Anda di halaman 1dari 5

PEMARKAHAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

KPD 3026 : PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2

PENILAIAN VIDEO RAKAMAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KUMPULAN EL-A20(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD NOOR AZAM BIN AYUB NO. ID D20112055134 NO. TELEFON 0165426462

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: :

DR HAFSAH BINTI TAHA 12 NOVEMBER 2012

Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, Aktiviti pembelajaran seperti set rangsangan, peneguhan, variasi

penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum, anggukkan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran. Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Pengajarn mikro merupakan satu daripada perkembangan yang paling penting dalam bidang pengajaran praktik. Pengajaran ini bermula di Universiti Stanford, pada tahun 1963. Pegawai-pegawai yang diketuai oleh Dwight Allen di Pusat Penyelidikan Perkembangan dan Pengajaran telah mencipta satu pendekatan bagi latihan perguruan praktik dengan menggunakan teknik-teknik seperti amalan kumpulan, kawalan yang rapi, kaedah yang lebih analitikal dan satu pendekatan yang baru untuk mendapatkan maklumat balik. Sejak itu, teknik-teknik ini telah digunakan meluas di Britain dan Amerika Syarikat. Pengajaran mikro dilakukan iaitu dari 10 minit hingga 15 minit kepada kumpulan kecil murid-murid. Salah satu, kemahiran mikro yang saya pilih untuk dinilai berdasarkan rakaman video sesi pengajaran Norkhamidah Sulam ialah kemahiran set induksi.

Kemahiran set induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran pada hari itu. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran pada hari itu walaupun jasadnya beradad di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diberi tindakan segera. Tujuan utama set induksi adalah untuk membina aliran pemikiran serta membangkitkan minat pelajar atau murid-murid supaya mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan oleh guru. Justeru, set induksi hanya digunakan untuk membina aliran pemikiran murid-murid dan bukan merupakan salah satu daripada isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Maka masa hanya diperuntukan untuk pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Shafiah Alwiah(1983) seorang pakar kemahiran mikro, menyatakan kemahiran mikro ini memerlukan tindakan permulaan murid-murid utuk memperkenal sesuatu. Berdasarkan penilaian saya terhadap video sesi pengajaran Norkhamidah Sulam, guru telah menunjukkan gambar-gambar tentang air. Justeru, komen saya menerusi penilaian yang telah dibuat ialah saiz gambar yang digunakan terlalu kecil dan kurang jelas serta tidak menarik. Manakala pengajaran disampaikan dalam keadaan guru berdiri statik di hadapan tanpa membawa gambar itu kea rah yang lebih hamper dengan pelajar, khususnya kepada murid-murid yang duduk di bahagian belas bilik darjah. Teknik menggunakan gambar ialah teknik yang mudah untuk dilaksanakan dan mampu membuka minda murid-murid untuk mencungkil pengetahuan sedia ada muridmurid terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh guru. Namum begitu, kaedah ini mempunyai kelemahan apabila saiz gambar yang ditayangkan mempunyai saiz yang kecil dan tidak menarik sudah pasti akan menyebabkan murid-murid kurang berminat untuk menggunakan mindanya supaya aktif dalam proses melaksana proses pembelajaran. Seterusnya, guru tersebut hanya memegang gambar dalam kedudukan guru yang

statik berdiri di hadapan kelas. Ini akan menyebabkan murid-murid yang duduk di bahagian belakang akan mudah mengambil kesempatan dengan tidak memberi penumpuan semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya berpendapat gambar tersebut lebih sesuai ditampal di papan tulis di hadapan kelas dan meminta murid-murid melihat sendiri serta menerangkan kepada guru. Semasa sesi pengajaran guru tersebut ada mengajukan soalan kepada muridmurid dan menayangkan gambar, juga kurang sesuai dan ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru malah lebih ketara lagi terhadap murid-murid itu sendiri. Melalaui penilaian saya sewaktu mengajukan beberapa soalan mengenai air guru tersebut menggunakan teknik penyoalan secara tidak berfokus. Guru membiarkan murid-muridnya menjawab secara beramai-ramai dan menyebabkan keadaan kelas menjadi bising. Walaubagaimanapun cara ini menjadikan murid-murid aktif terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai IQ yang tinggi. Justeru, pelajar yang lembam dan duduk di belakang akan terus hanyut bersama lamunannya. Guru sepatutnya menggunakan teknik menyoal berfokus suapaya kelas mampu dikawal dan member peluang kepada murid-murid yang kurang aktif menyuarakan pendapat mereka. Tiada penghargaan, guru tersebut tidak memberikan ucapan penghargaan seperti pujian kepada murid-murid yang telah memberi jawapan yang betul. Ini akan menyebabkan murid-murid kurang bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran dan mudah berasa bosan sekiranya elemen suntikan motivasi menerusi pujian sebagai tanda pengahargaan seperti ucapan terima kasih, baik, sangat bijak, bagus, dan sebagainya. Penghargaan amat perlu diberi perhatian oleh setiap guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer dan objektif yang diharapkan tercapai. Oleh itu, sebagai seorang guru diharapkan janganlah terlalu kedekut untuk memberi penghargaan. Kesimpulannya, kemahiran set induksi haruslah menarik minat murid-murid supaya kemahiran seterusnya dapat berjalan dengan lancar dan murid-murid dapat member kerjasama dalam usaha membina kemahiran-kemahiran lain yang perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan Harchand Singh Thandi(1984), Interaksi di Bilik Darjah, Kertas Program Orientasi Pensyarah-pensayarah Baru, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia(1985), Buku Panduan Pengajaran Mikro, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia(1981), Buku Panduan Am KBSR, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Video Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Norkhamidah Sulam. http://www.scribd.com/doc/45780365/1-1-Kemahiran-Set-Induksi.11November2012

Anda mungkin juga menyukai