Anda di halaman 1dari 1

Terdapat dua istilah yang digunapakai oleh fuqaha’ apabila membicarakan tentang Jenayah.

Pertama: Istilah al-Jarimah dan Kedua: Istilah al-Jinayah.

Istilah alJarimah diguna pakai oleh sebahagian fuqaha’. Ia adalah kesalahan-kesalahan secara
umum sama ada melibatkan soal moral atau fizikal, melibatkan tubuh badan, harta benda atau
kepentingan-kepentingan yang lain. Sebahagian fuqaha’ pula menggunakan kedua-dua istilah
al-jarimah dan aljinayah sebagai istilah-istilah yang sinonim iaitu semua perbuatan salah yang
diharamkan oleh syara’ dan diperuntukkan hukuman ke atas pelakunya.
Terdapat fuqaha’ yang mengkhususkan penggunaanpakai istilah al-jinayah hanya untuk
kesalahan hudud dan qisas, tidak termasuk kesalahan-kesalan ta’zir kerana ia termasuk dalam
al-jarimah yang konsepnya lebih umum meliputi semua kesalahan.
Jumhur fuqaha’ mengguna pakai istilah al-jinayah kepada kesalahan-kesalahan yang lebih
khusus, iaitu kesalahan-kesalahan yang berkenaan dengan jiwa dan tubuh badan sahaja iaitu
kesalahan-kesalahan qisas dan diyyat.

Perbezaan yang timbul ini tidak menyentuh konsep perbuatan salah itu sendiri, sebaliknya
sekadar penyesuaian dalam penggunaan istilah semata-mata. Justeru, istilah al-jinayah adalah
sinonim dengan istilah al-jarimah.

Anda mungkin juga menyukai