Anda di halaman 1dari 8

KBAT (HOTS) - Pengenalan

Pemikiran Aras Tinggi (HOT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina satu model
penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya". HOT juga merupakan aras yang
paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. ianya berlaku apabila sesorang mendapat maklumat baru,
menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan
memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.
Dengan adanya HOT pelajar dapat :
 Membuat keputusan
 Membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan.

 Melahirkan idea baru dan objek baru.

 Membuat ramalan

 Menyelesaikan masalah non-rutin

HOT memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami sendiri pembelajaran secara langsung
melalui proses membuat generalisasi dan algoritma. Ianya dapat dicapai melalui beberapa kaedah
seperti penyelesaian masalah, penerokaan matematik dan penyiasatan matematik dibantu oleh 'alat'
iaitu pemikiran kreatif dan kritis. 

CIRI-CIRI ITEM KBAT

(1) Menganalisis, mensentisis, menilai, mencipta


(2) Membuat perkaitan antara fakta, konsep ...
(3) Memberi sokongan hujah
(4) Memberi bukti untuk hujah
(5) Membuat inferens
(6) Memilih isi yang berkaitan, sesuai..
(7) Mengolah isi
(8) Mempastikan ada kelancaran
(9) Menghurai hujah melalui contoh
(10) Menggunakan sumber-sumber berlainan
(11) Pelajar memberi pendapat sendiri, (tiada dalam buku)
(12) Analisis dan sintesis situasi baru

KBAT (HOTS)

Definisi KPM
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Konsep Pentaksiran

“ Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam


membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. “
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013)
HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-aktiviti pemikiran
peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan sosial dan
kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan kemahiran dan keyakinan
adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan cekap dalam aktiviti pembelajaran
yang kompleks. 

Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di mana pelajar
diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang
mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan program HOTS adalah berpisah dari pengajaran
kelas yang biasa; di mana HOTS menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar
menguji secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah
pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan. HOTS
membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka

KBAT (HOTS) - Kategori Pemikiran

Pemikiran boleh dibahagikan kepada  tiga kategori iaitu :


 Pemikiran Kritis
 Penyelesaian Masalah

 Pemikiran Kreatif

1. Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan kesahan atau kelemaham
sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.
Kenapa Pemikiran Kritis Diperlukan
Para pelajar yang didedahkan dengan pemikiran kritis lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih
kompleks dan perubahan teknilogi yang berlaku secara mendadak. Ini adalah kerana pelajar tersebut
telah mempunyai kebolehan untuk bertindak secara efektif yang diperolehi melalui pemikiran kritis.
2. Penyelesaian Masalah
Secara amnya, penyelesaian masalah ialah pelbagai langkah atau cara yang kita  akan lakukan
apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Keinginan untuk menyelesaikan masalah ini timbul apabila
kia berdepan dengan sesuatu masalah dan tidak pasti cara bagaimana untuk menyelesaikannya.
Terdapat dua penyelesaian masalah dalam matematik iaitu masalah rutin dan masalah non rutin.
Maslah rutin merupakan maslah harian yang bertujuan supaya pelajar menguasai kemahiran asas.
Masalah non rutin pula adalah penyelesaian masalah matematik menggunakan kemahiran konsep
atau prinsip matematik yang telah dikuasai terdahulu. Proses penyelesaian masalah tidak dapat
dihafal , ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah
yang sesuai.
Apa yang dipelajari dalam pendekatan ini?
Dalam pendekatan ini pelajar mempelajari secara eksplisit strategi atau kemahiran dalam
menyelesaikan masalah. Pelajar diberi banyak peluang untuk berlatih menggunakan strategi-strategi
penyelesaian masalah secara berkesan. Pelajar juga diberi peluang untuk memilih strategi yang
sesuai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Beberapa strategi yang dipelajari dalam
pendekatan ini ialah :
 Melikis gambarajah
 Senarai sistematik

 Menolak kemungkinan

 Logik Matriks

 Mencari pola

 Teka dan semak

 sub-masalah berpatah balik

 Membina model

 Menyusun maklumat

 Memudahkan masalah

 Menjalankan eksperimen

 Menggunakan formula

3. Pemikiran  Kreatif
Dr. Edward de Bono mendefinisikan kreatif  dan kreativiti sebagai :
" At the simplest level "creative" means bringing into being something that was not there before".
" Creative thingking includes personal processes, as such as new ways of looking at things, new ways
of organizing things ang new ideas about ideas"
Rollo May pula menyatakan
" Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world "
Sebagai rumusan bolehlah kita katakan bahawa pemikiran kreatif membawa maksud kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu
yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan. Beberapa
ciri pemikian kreatif ialah :
 Menjana idea yang asli, luar biasa dan mencabar
 Melihat perhubungan /corak /pola

 Mengaitkan

 Membuat analogi

 Mensentisis

 Merumus

 Membuat kesimpulan

 Memcipta metafora

 Membuat hipotesis,generalisasi,memberi pandangan. 

Bab 1 : Pentaksiran
Konsep pentaksiran, ciri pentaksiran, kesahan dan kebolehpercayaan, konstruk, konteks,
aras kesukaran, kata tugas, respons murid, item, peraturan pemarkahan

 
Bab 2 : Penulisan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Penulisan item, piawaian penulis item, idea penulisan item, definisi kemahiran berfikir aras
tinggi, konsep item mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi, ciri item kemahiran berfikir aras
tinggi, prinsip pembinaan dan penilaian item KBAT, contoh item


Bab 3 : Aktiviti Pengukuhan


Bab ini ,engandungi beberapa contoh soalan daripada pelbagai subjek. Guru diberi peluang
untuk cuba menentukan konstruk, konteks, aras kesukaran, dan kategori item sama ada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau Kemahiran Berfikir Aras Rendah.

 Pemikiran Aras Tinggi



Bentuk pemikiran aras tinggi

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian


Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan
berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud guru tidak lagi perlu meramal
soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan
pelajaran.

"Sebaliknya murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan
dalam situasi berbeza," demikian menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.

Dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran
untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji
semula.

Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan terhadap
aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan pembelajaran berasaskan
projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris, Kementerian
Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat SPM
bermula 2016.

Kementerian Pendidikan juga akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru
kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan
pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan murid.


Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru mata pelajaran itu juga
diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.

Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan itu menggariskan
bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan
diberikan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.

Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan diri dalam khidmat
komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah
menengah.

Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform juga
akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru
penasihat aktiviti akan diberi latihan bersasaran oleh kementerian.

Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan penglibatan ini sebagai syarat
tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi. — BERNAMA

Utusan Melaysia 7 Sept 2013

Rangsang kemahiran berfikir aras tinggi


Oleh Ifwan Tun Tuah

Seremban: Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang
berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.

Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran
berfikir (lihat grafik) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling
bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami dan menghafal.
Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka
berupaya bersaing pada peringkat global.




Pelajar tak lagi menghafal

Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS ialah inisiatif supaya
pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu
menggunakannya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin
Senin, berkata transformasi itu akan mengubah pengajaran dan pembelajaran yang sebelum
ini lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal.

“Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada
tahap memuaskan.
“Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam kedua-dua ujian
yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk HOTS, iaitu bukan
mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya.

“Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM supaya HOTS
diberi penekanan,” katanya kepada BH di sini.

Beliau berkata, walaupun HOTS wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak dilaksanakan
secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu hanya diharap digunakan pelajar secara
semula jadi.

Katanya, pelaksanaan HOTS di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada subjek Sains,
Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh membabitkan proses pengajaran
dan pembelajaran, soalan peperiksaan, penyediaan alat bantuan mengajar, malah diterapkan
dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan.


 Konsep soalan peperiksaan ada elemen HOTS

Katanya, bagi memastikan pelajar mengaplikasi kemahiran berfikir, kementerian juga


mengubah konsep soalan peperiksaan dengan memasukkan elemen HOTS dalam soalan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara
berperingkat.

“Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS dimasukkan


dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016,” katanya.

Beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih dulu perlu mengikuti
kursus jangka pendek dalam program i-Think kendalian Agensi Inovasi Malaysia, bagi
membolehkan mereka menguasai teknik berfikir HOTS.

“Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan tahun depan, kita mahu
guru dari semua sekolah negara ini mengikuti kursus itu.

“Mereka akan pulang ke sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan rakan sejawatan
seterusnya mengajar murid menggunakan teknik terbabit,” katanya.

Lebih interaktif

Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap HOTS secara tidak langsung mengubah
corak dan proses pembelajaran dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana
memerlukan pembabitan aktif pelajar dan guru.

“Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar,
manakala murid hanya menyalin dan menghafal.

“Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka
meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya
dalam kehidupan,” katanya.

Amin berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan pelajar,
terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk HOTS.

Anda mungkin juga menyukai