Anda di halaman 1dari 1

 Agihkan tanggungjawab bersama

- Guru melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama-sama memikul


tanggungjawab terhadap kelas dan pdp.
- Memberi peluang kepada murid untuk memikul tanggungjawab menjaga kesejahteraan
kelas iaitu bermula dengan membuat peraturan bilik darjah bersama-sama
- Selain itu, berbincang peneguahn yang akan diberikan kepada mereka yang mematuhi
peraturan.
- Membentuk JK yang dilantik oleh murid-murid dan guru sebagai penasihat
- Agihan tanggungjawab dan membuat keputusan bersama mewujudkan satu bentuk
hubungan dan komunikasi dua hala yang berkesan antara guru dengan murid

 Tetapkan jangkaan yang realistik

- Guru yang efektif tahu tentang kebolehan dan pencapain muridnya. Oleh itu, guru dapat
membuat jangkaan tentang keperluan pembelajaran murid.
- Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dan kemahiran yang dikuasai
- Strategi dan bbm yang sesuai digunakan
- Jangkaan jangan terlalu tinggi atau rendah
- Guru yang membuat jangkaan yang realistic terhadap murid menunjukkan guru peka
dengan keperluan murid dan berusaha untuk membantu.
- Sokongan dan keprihatinan guru akan membentuk satu hubungan yang baik antara guru
dengan murid

 Masukkan unsur kecindan dalam komunikasi

- Unsur kecindan atau humor boleh digunakan oleh guru untuk mengurangkan tekanan
murid dalam menghadapi sesuatu situasi pdp.
- Guru yang menerapkan unsur kecindan akan membentuk hubungan erat antara guru
dengan murid
- Guru yang boleh bergelak tawa dan berjenaka dengan murid dalam suasana yang
santai biasanya akan lebih rapat dengan murid
- Elakkan humor yang sensitif dan menyinggung perasaan murid lain

Anda mungkin juga menyukai