Anda di halaman 1dari 1

PERNYATAAN PROFESIONAL

Setiap guru pelatih semester 1 hingga semester 4 dikehendaki untuk menjalankan


satu program iaitu program Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS). Pengalaman
Berdasarkan Sekolah ini merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak Badan
Pendidikan Guru di bawah arahan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Menerusi program ini, saya dapat memahami sekolah yang bertindak sebagai
sebuah institusi pendidikan dengan lebih dalam. Bukan itu sahaja, saya juga boleh
mempelajari peranan seorang guru dengan lebih mendalam untuk melaksanakan
secara teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, saya
sebagai guru pelatih mampu mendapat pendedahan awal tentang alam
persekolahan dan juga memahami perspektif guru.

Saya akan menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan St. Anne yang terletak di
bandar Sarikei selama seminggu iaitu bermula dari 1 Mac 2021 sehingga 5 Mac
2021. Antara sebab saya telah memilih sekolah ini untuk menjalankan PBS kerana
sekolah ini berdekatan dengan rumah saya. Sepanjang tempoh seminggu saya
berada di sekolah ini, saya akan mendapatkan maklumat-maklumat daripada pihak
sekolah seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru panitia, Guru-guru yang
lain serta kakitangan dan murid- murid yang berada di sekolah ini. Saya akan
menggunakan pelbagai kaedag seperti membuat permerhatian, melakukan senarai
semak, menjalankan temu bual dan juga melaksanakan soal selidik untuk
memperolehi maklumat- maklumat tersebut. Setelah itu, data- data yang telah
diperolehi itu nanti akan dimasukkan ke dalam portfolio ini.

Melalui PBS Fasa 1 ini, saya berharap saya boleh menjalankan PBS ini dengan
sebaik mungkin. Saya juga berharap untuk mengetahui and memahami sistem
pengurusan sekolah dengan lebih lanjut. Selain itu, saya juga berharap saya dapat
mengadaptasi suasana persekolahan untuk persediaan saya pada masa akan
datang Selain dari mempelajari dan mengenali budaya sekolah ini, saya berharap
juga agar saya diberi peluang untuk melihat bagaimana guru mengajar dan mengwal
keadaan kelas untuk rujukan saya pada masa depan kelak. Kesimpulannya, PBS
Fasa 1 ini dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri sata agar dapat
menjadi seorang guru yang kompeten dan saya juga mampu menyumbang kepada
pihak sekolah pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai