Anda di halaman 1dari 7

ANALISIS TENTANG JENIS AYAT, RAGAM AYAT DAN AYAT TUNGGAL SERTA AYAT

MAJUMUK YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL GURU & APLIKASI ICT DALAM PDPC
ABAD 21.

(OLEH : MAITHILLI A/P THANGARAJ)

Penulisan rencana ini adalah bertujuan untuk menganalisis tentang jenis ayat, ragam ayat
dan ayat tunggal serta ayat majmuk yang terdapat melalui hasil tinjauan kajian tentang
aspek-aspek yang dinyatakan di atas, dalam sebuah majalah Pendidik yang diterbitkan pada
Mac 2018. Artikel yang saya cari berjudul guru & aplikasi ICT dalam PDPC abad 21, pada
muka surat 28,29 & 30.

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Kesemua jenis ayat tersebut mempunyai jenis-
jenis ayatnya yang terkecil yang menjalankan fungsi masing-masing dalam penulisan. Jenis
ayat yang terdapat dalam artikel tersebut ialah ayat penyata. Ayat penyata merupakan ayat
yang digunakan untuk menyatakan dan menerangkan sesuatu perkara. Jika dilihat dari segi
bentuknya, ayat penyata boleh ditulis dalam bentuk susunan biasa, susunan songsang, ayat
aktif dan ayat pasif. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan
kepada pembaca atau pendengar (Nik Safiah Karim,1996:422) .

Ayat penyata yang boleh dijadikan contoh dalam artikel tersebut ialah, aplikasi ini
menjadikan aktiviti PdPc lebih interaktif (muka surat 30). Ayat ini sesuai ditanda sebagai
ayat penyata kerana perkataan ini tersebut merujuk kepada aplikasi padlet dan penulis
memberitahu bahawa dengan adanya aplikasi padlet proses pembelajaran saling bertindak
dan berlaku perhubungan antara guru dengan para murid kepada pembaca. Menurut
Prof.Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis,
ayat penyata telah dinyatakan sebagai ayat maklumat ( informatif). Berdasarkan pandangan
beliau, ayat penyata contoh di atas boleh diklasifikasikan sebagai ayat penyata sudut
pandangan.

Artikel tersebut tidak mengandungi jenis ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah kerana
teks artikel tersebut ditulis atas pandangan penulis Saifuilnizan Che Ismail tentang guru dan
aplikasi ICT dalam proses pengajaran. Jadi, kebanyakan mengadungi ayat penyata jua demi
si penulis dapat menceritakan dan mengkongsikan pendapat beliau kepada para pembaca.

Seterusnya, dalam bidang sintaksis kejadian ayat aktif dan pasif tergolong dalam huraian
ragam ayat. Sesuatu ayat itu menjadi ayat aktif atau ayat pasif bergantung kepada
kedudukan subjek (benda yang hendak diterangkan) dan predikat (keterangan tentang
subjek) dalam sesuatu ayat.

Ayat aktif ialah apabila subjek didahulukan sebelum predikat, manakala dalam ayat pasif
pula, kedudukannya adalah terbalik iaitu predikat yang didahulukan sebelum subjek. Ayat
aktif pula terbahagi kepada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Salah satu daripada contoh ayat aktif transitif ialah, guru boleh menyimpan seberapa banyak
maklumat (muka surat 29). Ayat ini dinyata sebgai ayat aktif transitif kerana mengandungi
kata kerja transitif ‘menyimpan’ diikuti oleh objek maka, buktilah ayat ini ayat aktif transitif.

Ayat aktif tak transitif yang terdapat dalam teks artikel ini ialah, kita harus memanfaatkan
teknologi ICT yang ada ini untuk kebaikan bersama (muka surat 28). Ayat ini dikategorikan
sebagai ayat aktif tak transitif kerana subjek ‘kita, didahulukan sebelum predikat serta ayat
yang mengandungi kata kerja tak transitif (memanfaatkan), iaitu kata kerja yang tidak diikuti
oleh objek sebagai penyambutnya. Teknologi bukanlah objek, maka kata kerja yang
sebelumnya diklasifikasikan sebagai kata kerja tak transitif.

Contoh ayat pasif pula, masa yang diambil untuk perkara ini mungkin dalam 15 minit atau
lebih (muka surat 29). Subjek ialah perkara ini dan subjek itu ditengahkan manakala predikat
masa yang diambil didahulukan. Jika ayat tersebut diaktifkan, subjeknya perkara ini
didahulukan dan diikutinya predikatnya mengambil masa. Maka ayatnya, perkara ini
mungkin mengambil masa dalam 15 minit.

Selain itu, ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
Ayat tunggal terbahagi kepada dua iaitu, ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal
susunan songsang. Ayat tunggal biasa bermaksud unsur frasa subjek mendahului frasa
predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh ayat tunggal
yang terdapat dalam teks artikel ialah, Quizizz juga adalah aplikasi untuk membina kuiz
interaktif. ‘Quizizz’ merupakan subjek tunggal dan ‘membina kuiz’ merupakan predikat
tunggal.

Di samping itu, menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah
ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih. ayat majmuk
disambungkan oleh perkataan kata hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya
dan lain-lain. Ayat majmuk terbahagi kepada empat, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk
pancangan relatif dan pancangan komplemen, serta ayat majmuk pancangan keterangan.

Ayat majmuk gabungan dimaksudkan sebagai beberapa ayat tunggal digabungkan menjadi
satu dengan menggunakan kata hubung seperti, dan, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
Ayat yang terdapat dalam artikel yang saya cari ialah, murid pula boleh terus menyalin atau
membaca nota yang dipaparkan. Dalam ayat ini, si penulis menggunakan kata hubung ‘atau’
untuk memberi pilihan kepada si pembaca.

Seterusnya, kata majmuk relatif terbentuk melalui cantuman dua ayat dengan menggunakan
kata relatif iaitu ‘yang’. Contohnya, aplikasi Google yang boleh didapati secara percuma ini
(muka surat 29). Ayat telah dipancangkan kepada subjek ayat utama, aplikasi Google
menggunakan kata hubung ‘yang’.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen terbentuk melalui percantuman dua ayat yang
menggunakan penanda komplemen iaitu bahawa, supaya, untuk, dan sebagainya. Ayat
majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang
seterusnya menjadi komplemen kepada ayat. Contoh yang terdapat dalam artikel yang saya
cari ialah, padlet merupakan satu platform untuk murid belajar secara bersama-sama atau
kolaboratif (muka surat 30). Kata hubung untuk mencantumkaan ayat tersebut.

Selain itu, ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama
dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Kata
hubung yang digunakan ialah kerana, apabila, dengan, ketika, seperti, bagi, setelah, bak,
macam dan sebagainya. ‘Lebih-lebih lagi pada waktu tertentu seperti ketika menjelang
musim peperiksaan dan ramai guru sibuk membuat kertas ujian’ merupakan contoh ayat
majmuk keterangan dengan perkataan seperti. Waktu tertentu merupakan frasa umum dan
perkataan seperti ditambah untuk memberi contoh atau keterangan bagi frasa tersebut.

Kesimpulannya, penulis artikel yang bertajuk guru & aplikasi ICT dalam PdPc abad 21
membincang tentang cara-cara pengajaran dan pembelajaran melalui media elektronik.
Artikel ini terhasilnya melalui jenis ayat, ragam ayat dan ayat tunggal serta ayat majmuk
menyebabkan artikel Ini menarik minat si pembaca. Pembinaan ayat dengan menggunakan
tatabahasa yang betul iaitu mengikut peraturan dan sistem dalam sesuatu bahasa sangat
penting kerana pembinaan ayat yang mantap akan menjadikan barisan-barisan ayat mudah
difahami pembaca disamping, releven serta gramatis bagi menarik minat sesorang untuk
membaca dan dipakai mengikut peredaran zaman dan pada era kini. Jadi, sintaksis
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan dan pembinaan struktur ayat.
Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara, terhumban ke
darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi Kejora. Maka, jelaslah bahawa
Pendidikan awal atau basis tentang sintaksis amatlah penting demi melahirkan insan yang
dapat membina struktur ayat dengan betul dan tepat.
LAMPIRAN

JENIS AYAT CONTOH AYAT YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL M/S


Ayat penyata Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui 29
‘Playstore’ menggunakan telefon pintar.
Ayat penyata Kini tugasan seharian guru menjadi lebih cepat dan mudah 29
dengan adanya aplikasi ini.
Ayat penyata Antara kelebihan padlet ialah ia menyediakan ruang di 30
mana guru boleh memberikan murid sesuatu topik dan
mereka boleh mengaksesnya untuk meletakkan nota,
gambar, audio, dan video berkaitan topik tersebut.

RAGAM CONTOH AYAT YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL M/S


AYAT
Ayat aktif Analisis jawapan murid juga boleh diperoleh secara mudah 30
dalam aplikasi ini.
Ayat pasif Dengan hanya menggunakan telefon pintar semua bahan 29
bercetak dapat diimbas, disimpan dan disebarluaskan melalui
e-mel dan media sosial yang lain.

CONTOH AYAT TUNGGAL YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL M/S


Kini terdapat banyakaplikasi ICT yang dapat membantu memudahkan tugas 28
seharian warga pendidik.
Murid akan menunjukkan jawapan mereka menggunakan kad Plickers. 28

CONTOH AYAT MAJMUK YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL M/S


Drawboard PDF sangat membantu dan memudahkan guru dalam proses 28
PdPc.
Plickers pula merupakan aplikasi yang mudah dan senang digunakan. 30
RUJUKAN

GURU & APLIKASI ICT DALAM PDPC ABAD 21.(Mac 2018), Pendidik.
Nik Safiah Karim,(1996:422)
Prof.Abdullah Hassan, Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis.
Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008).

PETUNJUK
JENIS AYAT

RAGAM AYAT

AYAT TUNGGAL

AYAT MAJMUK

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, kerana di atas
limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus BMM 1064, tugasan
kedua ini dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah Encik Khairulanuar Bin Ismail. Beliau telah meluangkan
banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing Unit V3, kelas saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini.

Ucapan penghargaan ini turut didedikasikan kepada ibubapa saya kerana berkat doa dan
motivasi mereka merangsang semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
serta jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan
terutamanya untuk tujuan percetakan kerja kursus kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada semua rakan seunit V3 lain atas kesudian membantu dan memberi
segala nasihat.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kerja Kursus BMM1064 ini. Tidak
dapat dinafikan, pemberian tugasan kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai
pengalaman dan pengetahuan yang bermakna serta dapat diaplikasikan di sekolah kelak
nanti.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai