Anda di halaman 1dari 15

PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1

1.0 BIODATA

NAMA

: MUHAMMAD SYUKRI BIN MUSTAFFA

NO.KAD PENGENALAN
ALAMAT

: 960604-14-5787
: NO.9-9-16 FLAT DBKL, PPR JALAN JELATIK, 54000

NO.TELEFON
EMEL
AMBILAN DAN

KUALA LUMPUR.
: 018- 3877169
: muhamdsyukri@gmail.com
: PENDIDIKAN MUZIK AMBILAN JUN 2015

PENGKHUSUSAN
TAHUN DAN

: TAHUN 1 SEMESTER 2

SEMESTER
TARIKH PBS
NAMA PENSYARAH

: 7 MAC 2016 11 MAC 2016


: ENCIK MOHD. KHALIL BIN MOHD. YUSOFF

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL


2.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS
1

Sebagaimana yang sedia maklum, sebelum kami melaksanakan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS
daripada wakil Unit Praktikum selaku pensyarah penyelaras PBS iaitu Pengalaman
Berasaskan Sekolah. Taklimat kami diadakan di Dewan Kirkby pada 12 Mac 2015.
Ini merupakan kali pertama kami sebagai guru pelatih semester 2 menjalankan PBS.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih
tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru. Menerusi
program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi
tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik darjah di sekolah,
Guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan amalan
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK).
Dengan adanya program PBS, guru pelatih akan dapat memahami
bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana
pengurusan sekolah mentadbir sekolah. Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS
adalah memberi kefahaman kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar
untuk menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. PBS juga bertujuan untuk
memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih
untuk memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Secara tidak
langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan
sekolah juga merupakan salah satu di antara objektif PBS. Menerusi PBS juga guru
pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang peranan dan
tanggungjawab serta maklumat yang berkaitan dan pengurusan bilik darjah. Di
samping itu, ia dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir
secara kritis dan analitikal. PBS membolehkan guru pelatih membina sikap positif
terhadap profesion keguruan. Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi
mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman
yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti.
Kami dikehendaki membuat PBS selama seminggu dan diberi peluang untuk
menjalankan PBS di kampung halaman masing-masing. Saya memilih untuk
menjalankan PBS di kampung halaman, sekolah yang menjadi pilihan saya ialah
Sekolah Kebangsaan Seri Duyong iaitu sekolah lama saya. PBS ini adalah untuk
2

membiasakan saya jika ditempatkan untuk mengajar pada suatu hari nanti. Oleh itu,
tidak menjadi masalah jika saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar
mahupun di kawasan luar bandar. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu
menjalani PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi kursus
Murid dan Pembelajaran, Gerakan Kokurikulum serta tugasan PBS. Dalam
menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi, saya perlu bijak membahagikan masa
yang ada selama seminggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan.
Soalan tersebut saya dikehendaki mengkaji tentang kepentingan perbezaan
individu dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah
murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.

2.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS


Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di
Sekolah Kebangsaan Seri Duyong (SKSD) selama seminggu, beberapa aktiviti telah
3

saya lakukan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah
sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang PBS Fasa
1. Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah
melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya
telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4
orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan
sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar,
Penolong Kanan 1, Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan
Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta guru perempuan. Guru-guru yang
mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.
Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian
mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah,
saya dapat memasuki kelas 1 Gemilang, 3 Cemerlang, 4 Arif, dan juga 5 Gemilang.
Setiap darjah hanya mempunyai 5 kelas setiap satu kecuali darjah 6 mempunyai 6
buah kelas. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian
soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan
ini, saya turut menemu bual guru yang mengajar subjek muzik(guru major) bagi
menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Dalam soalan tersebut,
saya dikehendaki mengkaji tentang kepentingan perbezaan individu di dalam bilik
darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di
Sekolah Kebangsaan Seri Duyong (SKSD) selama seminggu, beberapa aktiviti telah
saya lakukan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah
sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh
PBS di SK Seri Duyong. Pada hari Isnin iaitu hari pertama berada di sekolah, saya
melapor diri melalui Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) iaitu Encik Zulkifli Bin
Bakar. Hal ini disebabkan oleh kerana ketiadaan guru besar pada hari berkenaan.
Setelah itu, saya diminta untuk menghadiri perhimpunan rasmi di tapak
perhimpunan. Saya juga mengambil gambar perjalanan sekolah dan mengumpul
maklumat sekolah. Saya juga dibenarkan untuk menggantikan beberapa buah kelas
disebabkan oleh ketiadaan guru pada hari berkenaan. Antaranya ialah kelas 1
Gemilang, 3 Cemerlang, 4 Arif, dan juga 5 Gemilang. Pada hari akhir saya mengikuti

PBS, saya menyerahkan lampiran sahsiah kepada Guru Besar. Akhirnya, saya turut
bersalam-salaman sesama guru dan murid.
Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) Fasa 1 yang telah
saya jalani bermula dari 7 Mac 2015 hingga 11 Mac 2015 banyak memberi
pengetahuan baharu kepada saya. Seperti yang kita semua tahu, sekolah
merupakan sebuah institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu
dalam kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya
menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai
aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis
akan

dapat

dicapai

dengan

berpandukan

kepada

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan(FPK). Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri


suasana alam persekolahan berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari
mengenai sekolah dalam teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman
menjalani tugasan ini tidak mungkin dilupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah
menjadi seorang murid sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru
pelatih.
Di samping itu, perasaan yang dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi
murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani PBS yang
pertama ini banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana
sekolah. Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku
pelajar dan para guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam
kelas. Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran
murid kerana murid tidak mempunyai minda yang sama walaupun mereka sebaya.
Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan
sekolah berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang guru besar
berperanan penting dalam mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan
berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari guru-guru yang lain.
Bahkan juga, bukan itu sahaja, saya dapat memerhatikan bagaimana
kawalan kelas sangat penting ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana
purata saiz kelas di sekolah ini ialah sebanyak 36 orang. Guru-guru tidak boleh
mengambil sikap lepas tangan terhadap murid-murid yang berada di kerusi
5

belakang. Dalam melunaskan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data


mengenai sekolah. Data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam senarai semak
yang telah dibekalkan oleh pihak Institut. Dengan aktiviti pengumpulan data ini,
tugasan ini melatih kami supaya lebih bersikap proaktif. Data-data yang ingin
dikumpul termasuklah mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan
kurikulum yang dijalankan di sekolah. Hal ini sekaligus memberi pengetahuan
kepada saya mengenai apa yang sewajarnya ada dalam satu sekolah.
Tambahan pula, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan
sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi
perbincangan yang dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka
terutamanya dalam bidang pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian ke
atas para pelajar. Melalui temubual ini juga ianya melatih saya supaya bersikap
berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya. Secara
tuntasnya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membina sikap
positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya tugasan ini, kita
dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman pada masa
akan datang.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


3.1 PEMERHATIAN

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, apa yang saya dapat melalui
pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara
keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini.
Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang ke arah penambahbaikan. Selain
itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Landskap sekolah yang hanya berada
dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang
lama .
Oleh itu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai
tumbuhan hiasan dan herba yang telah di tanam dipersekitaran kawasan sekolah
tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah. Bukan itu
sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi.
Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru
ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input
kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan.

3.2 SENARAI SEMAK


Sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (SKS) selama
seminggu untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1, saya
telah melakukan beberapa senarai semak untuk memastikan perjalanan PBS saya
berjalan dengan lancar. Saya juga membuat senarai semak budaya sekolah, senarai
semak kemudahan asas dan alam persekitaran di sekolah dan disiplin . Saya turut
membuat senarai semak untuk pentadbiran sekolah itu. Saya berasa amat teruja
dapat membuat semakan untuk sekolah ini dan menyenaraikan perkara-perkara dan
maklumat penting di dalam senarai semak saya. Saya telah pun membuat kajian
yang teliti tentang pengurusan sekolah ini dan membuat senarai semak baginya.
3.3 TEMU BUAL
Sepanjang saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa selama seminggu, beberapa temu bual telah
7

saya jalankan. Antaranya ialah temu bual dengan pihak pengurusan sekolah,
dengan guru-guru dan juga dengan pelajar-pelajar bagi membuat tugasan yang
diberikan kepada saya. Saya telah memilih seorang guru mata pelajaran Muzik,
seorang pentadbir, seorang guru kaunseling dan seorang murid. Saya diminta untuk
menemu ramah mereka bagi melengkapkan tugasan kerja kursus yang diberikan
kepada saya. Saya juga mengkaji tentang cara guru mengambil perhatian tentang
perbezaan individu di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, segalanya telah berjalan dengan lancar dan menepati matlamat
yang ingin saya capai. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang telah
memberikan kerjasama yang secukupnya sepanjang saya melakukan sesi temu bual
ini. Saya juga amat kagum dengan mereka yang mampu memberikan komitmen
seratus peratus sepanjang saya melakukan sesi temu bual walaupun mereka agak
sibuk dengan tugas masing-masing. Saya telah mendapat banyak maklumat yang
amat berguna daripada sekolah ini sepanjang sesi temu bual ini berlangsung.

3.4 SOAL SELIDIK


Sebagaimana yang sedia maklum, saya juga membuat beberapa soal selidik
berhubung sekolah ini sepanjang saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) Fasa 1. Saya turut membuat pertanyaan dan mengajukan soalan-soalan
kepada pihak pengurusan sekolah dan juga guru-guru semasa PBS ini untuk
mengkaji tentang sekolah ini. Saya mendapat banyak input dan maklumat yang
berguna, bermanfaat dan menarik menerusi sesi soal selidik ini. Saya harapkan
apa-apa yang saya dapat di sini melalui proses soal selidik ini akan memudahkan
kerja dan tugas saya pada masa akan datang.

4.0 KOLABORASI
8

Sila rujuk Lampiran di belakang. Berikut adalah senarai jenis kolaborasi:


4.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUSAN SEKOLAH
4.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU MAJOR
4.3 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN
4.5 INTERAKSI DENGAN MURID

5.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU


9

5.1 PEMERHATIAN
Pertama sekali, pemerhatian yang telah saya peroleh termasuklah dari segi
disiplin, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang tinggi
dalam kalangan pelajar di SK Setiawangsa yang telah dibudayakan sejak beberapa
tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan
sikap hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah.
Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja memberi salam kepada guru ketika berlintas
tetapi juga turut bersalaman dan mencium tangan guru. Hal ini menunjukkan satu
budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk modal insan yang gemilang.
Selain itu, saya mendapat pengalaman tentang suasana dan juga budaya di
sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah ditekankan dengan
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 20132015) dan mendorong pihak menjalankan tugas dengan lebih komited. Dalam pada
itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna
membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan sekolah
yang pasif dan lemah. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah
yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak
lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang.
Di samping itu, saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan
cuba untuk meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah
mendorong kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan
kepada reputasi sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan
Pelajaran Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh
alam perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.

5.2 SENARAI SEMAK


Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 yang saya jalankan
di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (SKS) ini, terdapat banyak ilmu dan juga
10

pengetahuan baharu yang saya dapat menerusi senarai semak yang saya lakukan.
Saya dapat pelbagai maklumat dan informasi yang berfaedah, bermanfaat dan
berguna mengenai sekolah. Antaranya ialah berkaitan dengan pengurusan sekolah
bagi melancarkan lagi perjalanan sekolah bagi meletakkan sekolah berada di
landasan yang terbaik pada sepanjang tahun. Hal ini membolehkan saya lebih
mempunyai ilmu dan pengetahuan yang amat berguna mengenai sekolah. Perkaraperkara ini dapat saya gunakan apabila saya menjadi seorang guru yang bertauliah
pada masa akan datang. Saya harapkan senarai semak yang saya lakukan ini amat
berguna pada suatu masa yang akan datang.
5.3 TEMU BUAL
Sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (SKS) untuk
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 selama seminggu,
pelbagai temu bual telah saya lakukan. Hal ini juga berkaitan dengan tuntutan
tugasan kerja kursus subjek Murid dan Pembelajaran yang meminta saya mengkaji
berkenaan kepentingan perbezaan individu di dalam bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Saya telah memilih guru mentor iaitu seorang guru
Muzik. Justeru, saya telah mendapat ilmu dan pengetahuan baharu melalui sesi
temu bual yang saya jalankan ini. Saya bertanyakan beberapa soalan yang
berkaitan dan guru tersebut menjawab dengan jawapan-jawapan yang rasional dan
membuatkan saya ingin tahu lebih mendalam. Hal ini membolehkan saya mengkaji
dengan lebih lanjut dan teliti.
Selain itu, saya juga berjaya menemu bual dengan pihak pengurusan sekolah
dan juga guru-guru di sekolah tersebut. Pada mulanya, saya menemu bual Guru
Besar SK Setiawangsa iaitu Hajah Rokiah. Pelbagai isu dan perbincangan yang
dapat saya bicarakan. Saya juga berjumpa dengan Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid bagi membincangkan masalah pelajar sekolah tersebut.

6.0 REFLEKSI

11

Setelah saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK


Setiawangsa selama lima hari iaitu dari 7 Mac 2016 sehingga 11 Mac 2016. Saya
berasa sangat gembira kerana telah berjaya menjalankan program ini dan juga
menerima banyak manfaat dan ilmu pengetahuan melaluinya.
Sebelum menjalankan PBS ini, saya telah menghadiri taklimat yang diberikan
oleh pihak Unit Praktikum. Melalui taklimat, saya telah memahami tentang objektif
pelaksanaan PBS dan menerima arahan tentang tugasan yang perlu dijalankan.
Saya telah berkolaborasi dengan pensyarah dan meminta bantuan senior-senior
untuk menyumbangkan idea dan cadangan untuk menjalankan PBS ini. Saya juga
merancang tentang perkara-perkara yang perlu dilaksanakan semasa di sekolah
bersama dengan rakan-rakan saya.
Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS ini, saya mempunyai peluang untuk
memerhati satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapat mempelajari cara
guru menyampaikan isi pembelajaran dengan menarik dan cara guru mengawal
disiplin murid dengan baik di dalam bilik darjah. Saya telah mengingati cara-cara
tersebut supaya dapat diaplikasikan pada murid-murid apabila saya menjadi guru
pada masa hadapan. Saya juga mempunyai peluang untuk membuat pemerhatian
terhadap prasarana dan alam sekitar sekolah ini. Melalui pemerhatian ini, saya
memperoleh pengetahuan bahawa prasarana dan kebersihan dan keindahan alam
sekitar amat penting bagi sesebuah sekolah.
Dengan ini, saya dapat mengenali sekolah ini dengan lebih mendalam.
Perbincangan dengan pengurusan sekolah, mentor, guru dan kakitangan sekolah
juga telah memberikan pengalaman kepada saya tentang cara menjalankan sesi
temu bual. Saya telah mempelajari cara berkomunikasi yang betul semasa
menjalankan aktiviti ini. Pengalaman ini sangat berguna kepada saya kerana saya
tidak pernah menjalankan temu bual sebelum PBS. Oleh itu, saya dapat
menggunakan ilmu yang saya pelajari sekarang dan digunakan semasa saya
berinteraksi dengan orang lain pada masa depan kelak.

Kesimpulannya, saya telah menerima banyak ilmu pengetahuan melalui PBS


ini. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
12

sekolah yang memberi kerjasama kepada saya dengan sepenuhnya. Saya juga
sangat berterima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang memberi bantuan
semasa saya menyediakan portfolio ini.

7.0 LAPORAN AKHIR

13

Sememangnya Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu


komponen yang penting daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS ini
dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada
perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami
sekolah sebagai institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui
pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti
sekolah.
Objektif PBS ini ialah supaya pelajar dapat memahami dan menyesuaikan diri
dengan budaya sekolah. Selain itu, pelajar dapat mengumpul maklumat tentang
pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah. Saya
telah memilih Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk melaksanakan program PBS
ini. Tempoh pelaksanaan program ini ialah selama 5 hari iaitu dari 7 Mac 2016
(Isnin) hingga 11 Mac 2016 (Jumaat).
Antara sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan diri. Ianya memupuk
sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru,
kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan
murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan
mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan
menjalankan peraturan di dalam kelas. Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi
penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti
kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja merangkumi bidang sukan, malahan
kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh murid-murid dalam
bidang kokurikulum adalah menyeluruh dan diwajibkan.
Sekolah ini juga menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan. Bukan
sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam akademik.
Prestasi sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun. Teknik dan strategi
pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan para pelajar di samping
usaha mereka sendiri. Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti
bagi meningkatkan pencapaian para pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS
dan PROTIM dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah. Selain itu,

14

sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan murid-muridnya.
Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh pihak sekolah.
Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak
belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami
budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam
mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya, Saya juga menggunakan
pelbagai

kaedah

seperti

pemerhatian,

senarai

semak,

dan

temubual.

Kesimpulannya, PBS ini merupakan pengalaman yang sangat baik dan berguna
bagi saya sebelum melangkah keluar sebagai seorang pendidik yang berkualiti pada
masa akan datang.

15

Anda mungkin juga menyukai