Anda di halaman 1dari 3

1. JELASKAN KONSEP ASAS MOTIVASI.

Perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku seseorang selalu dikaitkan dengan
konsep motivasi iaitu keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears),
matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat
(interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan
(expectations), dan berbagai lagi.

NAMAKAN 2 JENIS MOTIVASI.


Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik ( dalaman) dan motivasi ekstrinsik
( luaran).

JELASKAN 2 PENDEKATAN MOTIVASI IAITU:

A) PENDEKATAN BEHAVIOURIS -SKINNER (PENEGUHAN)

-Pembelajaran berlaku melalui pelaziman

-Peneguhan positif ialah rangsangan penting bagi menambah kebarangkalian pelajar untuk
bertindak balas

-Peneguhan negatif diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan dan akan
mengulangi tingkah laku operan yang diingini.

-Konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.

-Teori peneguhan skinner mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial

-Tanpa ganjaran, insentif dan lain-lain tingkah laku yang diingini akan lenyap

B) PENDEKATAN HUMANISTIK -CARL ROGERS

-Carl rogers mengutarakan prinsip pendekatan Pendidikan yang sangat berpengaruh dalam

-Perancangan aktiviti p&p pada masa kini.

-Pembelajaran berasaskan kebebasan

-Belajar adalah satu naluri ingin tahu.(curiosity)

-Berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna kepada pelajar

-Pembelajaran berkesan apb. pelajar ada inisiatif dan melibatkan diri dgn aktiviti p&p.

-Bimbing pelajar untuk tingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatif.

-Aktiviti p&p hendaklah dikaitkan dgn hidup nyata supaya kemahiran hidup pelajar dapat
dipupuk.
2. TULIS TENTANG MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI:

A) ATRIBUSI WEINER

Teori atribusi yang dikembangkan oleh Bernard Weiner dalam lingkungan pendidikan menitik
beratkan pada :

Pengaruh hasil perbuatan berupa keberhasilan dan kegagalan.

Memberikan suatu kerangka kerja untuk melakukan analisa terhadap interaksi guru dan peserta didik
di kelas.

Ada 3 langkah penerapan teori atribusi dalam pembelajaran terdiri dari :

1.Membangun konsep
2.Menanggapi hasil kerja peserta didik
3.Memantapkan pemahaman konsep

Terdapat 3 faktor yang dapat ditemukan di kelas, yang mendukung perlunya teori Weiner
a.Tingkah laku guru yang berlainan yang ditujukan kepada peserta didik yang diyakini tak akan bisa
berhasil
b.Penggunaan pujian dan celaan yang berbeza - beza di kelas
c.Ciri siswa/peserta didik

B) PENCAPAIAN McCLELLAND

Motivasi kepada keperluan terhadap Pencapaian


Orang dengan keperluan terhadap pencapaian yang tinggi sangat-sangat menginginkan kejayaan pada
masa yang sama teramat khuatir akan kegagalan.

Sifat / Tingkahlaku

Mereka mahu dicabar.


Menetapkan matlamat yang agak sukar (tetapi bukan mustahil) untuk diri mereka sendiri.
Mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko.
Lebih kepada penganalisis dan menilai masalah.
Lebih gemar memikul tanggungjawab peribadi untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Menyukai maklumbalas yang tepat dan cepat terhadap prestasi mereka.
Seringkali gelisah.
Gemar bekerja hingga larut malam.
sering kali tidak risau jika gagal (jika benar-benar terjadi)

C) EXPECTANCY X VALUE

menekankan tingkahlaku yang mempengaruhi pemikiran dan minat kognitif yang memberi impak
kepada cara dan pemikiran individu.
ini bermakna motivasi ini adalah hasil desakan utama terhadap individu iaitu harapan individu dalam
mencapai matlamat dan nilai matlamat tersebut
Sesetengah pelajar datang dari keluarga yang tidak memberikan nilai tinggi kepada pendidikan.
Pelajar ini cenderung mempunyai jangkaan yang lebih rendah juga. Pengajar boleh mempromosikan
nilai pembelajaran dengan menggunakan sebahagian daripada aktiviti / strategi ini dalam suasana
kelas:
Tetapkan matlamat yang jelas dan dapat dicapai dengan tujuan tertentu
Pastikan bahawa tugasan awal yang diberikan membolehkan pelajar berjaya untuk meningkatkan
harapan mereka
Undang model peranan positif untuk berkongsi pengalaman mereka dengan kelas. Tegaskan bahawa
pencapaian model-model peranan ini mungkin tidak begitu baik apabila mereka tiba tetapi bertambah
baik kerana mereka menjadi lebih yakin dan memperoleh lebih banyak pengetahuan dan pengalaman

Bagi teori behavioris ialah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman, manakala teori
humanis pula ialah ia merupakan sumber motivasi intrinsik yang lebih mementingkan keperluan harga
diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri.

Anda mungkin juga menyukai