Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2: PENULISAN ESEI

1.0 PENGENALAN

Reka bentuk modul pengajaran merupakan elemen utama dan terpenting dalam
menjayakan proses pengajaran & pembelajaran sesuatu kursus. Ianya didefinasikan sebagai
sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit
pelajaran berlaku (Richey, 1986). Model-model reka bentuk pengajaran ini mestilah direka
bentuk berpandukan teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran behaviorisme,
kognitivisme dan konstruktivisme. Dikaitkan pula dengan penggunaan komputer dalam
pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi.
Perkembangan teknologi multimedia yang menekankan unsur-unsur pembelajaran interaktif
menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh
maklumat dan juga cara menyesuaikan setiap maklumat yang diperolehi dengan
pengetahuan sedia ada (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Oleh yang demikian, suatu perisian
telah dibangunkan bagi modul yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional
(KSKV) iaitu modul DCA1052: Computer Aided Drawing. Dalam penulisan ini, model reka
bentuk pengajaran ADDIE digunakan bagi memfokuskan reka bentuk modul pengajaran bagi
subjek tersebut.

Untuk memastikan perjalanan proses pengajaran & pembelanjaran modul ini berkesan
dan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan
serta menambah minat pelajar, maka ianya perlu kepada satu modul pengajaran yang reka
bentuknya didasari kepada teori dan model yang tepat dan sistematik menepati kehendak
keperluan pelajar-pelajar tersebut. Ini kerana dalam proses pengajaran, seseorang guru perlu
mengetahui dan menggunakan pelbagai teori, strategi serta pendekatan yang tertentu yang
bersesuaian dalam memastikan objektif dan matlamat pengajaran berjaya dicapai. Justeru,
penggunaan reka bentuk pengajaran oleh guru di dalam pengajarannya mestilah bertepatan
dengan tujuan reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin tentang kefahaman dan
pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi gol pengajaran (Rozinah,
2000).

Oleh itu, model reka bentuk pengajaran ADDIE menjadi pilihan dalam reka bentuk
modul pengajaran bagi modul Autocad kerana proses yang dikemukakan oleh model ADDIE
dilihat amat teliti dan berorientasikan sistem dalam menghasilkan satu reka bentuk modul
pengajaran yang baik.

1
2.0 MATLAMAT

Penghasilan perisian multimedia dilihat sebagai salah satu kepentingan dalam


pengajaran abad ke-21. Pembentukan generasi guru bagi mengambil peluang untuk
mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi berkaitan teknologi komputer, secara tidak
langsung membangunkan suatu perisian multimedia yang bukan sekadar menjadi bahan
bantu mengajar didalam kelas, tetapi lebih kepada membantu membina kefahaman pelajar
melalui teknologi berkomputer.

Antara matlamat penulisan yang ingin dicapai melalui penghasilan perisian yang
berasaskan model reka bentuk pengajaran ADDIE adalah:

i. Panduan untuk pembangunan perisian seterusnya pada masa akan datang


ii. Sebagai bahan bantu mengajar kepada guru-guru vokasional khususnya dalam
pengajaran modul yang menggunakan software Autocad.
iii. Menambah bilangan perisian multimedia yang berunsurkan pendidikan dalam modul
Autocad bagi membantu guru-guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah
dan pantas.
iv. Menilai perisian yang dibangunkan melalui maklum balas daripada beberapa individu
bagi melihat keberkesanan perisian

3.0 REKA BENTUK ADDIE

Model ADDIE adalah berlandaskan behaviorisme, cetusan idea yang dikembangkan


oleh Dick dan Carry (1996) untuk merancang sistem pembelajaran. Istilah ADDIE merupakan
satu akronim bagi Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (pembangunan),
Implementation (pelaksanaan), dan Evaluation (penilaian)

2
3.1 ANALISIS

Fasa ini melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenal pasti masalah yang
ingin diselesaikan. Untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berkaitan, beberapa analisis
dilakukan terhadap beberapa aspek, antaranya analisis terhadap ciri-ciri pelajar, tahap
pendidikan atau pengetahuan sedia ada, dan mengenal pasti matlamat pengajaran. Secara
ringkasnya, dalam konteks reka bentuk modul Autocad di kolej vokasional, proses analisis
yang perlu dilakukan adalah melibatkan tiga aspek utama iaitu:

1. analisis terhadap ciri-ciri pelajar,

2. analisis tahap pendidikan atau pengetahuan sedia ada,

3. analisis kenalpasti matlamat pengajaran

3.2 REKA BENTUK PERISIAN

Fasa kedua ini bertujuan menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan
digunakan. Dalam proses mereka bentuk modul Autocad, fasa ini akan menjawab persoalan
yang dikemukakan dari fasa analisis. Dalam mereka bentuk perisian beberapa aspek
ditekankan iaitu menentukan objektif yang khusus dalam pengajaran, pemilihan strategi
pengajaran dan pembinaan item untuk soalan

Objektif pembelajaran yang khusus sesuai dengan matlamat hasil pembelajaran perlu
selari dengan keperluan KSKV. Strategi pembelajaran berbentuk penemuan, penyelesaian
masalah serta bahan bantu mengajar seperti video penerangan dapat membantu
mengenalpasti tahap pendidikan atau pengetahuan sedia ada pelajar. Beberapa soalan
berbentuk kuiz yang berkaitan dengan silibus pengajaran turut dimuatkan di dalam perisian
ini bagi menilai ciri-ciri minat pelajar.

3.3 PEMBANGUNAN PERISIAN

Fasa ini dilaksanakan sebaik sahaja fasa analisis serta reka bentuk diselesaikan. Fasa
ini akan memberi perincian tentang pembangunan modul berdasarkan kepada perancangan
reka bentuk yang telah dibuat pada fasa terdahulu. Selain memberi pendedahan terhadap
topik yang berkaitan modul Lukisan Unjuran, rangkaan modul kursus ini akan tertumpu
kepada teori-teori atau teknik-teknik penggunaan perisian Autocad. Elemen-elemen
multimedia seperti teks, imej, grafik, audio, video, interaktiviti dan animasi mula dikumpulkan
dan dihasilkan menggunakan perisian EXE. dan perisian sokongan yang lain di samping

3
mendapatkannya daripada sumber-sumber luar seperti gambar ketika aktiviti pelajar di dalam
kelas serta internet. Seterusnya proses pembinaan isi kandungan perisian dengan
mengarang atau mengaturcara menggunakan perisian-perisian yang berkenaan akan
dimulakan.

3.4 PELAKSANAAN PERISIAN

Perisian yang siap dibangunkan akan dipersembahkan dan dilaksanakan mengikut


keperluan pelajar yang telah dirangka sebelum ini. Pelaksanaan bagi modul ini adalah
merangkumi rangka kursus yang dibentuk dan diharapkan untuk menjayakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Dengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses
menjalankan program atau modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar dimana semua
pelajar bagi kelas modul DCA1052 telah diberi arahan untuk menggunakan perisian EXE yang
telah dibangunkan.

Tujuannya adalah untuk menguji keberkesanan serta melihat masalah-masalah yang


tidak disedari semasa perlaksanaan fasa reka bentuk dan pembangunan. Semua kekurangan
dan kelemahan yang timbul akan dikenalpasti dan seterusnya dibaiki semula dan diuji lagi
sehingga ianya ternyata berkesan sebelum dapat digunakan secara menyeluruh

3.5 PENILAIAN PERISIAN

Penilaian dijalankan untuk mengukur dan mendapatkan maklum balas pengguna


modul terhadap keseluruhan rangka kursus. Penilaian berbentuk formatif telah dijalankan
supaya ia dapat membantu pembangun dalam menghasilkan perisian yang lebih berkualiti
dan menepati kehendak pengguna sebenar apabila ianya digunakan oleh kumpulan
pengguna sasaran kelak. Selain itu, penilaian ini akan dilakukan secara sumatif iaitu
dijalankan pada hujung semester yang merangkumi keseluruhan tajuk bagi memastikan
modul tersebut efisyen dan berkesan, juga pelajar dapat menguasai modul yang dibina dan
direkabentuk.

Penilaian ini juga dibuat dalam bentuk pemerhatian dan ulasan pakar. Pakar yang
menilai perisian ini terdiri dari guru-guru lain yang mengajar modul DCA1052 di kolej
vokasional. Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan sumatif tentang produk
pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan untuk memastikan pelajar-pelajar
dapat melaksanakan tugasan pembelajaran secara optima. Setiap langkah yang
dilaksanakan perlu dinilai semula untuk tujuan penambahbaikan. Dengan kata lain, penilaian

4
melibatkan proses-proses menentukan kecukupan pelajaran atau modul yang disediakan
supaya dapat mengelakkan pengubahsuaian yang besar yang hanya dikesan selepas
sesuatu bahan pengajaran itu dibangunkan.

4.0 KESIMPULAN

Pembangunan sesebuah perisian multimedia bukanlah satu proses yang mudah. Ia


memerlukan kepakaran dan masa yang panjang. Beberapa aspek perlu di ambil berat seperti
teori pembelajaran yang digunakan dan model reka bentuk perisian bagi memastikan perisian
yang dibangunkan mengikut tahap yang ditetapkan. Perancangan yang sistematik dan teliti
diperlukan daripada awal hingga akhir proses pembangunan. Model ADDIE dengan fasa-
fasanya yang terdiri daripada analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan
penilaian merupakan model reka bentuk modul pengajaran yang terbaik yang boleh diguna
pakai untuk membangunkan sesebuah modul kursus pengajaran. Ini terbukti kerana fasa-fasa
yang dianjurkannya adalah bersifat menyeluruh dan sistematik. Lima fasa ini dilihat sangat
relevan dalam pembangunan modul kerana ianya memudahkan proses reka bentuk, yang
mana output setiap tahap menjadi input bagi tahap yang seterusnya. Justeru, dengan
kupasan proses model ADDIE ini, amatlah sesuai untuk dipraktikkan sebagai asas dalam reka
bentuk modul khususnya dalam penghasilan perisian multimedia agar hasilnya menepati
objektif yang ingin dicapai dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih
efektif

5
5.0 RUJUKAN

Baharuddin Aris (2001). Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan; Johor Bahru; Universiti
Teknologi Malaysia
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002).
Rekabentuk Perisian Multimedia. Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Boyle, Tom (1997). Design for Multimedia Learning. Great Britian: Prentice Hall.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Multimedia Dalam Pendidikan Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias (1996). Pengajaran
Berbantukan Komputer, Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd
Paul F. Merril, Marvin N. Tolman, Larry Christensen, Bret R. Vincent, Peter L. Reynolds
(1986), Computers in Education, New Jersey: Prentice-Hall
Richey, R. C. (1986). The Theoretical and Conceptual Bases of Instructional Design.
London/New York: Kogan Page Ltd./Nichols Publishing Co.
Rozinah Jamaludin (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.

6
6.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai