Anda di halaman 1dari 7

KOD & NAMA KURSUS

KRS 3013: KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS


Semester 1 Sesi 2013/2014
TAJUK

TUGASAN 2
PENULISAN ARTIKEL

KUMPULAN
UPSI 03

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

SITI HAZAR BINTI JIMAN

20102041827

017-6757315

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH

TARIKH HANTAR : 17 NOVEMBER 2013

TAJUK ARTIKEL:
H.O.T.S DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 6 September 2013 yang lalu.
Pelan tersebut merupakan dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara
serta dalam masa yang sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta
berkeperibadian tinggi. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan tersebut, proses pendidikan
telah mengalami gelombang transformasi pendidikan yang menitik beratkan kemahiran
berfikir aras tinggi di kalangan murid seawal pendidikan sekolah rendah. Sejajar dengan
hasrat itu. H.O.T.S perlu dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains
bagi memastikan transformasi pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik sebagaimana yang
diharapkan di masa akan datang.
H.O.T.S merupakan singkatan bagi frasa higher order thinking skills atau
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan
bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan
minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara
meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi
maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Konsep kemahiran berfikir aras tinggi (H.O.T.S) adalah satu konsep pembaharuan
Pendidikan berdasarkan taksonomi pembelajaran iaitu Taksonomi Bloom. Di mana menurut
Taksonomi Bloom, terdapat beberapa jenis pembelajaran memerlukan lebih pemprosesan
kognitif daripada yang lain. Sebagai contoh, kemahiran penciptaan pengetahuan baru atau
kemahiran analisis, penilaian dan sintesis merupakan tahap pemikiran yang lebih tinggi.
Dengan demikian itu ianya memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
jika dibandingkan dengan proses pembelajaran yang hanya terikat dengan fakta dan konsep.
Pemikiran peringkat tinggi melibatkan pembelajaran kemahiran kompleks seperti pemikiran
secara kritis dan penyelesaian masalah.
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang banyak memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras
tinggi (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.
Seiring dengan matlamat trasformasi pendidikan, pelaksanaan konsep HOTS amat

bersesuaian dengan mata pelajaran Sains di mana ianya merupakan mata pelajaran yang
banyak mengaplikasi kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Oleh yang demikian itu konsep kemahiran berfikir aras tinggi
perlu diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sains sejak dari sekolah rendah lagi.
Domain kognitif menurut Taksonomi Blooms terdiri dari aras pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, penilaian dan sintesis (mencipta benda baru). Aras
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi merupakan aras kemahiran berfikir aras rendah
(LOTS). Manakala aras analisis, penilaian dan sintesis merupakan kemahiran berfikir aras
tinggi (HOTS).
Menurut Bernama : Berita Harian (2013), dalam menerapkan kemahiran berfikir aras
tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula. Perubahan dalam reka bentuk
peperiksaan itu bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji
dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. "Sebaliknya murid akan
dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza,"
demikian menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berbentuk pemikiran aras tinggi
menjelang 2016. Untuk itu, murid akan diberi penekanan terhadap konsep kemahiran berfikir
aras tinggi yang praktikal melalui amali di dalam makmal makmal dan pembelajaran
berasaskan projek, kajian lapangan dan sebagainya khusus bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik.
Pada amnya pembelajaran yang lebih kepada fakta dan konsep memerlukan muridmurid cekap dalam teknik menghafal dan mengingat. Namun begitu, impak yang diperolehi
dari teknik hafalan dan ingatan sahaja kurang berkesan jika murid tidak memahami langsung
fakta dan konsep. Sebaliknya mereka hanya menghafal semata-mata tanpa memahami fakta
dan konsep tersebut. Melalui HOTS murid perlu memahami fakta dan konsep terlebih dahulu.
Pemahaman konsep tidak memerlukan murid menghafal semata-mata. Dari pemahaman yang
telah mereka perolehi, ianya akan diterjemahkan dalam bentuk pemikiran aras tinggi melalui
soalan-soalan dan tugasan yang memerlukan mereka menganalisis, menilai dan mensintesis
fahaman konsep yang telah mereka kuasai itu.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam bilik darjah tidak tertumpu
kepada aktiviti perbincangan antara guru dan murid, penerangan guru dan latihan bertulis
semata-mata. Namun terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains yang
melibatkan pelbagai kaedah seperti membuat eksperimen di dalam makmal, melakukan
latihan dan ujian amali, kajian lapangan, projek, demonstrasi, simulasi, membuat buku skrap
dan sebagainya. Strategi dan kaedah ini memerlukan murid mengaplikasikan HOTS dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan
perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau
asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi
kepada Pemikiran Aras Tinggi.
Dalam konteks peperiksaan, 40 peratus soalan UPSR menjelang 2016 merupakan
soalan yang berbentuk pemikiran aras tinggi. Begitu juga bagi peperiksaan SPM, menjelang
2016, 50 peratus soalan peperiksaan adalah soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Dalam konteks ini pemahaman murid dalam fakta dan konsep perlu disokong
dengan pemikiran berfikir aras tinggi.
Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran saintifik mempunyai kaitan dan
hubungan masing-masing. Penekanan konsep HOTS bukan sekadar kemahirin berfikr sahaja,
namun ianya juga berdasarkan kemahiran saintifik.
Kemahiran saintifik

Kemahiran berfikir

Membuat inferens

Menganalisis
Membanding beza
Membuat inferens.
Menghubungkait.

Mengintepretasi data

Menganalisis
Menilai
Membuat generalisasi
Membuat kesimpulan

Mendefinisi secara operasi

Menganalisis
Membuat analogi
Menghubung kait

Mengawal pembolehubah

Menganalisis
Mengaitkan
Membanding beza

Membuat hipotesis

Membanding bezakan
Mengaitkan
Menjana idea
Membuat hipotesis
Mensintesis

Mengeksperimen

Semua kemahiran berfikir

Berkomunikasi

Semua kemahiran berfikir

Jadual 1: Hubungkait antara Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir


Kategori kemahiran berfikir aras tinggi termasuklah mengintepretasi, menganalisis
dan memanipulasi maklumat. Selain itu juga, kemampuan membuat kesimpulan, membuat
generalisasi dan membuat inferens juga merupakan jenis pemikiran HOTS. Pemikiran HOTS
juga mampu untuk menghasilkan pandangan, idea, pemikiran atau cadangan asli selain dapat
menyelesaikan masalah berkaitan dengan kehidupan dan kebolehan menaakul.
Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan
teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru, murid
mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian
untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan
budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik,
progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.
(Kementerian Pelajaran, 2002)
Dalam pengajaran Sains Sekolah Rendah bagi tahun 3, 4, 5 dan 6, Penilaian Kerja
Amali (PEKA) wajib dilaksanakan ke atas murid. Penilaian tersebut termasuklah projek,
membuat amali sains di dalam makmal, kajian lapangan dan sebagainya. PEKA merupakan
instrumen penilaian yang dapat menilai kemahiran murid bukan sekadar di dalam aspek
kemahiran saintifik semata-mata, malahan juga melibatkan penilaian kemahiran berfikir
murid terutamanya kemahiran berfikir aras tinggi.
Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan
murid-murid digilap kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri murid-murid sedari mereka

tahun 1 lagi. Sains merupakan pelajaran yang perlu kepada kerja amali dan praktikal bagi
memastikan semua murid menguasai topik yang diajarkan oleh guru. Guru perlu membantu
murid-murid untuk menguasai kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, dan mengamalkan
sikap saintifik dalam diri murid-murid. Melalui kaedah dan strategi yang bersesuaian, ianya
dapat membantu murid berfikir secara efektif.
Secara kesimpulannya, Higher Order Thinking Skill (HOTS) atau Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) merupakan kemahiran yang perlu untuk diimplementasikan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains. Sekaligus HOTS ini dapat
membantu murid menguasai topik yang dipelajari melalui pemahaman terhadap konsep dan
fakta sains. Dengan pemahaman secara total terhadap sesuatu topik itu dapat memudahkan
semua murid untuk menjawab apa jua jenis dan bentuk soalan yang diajukan di dalam
peperiksaan mahupun apa jua tugasan yang diberikan oleh guru. Sememangnya kemahiran
berfikir aras tinggi ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid dan memupuk minat
anak murid terhadap sains. Selain itu perasaan ingin tahu oleh setiap murid dapat dipenuhi
melalui pelbagai strategi dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan topik yang
diajarkan oleh guru.

Rujukan
1. Dr Aminuddin Mansor (2011, 9 Oktober) . Meningkatkan Kemahiran Berfikir. My metro :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Meningkatkankemahiranberfikir/Article/
2. Ifwan Tun Tuah ( 2013, 31 Julai ) . Rangsang pemikiran Berfikir Aras tinggi. Berita Harian
Online: http://www.bharian.com.my/articles/Rangsangkemahiranberfikirarastinggi/Article/
3. Dokumen Standard Pembelajaran KSSR Sains Tahun 1, Pusat Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia
4. Faridah binti Daros, Rohaida Mohamat Saad, Abd Razak Zakaria. (2013). Transformasi
Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengenai Kemahiran Membuat Hipotesis
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Bil 1 Isu 3.
5. Kurikulum bersepadu Sekolah Rendah .2003. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6.
Pusat perkembangan Kurikulum: Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. ( 2012, 29 Disember ). Kemahiran Berfikir dalam
Pendidikan . Utusan online.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalampendidikan
.7, Dimuat turun pada 1 November 2013 di http://zoharimuda.blogspot.com/2012/07/aplikasi-

kemahiran-proses-sains-guru.html

Anda mungkin juga menyukai