Anda di halaman 1dari 1

Jelaskan tindakan seorang guru untuk melayani murid berkeperluan khas dalam kelas aliran biasa

(normal).

Buat rumusan mengenai ciri-ciri keperihatinan seorang guru dalam kelas ini.

1) Melibatkan murid dalam pengajaran – Guru yang berkesan akan sentiasa melibatkan murid
dalam pengajaran mereka. Guru bertindak sebagai fasilitator untuk membantu murid bagi
membentuk pengetahuan mereka. Kemudiannya, konsep pembelajaran berpusatkan murid ini akan
dikembangkan lagi iaitu guru akan membantu murid membina konsep mereka terhadap subjek dan
terhadap diri mereka sendiri sebagai seorang individu. Dalam proses pengajaran berpusatkan murid,
murid akan bertindak dengan aktif sewaktu proses pembelajaran berjalan.

2) Strategi yang berkesan – Guru mesti menggunakan strategi pengajaran yang berkesan dari
semasa ke semasa. Antaranya ialah dengan membuat perancangan pengajaran. Perancangan
pengajaran amat penting untuk dilakukan seiring dengan sukatan pelajaran yang tersedia. Ini
bertujuan untuk memastikan pengajaran yang dilakukan tidak lari daripada objektif dan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai. Dari semasa ke semasa juga, guru mestilah mengaitkan ilmu yang
dipelajari dengan contoh-contoh sikap dan nilai yang baik agar dapat dipraktikkan oleh murid.

3) Kemahiran pertuturan antara murid Komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan
guru. Ini semua bergantung kepada guru tersebut juga, kerana guru yang terlalu garang akan
membuatkan para pelajar takut untuk mendekati dan bertanya soalan yang mereka tidak faham
tentang sesuatu tajuk. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar
memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru ideal.
Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami
perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang
ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu
meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk berbual bersama mereka dan mendengar
masalah mereka.

4) Cara Bersosial

Guru yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh
itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat penting. Guru
sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarakat itu sendiri kerana guru
biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan kata lain, guru mempunyai
pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
masyarakat sekitarnya.

Anda mungkin juga menyukai