Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KAJIAN

Terlebih dahulu bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga
saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dan ucapan ribuan terima kasih kepada Dr
Harizon kerana memberi peluang dan tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ketiga. Tugasan yang saya melakukan merupakan tugasan individu.

Di sini refleksi yang saya dapat utarakan ialah,melalui tugasan yang di berikan. Tidak
dinafikan saya sememangnya kurang pengetahuan mengenai statistik ini dan melaksanakan
kajian ringkas mengenai isu-isu semasa atau citarasa mengenai isu-isu semasa ini. Dengan
ini, saya telah pun memilih membuat kajian tentang pelajar IPG Ipoh pulang balik ke IPG.

Selain itu, saya lebih mengetahui dan mendekati diri serba sedikit diri pelajar IPG Ipoh
mengenai pulang balik ke asrama IPG. Terdapat banyak cabaran yang di hadapi .
Antaranya, saya sering dihadiri kelas waktu petang dan berasa penat. Sehubungan itu, saya
berasa segan ungtuk menggangu pelajar IPG pada waktu senja dan malam kerana
kebanykannya sibuk dengan tugasan kerja kursus dan keluar makan serta menunaikan solat
dan sebagainya, Dengan masa yang amat padat dengan akitiviti-aktiviti luar, tetapi dengan
usaha yang tekun saya berjaya mencari maklumat tersebut dengan mengedar dan mengutip
balik boring soal selidik.

Seterusnya saya menyediakan borang soal selidik untuk diberikan kepada pelajat
IPG Ipoh bagi membantu melaksananakan tugas ini. Ternyata amat payah juga, mengumpul
data dengan menggunakan liabiti manusia. Tetapi dengan keyakinan dan ketekunan diri,
akhirnya dapat juga saya meyiapkan kerja kursus ini dengan usaha yang komitmen.

Selain itu apa yang saya perolehi melalui tugasan ini ialah, saya boleh memahami
dengan jelas dan secara mandalam mengenai tugasan ini. Berdasarkan dari segi objektif ,
dan matlamat tugasan ini. Oleh itu saya berharap agar tugasan ini memberi saya manfaat
yang banyak kepada diri saya serta kepada orang lain juga. Meskipun ilmu matematik ini
sudah dua tahun saya tinggalkan sejak di bangku sekolah, tetapi melalui kerja kursus ini
memberi saya peluang kedua untuk mempelajari bidang matematik buat sekian kalinya.
Pensyarah bimbingan juga banyak membantu saya dan rakan sekelas V3 untuk memahami,
mengira dan membuat kerja kursus ini dengan betul.

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan sepanjang mengumpul data tersebut. Sepanjang
kerja kursus dijalankan saya telah belajar erti kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu
tugasan. Selain itu, dengan adanya kertas kerja ini saya juga dapat mempelajari bagaimana
untuk menjalankan kajian statistik iaitu melalui kaedah mengumpul, mengelas, meringkas,
menyusun, menganalisis dan mentakrif data kuantitatif supaya kebolehpercayaan keputusan
analisis dapat dinilai secara objektif. Saya juga semakin memahami secara mendalam
tentang konsep statistik dan data terkumpul serta tak terkumpul dalam matematik.

Konklusinya, kertas kerja ini telah membantu sedikit sebanyak kemahiran saya dalam
mengumpul pelbagai jenis data serta menghasilkan pelbagai bentuk persembahan data bagi
menunjukkan sebuah statistik. Sekaligus , melengkankan diri saya dengan kemahiran
statistik data terkumpul serta tak terkumpul dalam matematik untuk kegunaan pada masa
akan datang.

Anda mungkin juga menyukai