Anda di halaman 1dari 5

PEMBELAJARAN AUTENTIK

Definisi Pembelajaran Autentik


Menurut definisi, "belajar autentik" bermaksud pembelajaran yang menggunakan
masalah dunia nyata dan projek-projek dan yang membolehkan pelajar untuk
meneroka dan membincangkan masalah-masalah ini dengan cara yang relevan
untuk mereka.Pembelajaran autentik merupakan pembelajaran yang sahih dan
nyata.
Berdasarkan Websters Revised Unabridged Dictionary, 1998, istilah sahih
bererti asli, sejati, dan nyata. Menurut Donovan, Bransford & Pallegrino, 1999,
pembelajaran autentik adalah sebuah pendekatan pembelajaran yang
membolehkan pelajar menggali,membincangkan, dan membina secara
bermakna konsep-konsep dan hubungan-hubungan yang melibatkan masalah
sebenar dan projek yang relevan dengan pelajar.
Pembelajaran autentik merupakan pendekatan pedagogi yang membolehkan
pelajar untuk meneroka, berbincang, dan penuh erti membentuk konsep dan
hubungan dalam konteks yang melibatkan dunia nyata yang relevan dengan
pelajar (Donovan,Bransford & Pellegrino, 1999). Menurut Kamus 1998, jika
belajar adalah sahih dan nyata, maka pelajar perlu terlibat dalam masalah
belajar yang sahih yang mendorong dan memberi peluang kepada mereka untuk
membuat imiginasi dan hubungkait langsung antara perkara baru yang sedang
dipelajari dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sebelum ini.
Jenis pengalaman akan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
Pembelajaran autentik ini sangat berbeza dari kelas tradisional iaitu "kuliah",
dimana pendidik memberikan fakta-fakta mahasiswa dan pelajar perlu mencari
bahan-bahan tambahan dan kandungan lain yang mana pelajar harus
menghafalkannya serta ulangi pada ujian nanti. Misalnya, pelajar tidak hanya
perlu berhubung sejarah pasca-Perang Sipil untuk peristiwa terkini dan
kehidupan mereka sendiri, mereka juga harus membantu mengajar kelas dan
didorong untuk memberikan pandangan mereka sendiri pada peristiwa sejarah.
Akibatnya, mereka menjadi sejarawan. Pada masa yang sama pembelajaran
autentik berjalan dengan cara dan di tempat yang keadaan sebenar kehidupan
pelajar - pelajar baik di dalam mahupun di luar kelas. Kekuatan sebenarnya dari
pembelajaran sahih adalah kemampuan untuk secara aktif melibatkan pelajar
dan menyentuh motivasi intrinsik mereka (Mehlinger, 1995).
Ciri -Ciri Pembelajaran Autentik
Pembelajaran autentik ini berlangsung dalam bentuk yang agak jauh berbeza
daripada kaedah pembelajaran tradisional. Kesusasteraan menunjukkan bahawa
Pembelajaran autentik mempunyai beberapa ciri-ciri, iaitu :

Pembelajaran adalah berpusatkan pada tugasan-tugasan yang sahih


yang menarik minat pelajar-pelajar.
Pelajar-pelajar terlibat dalam penerokaan dan penyelidikan.
Pembelajaran yang mementingkan disiplin.
Pembelajaran yang menghubungkaitkan dengan dunia di luar dinding
kelas.
Pelajar - pelajar dilibatkan dalam tugas-tugas kompleks yang mana
meningkatkan kemampuan berfikir seperti menganalisis, sintesis,
merancang,memanipulasi dan menilai maklumat.
Pelajar-pelajar akan menghasilkan sesuatu bahan atau hasil yang
memanfaatkan kehidupan manusia hasil daripada pembelajaran autentik
ini.
Pembelajaran yang bersifat aktif dan digerakkan oleh pelajar sendiri,
sedangkan guru, ibu bapa, dan orang lain bersifat membantu atau
mengarahkan pelajar.
Guru melaksanakan pemberian topangan (scaffolding), iaitu memberikan
bantuan seperlunya saja dan membiarkan pelajar bekerja secara bebas
manakala mereka sanggup melakukannya sendiri.
Pelajar menggunakan perancah teknik dalam Pembelajaran autentik.
Pelajar mempunyai peluang untuk berwacana sosial. (Donovan et al6.,
1999, Newman & Associates, 1996. Newmann et al6 1995, Nolan &
Francis, 1992).

Cara Pelaksanaan Pembelajaran Autentik Di Dalam Kelas


Lawatan Sambil Belajar.
Selain penggunaan ICT yang menyesuaikan pembelajaran autentik pada abad
sekarang, lawatan sambil belajar juga digalakkan dalam proses pembelajaran
autentik.
Lawatan sambil belajar adalah sesuatu lawatan yang mana membawa pelajarpelajar ke tempat yang sebenar yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran.
Pada masa dulu yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional yang
berpusatkan guru tidak ada kemudahan dari segi pengangkutan dan wang untuk
membawa pelajar-pelajar ke sesuatu tempat yang berkaitan dengan
pembelajaran.
Hal
ini
menyebabkan
pelajar-pelajar
tidak
dapat
meneroka,merasai dan melihat keadaan sebenar sesuatu tempat.Pembelajaran
seperti ini menyebabkan pelajar hilang perhatian, rasa bosan dan tidak berfokus
kepada pelajaran.Keadaan ini sangat berbeza pada masa kini kerana zaman
sekarang terdiri daripada pelbagai kemudahan seperti ICT, wang, pengangkutan,
perhubungan dan sebagainya. Pada masa sekarang guru boleh membawa anak
muridnya ke lawatan sambil belajar untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di sesuatu tempat yang berkaitan dengan tajuk P&P.

Contohnya guru yang mengajar subjek Sains boleh membawa pelajar-pelajar ke


Pusat Sains Negara untuk melawat tempat itu bagi membawa keadaan sebenar.
Dengan membawa pelajar melawat sesuatu tempat,pelajar dapat merasai,
meneroka dan menyelidik. Ini juga suatu pembelajaran yang menghubungkaitkan
dengan dunia di luar dinding kelas.
Di samping itu, guru subjek Biologi yang ingin mengajar tentang alat-alat yang
digunakan untuk membuat operasi(operation) boleh membawa pelajar melawat
hospital dengan kebenaran. Keadaan sebegini mengalakkan pelajar merasai
keadaan sebenar.Kaedah pembelajaran yang membawa pelajar ke melawat
sesuatu tempat bagi membawa keadaan sebenar kepada pelajar sangat efektif
sehingga menarik minat pelajar terhadap subjek tersebut. Proses pembelajaran
ini lebih dikenali sebagai pembelajaran autentik yang sangat relevan dalam
konteks pendidikan abad sekarang.

Menjalankan Kempen
Dalam keadah pembelajaran tradisional, guru hanya menyampaikan maklumat
yang boleh disampaikan dan pelajar-pelajar akan dengar dan hafal maklumat
yang diperolehi itu. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara lisan
dalam bentuk sehala sahaja iaitu hanya guru yang menceritakan dan
menyampaikan maklumat berkenaan tentang tajuk pembelajaran. Pelajar-pelajar
tidak diberi peluang untuk mengemukakan soalan dan pertanyaan yang muncul
dalam fikiran mereka. Pelajar hanya menghafal apa yang didengar dan disalin
serta menulis yang dihafal itu dalam peperiksaaan nanti. Dalam kaedah
pembelajaran ini pelajar tidak memahami apa yang mereka pelajari itu malah
mereka hanya menyediakan diri untuk menjawab soalan dalam peperiksaan
nanti dengan menghafal isi pembelajaran tanpa memahaminya.Pelajar yang
hanya belajar menyediakan diri untuk menjawab soalan peperiksaan tanpa
memahami apa yang belajar tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan pada masa hadapan.
Keadaan ini lain berbeza dalam pembelajaran autentik yang mana membolehkan
pelajar untuk meneroka dan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi
dalam kehidupan mereka dengan cara yang relevan untuk mereka. Bagi
membawa keadaan sebenar dalam pembelajaran guru boleh menganjurkan
sebuah kempen di sekolah yang mana membawa manfaat dan maklumat untuk
disampaikan kepada pelajar. Selain guru, pelajar juga boleh merancang dan
mengadakan kempen kesedaran yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran
yang boleh membawa maklumat terperinci dan kesedaran dalam kalangan
pelajar.
Sebagai contohnya, guru boleh menganjurkan sebuah kempen kesedaran
tentang amalan merokok dan akibat merokok. Dengan menganjurkan kempen

sebegini pelajar boleh mengetahui lebih lanjut tentang rokok, amalam merokok
serta akibat merokok. Di samping itu, boleh menjemput doktor atau orang pakar
dalam bidang perubatan dan kesihatan yang boleh memberi ceramah tentang
akibat dan kesan merokok untuk kesihatan pelajar. Oleh itu, pelajar boleh
mendapat maklumat yang spesifik dan gambaran yang sebenar tentang amalan
merokok.
Sekiranya guru mengamalkan kaedah pembelajaran autentik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, pelajar lebih memahami tentang sesuatu tajuk
berbanding dengan kaedah tradisional. Oleh itu, kaedah pembelajaran autentik
ini sangat relevan dan sesuai di dalam konteks pendidikan pada abad ke-21. Hal
ini kerana berdasarkan sistem pendidikan negara kita yang mengamalkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dan Menengah (KSSR dan KSSM) yang
mana menyediakan pelajar yang mahir dalam semua aspek dan pelajar yang
boleh menyelesaikan masalahyang dihadapi.
Selain itu, KSSR juga tidak menyediakan pelajar untuk menjawab soalan
peperiksaan malah melahirkan pelajar yang boleh mencipta dan menghasilkan
sesuatu produk atau bahan kepada dunia ini.
Di sini kita boleh memahami yang pendidikan zaman sekarang lebih berfokus
dan mementingkan aspek kemahiran, kefahaman dan kebijaksanaan pelajar
hasil daripada pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran autentik ini sangat
bersesuaian dengan keadaan era sekarang. Pembelajaran tradisional tidak
sesuai dengan sistem pendidikan sekarang kerana kaedah ini mempunyai
banyak kelemahan.

KESIMPULAN
Pembelajaran autentik merupakan pendekatan pembelajaran dengan
menghadirkan keadaan sebenar atau konkrit sehingga proses pembelajaran
menjadi lebih berkesan kerana pelajar dapat mengamati, melihat, melakukan,
merasakan dan menyimpulkan sendiri. Pembelajaran autentik merupakan
pendekatan pedagogi yang membolehkan pelajar untuk meneroka daan
membincangkan tentang konteks yang melibatkan masalah dunia nyata dan
projek-projek yang relevan dengan pelajar. Pembelajaran autentik lebih sesuai
digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran berbanding dengan
pembelajaran tradisional yang mana pembelajaran yang berpusatkan guru.
Pembelajaran autentik ini jauh berbeza daripada kaedah tradisional pengajaran.
Terdapat banyak kelebihan pembelajaran autentik. Antaranya ialah:

Pelajar tidak merasa bosan terhadap pembelajaran kerana pembelajaran


boleh berlaku di mana saja.

Pelajar mempunyai kemahiran yang lebih dalam menganalisis wacana


sosial.
Pelajar mempunyai pengalaman belajar yang mempuni dalam berinteraksi
dengan alam sekitar.
Pembelajaran berpusat pada pelajar, sehingga membolehkan pelajar
memahami pembelajaran dengan baik dan sempurna. Kesimpulannya,
pembelajaran autentik sangat relevan dan sesuai di dalam konteks
pendidikan abad ke- 21.

Anda mungkin juga menyukai