Anda di halaman 1dari 2

Isu Semasa Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1.0 Pengenalan

Penyebaran ICT yang pesat menyebabkan kita terpaksa bersaing untuk memajukan
sistem pendidikan kita supaya tidak ketinggalan. Tanpa memikirkan sempadan wilayah, ia
terus memasuki ke dalam diri setiap ahli masyarakat tanpa sekatan. Tidak dinafikan
perkembangan ICT ini banyak memberi kesan negatif kepada kita. Bagi nilai-nilai positif
pula, kita sangat mengalu-alukan perkembangannya kerana ianya dapat membangunkan
potensi penggunanya.

2.0 Isu Dan Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran

Isu semasa penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran tidak asing
lagi di kalangan guru. Kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik yang kurang mahir
menggunakan peralatan ICT menjadi masalah dalam sistem pengajaran di sekolah atau
institusi. Masih ada segelintir bilangan guru yang masih lagi belum cekap mengendalikan
komputer untuk memasukan data untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word.
Apabila tenaga pengajar yang tidak cekap menggunakan peralatan teknologi seperti
pemancar LCD, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah tenaga pengajar yang
tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan
proses pengajaran. Kelemahan sebilangan warga pendidik ini menyebabkan usaha kerajaan
untuk mengaplikasikan teknologidalam pengajaran dan pembelajaran terbantut.

2.1 Persepsi guru terhadap kepentingan komputer

Walaupun ramai guru telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di


dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah
konvensional yang dirasakan lebih relevan dengan sistem peperiksaan pada hari ini.

2.2 Masa dan beban tugas guru

Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-
guru menyediakannya. Persediaan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan
mengajar serta bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Ironinya, kebanyakan guru
sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana
kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran.
2.3 Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer

Proses pengajaran menggunakan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina


persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan
Powerpoint dengan input-input seperti memasukan video, grafik dan bunyi mengikut
kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus,
maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi
keinginan guru untuk menambahbaikan bahan pengajaran dan pembelajaran hanya tinggal
sebagai kemahuan sahaja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer

2.4 Kekurangan prasarana dan bahan sokongan

Satu cabaran penting pendidikan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan


bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad
kepada golongan tertentu sahaja. Ironinya pada hari ini, pembekalan kemudahan teknologi
seperti komputer tidak seimbang antara bandar dan luar bandar. Selain itu, sistem rangkaian
dan jalur lebar di Malaysia masih tidak meluas yang menyukarkan capaian kepada internet.

2.5 Jurang teknologi dan digital

Antara faktor-faktor yang menyebabkan jurang digital ialah faktor ekonomi, iaitu tidak
mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT. Seperti sedia maklum, barang
teknologi adalah mahal. Jadi tidak semua mampu untuk membelinya lebih-lebih lagi pelajar.
Faktor geografi juga menjadi masalah, iaitu tempat yang tidak mempunyai liputan internet.
Tidak semua tempat mempunyai liputan internet yang bagus seperti di kawasan pedalaman.

3.0 Penutup

Kesimpulannya, kita tidak boleh menafikan sumbangan kemajuan teknologi dalam


transformasi dan inovasi dunia pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, kita
juga jelas dengan hakikat bahawa teknologi tidak dapat menggantikan peranan manusia
secara total dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi boleh diintegrasikan
dengan sistem konvensional sedia ada dan bukan untuk menggantikan sistem konvensional
tersebut keseluruhannya

Anda mungkin juga menyukai