula setelah selesai solat. Di dalam
video tersebut memberi gambaran tentang keadaan pelbagai kerenah jemaah sedang
bersolat.
2. Langkah 1 (15 minit) ialah Persembahan multimedia (Slide), Guru menunjukkan
beberapa gambar menggunakan slide berkaitan dengan perkara yang membatalkan
solat melalui beberapa situasi pelajar ketika solat di masjid,dan solat bersendirian.
Guru menggunakan interaksi dua hala iaitu bersoal jawab bersama murid dalam
menentukan situasi berdasarkan gambar yang dipaparkan. Murid menyuarakan
pendapat mereka berkaitan dengan gambar dan guru menerangkan situasi tersebut
setelah mendengar pandangan murid. Kaeah ini membolehkan murid mengaitkan
situasi yang dipaparkan dengan pemerhatian mereka dalam kehidupan sebenar
serta mempertingkatkan kefahaman murid tentang topik yang diajar.Selain itu, kemahiran
memerhati murid juga dapat diperkembangkan secara tidak langsung.

3. Langkah 2 ialah situasi ketika solat (15 minit) Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
yang terdiri dari 5 atau 6 orang murid. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar
seorang wakil untuk mengambil satu sampul yang mengandungi soalan dan kertas
mahjong. Setiap kumpulan akan mendapat 5 soalan yang berbeza. Murid berbincang
dalam kumpulan berkaitan situasi yang dinyatakan di dalam soalan seterusnya
melakarkan di kertas yang disediakan. Murid diberi masa selama 8 minit untuk
melengkapkannya dengan jawapan yang sesuai mengikut kefahaman dan
perbincangan kumpulan. Aktiviti ini sangat menarik dan dijalankan untuk memudahkan
murid memahami dan mengingati apa tindakan yang perlu diambil apabila berlaku
situasi yang dinyatakan dan menyebabkan batalnya solat mereka.

4. Langkah 3 (20 minit) ialah Pembentangan . Selepas perbincangan,guru meminta


wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan mereka selama 4 minit
bagi setiap kumpulan di hadapan kelas. Setelah selesai pembentangan, guru akan
memberi maklum balas seperti peneguhan dan tambahan isi bagi mengukuhkan lagi
jawapan murid. Aktiviti ini dapat mengukuhkan kefahaman murid dan
memperkembangkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) murid. Di samping
itu, ia juga sebagai satu aktiviti untuk meningkatkan kemahiran komunikasi murid.

5. Langkah 4 (5 minit) ialah Lembaran Kerja dan Penutup. Murid mendapat beberapa
helaian soalan dan diminta menjawab soalan yang disediakan. Di akhir pelajaran,
murid diminta menghantar lembaran kerja tersebut. Ini biasanya digunakan oleh guru
sebagai penilaian setelah tamat proses pembelajaran dan pengajaran. Aktiviti
pengukuhan ini adalah sebagai penutup sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
pada hari tersebut.
Utilize Media, Materials, and Methods / Penggunaan Media, Bahan, dan Kaedah

Kriteria dalam pemilihan langkah, media dan bahan sumber merupakan aspek penting
namun penggunaan media dan bahan sumber tersebut adalah yang terpenting demi
memastikan P&P berjalan lancar dan mencapai objektif pembelajaran.
Mengkaji bahan sumber sebelum digunakan
• Bahan sumber seperti video yang digunakan dalam set induksi dan langkah 1 perlu
dipratonton dahulu supaya bahan yang dipilih bersesuaian dengan tahap kebolehan
dan peringkat umur murid.
• Video yang digunakan bertujuan untuk menunjukkan perkara yang menyebabkan
batalnya solat. Video yang ditunjukkan mampu menarik minat murid untuk belajar dan
memahami situasi yang berlaku berdasarkan video.
• Lembaran kerja dan soalan yang akan diberikan juga adalah sumber yang perlu dikaji
sebelum digunakan dalam proses P&P. Soalan haruslah jelas dan mudah difahami
serta melibatkan pelbagai aras soalan.

Penyediaan bahan untuk penggunaan dalam kelas.


• Penyediaan semua bahan untuk sesi P&P pada hari tersebut perlu disediakan lebih
awal bagi memastikan bahan yang diperlukan adalah cukup dan dapat mencapai
objektif pelajaran pada hari tersebut.
• Sebagai contoh, komputer dan LCD yang diperlukan untuk tayangan video haruslah
sentiasa berfungsi dengan baik, bahan-bahan seperti soalan yang disediakan di dalam
sampul mengikut bilangan kumpulan dan lembaran kerja yang digunakan haruslah
cukup dan dapat mencapai objektif pembelajaran.
• Gambar yang digunakan dalam Langkah 1 haruslah bersaiz besar supaya semua
murid dapat melihatnya dengan jelas.
• Isi kandungan video haruslah sesuai dengan tahap kognitif dan peringkat umur murid.
Cara penyampaian idea melalui video haruslah jelas dan mudah difahami. Selain itu,
masa yang digunakan untuk mempersembah video haruslah sesuai. Elakkan
mengambil masa yang terlalu panjang.
Penyediaan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan
• Penyusunan dan penyediaan bahan haruslah teratur dan tersusun supaya mudah
digunakan semasa P&P.
• Sebagai contoh, tayangan video perlulah ditayangkan dengan jelas di bahagian
hadapan kelas supaya semua murid dapat melihat tayangan video tersebut.
• Kertas Mahjong dan set lembaran kerja yang digunakan juga perlulah cukup untuk
semua murid.
• Ketika menjalankan aktiviti perbincangan kumpulan, misalnya aktiviti di langkah 2 dan
semasa pembentangan, penyusunan kerusi dan meja perlu sesuai dan keadaan kelas
juga perlulah mempunyai ruang yang besar dan selamat.

Menyediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada sumber


• Aktiviti seperti tayangan video dapat menjana idea murid untuk melihat contoh- contoh
perkara yang membatalkan solat. Ini dapat menghasilkan daya pemikiran yang kreatif
dalam diri murid dan memberi ruang mereka mereflek diri tentang pelaksanaan solat
yang mereka lakukan samaada betul atau tidak.
• Aktiviti melengkapkan memerhatikan situasi yang ada pada gambar dapat
mengukuhkan kafahaman murid. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan
hubungan murid antara satu sama lain serta memupuk nilai sosial di kalangan murid.
• Aktiviti perbincangan seperti dalam langkah 3 serta perbentangan yang dijalankan
dapat memperkembangkan KBKK murid dan meningkat kemahiran komunikasi murid.
• Pertandingan kecil seperti pembentangan terbaik dan jawapan yang paling tepat yang
dijalankan dalam kelas dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Mereka akan
berasa seronok dan belajar tanpa tekanan. Aktiviti seperti ini dapat melibatkan murid
secara aktif dan bukan hanya memusatkan guru.
• P&P yang tersusun mengikut langkah demi langkah dan pemilihan media yang sesuai
dapat membuka minda dan menarik minat belajar murid.
Menyediakan pengalaman pembelajaran bagi murid
• Pemilihan media dalam set induksi dan langkah 1 iaitu tayangan gambar yang dapat
menjana idea murid merupakan salah satu teknik penyampaian maklumat yang
sesuai. Ia dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid serta memberi
kefahaman yang berkesan kepada murid.
• Aktiviti perbincangan yang berpusatkan murid dapat memberi peluang kepada murid
untuk berhujah dan memberi pandangan mereka serta memperkembangkan lagi
tahap pemikiran mereka.
• Pertandingan kecil yang dijalankan dapat meningkatkan KBKK murid dan membantu
murid supaya berupaya berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah
dalam masa yang singkat.

Require Learner Participation / Penglibatan Aktif Murid

Pendahuluan (5 minit)
• Murid menyaksikan sebuah video yang berkaitan dengan situasi ketika solat di masjid.
• Murid menjawab soalan yang telah diajukan oleh guru mengenai situasi jemaah ketika
solat.
• Murid diminta untuk memberitahu guru tentang situasi atau perbuatan ketika solat
samada dibolehkan atau tidak yang dipaparkan dalam video.
• Kemudian, guru memperkenalkan tajuk yang akan mereka pelajari iaitu mengenai
“Perkara yang Membatalkan Solat”

Aktiviti:

Aktiviti mengenalpasti perkara-perkara yang membatalkan solat (15 minit)


• Murid menyaksi satu video berkaitan dengan situasi jemaah ketika sedang bersolat di
masjid.
• Murid mengulang kata kunci yang telah dipamerkan dalam video.
• Jika murid tidak dapat mengulang kata kunci dengan betul, guru membetulkannya.
• Murid menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan solat yang terdapat dalam
video selepas tayangan video.
• Guru mempamerkan kata kunci yang disebutkan oleh murid.
Aktiviti kumpulan (15 minit)
• Setiap kumpulan mendapat satu set soalan berkaitan dengan situasi yang melibatkan
perkara yang membatalkan solat.
• Murid berbincang dalam kumpulan dan mencari jalan penyelesaian berkaitan dengan
situasi yang disediakan oleh guru.
• Murid diberi masa selama 8 minit untuk melengkapkan dan mengemukakan jalan
penyelesaian.
• Satu perbincangan jawapan antara guru dan murid berlangsung.
• Murid menyemak jawapan mereka.
• Guru memberi pujian kepada murid.

Aktiviti pengukuhan (20 minit)


• Murid memerhati beberapa gambar yang ditunjukkan oleh guru.
• Satu pertandingan berlangsung, di mana murid perlu menyatakan apa perkara/perbuatan
yang menyebabkan solat itu terbatal yang terdapat pada gambar berkenaan.
• Guru memberi arahan pertandingan dengan jelas.
• Bagi setiap jawapan yang betul, murid akan mendapatkan 2 mata.
• Perbincangan murid dalam kumpulan berlangsung.
• Murid diberikan masa selama 10 minit untuk perbincangan di bawah bimbingan guru.
• Murid membentangkan hasil perbincangan mereka selepas perbincangan.
• Guru mengemukakan jawapan bagi aktiviti tersebut.
• Peserta yang menang dalam pertandingan akan diberi sebuah hadiah daripada guru.
• Pujian diberi kepada murid yang lain.

Penutup (5 minit)
• Guru memberi ganjaran kepada setiap kumpulan dan murid yang berjaya
menyempurnakan setiap aktiviti yang dijalankan.
• Murid mendapat beberapa helaian soalan dan diminta menjawab soalan yang
disediakan.
• Murid diminta menghantar lembaran kerja yang telah disiapkan sebagai penutup sesi
P&P pada hari tersebut.
Evaluate & Revise / Menilai dan Menyemak

Prestasi murid
Guru dapat menilai prestasi murid melalui kaedah soal-jawab dan semasa sesi perbincangan
berlangsung. Sewaktu menjalankan setiap aktiviti, murid dapat menunjukkan sikap dan nilai
yang positif dalam kumpulan. Dalam aktiviti mencari penyelesaian tentang isu yang
dikemukakan di dalam soalan dapat dilihat kesungguhan dan kebolehan murid untuk mencari
jawapan dengan pantas dan betul. Di samping itu, guru juga boleh memerhati cara
pembentangan murid tentang hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. Selain itu, guru
boleh menilai dan menyemak lembaran kerja yang diberikan.

Kelebihan media
- Adakah penggunaan persembahan multimedia membantu dalam memberi gambaran jelas
mengenai topik yang diajar?
- Adakah penggunaan persembahan multimedia membantu dalam mencapai objektif P&P
dengan berkesan?
- Adakah penggunaan persembahan multimedia dapat menarik perhatian murid dan
menggalakkan penglibatan murid dalam P&P secara aktif?
- Adakah aktiviti yang dirancang sesuai serta dapat dijalankan dalam kelas?

Gaya pembelajaran guru


-Adakah proses P&P berjalan dengan lancar?
-Adakah ia dirancang dengan baik?
-Adakah murid memberi tindakbalas semasa proses pembelajaran?
-Adakah objektif pembelajaran dapat dicapai?

AHLI KUMPULAN Penulisan reka bentuk pengajaran dengan


Model ASSURE yang jelas dan lengkap.
AISAH BIBI BT YUSOFF (2020122400047) Baik.
ANIS MADIHAH BT YA'AKOB (2020122400048)
HIDAYATUL FATIHAH BT BADRI HISHAM (2020122400050)
UMMIE HAZIZAN BT MD ZUKERY (2020122400067)
WAN NUR SYAZWANI BT WAN MD KEMARUZAMAN (202012240068)

Anda mungkin juga menyukai