Anda di halaman 1dari 2

Banding dan bincangkan kekuatan dan kelemahan teknologi instruksional yang digunakan dalam kedua-

dua RPH.

RPH 1

Kekuatan

 Memberi peluang kepada guru dalam memperkenalkan pembelajaran secara


kontekstual yang mana lebih berfokuskan aktiviti dan masalah sebenar.

 Dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh


memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami
akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka
mengalaminya.

 Guru menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer dan gambar
boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ini
kerana apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau berkumpulan,
pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajar.

 Ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana maklumat boleh diperolehi dengan
cepat daripada Internet.

 Membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses P&P.

 Menambahkan kualiti pembelajaran @ peringkat penguasaan pembelajaran.

 Mengurangkan dan menjimatkan masa dan tenaga.

Kelemahan

 Peralatan-peralatan kurang & tidak disediakan di sekolah. Peralatan perlu disediakan


oleh guru sendiri.

 Guru kurang bermotivasi dan merasakan bidang teknologi dalam pendidkan sebagai
satu bebanan terhadap kerjaya guru

 Alatan teknologi pendidikan terutama media elektronik memerlukan peruntukan


kewangan yang besar.

RPH 39

Kekuatan

 Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi


penting kepada topik yang akan disampaikan. Ini kerana akan memudahkan pengajaran
guru didalam kelas dan mampu menarik perhatian pelajar.
 Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan
masa yang minimum. Ini kerana masa di sekolah adalah amat terhad dan memerlukan
guru kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ICT mampu
memberi kefahaman kepada para pelajar dalam masa yang singkat.

 Memberi kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar

 Memperkayakan pengalaman pelajar.

 Menghasilkan bahan-bahan pengajaran yang lebih efisen.

Kelemahan

 Guru tidak mempunyai masa untuk menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
berbentuk IT.

 Kekurangan bahan (software pendidikan).

 Pembelajaran melalui internet juga membawa kesan yang mengakibatkan murid


menjadi malas untuk pergi ke sekolah. Pembelajaran mereka hanya berhadapan
dengan komputer dan tidak berkomunikasi dengan guru ataupun rakan-rakan.

Anda mungkin juga menyukai