Anda di halaman 1dari 1

Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, terdapat tiga tujuan utama pantang larang, iaitu untuk mendidik,

menjaga kesihatan dan demi kesejahteraan masyarakat. Pantang larang pertama dan ketiga hingga keenam bertujuan untuk mendidik. Misalnya, dengan memantangkan bayi atau kanak-kanak berada di luar rumah pada waktu senja ibu bapa dapat melaksanakan solat Maghrib dengan tenang tanpa risau akan keselamatan bayi atau anak mereka. Bayi atau kanak-kanak dididik berada di dalam rumah dalam keadaan senyap menyaksikan keluarga mereka beribadat atau sama-sama ikut beribadat. Pada waktu Maghrib yang pendek ini juga bukanlah masa untuk bertandang ke rumah jiran. Jadi, jikalau jiran kita baru bersalin, kita bolehlah melawatinya pada waktu siang atau selepas waktu Maghrib. Ini merupakan satu cara mendidik masyarakat. Merujuk kepada pantang larang keempat, sememangnya kita dituntut memulakan langkah dengan langkah kanan untuk menuju ke sesuatu tempat yang baik seperti tempat mencari rezeki di laut sambil menyebut nama Allah, iaitu Bismillahi Rahmani Rahim. Langkah kanan itu sendiri merupakan simpulan bahasa yang bermaksud beruntung. Seterusnya, pantang larang kedua, ketujuh dan kelapan pula bertujuan menjaga kesihatan dan keselamatan ibu yang kita sayangi. Pantang larang kelapan, kesembilan dan kesepuluh yang ditandai dengan tanda negatif (-) merupakan warisan kepercayaan animisme masyarakat Melayu. Tanda negatif digunakan dalam konteks nilai pada masa kini bukan nilai pada zaman bahari iaitu sesuatu yang kabur atau tiada asas pemikiran. Namun demikian, bagi kes seperti larangan terhadap ibu mengandung keluar rumah pada waktu malam, khususnya di kampung tradisional Melayu pada zaman pramerdeka, memang ada unsur positif, iaitu demi keselamatan ibu itu sendiri. Larangan yang ditandai dengan satu asterisk (*) bersifat positif seperti bertujuan untuk mendidik. Larangan yang ditandai dengan dua asterisk (**) pula jelas sesuai dengan pegangan terkini masyarakat Melayu, iaitu hukum dan nilai Islam. Apabila diperhatikan, perkataan senja atau petang (menjelang senja, menghampiri senja) terdapat dalam pantang larang ini. Kita mungkin menganggap fenomena senja ini merupakan warisan animisme juga. Untuk menentukan sama ada anggapan itu betul atau silap, silalah baca anekdot Keindahan pada Waktu Senja . Mungkin ada banyak lagi pantang larang keluar rumah dalam masyarakat Melayu. Apabila menyedari bahawa takrifan Melayu dari segi antropologi dan sosiologi begitu luas, iaitu meliputi semua suku kaum peribumi di Nusantara, jumlah pantang larang keluar rumah mungkin di luar dugaan. Tulisan pendek ini diharap akan membuka jalan penerokaan seterusnya oleh pelajar, khususnya pelajar Bahasa Melayu Akademik dan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), dan pengkaji budaya Melayu. Jikalau sesiapa berjaya memperpanjang senarai yang di atas, silalah kongsikan dapatan itu dalam ruangan ulasan.

Anda mungkin juga menyukai