Anda di halaman 1dari 15

2.

0 PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1 Pengenalan

Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak Badan
Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Ia bertujuan untuk
memeberi penambahbaikan dan pendedahan awal kepada guru berkaitan alam persekolahan
bermula dari prasarana, iklim, persekitaran dan juga keadaan pelajar. Program ini juga adalah
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang perspektif seorang guru

Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Kg Bruit, Daro. bermula dari 5.02.2018
sehingga 9.02.2018. Saya ditempatkan di sekolah ini kerana saya adalah salah seorang guru
interim pendidikan Islam di sini sekaligus memudahkan urusan PBS ini dijalankan. Saya harap
saya dapat menjalankannya dengan sebaik mungkin. Menerusi tugasan yang saya perolehi, saya
dikehendaki membahagikan masa yang ada selama seminggu untuk mengkaji dan mendapatkan
bahan-bahan bagi kesemua tugasan tersebut. Data-data yang telah saya dapati dan analisis ini
akan dikumpulkan untuk dijadikan satu portfolio. Saya berharap tugasan ini dapat membantu
saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kehendak
pensyarah yang terlibat.

2.2 Sebelum PBS

Sebelum saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya telah menerima taklimat
berkaitan dengan PBS daripada Dr. Kamaruzzaman bin Harun selaku ketua unit praktikum
Institut Pendidikan Guru Kolej Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI). Taklimat ini diadakan di Dewan
Ungku Umar IPGKDRI. Ini merupakan kali pertama kami guru pelatih semester 1 menjalankan
PBS. Taklimat yang ringkas mengenai PBS ini sedikit sebanyak membantu saya dan rakan-rakan
dalam menentukan objektif, pencapaian, fokus utama dan tanggungjawab untuk menyiapkan
tugasan ini.

Antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada saya sebagai guru pelatih
tentang budaya sekolah, melatih saya untuk menyesuaikan
diri di sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan
awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung,pelajar dapat membina kemahiran
berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang
pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah serta mengumpul
maklumat yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Di samping itu ia dapat membina
kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. PBS
membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan. Hal ini sekaligus
dapat meningkat kemahiran intrapersonal dalam diri seorang guru. Selain itu, guru pelatih dapat
mengetahui peranan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang
terdapat di sekolah. Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan semasa guru
pelatih menjadi guru yang sebenar kelak.

Di samping itu, saya juga dikehendaki melihat bagaimana proses PdPc dijalankan melalui set
induksi PdPc, pembinaan dan pengekalan perhatian murid sepanjang proses PdPc, penglibatan
murid dalam aktiviti perbincangan, pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran yang dilaksanakan,
cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid, cara guru menangani gangguan luar
jangkaan semasa proses PdPc sedang berjalan, cara guru menangani masalah tingkah laku murid
dalam proses PdPc, dan cara perlaksaaan aktiviti berkumpulan semasa proses PdPc di jalankan.
Seterusnya cara sesi PdPc ditamatkan.

Untuk memenuhi kehendak tugasan, saya telah menyenaraikan beberapa aktiviti bagi
memudahkan objektif tugasan PBS dijalankan. Seterusnya merancang beberapa strategi
perlaksanaan bagi menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah, menyiapkan senarai tugasan untuk
sesi temubual berserta soalan temubual, sesi lawatan ke kelas dan pemerhatian.
Strategi pelaksanaan sebelum pbs

Hari pertama ( Isnin: 5 Februari 2018)

1. Berjumpa dengan guru besar.


2. Berjumpa dengan guru – guru penolong kanan
3. Berkenalan dan beramah mesra dengan guru
4. Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin
5. Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar

Hari kedua ( Selasa: 6 Februari 2018)

1. Mencari maklumat berkenaan tugasan


2. Menemubual staf – staf sekolah
3. Melihat sesi P&P serta iklim bilik darjah

Hari ketiga ( Rabu: 7 Februari 2018)

1. Menemu bual guru – guru


2. Meneruskan pencarian maklumat

Hari keempat ( Khamis: 8 Februari 2018)

1. Menemu bual guru besar berkenaan pengurusan sekolah


2. Berinteraksi dengan murid – murid
3. Menyusun maklumat – maklumat

Hari kelima ( Jumaat: 9 Februari 2018)

1. Mencari maklumat tambahan


2. Bermesra dengan guru – guru

2.3 Semasa PBS


Sekolah ini adalah institusi pendidikan peringkat rendah yang mana ianya bermula dengan
pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya
telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah ini. Saya telah melakukan kajian
mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang berkarisma
dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan
penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong
Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta guru perempuan. Guru-guru yang mengajar
di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.

Saya diberi masa selama seminggu bermula dari 2.07.2017 sehingga 6.07.2017 bagi menyiapkan
tugasan ini. Tempoh yang diberikan sangat terhad untuk saya siapkan tugasan dengan baik.
Namun penyusunan jadual yang baik mungkin sedikit sebanyak dapat membantu saya
melicinkan tugasan seperti yanng di amanahkan.

Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pengurusan bilik
darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat memasuki kelas tahun 1, 2
dan 4. Setiap darjah hanya mempunyai 1 kelas setiap satu. Melalui pemerhatian tersebut, saya
dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan
keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru kelas tahap dua serta guru penanda kertas
peperiksaan UPSR bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Selain itu,
semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan Psikologi Pendidikan EDM 2203, tugasan ini
mengkehendaki saya melakukan perbezaan murid ekstrovert dan juga introvert.

2.4 Selepas PBS

Setelah selesai semua urusan mengumpul, merekod data, memerhati dan menemubual, saya
meneliti dan mengemaskini segala maklumat yang diperoleh bagi tujuan laporan akhir. Dengan
bantuan dan sokongan seluruh warga sekolah, saya dapat menyiapkan tugasan PBS dengan baik.
Proses temubual dengan wakil pentadbir, guru, staf dan pelajar memberikan saya ilmu dan
pengetahuan yang baru mengenai sekolah amnya dan ilmu pendidikan khasnya.

Kondisi prasarana dan infrastruktur yang baik memberikan impak yang positif kepada pelajar
yang mana proses pembelajarannya dapat berjalan dengan lancar. Tidak bermakna sekolah ini
tidak mempunyai kekurangan. Namun begitu, sekolah ini kekurangan dari segi kemudahan
infrastruktur contohnya seperti bilik sains yang tidak mempunyai alatan secukupnya serta
keadaan bilik air yang kekurangan air. Perhatian yang lebih diperlukan dari semua pihak
bermula dari meja pentadbir hinggalah staf sokongan sekolah. Segala proses yang dijalankan
menjadi lebih mudah apabila tugasan ini dilakukan di tempat saya mengajar sekaligus
memudahkan saya menilai kebaikan dan kelemahan yang terdapat di sekolah ini.

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul dan


mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang
berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai
teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan
sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu
saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan
teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita
menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang
setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan Guru
Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat
membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau
turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di
dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu,
seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan saya, walau
ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap semua itu sebagai beban,
jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia.

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta
pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-
murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi mahupun Intelek. Persekitaran sekolah
dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada
murid-murid. Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong
untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang tidak
mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan
oleh guru-guru di sekolah.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah salah satunya
adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian adalah mengenai prasarana yang
terdapat di Imtiaz Besut. Secara keseluruhannya, prasarana yang terdapat di sekolah ini sangat
memuaskan sesuai dengan sekolahnya Sekolah Berprestasi Tinggi. Ini menyumbang kepada
wujudnya suasana pembelajaran yang baik dan harmoni. Namun begitu, Imtiaz Besut masih
belum mempunyai dewan peperiksaan yang besar yang mana sebelum ini peperiksaan penting
seperti PT3 dan SPM hanya berlaku di kelaskelas biasa yang digabungkan. Dewan tersebut
masih dalam pembinaan kerana bajet dewan baru sahaja diluluskan oleh Perdana Menteri Dato’
Seri Najib Razak dalam lawatannya ke Imtiaz setahun yang lalu.

Selain itu, pembudayaan memberi dan menjawab salam dalam kalangan warga sekolah
sangat baik sekali. Ini menunjukkan seluruh warga bersatu hati dalam memacu sekolah ke arah
kecemerlangan. Terdapat juga poster-poster ilmiah yang ditampal di dinding-dinding bangunan,
kata-hikmah, peribahasa dan kiraan tarikh peperiksaan PT3 dan SPM sebagai makluman dan
langkah persediaan pelajar menghadapi peperiksaan. Semua ini menjana pelajar menjadi lebih
positif dan peka dengan amanah mereka sebagai pelajar.

Dari segi penglibatan guru di kelas pula, rata-rata guru dapat mengawal kelasnya dengan
baik. Ini kerana setiap pendekatan yang dibawa oleh guru menarik minat pelajar untuk belajar
dan mengkaji sesuatu yang baru. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu PdPcc akan diganti
oleh guru lain. Manakala barisan pentadbir juga sentiasa memantau perjalanan sekolah
membantu suasana sekolah sentiasa harmoni.

3.1 Senarai Semak

Selain kaedah pemerhatian, saya juga telah menggunakan senarai semak. Semasa menghadiri
taklimat mengenai PBS bertempat di IPG KDRI baru-baru ini, selain diberi penerangan dan
pendedahan mengenai PBS, kami juga telah dibekalkan dengan sehelai borang senarai semak
sebagai panduan mengenai tugasan yang harus kami jalankan.

Borang senarai semak tersebut mengandungi seluruh tugasan yang harus kami siapkan
merangkumi biodata, penyataan profesional, instrumen penggubalan data berhubung tugasan,
kolaborasi, ilmu atau pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir. Ternyata, senarai semak ini
sangat membantu serta memudahkan saya demi melicinkan dan melancarkan tugasan ini
sepenuhnya.

3.2 Temu Bual

Kaedah temu bual juga digunakan dalam tugasan ini. Saya merasakan kaedah temu bual adalah
salah satu instrumen yang berkesan untuk penambahbaikan dalam setiap tugasan yang diberikan.
Saya menjalankan proses temu bual ini terhadap Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua
Jabatan AlQuran berkenaan modul hafazan ulul albab, guru mentor, staf sokongsn sekolah dan
pelajar. Semasa melakukan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada
mereka. Kerjasama yang diberikan sangat baik dan saya mendapat respon yang sangat
memuaskan berhubung dengan tugasan ini. Proses temu bual ini dikira berjaya dengan wujudnya
kerjasama dan bantuan yang telah dihulurkan oleh semua pihak di setiap peringkat.

3.3 Soal Selidik

Selain daripada ketiga-tiga yang di atas, saya juga telah menggunakan soal selidik. Kaedah ini
digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah ini. Saya telah berjumpa
dengan seorang pelajar dan menanyakan kepadanya tentang suasana pembelajaran, perolehan
daripada pembelajaran dan aktiviti kokurikulum di sekolah, apa yang mendorongnya memilih
sekolah ini dan apa yang menarik mengenai sekolah ini.

4.0 KOLABORATIF
Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam lampiran 1-4
yang telah disediakan oleh pihak IPGKDRI. Di dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan
isi perbincanngan dengan beberapa pihak yang terlibat. Kolaborasi yang dilakukan adalah;
perbincangan dengan pengurusan sekolah, perbincangan dengan mentor, perbincangan dengan
kakitangan sekolah dan perbincangan dengan pelajar. Rekod kolaborasi dengan pihak berkenaan
dicatat di dalam borang kolaborasi berserta tandatangan pengesahan. Lampiran kolaborasi di
ruang belakang.

4.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah IMTIAZ

4.2 Perbincangan dengan mentor IMTIAZ

4.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah IMTIAZ

4.4 Perbincangan dengan pelajar IMTIAZ

5.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU


Maklumat Umum Mengenai Sekolah

Pelan Kedudukan Kelas Tahun 5

MEJA GURU PAPAN PUTIH

PINTU

MEJA MURID MEJA MURID MEJA MURID

PINTU
Pelan Kedudukan Kelas Tahun 2
BAHAN P&P

MEJA GURU PAPAN PUTIH

PINTU

MEJA MURID MEJA MURID

MEJA MURID MEJA MURID


PINTU
Profil Sekolah BAHAN P&P

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Bruit

Kod Sekolah : YBE6407

Gred : B

Sesi : Pagi

Jenis Sekolah : SRK

Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan

Peringkat Sekolah : Prasekolah dan Rendah

Status : Beroperasi

Lokasi Pendaftaran : Luar Bandar

Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan

No PTJ : 602501

Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu

Tarikh Tubuh : 01/01/1949

Bil Optimum Pelajar : 210

Jenis Asrama : Tiada

Keluasan Sekolah : 3.42 ekar

Kantin Sekolah : tiada Kantin / Dewan Makan

Bilangan Bilik Darjah : 6

Bilangan Murid : 192


Bilangan Guru : 17

Bilangan Bukan Guru : 2

Kuartes Guru : Ada

Sejarah Sekolah

Pada awal Tahun 50-an, kampong Bruit sudah memiliki Sekolah Rakyat. Sekolah ini wujud hasil
usaha gigih masyarakat kampong. Di peringkat awalnya, sekolah ini tidaklah begitu sempurna
pengurusannya. Sekolah ini serba kekurangan, bangunan bilik kelas tiada dan terpaksa
menggunakan rumah orang kampong. Rumah kediaman guru-guru juga kurang selesa kerana ia
diperbuat menggunakan bahan-bahan tempatan bertiangkan pohon nibong dan beratapkan daun
nipah. Guru-guru sekolah ini tidak tetap dan elaun mereka dibayar oleh orang kampong. Sekolah
ini juga kekurangan kelengakapan dan perelatan. Jika ada pelajar yang mempunyai kelayakan
dan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, maka mereka terpaksa
dihantar ke sekolah lain.

Oleh kerana keadaan sekolah yang ditanggung oleh masayarakat kampong ini kurang
memuaskan , maka sebuah Jawatankuasa Sekolah telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini ditubuhkan
bertujuan untuk menangani masalah yang dihadapi dan hal-hal yang berkaitan. Jawatankuasa ini
terdiri daripada senbilan orang sahaja. Pada tahun 1958 sekolah ini telah diambil oleh District
Council. Sekolah ini mula didirikandan digunaka pakai pada tahun yang sama. Nama sekolah
rakyat ini ditukar kepada ‘Dawis Primary School’. Nama ini wujud sempena nama tokoh
tempatan di kawasan berkenaan. Sekolah ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Guru besar pertama ialah Cikgu Abas Bagong dan dibantu oleh guru-guru anak
tempatan Matu-Daro.

Pada tahun 1963 setelah Sarawak mencapai kemerdekaan, “Dawis Primari School”
ditukar nama kepada “Sekolah Rendah Kerajaan Kampung Bruit”. Guru besar pertama sekolah
ini ialah Cikgu Abdul RahimK.A Yahya. Kini sekolah ini juga telah bertukar corak. Sekolah ini
telah dilengkapi dengan banyak bangunan dan pelbagai kemudahan yang lebih baik. Pada tahun
1964 adalah detik permulaan Sekolah Kampung Bruit melangkah masuk ke darjah Enam dan
kali pertama di sekolah ini para pelajar menduduki Ujian Kelayakan “common Entrance”. Para
pelajar yang lulusakan diterima untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Pada tahun
1999 nama sekolah kini telah ditukar sekali lagi dengan nama “Sekolah Kebangsaan Bruit”.

Kemudahan Dan Infrastruktur Sekolah


Carta Organisasi Sekolah

Logo Sekolah
Lagu Sekolah

Visi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampung Bruit melahirkan insan yang yang berilmu, seimbang dan
harmonis

Misi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampung Bruit membangunkan potensi individu melalui pendidikan


berkualiti

6.0 REFLEKSI

Laporan Akhir

Anda mungkin juga menyukai