Anda di halaman 1dari 4

2.

0 Model ADDIE

Model ADDIE adalah cetusan idea yang dikembangkan oleh Dick dan Carry (1996), untuk
merancang sistem pembelajaran. ADDIE diistilahkan sebagai satu akronim bagi Analysis
(analisis), Design (reka bentuk), Development (perkembangan), Implementation (pelaksanaan),
dan Evaluation (penilaian).

ADDIE ini menerapkan lima tahap atau unsur bagi aktiviti saling berkaitan yang memandu
amalan pembentukan program pengajaran atau modul pembelajaran. Menurut McGriff (2000),
setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan, tetapi memberitahu
satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi sesuatu tahap akan
menjadi input kepada tahap yang berikutnya .

Analysis

Design
Formulative
Evaluation
Development

Implementation Summative
Evalaution

Rajah 1: Proses dalam mereka bentuk modul pengajaran berdasarkan teori ADDIE

Rajah di atas menunjukkan proses dalam mereka bentuk modul pengajaran berdasarkan
teori ADDIE. Ia menunjukan bahawa model ADDIE ialah proses merangka proses menyeluruh
tentang aktiviti dalam mereka bentuk pengajaran. Ini telah menjadikan model ADDIE mempunyai
kelebihan berbanding model lain.
2.1 Analisis

Analisis adalah proses pertama yang perlu dibuat untuk mereka bentuk pekej multimedia
mengikut fasa ADDIE. Fasa Analisis ialah fasa untuk menganalisis permasalahan yang berkaitan
dengan mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya. Menurut Baharuddin (2001)
masalah yang berkaitan boleh dikenal pasti melalui pelbagai kaedah atau teknik misalnya temu
bual, pemerhatian, tinjauan, soal selidik dan sebagainya. Beberapa analisis dilakukan terhadap
beberapa aspek untuk mengenalpasti aspek-aspek yang berkaitan, antaranya analisis
persekitaran pembelajaran, analisis terhadap ciri-ciri pelajar, tahap pengetahuan sedia ada,
masalah dalam pembelajaran dan mengenal pasti matlamat pengajaran dan sebagainya.
Semasa menjalankan analisis saya telah mengenalpasti ciri-ciri pelajar sebelum saya membina
modul pengajaran saya untuk subjek Pendidikan Moral. Pelajar yang akan saya ajar adalah
pelajar Tingkatan 3 Cekal yang merupakan kelas hadapan. Saya juga telah membuat analisis
mengenai masalah pembelajaran mereka dengan berpandukan markah peperiksaan dan PBS
mereka. Sebelum saya mereka bentuk modul pengajaran saya ini, saya akam menentukan
matlamat pengajaran saya. Modul pengajaran saya adalah untuk topik Pendidikan Moral
tingkatan 3 iaitu Kebestarian Diri.

2.2 Reka Bentuk

Selepas proses analisis selesai, fasa reka bentuk akan dilakukan. Dalam fasa ini, ia akan
menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan teori, jenis
media dan teknologi yang akan digunakan. Projek yang dipersembahkan kepada pelajar haruslah
mengambil kira konsep, objektif dan kumpulan pengguna perisian. Dalam projek ini saya telah
menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Corak perisian yang saya gunakan adalah formal
tetapi memiliki unsur hiburan dari segi grafik yang digunakan. Pendekatan perisisan yang saya
gunakan pula adalah pendekatan penjelajahan dan klikan grafik-grafik yang tertentu yang bagi
saya sesuai untuk pelajar sekolah menengah. Antara elemen-elemen yang saya masukkan ialah
audio, video, grafik, imej, butang dan teks. Setiap elemen ini akan ditentukan saiz serta warna
yang ditetapkan dalam spesifikasinya. Selepas elemen dimasukkan, kebolehfungsian produk
dilakukan bagi memastikan bagaimana objek ini berinteraksi berasakan reaksi pengguna atau
pelajar. Saya telah membangunkan beberapa grafik seperti butang “ Press Enter ” bagi slaid
seterusnya. Selain itu saya juga menggunakan grafik seperti watak kartun dan merakam audio
bagi mewakili watak kartun tersebut. Papan cerita yang saya bangunkan adalah mengikut objektif
pembelajaran dalan topik Pendidikan Moral Tingkatan 3 iaitu Kebestarian Diri.
2.3 Pembangunan

Dalam fasa pembangunan projek , proses kerja berubah-ubah secara berperingkat


daripada fasa menganalisis , mereka bentuk dan seterusnya kepada fasa pembangunan
perisisan. Pada fasa ini ia melibatkan dua aktiviti utama iaitu pembinaan isi kandungan dan aktiviti
mangaturcara perisisan. Dalam pembinaan isi kandungan perisisan saya ini kualiti isi kandungan
seperti grafik,audio, video dan teks saya adalah pada tahap sederhana bagi mengelakkan fail
perisian terlalu besar. Isi kandungan yang dihasilkan adalah dengan menggunakan isi kandungan
dari DSKP Pendidikan Moral Tingkatan 3. Papan cerita yang saya bangunkan adalah mengikut
objektif pembelajaran yang terdapat dalam DSKP Pendidikan Moral Tingkatan 3 iaitu Kebestarian
Diri. Setiap papan cerita yang saya hasilkan mengandungi audio dan animasi grafik bagi
membuatkan pakej multimedia saya ini lebih menarik. Audio yang saya gunakan adalah dari
youtube yang telah ditukar menjadi format mp3 dan ada yang direkod dari rakan-rakan untuk
dialog yang digunakan dalam pakej animasi. Perisisan yang saya gunakan adalah Microsoft
Powerpoint ini adalah kerana perisian ini mudah digunakan. Pakej multimedia yang saya
bangunkan ini adalah digunakan di peringkat sekolah. Oleh itu saya menggunkan perisisan
powerpoint kerana ia tidak memerlukan rangkaian internet untuk membukanya.

2.4 Pelaksanaan

Pada fasa perlaksanaan, kami akan gunakan dan laksanakan bahan pengajaran di dalam
kelas. Pakej multimedia yang telah siap akan diuji keberkesanannya. Kami telah memilih
Tingkatan 3 Cekal untuk menjadi tempat kami manjalankan testimoni untuk pakej interaktif kami
pada 3 September 2019 pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Saya telah menayangkan slaid
powerpoint yang telah direka oleh saya sendiri semasa proses pdpc dijalankan. Hasil daripada
pemerhatian, pelajar dapat memahami dengan mudah tentang konsep Kebestarian Diri dengan
berpandukan pakej interaktif yang telah kami sediakan. Pelajar sangat tertarik dengan
persembahan audio, grafik animasi yang telah kami sertakan didalam video tersebut. Selepas
persembahan pakej multimedia, mereka dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz yang telah
disediakan sebagai penilaian pakej multimedia tersebut.
2.5 Penilaian

Pada fasa penilaian, kami telah mendapat maklum balas yang sangat baik dan
memberansangkan daripada pelajar. Pakej multimedia yang saya sediakan dapat memberikan
impak positif kepada pelajar untuk memahami objektif pembelajaran tajuk Kebestarian Diri.
Pelajar juga memberi maklum balas positif mengenai teks, visual, audio dan video yang bagi
mereka sangat menarik dan mudah difahami. Dapat dikatakan bahawa pakej multimedia ini
mampu untuk membantu pelajar dalam memahami objektif pembelajaran kerana sekiranya ia
bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu pakej multimedia ini dapat memberi
impak yang positif terhadap semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai kemahiran kognitif atau
kemahiran kognitif yang berbeza-beza.

Rujukan

Aris, B. (2001). Universiti Teknologi Malaysia’s Teacher Education Students Learning About ICT
Using ICT. Innotech Journal, Vol. 25(No. 2).
Dick, W. &. (1996). The Systematic Design Of Instruction ( Editions 1 through 4.). New York:
Harper Collins.
McGriff, S. J. (2000). Instructional system design : using the ADDIE model. Pennsylvania: Penn
State University.

Anda mungkin juga menyukai