Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Jika dilihat dalam kamus besar bahasa Indonesia (KBBI) resensi memiliki ertian penjelasan
ulasan dari sebuah buku. Sebuah resensi penting untuk seorang pembaca, kerana dengan
mengetahui ulasan sebuah buku yang akan dibaca. Hal ini bertujuan memberikan
pandangan bagi pembaca dan calon pembaca mengenai karya tersebut.

Namun kegiatan meresensi juga menuntut menjadi kritis yang bisa menuliskan kelebihan
dan kekurangan sebuah karya. Semua hal itu sangat penting diketahui dan difahami untuk
membuat resensi buku yang baik. Skop resensi saya dalam tugasan kerja kursus ini akan
merangkumi maklumat buku, sinopsis, kelebihan buku dan sebagainya. Tajuk buku cerita
yang saya pilih untuk meresensi ialah ‘Harimau menyambar kambing.

1
2.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2011 lagi telah mencadangkan
penerapan teknik didik hibur (fun learning) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Ini kerana kerajaan melalui KPM mahu merealisasikan hasrat mentransformasi
sistem ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah di semua
sekolah di negara ini. Antara elemen perubahan ketara dalam proses transformasi tersebut
adalah memperkenalkan teknik didik hibur bermula di sekolah rendah. Teknik didik hibur di
dalam bilik darjah akan menjadikan proses PdP lebih interaktif serta berpusatkan murid.

Antara ciri didik hibur dalam pengajaran adalah sesi pembelajaran yang tidak membosankan
murid, sebaliknya membuatkan mereka merasa gembira atau seronok kerana pengajaran
yang disampaikan turut diselitkan unsur humor atau jenaka, seni atau estetik, permainan,
nyanyian, bercerita, puisi, lakonan dan lain-lain secara sistematik dan terancang. Salah
satunya mendidik cerita kanak-kanak yang berunsur moral di dalam kelas.

Strategi PdP Bahasa Melayu menekankan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan,


pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep
bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P merupakan asas dalam
proses PdP dalam KBSR. Melalui konsep ini, murid dapat menyesuaikan maklumat dalam
rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh seterusnya
akan mengelakkan murid daripada berasa bosan sepanjang proses PdP dijalankan dengan
kaedah bercerita.

2
3.0 RESENSI BUKU CERITA HARIMAU MENYAMAR KAMBING

Buku setebal 30 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis yang memiliki pengalaman yang
luas mengarang buku cerita kanak-kanak siri bacaan jenaka dalam alam Pendidikan,
Hanim. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan kurikulum murid-
murid sekolah rendah. Beliau cukup mahir menghasilkan bahan pendidikan awal kanak-
kanak yang menarik minat pembaca.

Buku cerita harimau menyamar kambing diterbitkan pada tahun 2000 oleh penerbit Prisma
Sdn. Bhd. Buku tersebut dicetak oleh YeohPrinco Sdn.Bhd. Buku ini tidak mempunyai bab
dan dikupas dengan terperinci. Cerita ini bermula dengan dua watak binatang iaitu harimau
dan kambing. Raja harimau dan kambing bernama Itam menetap di sebuah hutan rimba.
Harimau itu dilantik sebagai raja di rimba kerana dia gagah. Pada suatu hari, Raja Harimau
berkelihatan mundar-mandir bagai ada masalah. Seekor kambing bernama Itam meragut
rumput sambal memerhatikan kelihatan dan keadaan Raja Harimau. Kambing tersebut
menghampiri si harimau untuk mengetahui masalah yang dihadapinya. Harimau
menyatakan masalahnya, berat tanggungjawabnya menjaga semua binatang dalam rimba
sebabkan harimau sudah tua. Lebih-lebih lagi, harimau berasa cemburu melihat bintang lain
yang hidup bersenang-senang.

Itam menghadap Raja Harimau dan bersedia menangani serta mengurangkan bebanan
harimau sebagai raja menjaga rimba. Harimau membuka cadangannya menyamar jadi
binatang lain. Dia teringin menyamar jadi kambing. Itam mengangguk-angguk dan bersedia
mencari kulit kambing yang mati. Setelah kulit kambing untuk samaran itu siap, Itam
membawa tersebut berjumpa dengan raja dan kulit samara itu muat-muat dan cukup selesa
dipakai. Raja harimau tersenyum lebar. Itam berasa bangga kerana hasil kerjanya berjaya
memuaskan hati rajanya itu.

Pada hari yang berikutnya, harimau turun ke padang dan bercampur gaul dengan sekalian
kambing di situ. Raja harimau cukup gembira dengan penyamarannya. Pada hari yang
kedua, dating seekor harimau yang besar lagi garang ke padang itu. Kambing-kambing di
padang itu habis lari lintang-pukang menyelamatkan diri.

3
Unggal teringin bahawa rajanya tiada di rimba untuk menyelamatkan kambing-kambing.

Harimau garang itu melihat Raja Harimau sedang tidur bawah pokok sebagai samara
kambing yang besar. Harimau garang itu terus menerkam Raja Harimau. Raja harimau tidak
sempat untuk melawan dan tentulah dilahap oleh harimau garang itu. Setelah mengunyah
beberapa kali, harimau garang meludah. Harimau itu terus meninggalkan bangkai Raja
Harimau di bawah pokok itu. Dan ceritanya berakhir sebegini.

Buku cerita ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak kerana kanak-kanak lebih mudah memahami
jalan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang. Guru mudah menerangkan jalan cerita
dengan nada suara yang jelas supaya kanak-kanak mudah menyerap cerita tersebut dalam
akal masing-masing demi kebaikan bersama. Guru mampu bina nilai kesabaran dalam diri
mereka untuk memberikan kefahaman kepada pelajar. Pengarang menyelitkan pelbagai
ilustrasi dan gambar berkaitan keindahan alam semula jadi dalam warna yang menarik.
Selain itu guru perlulah memberi peluang untuk pelajar untuk menonjol bakat mereka dalam
seni didik hibur. Buku cerita ini menggunakan saiz tulisan yang cukup besar untuk
membantu anak murid belajar dengan cepat tanpa sekat-sekat. Di samping itu, laras bahasa
yang digunakan sesuai untuk murid tahap rendah dan kosa kata mudah difahami.

Guru turut memainkan peranan dalam mendorong pelajar untuk terus maju ke hadapan
tanpa menoleh ke belakang. Sebenarnya, beliau patut menerapkan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam cerita yang dibaca. Misalnya, buku cerita berjudul ‘Harimau menyamar
kambing mengandungi beberapa nilai murni yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran
dalam kehidupan murid-murid. Contohnya, nilai kesabaran ,nilai prihatin, nilai keberanian
dan sebagainya terdapat dalam buku cerita yang saya pilih.

Buku cerita ini juga memiliki beberapa kelemahan dari segi cetakan dan ketebalan. Tahap
ketebalan sebanyak 30 helai muka surat boleh mendatangkan kebosanan kepada kanak-
kanak. Dengan ini, mereka hanya meneliti gambar-gambar yang terkandung dalam buku
berkenaan dan tidak menumpukan perhatian terhadap jalan cerita. Sebenarnya, buku ini
boleh dicetak dalam 12-17 muka surat kerana ceritanya pendek dan mudah difahami.
Kebetulannya, tahap kanak-kanak mereka akan membaca buku tersebut sekali sahaja dan
tidak akan mengambil balik sekiranya buku itu nipis dan menarik minda mereka. Oleh itu
ketebalan buku sangat penting untuk memastikan kanak-kanak mengulangi pembacaan
buku tersebut kerap kali. Mereka turut meninggalkan perspektif negatif bahawa buku ini
mengandungi ayat panjang dan berbelit-belit.

4
Seterusnya, kulit dan helai bukunya agak keras boleh menyukarkan kanak-kanak menyelak
helaian seterusnya bagi meneruskan pembacaan dan ia mengambil masa agak lama.
Kelamaannya, buku tersebut mengalami kerosakan. Saya meminjam buku cerita ini dari
pusat sumber sekolah ibu saya berkerja, oleh itu harga bukunya tidak diketahui.

Seterusnya, guru yang karismatik bertanggungjawab memimiliki pengetahuan yang cukup


luas untuk menerangkan kepada murid-murid. Guru perlu berpakaian kemas dan cantik
untuk menawan hati para murid supaya pengajaran lebih menarik dengan mengajar cerita.
Mereka turut mahir memenuhi keperluan emosi anak murid pada masa kritikal sewaktu
PdPc.

Guru karismatik sebagai agen perubahan patut menegaskan cerita-cerita yang bermoral
kepada anak muridnya. Pendidik Karismatik menyelesaikan masalah tidak mengikut norma
tetap masih berkesan sewaktu di bilik darjah menunjukan keluarbiasaan guru. Lebih-lebih
lagi, mereka juga menggunakan keghairahan sebagai pemangkin untuk menyemarakkan
semangat mencapai visi dan misi sekolah dengan membentuk para murid yang bermoral
dan berdisiplin melalui penerapan pengajaran dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam
buku cerita.

Para guru boleh bekerjasama dengan pihak guru besar serta Persatuan PIBG untuk
memperbanyakkan buku cerita yang sesuai digunakan dalam pengajaran. Ciri karismatik
guru bekerjasama dapat memudahkan para murid menjalankan pembacaan kerap kali. Guru
yang karismatik turut akan merebut peluang pertandingan menulis dan bercerita bagi anak
murid. Mereka akan menggalakkan penyertaan anak murid dalam pertandingan dan terus
menyokong sepenuhnya dari segi bahan dan sokongan moral.

Buku ini terhasil melalui buah fikiran penulis yang ingin menyampaikan pesanan melalui
watak Raja Harimau dengan cara yang mudah difahami dan penerangan yang jelas. Buku
ini sesuai dijadikan bahan didikan seni hibur oleh para guru dan kanak-kanak atau murid
-murid perlu membaca buku ini demi kebaikan dan sebagai panduan hidupan. Maklumat di
dalam buku ini sesuai dijadikan panduan kepada pendidik untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dalam cara yang berkesan di bilik darjah. Cara belajar melalui seni didik
hibur amat digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku ini turut sesuai dimiliki
oleh ibu bapa yang tercari-cari idea untuk membina minda anak-anak melalui pembacaan.
5

4.0 ULASAN DARI SEGI ASPEK BAHASA

Buku yang saya pilih untuk membuat resensi juga tidak terpinggir dari segi aspek bahasa.
Buku cerita Harimau menyamar kambing kaya dengan tatabahasa. Hal ini kerana, ayat yang
dibina ialah mudah untuk dibaca oleh kanak-kanak dan laras bahasanya mudah difahami
bagi murid tahap rendah. Contohnya, Itam terkejut mendengar kata-kata rajanya itu. Ayat ini
mengandungi konstituen subjek dan predikat serta ayatnya mudah dan dapat difaham
dengan jelas.(M/s 10).

Kamus Linguistik (1997:69) mendefinisikan eufemisme sebagai penggantian ungkapan yang


kurang baik dari segi konotasi dengan ungkapan yang lebih halus. Istilah lain bagi
eufemisme ialah kiasan halus. Kiasan halus memudahkan jalan cerita mudah difahami oleh
kanak-kanak. Misalnya, penggunaan kiasan halus perkataan ‘bangkai’ dalam cerita yang
saya kaji, sebenarnya penulis boleh membina ayat sekujur tubuh harimau terlentang di
bawah pokok. (m/s 30). Penulis menggunakan kaedah bahasa eufemisme untuk
membolehkan kanak-kanak mudah memahami cerita ini.

Bagi menghasilkan penulisan cerita kanak-kanak yang baik, pemilihan kosa kata yang tepat
amat penting. Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan menyebabkan pemahaman
kanak-kanak tersasar jauh daripada apa yang difikirkan oleh penulis. Contonya perkataan
lihat, tengok, intai, tinjau, tilik semuanya menggambar apa yang dilihat oleh mata tetapi
setiap perkataan memberi maksud yang berbeza. (m/s 28) perkataan melihat diggunakan
dalam ayat dengan tepat supaya kanak-kanak mudah memahami jalan ceritanya.

Nur Hashimah (2007: 43) mendefinisikan semantik adalah kajian makna. Bahasa tanpa
makna tidak bermakna. Maksudnya tidak kira fonologi, morfologi atau sintaksis, semantik
boleh menjadi bidang dampingan yang erat demi menjelaskan lagi tabii bahasa yang dikaji.
Dalam cerita ini, hubungan semantik interaktif digunakan. Contohnya, Raja Harimau dan
Itam berinteraksi tentang baju penyamaran dan Itam bersetuju untuk membantu Harimau
menjahit kulit samara kambing.
6

5.0 KESIMPULAN

Buku ini agak popular pada ketika dahulu. Dengan buku ini kanak-kanak membaca kisah
menarik tentang watak binatang, dan tentunya mereka akan lebih memahaminya, kerana
disampaikan dengan bahasa yang sangat mudah difahami. Gambarnya pun bagus dan
menarik minat anak murid. Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang mula belajar
membaca. Tulisannya cukup besar dan dengan gambar yang menarik kanak-kanak tidak
akan bosan. Oleh itu, guru sebagai pendidik karismatik harus memupuk seni didik hibur
seperti buku cerita dalam sesi pdp supaya lebih berkesan demi mencapai misi dan visi
sekolah dengan membentuk insan yang bermulia dan bermoral.
7

6.0 RUJUKAN

Harison Radzi. (2011). Proses Gramatikalasi dalam Morfologi Bahasa Melayu. Dlm. Nor

Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Harishon Radzi (Eds.), 21 Seminar

Kebangsaan Linguistik 2007 (SKALI ‟07) (pp. 84-92). Serdang: Universiti Kebangsaan

Malaysia Press.

Kamus Linguistik (1997:69) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ,2011.

Muhammad Marwan Ismail dan Wan Moharani Mohammad. (2009). Kajian Semantik

dan Mu‟jam „Arabiy. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Panduan wacana akademik: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Penerbit

Angkasa Bandung.

Pengajaran wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

S, Nathesan. (2003). Teori Semantik dan kajian Kepustakaan Terhadap Semantik

Leksikal. Jurnal Bahasa, 1(1), 108-135.


8

LAMPIRAN
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN------------------------------------------------------------------------------------------------
1

2.0 PENDAHULUAN----------------------------------------------------------------------------------------------
2

3.0 RESENSI BUKU CERITA HARIMAU MENYAMAR KAMBING--------------------------------3-5

4.0 ULASAN DARI SEGI ASPEK BAHASA-----------------------------------------------------------------


6

5.0 KESIMPULAN-------------------------------------------------------------------------------------------------7

6.0 RUJUKAN------------------------------------------------------------------------------------------------------8
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, kerana di atas
limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus GWP 1092, tugasan
pertama ini dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah Dr.Hasnah Binti Awang. Beliau telah meluangkan banyak
masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing Unit V3, kelas saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini.

Ucapan penghargaan ini turut didedikasikan kepada ibubapa saya kerana berkat doa dan
motivasi mereka merangsang semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
serta jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan
terutamanya untuk tujuan percetakan kerja kursus kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada semua rakan seunit V3 lain atas kesudian membantu dan memberi
segala nasihat.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kerja Kursus GWP 1092 ini. Tidak
dapat dinafikan, pemberian tugasan kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai
pengalaman dan pengetahuan yang bermakna serta dapat diaplikasikan di sekolah kelak
nanti. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai