Anda di halaman 1dari 18

MAKLUMAT DIRI PELAJAR

NAMA: KASTHURI A/P LATCHAMANAN

NO. KAD PENGENALAN : 901106-02-5838

UNIT: PISMP PT/H7

NO. MATRIK:24767

NO.TELEFON:014-9441773

NAMA PENSYARAH : EN.MANIRARAN A/L ELLAPPAN

E-MAIL: kasthuri_latchamanan@yahoo.com.

Penghargaan
Dengan nama Tuhan saya memulakan tugasan saya ini kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini pada masa yang ditetapkan. Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih dan penghargaan khas kepada pensyarah saya yang tidak kenal erti penat lelah dalam memberi dorongan, bimbingan, pandangan yang membina dan tunjuk ajar sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan dorongan yang diberikan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu tetap saya abadikan dalam hidup saya. Ucapan yang sama juga ditujukan kepada ibubapa saya di kampung, yang telah memberi dorongan untuk menyiapkan tugasan ini .Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua teman seperjuangan yang telah sudi berbincang, memberi pandangan yang kritis dan sokongan moral hingga dapat menghasilkan sebuah hasil penulisan yang bersifat ilmiah ini. Akhir sekali, tugasan ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh golongan pelajar, para pendidik dan penyelidik yang berminat serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan. Dipohon semoga Tuhan memberi ganjaran yang setimpal dengan jasa yang telah diberikan. Sekian, terima kasih.

Kami menggunakan instrumen kajian untuk memperoleh maklumat primer untuk menyiapkan tugasan ini. Maklumat primer boleh diperoleh melalui kaedah pemerhatian, temu bual responden menggunakan borang soal selidik atau tanpa soal selidik, merekod melalui gambar foto atau video serta rujukan berpustakaan. Borang soal-selidik perlu mengandungi soalan-soalan yang memberikan jawapan kepada tujuan kajian itu dilakukan. Soalan tidak perlu panjang tidak terlalu ringkas hingga tidak menjawab soalan. Temu bual tanpa borang soal selidik juga boleh dilakukan, tetapi kita harus menyediakan soalan secara ringkas sebagai panduan menemubual responden. Soalan dan jawapan responden penting untuk di analisis. Pemerhatian juga sangat dipentingkan dalam meninjau sesuatu perkara. Kita dapat menggambarkan sesuatu dengan kaedah pemerhatian.

Pemerhatian
Seterusnya, saya menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapat maklumat. Setiap hari saya menggunakan kaedah pemerhatian di dalam bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah. Di dalam bilik darjah saya dapat memerhatikan cara guru membuat penilaian, cara murid-murid menunjukkan pengetahuan, kemahiran dan nilai Sivik dan Kewarganegaraan dan sebagainya. Melalui kaedah pemerhatian saya dapat mengetahui bentuk penilaian yang dibuat oleh guru dalam kelas terhadap murid-murid.

Temu bual
Selain kaedah pemerhatian, kaedah temu bual juga digunakan untuk mendapat maklumat mengenai kesedaran Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR), bentuk penilaian yang digunakan, keberkesanan PKSR di sekolah dan sebagainya. Saya menemu ramah beberapa orang guru PSK dan Guru Panitia PSK. Dengan menemu ramah Guru Panitia PSK, saya dapat mengetahui maklumat dan informasi yang banyak mengenai PKSR dan keberkesanan PKSR serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi menerapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai Sivik dan Kewarganegaraan dalam diri murid-murid.

Soal selidik
Saya menggunakan instrumen kajian untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai tajuk tugasan. Saya menghasilkan borang soal-selidik untuk guru-guru PSK bagi menganalisis kefahaman dan kesedaran guru-guru tentang penilaian. Ini secara tidak langsung dapat menunjukkan peranan pihak pengurusan dan guru dilaksanakan dengan sempurna atau tidak. Dengan adanya soal-selidik saya dapat mengetahui kebanyakan guru mempunyai kesedaran tentang matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Bukan sahaja itu, ramai guru PSK bersetuju bahawa PSK dapat membentuk dan melahirkan insan yang terpuji dan berakhlak mulia. Mengikut tinjauan saya, ramai guru PSK berjaya dapat membuat penilaian terhadap perkembangan dan pencapaian murid-murid serta dapat menguji kefahaman murid terhadap pengajaran dengan serta merta.

Rujukan Berpustakaan
Rujukan perpustakaan ialah sumber yang memberi maklumat dan informasi yang luas dan mendalam tentang kajian yang dilakukan. Sumber rujukan berpustakaan terdiri daripada laporan aktiviti dan pertandingan yang diadakan, portfolio yang mempunyai semua maklumat tentang gambar dan aktiviti yang dijalankan dan sebagainya. Pada mulanya, saya berbincang dengan Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk maklumat tambahan tentang aktiviti yang pernah dijalankan di sekolah yang berkaitan dengan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Guru Panitia PSK menerangkan bahawa sekolah telah membuat beberapa aktiviti yang berkaitan dengan PSK kepada para pelajar. Beliau menunjukkan Rancangan Tahunan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan sebagai bukti melaksanakan aktiviti. Selain itu, beliau juga memberikan kami kertas ujian, lembaran kerja sebagai bukti kepada latihan pengukuhan dan pengayaan dan sebagainya. Seterusnya, saya berbincang dengan Guru Penolong Kanan KoKurikulum tentang aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut. Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum juga menunjukkan portfolio yang merangkumi laporan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan gambar-gambar sebagai bukti kepada kami. Kesimpulannya, kaedah-kaedah seperti yang dinyatakan di atas perlu digunakan pada masa yang sesuai untuk mendapat maklumat dengan tepat dan jelas.

REFLEKSI KESELURUHAN

Saya bernama Kasthuri A/P Latchamanan (901106 - 02 - 5838) telah menghadiri Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan ( Tamil ) Tanjung Rambutan, bersama dengan rakan saya dari Unit H7 yang bernama Tinagaran A/L Sannasi Naidu, Suguna A/P Balan, dan Sujana A/P Baskaran. Kami berada di sana selama 5 hari bermula 22 Ogos 2011 hingga 26 Ogos 2011. Tugasan PBS pada kali ini berkaitan dengan subjek minor Pendidikan Sivik dan Kewraganegaraan. Antara tugasan yang perlu penuhi ialah mengumpul maklumat dan meninjau tentang pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, menghasilkan instrument kajian untuk menilai pelaksanaan PKS tersebut serta menghasilkan laporan tinjauan pelaksanaan PKS di sekolah yang dipilih sewaktu menjalani PBS. Pada pendapat saya ini adalah satu pengalaman yang amat baik dan perlu sebelum kami menempuh cabaran sebagai seorang guru. Sebagai satu kerjaya yang mencabar pengalaman-pengalaman amatlah diperlukan oleh guruguru pelatih seperti saya yang belum pernah merasai tugas penting di bidang perguruan. Melalui pengalaman penting sebegini saya dapat mempertajam lagi kemahiran mengajar. Kerjasama yang diberikan oleh Guru Besar dan guru-guru perlu saya nyatakan di sini. Dari hari pertama sehinggalah hari terakhir kerjasama yang diberikan amat bagus. Cara Guru Besar bercakap dan melayan kami cukup baik. Guru-guru lain juga tidak kurang hebatnya. Semasa kami membuat temubual dan meminta bantuan respons mereka amat kami hargai. Kerani ataupun staf di pejabat juga memberi kerjasama yang memuaskan kepada kami. Sebelum saya melangkah kaki di sekolah untuk menjalani PBS, saya telah mengumpul semua maklumat dan bahan untuk dirujuk. Saya juga menggunakan pelbagai buku rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan iaitu Penilaian Kendalian Sekolah Rendah dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Saya juga telah melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat

tambahan untuk tugasan ini. Hal ini membolehkan saya lebih berkemampuan untuk menguasai tajuk tugasan yang sukar untuk difahami sambil mempelajari topik itu secara mendalam dengan menggunakan laman web yang saya mencari. Walaupun, saya telah mencari banyak maklumat yang berkaitan dengan tugasan tetapi saya masih berasa kurang jelas terhadap tugasan PBS. Saya telah

berbincang dengan pensyarah pembimbing saya, Encik. Manirajan sehingga mendapat satu penjelasan yang baik. Selepas perbincangan itu, saya berasa lebih berkeyakinan diri untuk menyelesaikan tugasan saya semasa menjalani PBS. Memang tidak boleh dinafikan bahawa banyak perkara yang saya mempelajari melalui PBS. Pertamanya ialah cara untuk mengumpulkan maklumat. Oleh sebab tugasan PBS adalah berkaitan dengan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR), saya menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat yang luas dan banyak. Saya menggunakan kaedah pemerhatian, temubual, dan rujukan berpustakaan untuk mengumpul maklumat dari pelbagai sumber. Seterusnya ialah saya mendapat pengetahuan baru dalam menghasilkan instrumen kajian bagi mengumpul maklumat mengenai PKSR. Saya menyediakan borang soal selidik untuk mengumpul maklumat dan data yang benar dari guru-guru PSK. Tambahan pula, saya mendapat pengetahun dalam menganalisis maklumat yang dikumpulkan. Selepas saya mengumpul maklumat dan informasi yang luas dan banyak tentang PKSR, saya menganalisis semua maklumat yang dikumpulkan dan menulis laporan tinjaun mengenai PKSR. Laporan yang saya hasilkan merangkumi dapatan pemerhatian, temu bual, soal selidik dan rujukan berpustakaan dan mengkaitkannya dengan aspek Sivik dan Kewarganegaraan iaitu aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Menerusi laporan yang dihasilkan saya dapat memahami aspek Sivik dan Kewarganegaraan dengan lebih jelas dan mendalam. Selain itu, melalui tugasan PBS, saya dapat memahami dan mengenali PKSR dengan lebih mendalam. Saya mendapati cara yang boleh membuat penilaian terhadap murid-murid. Di samping itu, saya juga mempelajari tentang

bentuk-bentuk penilain yang boleh dibuat mengikut kesesuai masa dan tahap intelektual murid-murid. Selepas berbincang dengan guru-guru PSK di sekolah, saya mendapat kesedaran tentang kepentingan membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapat banyak faedah daripada PBS yang membantu saya menjadi seorang guru yang beretika pada masa hadapan. Pada pandangan saya program ini sesuatu yang amat penting untuk para guru pelatih kerana ini mampu mengasah bakat mereka. Saya berasa amat gembira dengan kebolehan saya yang dapat menghasilkan tugasan ini. Saya berasa amat bertuah kerana pensyarah pembimbing banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan dengan portfolio. Tugasan ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen saya bagi menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti. Saya sebagai bakal guru ingin mengambil ikhtibar daripada pengalaman ini.

Disediakan Oleh, KASTHURI A/P LATCHAMANAN, UNIT H7.

22 OGOS 2011 (ISNIN)


Sebelum melangkah kaki pada hari pertama ke sekolah, saya sebagai seorang bakal pendidik membuat beberapa persediaan awal untuk

menyempurnakan tugasan saya dengan cekap, sistematik dan lengkap. Saya menyusun borang-borang penting yang diberi oleh pensyarah. Borang-borang tersebut perlu diisikan oleh pihak sekolah dan perlu

ditandatangani oleh pihak sekolah. Saya juga menyediakan borang-borang seperti borang rekod kolobrasi dan juga borang amalan refleksi bagi mendapat tanda tangan guru besar, guru penolong kanan dan guru-guru lain di mana ia merupakan sebahagian daripada tugasan PBS. Mengikut tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya dikehendaki untuk membuat pemerhatian, temu bual dan tinjauan serta menyenaraikan jenis penilaian PKS dilaksanakan bagi PSK sebagai tugasan pada hari pertama. Saya cuba memahami dan menghayati tujuan aktiviti yang hendak dijalankan di sekolah pada hari tersebut bagi menjalankan tugasan hari pertama tanpa menghadapi sebarang halangan.

Sebelum melangkah ke sekolah, saya merancang starategi dan teknik yang munasabah bagi melaksanakan aktiviti ini di sekolah dengan memerolehi maklumat yang tepat dan mudah. Saya mendapati maklumat dan informasi yang terawal daripada beberapa sumber. Antaranya ialah saya melayari internet untuk mengetahui konsep, bentuk, jenis dan tujuan PKS di laksanakan di sekolah rendah. Selain itu, saya mendapat maklumat PKS dari nota kuliah pensyarah. Saya juga bersiap sedia dengan bahan untuk mengumpul dan merekod data yang didapati di sekolah. Saya juga menentukan kaedah-kaedah yang sesuai digunakan bagi mengumpulkan data. Justeru itu, saya mendapat

kejelasan yang cukup baik mengenai tugasan saya dengan membuat persediaan awal. Pada hari pertama, semasa berada di kawasan sekolah pada, saya berasa lega kerana saya tidak berseorangan di situ kerana mempunyai tiga orang teman yang menjalankan PBS bersama saya. Selepas sahaja melangkah kaki di sekolah tersebut saya terus pergi ke pejabat untuk berjumpa dengan guru besar dan Penolong Guru Besar. Kira-kira pukul 7.45 pagi Guru Penolong Kanan Satu iaitu Pn.Porchelvi tiba ke pajabat dan memberitahu saya bahawa pada pagi itu ada perhimpunan rasmi yang dijalankan dan saya diminta untuk datang ke perhimpunan. Saya menyerahkan borang pemberitahuan saya kepada Guru Penolong Kanan Satu. Selepas itu, saya dipanggil untuk berbincang dengan Guru Besar. Semasa berbincang dengan Guru Besar, saya menjelaskan tentang tugasan PBS dan maklumat yang perlu dikumpulkan. Saya dibenarkan duduk di bilik guru dan membuat kerja saya. Selepas waktu rehat saya meminta kebenaran seorang guru untuk menemu bual tentang jenis dan keberkesanan PKSR di sekolah. Guru tersebut telah menjawab semua soalan saya dengan sabar. Saya mendapat banyak maklumat-maklumat yang penting tentang PKSR dan dapat mencapai objektif saya dengan sempurna. Setelah melangkah kaki dan menyiap tugasan pada hari pertama di sekolah, tidak boleh dinafikan bahawa saya telah pun mendapat banyak pengalaman dan pengajaran baru berasaskan sekolah. Terutamanya, saya dapat mengatasi perasaan takut, segan dan gementar saya. Secara umumnya, semua orang akan mengalami perasaan sebegitu sekiranya mereka berhadapan dihadapan khalayak ataupun di tempat baru dengan orang-orang yang tidak dikenali. Selepas saya berhubung dan berinteraksi dengan pihak sekolah dan murid-murid, perasaan yang tidak ingini tersebut telah menghilangkan diri dari saya. Sehubungan dengan itu, saya dapat mengetahui dan memahami bahawa

saya sebagai seorang bakal pendidik tidak harus mengamalkan perasaan sebegitu dalam diri saya kerana ia akan menghalang profesion dan kerjaya saya. Setelah sesi perbincangan dan berinteraksi dengan guru-guru PSK saya berasa berpuas hati dan gembira kerana semua guru sudi meluangkan masa bersama saya untu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang jenis penilaian PKS melalui beberapa kaedah. Kaedah pertama yang saya gunakan ialah kaedah temu bual. Melalui kaedah temu bual saya berpeluang mengetahui jenis penilaian PKS dan keberkesanan penilaian PKS dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Kesimpulannya, saya berpuas hati kerana dapat mencapai objektif tugasan PBS saya ke sekolah pada hari tersebut. Saya turut mendapat pengalaman dan pengajaran baru yang tidak ternilai dari pengalaman hari pertama di sekolah seperti menangani dan mengawal emosi dan perasaan diri.

23 OGOS 2011 (SELASA)

Seperti hari pertama, saya juga membuat persediaan bagi hari kedua sebelum pergi ke sekolah. Saya tidak berasa takut, segan ataupun gementar untuk pergi ke sekolah pada hari kedua. Hal ini kerana saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tersebut dengan baik. Malah, saya juga dapat berinteraksi dan berhubung dengan pihak sekolah, para guru serta para murid dengan senang tanpa rasa seganbilu. Pada hari kedua, saya ditugaskan untuk memerhati, mencatatkan dan membuat refleksi tentang pelaksanaan ataupun pengurusan penilaian PKS dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Disamping memerhati, mencatatkan dan membuat refleksi, saya juga bersedia untuk mengambil gambar dan video mengenai penilaian PKS yang dibuat di sekolah dan mengenalpasti kaedah yang paling sesuai untuk memperolehi maklumat tentang PKS. Saya membahagikan masa dengan betul supaya semua tugas saya dapat dilaksanakan dengan sempurna pada hari tersebut. Di samping itu, saya menyenaraikan perkara-perkara yang perlu diuruskan, dijalankan dan

diaksanakan pada hari tersebut supaya tidak ketinggalan. Bagi mendapat maklumat tentang penilaian PKS, saya bersedia dengan menyenaraikan beberapa soalan dan menyediakan suatu borang soal selidik bagi guru-guru PSK di sekolah tersebut. Saya juga besedia untuk meminta kebenaran guru kelas untuk membuat pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas serta kebenaran untuk mengambil gambar semasa p&p berlaku. Pada hari tersebut, saya sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi. Selepas sampai ke sekolah saya pergi ke pejabat untuk berjumpa dengan guru besar. Saya menandatangani borang kehadiran di hadapan Guru Besar sebagai bukti saya telah hadir pada hari tersebut ke sekolah. Saya juga mendapat

kebenaran Guru Besar untuk melaksanakan tugas saya tanpa menghadapi sebarang gangguan, masalah dan juga halangan sewaktu saya menjalankan tugasan saya. Sebelum waktu rehat, saya ditugaskan untuk menjaga murid-murid prasekolah kerana pada hari itu telah diadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Dalam pelancaran tersebut, guru-guru telah menerapkan unsur-unsur Sivik dan Kewarganegaraan. Antara unsur-unsur Sivik yang saya dapati ialah unsur tarian tradisional pelbagai kaum, pakaian tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia, pertandingan melukis dan mewarna bendera Malaysia, menulis karangan mengenai kemerdekaan dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dan sebagainya. Saya berasa bersyukur kerana dapat mengambil gambar dan video mengenai pelancaran tersebut. Selepas waktu rehat, saya menjalankan tugasan saya untuk

menyediakan laporan PBS. Saya mengambil gambar dan merakam pengajaran dan pembelajaran PSK yang berlaku pada hari itu. Saya juga mengumpul maklumat tentang unsur-unsur Sivik yang diterapkan dalam kelas pada hari itu dan mendapatkan latihan pengukuhan dan pengayaan yang dijalankan pada hari tersebut. Bukan sahaja itu, saya juga membuat refleksi tentang pelaksanaan dan pengurusan penilaian dalam p&p PSK pada hari itu. Menerusi pemerhatian yang dibuat terhadap p&p PSK pada hari itu, saya dapat menyeanaraikan jenis-jenis penilaian yang dijalankan di dalam kelas dan keberkesannya terhadap p&p guru dan juga terhadap kefahaman murid-murid. Kesimpulannya, saya berpuas hati kerana dapat menghabiskan dan melaksanakan semua tugas saya yang dirancang sebelum ke sekolah dengan sempurna. Walaupun ia mengambil masa yang banyak, namun saya berasa gembira kerana dapat menyempurkan yugasan pada hari Isnin dan ia memberi jalan dan haluan kepada saya untuk bersiap sedia bagi tugasan pada hari Selasa.

24 OGOS 2011 (RABU)


Mengikut senarai semak tugasan, pada hari Rabu, bersamaan 24 Ogos 2011 perlu membuat klasifikasi dan analisis kesesuaian dan keberkesanan penilaian PKS dalam p&p berpandukan Garis Panduan Penilaian Kendalian Sekolah dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Menurut pensyarah saya, pengumpulan dan merekod data tentang kesesuaian dan keberkesanan adalah amat penting. Sebelum melangkah kaki pada hari Rabu di sekolah, saya merancang untuk membuat klafikasi dan analisis tentang penilaain PKS di sekolah rendah. Maka, saya merancang untuk mengumpul data dan maklumat-maklumat tambahan tentang penilaian daripada Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum tentang aktiviti-aktiviti tahunan yang menerapkan unsur-unsur Sivik dan Kewarganegaran dalamnya. Saya berharap idea atau persediaan awal saya ini memudahkan proses pengumpulan maklumat tentang keberkesanan penilaian PKS pada hari yang sama dengan bersistematik. Bagi mengumpul maklumat tentang keberkesanan dan kesesuaian tentang penilaian PKS, saya ingin mendapatkan maklumat tentang sukatan pelajaran dan cara merekod buku rekod. Oleh itu, saya ingin meminta bantuan daripada beberapa guru-guru PSK untuk mendapatkan maklumat tersebut. Selain daripada itu, saya ingin meminta kebenaran daripada guru untuk menjalankan kaedah pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan ini, saya berharap boleh mendapat gambaran untuk menjalankan penilaian PKS dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan seperti yang direkodkan dalam buku rekod. Bagi memperkukuhkan lagi maklumat saya, saya cuba mengambil gambar dan merakam proses pembelajaran dan pengajaran guru PSK dalam kelas. Pada hari rabu saya menyediakan soal-selidik untuk pelajar. Pada waktu pagi kira-kira pukul 8.30 pagi, saya mengedarkan soal-selidik kepada murid darjah lima dan enam. Saya menerangkan semua soalan yang terdapat dalam borang soal-selidik kepada pelajar dan suruh mengisinya.

Setelah selesai memungut borang tersebut saya mula mencari maklumat tentang kesesuaian dan keberkesanan pelaksanaan penilaian PKS. Saya meminta kebenaran seorang guru untuk melihat buku rekodnya. Selepas melihat buku rekod saya menganalisis maklumat yang terdapat dalamnya. Saya juga mendapat kebenaran guru tersebut untuk fotostat buku rekod beliau bagi menyimpannya dalam tugasan sebagi bukti. Selepas itu, saya menemu ramah Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk mendapatkan maklumat tentang kokurikulum. Melalui temu ramah , saya dapat mengetahui ko-kurikulum dapat menerapkan unsur-unsur Sivik dan Kewarganegaraan dalam diri seriap murid. Menurut beliau, unsur-unsur Sivik boleh diterapkan dalam aktiviti kurikulum dan juga aktiviti ko-kurikulum. Saya mengambil portfolio aktiviti tahuanan yang telah dijalankan untuk fotostat dan simpan dalam tugasan PBS. Semasa balik ke rumah saya berasa lega kerana menyiapkan segala tugasan yang ditetapkan pada hari Selasa . saya berharap dapat melaksanakan tugasan pada hari berikutnya dengan sempurna.

25 OGOS 2011 (KHAMIS)


Pada hari Khamis, tugasan saya adalah untuk menemu bual dengan guru PSK mengenai pelaksanaan penilain PKS. Sebagai persediaan awal, saya telah menyenaraikan beberapa soalan untuk menanya kepada guru-guru PSK tentang pelaksanaan penilaian PKS. Saya juga menyediakan borang kolobrasi untuk mendapatkan tandatangan guru-guru PSK sebagai bukti temu bual. Walaupun saya telah membuat persediaan awal pada hari Rabu, namun saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Khamis. Hal ini kerana saya tidak sihat dan mendapat cuti sakit daripada doktor. Walaupun saya berasa kecewa dan sedih dengan kesihatan badan saya, namun saya berdoa dan berharap agar dapat menghadiri ke sekolah pada hari Jumaat dan melaksanakan tugasan hari Khamis dengan sempurna.

26 OGOS 2011 (JUMAAT)


Pada hari akhir iaitu pada hari Jumaat, saya bercadang untuk melaksanakan tugasan hari Khamis dan Jumaat dengan serentak. Tugasan hari Jumaat adalah melengkapkan maklumat dan data yang masih lagi tidak diperoleh untuk menyediakan laporan. Melalui persediaan awal bagi hari terakhir, saya mendapati kewajipan tugasan saya yang patut saya melaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Saya berharap dapat melaksanakan dan

meyempurnakan tugasan PBS tanpa menyelewengkan tugasan dan masa pada hari ini.

Oleh yang demikian, saya bekerja dengan pantas untuk mendapatkan maklumat hari Khamis dan data yang tidak lagi dikumpul dengan lengkap dan sempurna. Nasib baik, saya mendapat peluang untuk menemu bual guru-guru PSK tentang pelaksanaan penilaian PSK. Saya juga dapat mengumpulkan

kertas ujian yang dilakukan pada setiap bulan, buku latihan PSK, lembaran kerja PSK, kertas yang mengandungi latihan pengukuhan dan pengayaan yang dilakukan pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai bukti penilaian yang dilakukan oleh guru PSK. Tambahan pula, saya ingin mengambil inisiatif untuk menyemak dan memastikan bahawa saya telah saya lakukan pada hari-hari sebelumnya. Hal ini untuk memastikan saya telah melaksanakan san mednyempurnakan tugasan saya mengikut tugasan PBS yang diarahkan oleh penyarah saya. Menerusi langkah ini juga saya boleh mendapati ketinggalan tugasan yang patut saya laksanakan. Sehubungan dengan itu, saya berharap saya tidak akan meninggalkan sebarang tugasan daripada dilaksanakan dan disempurnakan dengan baik. Selain itu, saya mendapatkan tandatangan dan ulasan mengenai saya selama saya di sekolah daripada Guru Besar. Beliau memberi ulasan yang cukup memuaskan dan memberi tunjuk ajar yang amat penting kepada saya. Beliau juga mengatakan bahawa beliau akan berdoa agar saya akan

ditempatkan di sekolah yang baik di mana saya akan mendapat pengalaman yang tidak ternilai. Sebelum balik ke rumah saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru, staf dan guru besar. Bantuan mereka adalah sangat dihargai. Saya juga berasa bangga kerana dapat berkawan dengan guru-guru yang rajin dan memberi komitmen yang banyak kepada sekolah. Setelah menyiap tugasan pada hari jumaat , saya berasa gembira kerana dapat berjaya mengumpulkan segala maklumat yang dikehendai untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun saya suah mengumpul segala maklumat , namun terdapat maklumat-maklumat yang penting yang diselesaikan pada waktu terakhir. Kesimpulannya, saya berpuas hati kerana dapat mengumpulkan segala maklumat dengan bantuan daripada banyak pihak. Setelah memperolehi segala maklumat, saya bermula untuk menyediakan laporan pengalaman berasaskan sekolah

Anda mungkin juga menyukai