Anda di halaman 1dari 7

JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL.

TEORI PELBAGAI KECERDASAN DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN NILAI BAIK HATI TAHAP 1 PENDIDIKAN MORAL
KBSR – SATU CADANGAN

Oleh

Pn. Ng Choo Tang


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
MPSK

1.0 Pendahuluan

Teori pelbagai kecerdasan dikemukakan oleh Howard Garner. Beliau


mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan
sepanjang hayat. Menurut Garner, manusia mempunyai kesemua lapan
kecerdasan. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah
kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini.
Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan
yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti
penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994).

Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila


seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan
itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya.
Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai
membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan –kecerdasan yang
dikemukakan oleh Garner adalah seperti berikut :

• Kecerdasan Linguistik - kemahiran atau kebolehan mengguna


perkataan dengan berkesan, baik secara lisan atau bertulis.

• Kecerdasan Logikal-Metematikal - kebolehan mengguna nombor-


nombor secara efektif dan dapat mengulas dengan baik.

• Kecerdasan `Spatial’ - peka terhadap bentuk, ruang, warna, garisan


dan corak serta berkebolehan membentangkan idea secara grafik.

• Kecerdasan Kinestetik Badan – kebolehan mengguna tubuh badan


untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan
masalah. Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan
gerak-geri dan perimbangan tubuh badan.

71
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

• Kecerdasan Muzikal – peka terhadap rentak, pic, dan melodi.


Kemahiran dalam mengenali lagu-lagu mudah dan dapat mengubah
kelajuan, tempo dan rentak dalam lagu mudah.

• Kecerdasan Interpersonal – kebolehan memahami perasaan hati


(mood), motivasi dan keinginan orang lain. Kemahiran bertindak secara
berkesan dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi konflik bila
berhubung dengan orang lain.

• Kecerdasan Intrapersonal – kebolehan memahami diri sendiri seperti


kekuatan, kelemahan, perasaan hati (mood), keinginan, berahi (desires)
diri. Kemahirannya termasuk menyedari bahawa dirinya adalah sama
atau berbeza dengan orang lain, dan dapat mengawal serta menangani
perasaan diri sendiri.

• Kecerdasan Naturalis – peka terhadap alam semulajadi, sedar akan


gejala alam, berkemampuan untuk membezakan flora dan fauna, baik
dalam kerja mengasing dan mengelas, mempunyai kemahiran
memerhati, memahami fenomena semulajadi serta menjaga haiwan
kesayangan dan juga suka kerja berkebun.

Melalui aplikasi teori pelbagai kecerdasan yang sesuai, kita dapat memupuk
dan mencungkil kecerdasan-kecerdasan yang diingini dengan pelbagai cara. Ia
juga dapat membantu pendidik dalam mengendalikan serta menyesuaikan diri
dengan perbezaan pelajar dan juga suasana pembelajaran.

2.0 Pendidkan Moral KBSR Dan Teori Pelbagai Kecerdasan

Pendidikan Moral KBSR bertujuan untuk pemupukan, penghayatan dan


amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan alat resam pelbagai
kaum di Malaysia, sejajar dengan nilai murni sarwajagat. Program mata pelajaran
ini berhasrat untuk membentuk insan yang mulia dan bertanggungjawab selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Sukatan Pendidikan Moral untuk
sekolah rendah mengandungi 16 nilai utama yang dipecahkan lagi kepada
beberapa nilai kecil yang digelar pecahan nilai (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1995):

72
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

1. Baik Hati  Berani kerana benar

 Belas kasihan 9. Kebersihan Fizikal Dan Mental


 Bertimbang rasa
 Murah hati  Kebersihan diri
 Saling faham-memahami  Kebersihan persekitaran
 Saling bermaafan  Kebersihan mental

2. Berdikari 10. Kejujuran

 Berupaya bertindak sendiri  Amanah


 Yakin pada diri sendiri  Bercakap benar
 Ikhlas
3. Hemah Tinggi
11. Kerajinan
 Kesopanan
 Mengakui kesalahan diri  Daya usaha
 Ramah mesra  Dedikasi

4. Hormat 12. Kerjasama

 Hormat dan taat kepada ibu bapa  Gotong royong


atau penjaga  Toleransi
 Hormat kepada ahli keluarga, orang  Perpaduan
yang lebih tua, guru, rakan, jiran
tetangga dan pemimpin 13. Kesederhanaan
 Hormat kepada institusi perajaan
dan negara  Pertuturan dan perlakuan yang
 Hormat kepada kepercayaan dan sederhana
adat resam semua keturunan di  Sederhana dalam
Malaysia menimbangkan kepentingan diri
 Patuh kepada undang-uadang dan kepentingan orang lain
 Patuh kepada ketepatan masa
14. Kesyukuran
5. Kasih Sayang
 Berterima kasih
 Sayang diri sendiri dan orang lain
 Sayang alam sekeliling 15. Rasional
 Cintakan negara
 Membuat pertimbangan
6. Keadilan
16. Semangat Bermasyarakat
 Adil
 Saksama  Bermuafakat
 Kejiranan
7. Kebebasan  Peka terhadap isu-isu sosial
dalam masyarakat
 Kebebasan di sisi undang-undang

8. Keberanian

 Berani mencuba

73
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

Sukatan ini berbentuk satu lingkaran iaitu kesemua 16 nilai diajar pada setiap
tahun pelajaran tetapi isi kandungannya serta penekanannya adalah berbeza. Pada
tahap 1 (bagi murid tahun 1-3), penekanan diberi kepada pembentukan sikap dan
tabiat yang baik menggunakan pendekatan deduktif, manakala pada tahap 2 (bagi
murid tahun 4-6), ditambahkan lagi dengan penekanan pemikiran rasional supaya
murid berkebolehan membuat pertimbangan yang rasional dalam isu-isu moral.
Pendekatan yang digunakan dalam tahap 2 adalah pendekatan induktif. Pengajaran
Pendidikan Moral di sekolah rendah masa kini banyak berpandukan buku-buku teks
yang sedia ada yang ditulis berpandukan nilai-nilai murni yang ditetapkan dalam
sukatan pelajaran. Urutan isi pelajaran dalam buku-buku tersebut secara amnya adalah bacaan
cerita/ungkapan, soal jawab, latihan dan cadangan aktiviti. Antara aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan termasuk lakonan, simulasi, projek, nyanyian dan sebagainya.

Teori pelbagai kecerdasan adalah konsep yang agak baru. Ia adalah amat sesuai
digunakan dalam pengajaran-pembelajaran mata pelajaran Pendidkan Moral kerana
fleksibilitinya dalam cara pengendalian. Carta 1 merupakan satu cadangan aktiviti-aktiviti
yang boleh diaplikasikan dalam kelas Pendidikan Moral tahap 1 untuk pengajaran-
pembelajaran nilai baik hati. Carta tersebut menunjukkan perincian nilai pecahan baik
hati, objektif pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan/gunakan
untuk setiap jenis kecerdasan. Cadangan aktiviti itu adalah sebagai satu bantuan
sahaja, pengubahsuaian perlu diadakan untuk tahun pengajaran-pembelajaran yang
berlainan serta situasi berlainan (suasana atau keadaan fizikal, dsb.) dalam tahap 1 itu.

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di atas boleh dikendalikan dalam bilik darjah


dengan cara berstesyen dan murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan
kecil. Mereka dalam kumpulan kecil masing-masing boleh menjalani kesemua lapan
golongan aktiviti dengan pendedahan kepada kelapan-lapan kecerdasan atau mereka
boleh memilih sebahagian daripadanya mengikut kehendak mereka/guru, (pendedahan
kepada kecerdasan yang ditinggalkan dalam pembelajaran nilai baik hati boleh
dilengkapi bila murid mengikuti pelajaran/aktiviti untuk nilai-nilai lain dalam sukatan
pelajaran.) Kandungan cerita atau situasi-situasi boleh diubah tahap kesukarannya
mengikut tahun palajaran murid berkenaan dan perincian pecahan-pacahan nilai yang
berkenaan.

Walau pun cadangan di atas cuma menfokuskan kepada satu daripada enam belas
nilai murni dalam sukatan pelajaran, aktiviti-aktiviti untuk nilai-nilai murni yang lain
boleh dibentuk/dirancangkan mengikut hala/pola (trend) yang sama atau
diubahsuaikan mengikut keadaan. Guru-guru tidak perlu menghadkan satu
situasi/cerita yang tetap untuk mengajar satu nilai, situasi/cerita boleh berubah
mengikut tahap kebolehan dan pengalaman murid dan aktiviti-aktiviti berkenaan juga
boleh berbeza. Jika aktiviti yang dirancangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan itu
dapat dijalankan/dilaksanakan dengan berkesan, maka hasrat FPN dalam Pendidikan
Moral akan mudah dicapai dengan bertambah keberkesanannya.

74
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

Carta 1 : Cadangan Aktiviti Untuk Pengajaran-Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR Tahap 1

Nilai Utama : Baik Hati

Belas kasihan
Bersimpati Pecahan Nilai
terhadap kesusahan
orang lain Saling
Bermaafan
Bertimbangrasa Sanggup meinta
Mengambil kira Murah Hati Saling faham-memahami & memberi maaf
keperluan & perasaan Sedia memberi Sanggup memberi & menerima
orang lain apabila bantuan secara pendapat serta memahami
membuat sesuatu ikhlas kpd mereka perasaan & keperluan masing-
tindakan yang memerlukan masing
(bentuk /sokongan
moral)

8. Naturalis
Objektif :- *
1. Linguistik
• Menyedari sikap belas kasihan perlu ada pada setiap individu
*
• Memupuk sikap membantu golongan yang kurang bernasib baik
• Menunjukkan sikap bertimbang rasa terhadap orang lain
• Menunjukkan cara bermaafan, &
• Mengamalkan nilai baik hati dalam kehidupan
2. Logikal-
Matematikal 7. Intrapersonal
* *

* = sila rujuk 6. Interpersonal


helaian 3. Spatial 4. Kinestetik Badan 5. Muzikal *
penerangan * * *
berikutan

75
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

1 Linguistik 2 Logikal-
Matematikal 3 Spatial 4 Kinestetik
Badan

Logikal-Matematikal
Linguistik • Projek dalam kegiatan kebajikan Spatial
• Membaca/mencerita/mende • Murid didedahkan dengan situasi • Melakonkan cerita/situasi Kinestetik Badan
ngar/membahaskan kisah yang memerlukan penyelesaian bergambar • Melakonkan
orang dalam kesusahan masalah melalui perbincangan, • Mewarnakan/melukis/melakark cerita/situasi
• Berbincang tentang cara- analisis masalah, menyenarai an kad-kad bersiri (contohnya, • Permainan
cara yang dapat membantu tingkah laku baik/betul, cara cara menolong/ memberi
bantuan kpd jiran, menderma • Lawatan
orang-orang berkenaan memberi nasihat/membantu
` (contohnya, menghulur bantuan wang kpd mangsa mala petaka, • Penggunaan perisian
• Menulis
kpd mangsa-mangsa banjir, dsb.) visual realiti dalam
surat/jurnal/laporan
pertelinkahan adik beradik, dsb.) • Mewakili idea-idea dalam bentuk CD(contohnya,
• Pemprosesan data
menggunakan komputer • Pembinaan jadual kerja dengan bentuk peta minda/gambar membantu jiran yang
boleh digalakkan bantuan komputer bersiri/lakaran jatuh sakit menjaga
grafik/menggunakan perisian rumah, melawat rumah
CAI yang sedia ada anak yatim, dsb.)

6 Interpersonal
5 Muzikal 7 Intrapersonal
8 Naturalis

Muzikal Interpersonal Intrapersonal


Menggubal lirik lagu • Simulasi/permai • Pelajaran berpandukan kendiri
mudah nan /projek menggunakan modul/menghubung kait
Memilih lagu untuk Naturalis
(contohnya, /menghubungjalinkan pelajaran kepada
dinyanyikan bersama kehidupan murid /refleksi/menceritakan • Melawat/berkemah di tempat semulajadi
jualan hasil kraf (kebun, zoo, tasik, taman,dsb.)
membentangkan lirik tangan untuk pengalaman diri
bentuk `rap’, dsb. • Melakukan aktiviti yang dapat • Memerhati kejadian seperti perubahan
mengutip wang alam/merakam video berkenaan
(contohnya, tema derma mempertingkatkan keyakinan
sayang kepada diri/permainan /simulasi • Mengumpul sampel & membuat mengelasan
mangsa/institusi
haiwan, sayang kebajikan • Kerja individu/kerja projek menyimpan • Menyimpan rekod/fail/jurnal sebagai kerja
keluarga dsb.) jurnal/fail individu
76 individu/kumpulan
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

Dalam pendekatan pembelajaran menggunakan teori pelbagai kecerdasan, murid-


murid boleh dinilai dengan cara pilihan mereka sendiri atau berdasarkan kecerdasan-
kecerdasan mereka sama ada dengan melibatkan kelapan-lapan kecerdasan atau
berdasarkan sebahagian daripadanya. Penilai boleh melihat proses yang dilalui oleh
seseorang murid/kumpulan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran, hasil yang
diperoleh/dibentangkan (contohnya, laporan, video/gambar lakonan, lagu dalam
bentuk kaset, gambar, carta dan lain-lain catatan perkembangan aktiviti yang telah
dilakukan.) yang dimasukkan ke dalam bentuk folio murid.

3.0 Kesimpulan

Pembelajaran menggunakan teori pelbagai kecerdasan merupakan idea yang agak


baru dalam negara ini. Pelaksanaannya perlu galakan dan sokongan dari pihak
pentadbir di sekolah dan lain-lain pihak yang berkenaan. Oleh kerana tujuan guru
mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk mengesan kefahaman murid,
kemampuan mereka berfikir, mendorong mereka supaya dapat membuat keputusan
serta mengambil tindakan yang rasional, aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di atas
yang tidak begitu konvensyenal adalah sesuai dilaksanakan, akan tetapi, kejayaan
pelaksanannya banyak bergantung kepada inisiatif guru dan kesesuaian aktiviti-
aktiviti dan sumber pembelajaran yang dirancangkan.

77

Anda mungkin juga menyukai