Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.

T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya dan ahli kumpulan saya menyiapkan RPH Numerasi. Kumpulan saya ditugaskan untuk memilih tajuk Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 bagi Pengajaran dan Pembelajaran Numerasi Tahun 2. Saya dan ahli kumpulan saya Adi Aizad dan Noor Akmar sempat berkolaborasi dengan rakanrakan yang lain sepanjang proses menyiapkan rancangan pengajaran harian tersebut. Setelah menyiapkan RPH, saya dapat mengetahui bahawa dengan memberikan tumpuan dan komitmen yang terbaik merupakan faktor yang membantu dalam menghasilkan RPH yang sempurna. Oleh itu, dengan kekuatan saya ini saya berharap jika saya membuat tugasan berkumpulan lagi, saya dapat menghasilkan RPH yang terbaik seperti tugasan pada kali ini. Saya berharap agar saya dapat mengawal kelas dengan baik walaupun kadangkala terdapat beberapa orang rakan yang membuat nakal. Tetapi apabila saya memberikan arahan, mereka dapat mengikuti arahan saya dengan mudah tanpa sebarang masalah. Kumpulan saya merupakan kumpulan pertama yang membentangkan rancangan pengajaran dan pembelajaran kami kepada rakan-rakan sekelas yang lain secara macro teaching. Semasa sesi pengajaran tersebut, saya telah membentangkan macro teaching pada bahagian set induksi. Dua lagi ahli kumpulan saya masing-masing membentangkan bahagian masing-masing. Bahagian set induksi yang disediakan oleh kumpulan kami ialah tayangan video lagu Mari Mengira yang memerlukan rakan-rakan di hadapan turut menyanyikan lagu Mari Mengira yang saya dapati daripada sumber internet . Sepanjang berpeluang mengajar, saya mendapati bahawa rakan-rakan yang lain turut sama-sama menyanyikan lagu Mari Mengira. Pada permulaannya, saya berasa amat malu kerana menjadi pengalaman pertama saya menyanyi di hadapan murid yang merupakan rakan-rakan saya yang lain. Terdapat beberapa halangan yang terpaksa saya hadapi semasa menjalankan set induksi tersebut. Halangan tersebut adalah saya terpaksa mengetuai nyanyian

dan melontarkan suara dengan lebih kuat. Hal ini bertujuan supaya murid saya dapat mendengar setiap nyanyian saya dengan baik dan jelas. Setelah saya mendapat maklum balas daripada pensyarah kami iaitu En. Mohamed Akbar bin Nazardin terhadap macro teaching kumpulan kami, saya telah mengetahui mengenai kelemahan ataupun kekurangan yang kami perlu atasi. Pensyarah menegur mengenai RPH kumpulan kami. Beliau mengatakan terdapat beberapa perkara yang perlu diubahsuai. Perkara pertama yang diberi teguran ialah mengenai penulisan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kami sepatutnya hanya menulis aktiviti di bahagian itu manakala penerangannya di bahagian isi pelajaran. Perkara kedua yang diberi teguran ialah mengenai penulisan objektif pelajaran. Kami hanya perlu menulis objektif yang ingin dicapai selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Saya dan ahli kumpulan saya nekad untuk lebih banyak membaca dan mencari lebih banyak bahan rujukan untuk mendapatkan idea dan pendapat yang bernas supaya penulisan RPH kami menjadi lebih baik dan senang difahami apabila guru ataupun pihak lain membaca RPH tersebut. Kami bersetuju dengan pandangan beliau mengenai kelemahan kami ini. Secara kesimpulannya, pengalaman menyiapkan tugasan ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan saya untuk membuat satu rancangan pengajaran harian dan perlu membentangkan rancangan pengajaran harian tersebut secara macro teaching. Pengalaman ini amat berguna kerana saya berpeluang membentangkan rancangan pengajaran harian ini secara praktikal di dalam kelas. Di samping itu, saya juga dapat membuat penambahbaikan terhadap cara dan teknik pengajaran saya. Akhir sekali, saya akan menggunakan segala pengalaman yang amat bermakna ini ketika saya keluar untuk praktikum nanti.

Anda mungkin juga menyukai