Anda di halaman 1dari 8

Model Pemprosesan Maklumat

Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing

Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer


sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan
sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses,
menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak
sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat
adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Prinsip-Prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat
1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran
maklumat

2) Pengaliran maklumat dua hala

3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan


pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.

4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan


menyimpan maklumat.
Empat Proses Utama Terlibat dalam Model
Pemprosesan Maklumat

1) Pengenkodan ('Encoding')
    Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam
perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
2) Penyimpanan ('Storage')
   Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga
stor memori.
3)  Mengingat Kembali ('Retrieval')
    Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka
pendek dan ingatan jangka panjang.
4)  Lupaan ('forgetting')
    Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali
daripada ingatan jangka pendek dan ingatan
    panjang
Perakam Deria ('Sensory Register')
Maklumat diterima melalui perkam deria visual, perkam
deria auditori, perakam deria hiduan, perkam deria rasa dan
perkam deria sentuhan. Sperling (1960) dalam kajian
memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah
1/4 hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000
miliseconds). Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera
ketika mengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasiti
perkam deria adalah besar dan tidak terhad.
Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila

kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang


disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan
terpilih ('selective attention'). Maklumat yang pada
asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-
pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka
pendek.
Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja'

('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah


10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh:
kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara
mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor
itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan
Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak
ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7

+  2  (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan


oleh Simon (1974) sebagai  5 + 2  (5 campur-tolak 2)
'chunks'. Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan
boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat
atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan
seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza
antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan
jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau
'scanning' selari (serentak).
Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan
kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod,
disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi
seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman
kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa
yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna
maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Anda mungkin juga menyukai