Anda di halaman 1dari 2

6 kebaikan pengajaran berpasangan adalah:

1) Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif. Contohnya dua orang
guru akan bekerjasama untuk merancang pengajaran yang baik dengan memilih
isi pengajaran yang dikehendaki, bahan bantu mengajar dan kaedah serta
pendekatan yang akan digunakan. Dua idea dan dua pemerhatian serta
kefahaman tentang murid dalam sesebuah kelas lebih baik berbanding satu.
2) Sesuai dilaksanakan terhadap murid yang pelbagai dalam sebuah kelas.
Contohnya, jenis interaksi tandem di mana dua orang guru pelatih akan
merancanng dan mengajar isi pengajaran yang sama bersama-sama dalam
sebuah kelas. Satu rancangan pengajaran harian dapat dilaksanakan kepada
murid yang berbeza kecerdasan untuk mencapai objektif sama.
3) Objektif pengajaran dan pembelajaran lebih kecenderung untuk tercapai. Hal ini
demikian dua orang guru mengawal sebuah kelas mampu mengawal disiplin
lebih baik berbanding seorang guru. Kesannya, jika masalah disiplin dan tingkah
laku dapat dikurangkan maka sebuah proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan efektif seterusnya objektif pengajaran tercapai.
4) Proses refleksi akan lebih berkesan dan penambahbaikan akan lebih mudah
untuk dibuat. Hal ini demkian kerana pasangan guru ini iaitu guru A dan guru B
dapat melihat kelebihan dan kekurangan dalam proses PdPc yang dijalankan
oleh pasangan dan diri sendiri. Contohnya, semasa guru A mengajar dan tidak
memberikan arahan yang jelas dan kuat tetapi tidak menyedarinya guru B dapat
melihat kelemahan itu.
5) Meningkatkan kreativiti guru dan suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Dua pemikiran guru yang mempunyai daya kreativiti yang berbeza digabungkan
menjadi dalam satu pengajaran. Contohnya, guru A boleh bermain muzik dan
menyanyi manakala guru B pandai dalam bidang seni. Kedua-dua guru ini
merancang satu aktiviti yang menggabungkan kedua-dua unsur muzik dan seni
visual ini dan seterunya meningkatkan kreativiti guru dan proses pdp.
6) Guru juga berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar. Contohnya,
dalam satu masa proses pdp berlangsung gru boleh mencuba dua kemahiran
mengajar yang berbeza yang dilaksanakan oleh guru A dan guru B. Oleh itu,
pasangan guru ini dapat melihat kelebihan dan kekurangan sesuatu kemahiran
mengajar dengan menjimatkan temoh masa.

Anda mungkin juga menyukai