Anda di halaman 1dari 6

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011



KOD & NAMA KURSUS


KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK






KUMPULAN
UPSI - A03(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORAHIMI BIN ABDUL WAHAB D 20111O49912 0194606414


NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK RIDZUAN BIN JAAFAR

TARIKH SERAH: 31 MAC 2012





Bahagian I

Menilai rakaman Video satu sesi pengajaran. Pelajar perlu menilai dengan
memilih salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat dalam
rakaman video tersebut.






PEMARKAHAN
1. RAKAMAN 1
2. REFLEKSI 1
3. RAKAMAN 2
4. REFLEKSI 2
5. RPH
6. LAPORAN KT
7. FORUM
JUMLAH




1. PENGENALAN
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru
dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang
digunakan oleh guru dalam perhubungan dengan murid-murid di dalam bilik darjah. Dengan
itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat,
ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi
kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar
bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang
pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran :-
Set induksi
Tunjuk cara
Variasi rangsangan
Peneguhan
Penyoalan
Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
Penerangan
Aprisiasi
Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Penutup

2. KEMAHIRAN MIKRO PENGAJARAN YANG DINILAI SET INDUKSI

2.1 Definisi Set Induksi

Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu
pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara
untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi
prapengajaran.

Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam



sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah
untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat
memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi
ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat
penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke
dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu,
guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia
belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru
mereka.

2.2 Objektif Set Induksi

Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan di laksanakan.
Membina aliran fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu
yang berkaitan.
Memotivasikan murid suaya bersedia untuk belajar.
Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas murid dengan isi pelajaran
baru yang hendak disampaikan.
Membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.

2.3 Prinsip-prinsip Dalam Melaksanakan Set Induksi

Aktiviti set induksi hendaklah bersesuaian dengan pengalaman kebolehan dan umur
murid.
Aktiviti set induksi hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan.
Aktiviti set induksi hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid.
Akitiviti set induksi hendaklah menarik minat dan perhatian murid.
Akitiviti set induksi hendaklah disampaikan dan mencapai tujuannya dalam tempoh
masa yang singkat.








3. PENILAIAN KEMAHIRAN SET INDUKSI

GURU : NOKHAMIDAH SULAM
SUBJEK : PENDIDKAN ISLAM

Berdasarkan video makro pengajaran yang disediakan, saya akan menilai dan
mengulas kemahiran set induksi guru tersebut berdasarkan komponen-komponen
set induksi.

3.1 Menarik Perhatian

Guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan bacaan doa. Amalan ini
amat baik sekali kepada murid-murid. Guru tersebut menggunakan kad imbasan sebagai
bahan bantu mengajar untuk kemahiran set induksi. Sedikit sebanyak murid-murid tertarik
dengan kad yang mengandungi gambar tersebut dan memberi respon kepada guru. Suara
guru juga jelas dan terang tetapi nada dan intonasi suara agak mendatar sahaja. Set induksi
akan jadi lebih menarik sekiranya guru tersebut mempelbagaikan tone suara terutamanya
ketika mencungkil idea ketika penyoalan berlaku. Guru tersebut juga tidak menunjukkan
suatu aktiviti yang agak luar biasa bagi meningkatkan lagi minat dan perasaan ingin tahu
murid dengan apa yang akan diajar. Pergerakan guru juga tertumpu di hadapan kelas
sahaja malah agak kaku dan terlalu bersahaja. Hubungan mata guru dengan murid juga
terbatas dan guru boleh memberikan peluang kepada murid yang duduk di belakang untuk
menjawab soalan. Tiada soalan individu diberikan. Guru boleh menggunakan suara,
gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar
Guru juga boleh mempelbagaikan interaksi seperti antara guru dengan murid atau guru
dengan kumpulan supaya tidak terjadi interaksi satu hala sahaja. Interaksi yang sihat adalah
dua hala dimana kaedah ini akan menggalakkan murid-murid berinteraksi.

3.2 Mewujudkan Motivasi

Guru menggunkan kad imbasan iaitu kad gambar untuk menimbulkan rasa ingin tahu murid.
Melalui kad imbasan tersebut, guru mencungkil idea murid dengan menggunakan teknik
penyoalan. Guru tidak memberi peluang kepada murid untuk menjawab secara individu
kerana murid hanya menjawab secara kelas malah murid hanya menyambung jawapan guru
sahaja. Teknik penyoalan juga tidak dipelbagaikan dan agak membosankan terutamanya
kepada murid-murid yang sederhana dan lemah. Sekiranya guru menggunakan bahan
maujud atau konkrit akan menjadikan murid lebih tertarik. Contohnya dengan membawa air
di dalam bekas seperti botol, baldi dan sebagainya. Guru juga boleh memberikan imbuhan



atau pujian kepada murid yang boleh menjawab soalan guru sebagai ganjaran. Guru juga
boleh menggunakan kaedah teka-teki atau lagu yang berkaitan dengan tajuk. Guru boleh
menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat
serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan muridnya
dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau
memulakan aktiviti.
3.3 Membuat Perkaitan dan Menstruktur

Guru tersebut telah menggunakan pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan tajuk
pembelajaran yang baru. Murid juga menghubungkaitkan soalan-soalan dalam set induksi
dengan tajuk pelajaran yang baru. Guru juga berjaya membimbing murid-murid dalam
membanding dan membezakan jenis-jenis air berdasarkan pengalaman murid. Guru boleh
menambahkan lagi minat murid dengan mengaitkan peristiwa-peristiwa semasa yang
diketahui atau diminati murid seperti berkelah di pantai, mandi di kolam atau musim
kemarau. Ini membolehkan murid-murid menggunakan pengetahuan lepasnya untuk
membina konsep baru dengan lebih mudah dan bermakna.

4. KESAN KEMAHIRAN SET INDUKSI KE ATAS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Meningkatkan motivasi murid dan mereka akan menunjukkan tanda bersedia
terhadap pelajaran yang akan disampaikan.

Membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan lancer.

Membolehkan murid menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep
baru dengan lebih mudah dan bermakna.

Murid akan berusaha dan berusaha menjalankan tugas atau aktiviti yang diberikan
oleh guru.

Menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Mengurangkan masalah disiplin kerana murid menumpukan perhatian terhadap
aktiviti pengajaran pembelajaran.







RUJUKAN

http://eprints.utm.my/10460

http://www.slideshare.net/artventure/pengajaran-mikro

PengenalanPedagogi
Pengarang: Esah Sulaiman

Anda mungkin juga menyukai