Anda di halaman 1dari 9

1

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan

Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk

memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih kearah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang disamping menjadi insan contoh kepada masyarakat. Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Arasanatau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan jugfa sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur, infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan. Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik disamping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 RASIONAL Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Coveys Seven Habits of Hightly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efektif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentak gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih efisyen di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Disamping itu, guru-guru pelatih PISMP 2010 PK/PJ/BM 03 (Mentor: En. Hasim Bin Saari) dan PK/PJ/BM 02 (Mentor: Pn. Suraya Bt Bai) (Semester 5) dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina reality wawasan negara.

3.0 MATLAMAT

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP 2010 PK/PJ/BM 03 (Mentor: En. Hasim Bin Saari) dan PK/PJ/BM 02 (Mentor: Pn. Suraya Bt Bai) (Semester 5) diharapkan dapat:

3.1 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama. 3.2 Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap yang muhibah di antara satu sama lain. 3.3 Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apajua keadaan. 3.4 Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik. 3.5 Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

4.0 OBJEKTIF

Sasaran kepada guru pelatih PISMP PK/PJ/BM 03 (Mentor: En. Hasim Bin Saari) dan PK/PJ/BM 02 (Mentor: Pn. Suraya Bt Bai) (Semester 5) selepas mengikuti lawatan agar dapat:

4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan. 4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang. 4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah. 4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya. 4.5 Memahami perlaksanaan infostrukur di sekolah dengan lebih efisyen.

5.0 LAPORAN PROGRAM LAWATAN BENCHMARKING (SEKOLAH CEMERLANG)

SEBELUM Pada semester ini, Semua pelajar semester 5 diwajibkan untuk mengadakan lawatan Benchmarking. Lawatan ini dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu satu kumpulan terbahagi kepada dua buah kelas. Kelas saya iaitu kelas PK/PJ/BM 03 bergabung tenaga bersama kelas PK/PJ/BM 02. Sebelum mengadakan sesuatu lawatan, perlantikan jawatankuasa perlu dilakukan bagi menggerakkan sesuatu program. Oleh itu, Mohamad Hafiz Bin Jamal telah dipilh sebagai orang penting untuk menjayakan program ini. Selepas itu, penyediaan kertas kerja perlu diurus oleh setiausaha program yang diberi tanggungjawab kepada Siti Intan Farahana Bt Mohd. Fauzy. Seterusnya, bendahari yang disandang oleh Nor Azmilia Bt Aziz juga memainkan peranan yang penting dalam menguruskan elaun makan pelajar bagi kumpulan kami. Jawatankuasa kecil juga banyak membantu dalam menjayakan program ini seperti ahli jawatankuasa makanan, peralatan, kebajikan, pengangkutan, cenderahati, protokol, dokumentasi dan buku program.

SEMASA Pada 24 April 2012 yang lalu, kumpulan saya telah membuat satu lawatan Benchmarking di Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre, Sungai Petani. Sebelum bertolak kesana, kumpulan kami diminta berkumpul berhampiran dengan banggunan Gerko pada seawal 8.00 pagi. Setelah kehadiran pelajar mencukupi, kami diedarkan dengan sarapan pagi iaitu nasi lemak, kuih karipap, kuih pau dan sebotol air mineral untuk menjamu selera. Semasa menunggu bas, saya dan rakan menjamu selera dahulu sebelum bertolak ke sana kerana dikuatiri tidak sempat untuk sarapan pagi apabila sampai disana nanti. Pada tepat jam 8.30 pagi, bas IPDA telah tiba di tempat yang kami tunggu, semua pelajar diminta untuk menaiki bas dengan tertib seperti seorang yang berwatak guru.

Kumpulan saya lewat tiba di destinasi pada pukul 9.45 pagi, dalam perancangan sebenarnya kumpulan saya perlu tiba seawal 9.00 pagi. Kumpulan saya berasa kesal kerana telah menyebabkan guru-guru disitu menunggu kehadiran kami. Setibanya di sekolah, terdapat dua orang wakil guru menunggu dan menjemput kami untuk melaksanakan lawatan program. Kami bersalaman dengan Guru Besar sekolah dan diiring masuk ke Bilik Tayangan. Dalam bilik tayangan itu, kami telah ditunjukkan Power Point mengenai sejarah sekolah, tokoh, pencapaian sekolah, kolaborasi, jalinan antarabangsa dan program-program yang telah dilaksanakan. Terdapat seramai 53 orang kakitangan staf dan guru yang mentadbir sekolah ini dan seramai 894 orang murid sekolah tersebut. Visi sekolah ini adalah Pencorak Generasi Cemerlang. Slogan sekolah ini adalah serlah potensi diri. Setelah itu, pada pukul 10.05 pagi, sesi ini diambil alih oleh Guru Besar sendiri untuk memberi ucapan kata-kata aluan dan sedikit taklimat mengenai guru yang berkesan dan berkualiti, penilaian yang dijalankan disekolah serta beberapa tips program serta cara menguruskan sekolah. Guru Besar juga telah menceritakan sejarah perkhitmatan beliau dalam bidang perguruan. Beliau merupakan guru Sekolah Menengah Convent dan dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar disekolah Kebangsan Tikam Batu selama 4 tahun dan akhirnya menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Convent pula sehingga kini.

Berikut merupakan beberapa pengetahuan baru yang sempat saya catat semasa sesi taklimat bersama Guru Besar: I. Penilaian : UPST/UPPT/UPPA/UPAT ( ujian bulanan, pertengahan dan akhir tahun diganti dengan nama berikut). II. Sistem pemarkahan Komputer (ibu bapa boleh lihat pencapaian semua murid melalui internet). III. IV. Esprit De Corp (duit yuran fotostate murid). Program Percambahan Minda (30 orang murid cemerlang dilantik sebagai Doktor Muda: Program Kementerian Kesihatan). V. Bicara Minda (sesi pagi)/ Enrich Your Word (sesi petang) VI. Dilaksanakan 15 minit semasa rehat.

Hadiah Hari Lahir

VII. VIII. IX. X.

Semua murid dapat baucer buku. Semua guru dan staf dapat hadiah buku daripada Guru Besar.

Undangan makan bersama Guru Besar kepada pelajar yang cemerlang. Bersih Budayaku (tandas). Anugerah Puteri Budi Bahasa. Hari Ahad: Wajib bawa buku peraturan dan murid baca dihadapan guru kelas. Murid yang tidak membawa buku peraturan akan didenda.

Terdapat juga 20 Anugerah yang sedang dilaksanakan di sekolah tersebut. Namun 19 Anugerah sahaja yang sempat saya catat iaitu: 1) Anugerah Sejambak Budi Semerbak Kasih Pemenang: semua guru dan staf

2) Anugerah Terima Kasih Daun Keladi Guru tahun 6 Pasukan guru Asah Minda Guru dan staf

3) Anugerah Guru Kelas Mithali 4) Anugerah Penyelaras Aliran Prihatin 5) Anugerah Buku Bertugas Penyayang 6) Anugerah Guru Bilik Khas Cemerlang 7) Anugerah Program Kreatif dan Inovatif 8) Anugerah Percambahan Minda Terbaik 9) Anugerah Guru cakna Register 10) Anugerah Program Khas Terpilih 11) Anugerah Budi Bahasa Budaya Kita 12) Anugerah Staf Bercitra 13) Anugerah Prakarsa (inisiatif/ buku latihan murid) 14) Anugerah Pengurusan Kurikulum 15) Anugerah The Early Birds (guru datang awal/pulang lewat) 16) Anugerah Guru Staf Terbilang (guru yang tidak pernah ambil cuti) 17) Anugerah Semarak Jaya

18) Anugerah Guru/ Staf Gemilang (Anugerah Terunggul) 19) Anugerah Kita Sederap ( Penghargaan kepada PIBG) Setelah tamat taklimat iaitu pada pukul 11.15 pagi, pensyarah pula diminta mengucapkan sedikit kata-kata ucapan. Setelah itu, sesi penukaran hadiah antara sekolah dan pihak kami berlangsung. Taklimat ini tamat dengan jemputan sarapan pagi di kantin sekolah. Pihak sekolah menyediakan menu sarapan pagi iaitu nasi lemak seperti menu yang kami makan semasa sebelum bertolak.

Dalam kira-kira jam 11.40 pagi, kumpulan saya dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kelas masing-masing untuk aktiviti melawat iklim dan budaya sekolah, infrastruktur dan infostruktur sekolah. Saya dan rakan kelas diminta untuk mengikuti En. Tan yang merupakan wakil guru untuk menerangkan mengenai infrastruktur sekolah dengan lebih lanjut. En. Tan memperkenalkan kantin sekolah dahulu kepada kami yang mempunyai infrastruktur yang sangat. Walaubagaimanapun masih terdapat kekurangan dari segi meja dan kerusi makan yang tidak dapat dimuatkan dalam ruang kantin yang kecil. Namun, kekurangan tersebut tidak menjadi masalah kepada pihak sekolah, murid-murid diminta makan bersila dan bersimpoh dilantai yang bersih yang disediakan. Terdapat juga pentas kecil di kantin sekolah yang menjadi pusat aktiviti Bicara Minda untuk murid yang bertugas. Bicara Minda ini berlangsung 15 minit terakhir semasa rehat. Murid-murid dilatih untuk menggunakan mikrofon supaya menjadikan mereka lebih berkeyakinan diri untuk berucap. Terdapat juga banyak papan info mengenai subjek, kurikulum serta paparan program yang telah dilaksanakan.

Setelah itu, kami melawat pula koperasi sekolah yangterletak berhampiran dengan kantin sekolah. Walaupun keadaan koperasi yang kecil namun, struktur koperasinya nampak menarik. Terdapat pelbagai barang yang dijual di koperasi sekolah tersebut dan harganya yang berpatutan.

Tempat ketiga lawatan kami adalah banggunan bilik darjah murid. Dalam banggunan yang kecil dan sempit. Namun, pelbagai info dan kreativiti guru masih sempat untuk ditonjolkan dengan pelbagai sudut yang menarik yang telah diwujudkan.

Terdapat sudut bacaan, sudut muzik dan pesentrian yang diwujudkan oleh pihak sekolah. Antara bilik darjah yang sempat kami masuki adalah bilik darjah, makmal sains dan surau. Keseluruhan sekolah tersebut ditutupi dengan bumbung. Oleh itu, muridmurid terlindung daripada cahaya matahari dan hujan. Disebabkan faktor itu juga, menyebabkan haba terperangkap dan menjadikan kawasan sekolah tersebut panas dan mungkin juga disebabkan struktur banggunan sekolah yang berbumbung rendah menjadikan kawasan sekolah berhaba. Namun begitu, ibu bapa tidak kisah dan makin ramai yang menggalakkan menghantar anak mereka untuk bersekolah disitu.

Tempat kempat lawatan kami adalah bilik guru. Bilik guru juga terletak berhampiran dengan kantin sekolah. Walaupun ruang bilik guru yang kecil, namun guru-guru disitu komited untuk mengajar murid-murid disekolah tersebut dengan penuh semangat dan gembira.

Setelah itu, kami singgah pula ke Pusat Sumber Sekolah. Pusat sumber sekolah tersebut begitu menarik dan unik. Terdapat tingkat atas bagi bilik untuk Pusat Sumber Sekolah. Tetapi tingkat atas tidak digunakan kerana struktur sudutnya yang kecil dan ketinggiannya yang rendah tidak sesuai sebagai sudut bacaan. Terdapat juga sudut TMK dan sudut bacaan santai yang menarik perhatian kami.

Lawatan terakhir saya dan rakan kelas pula ialah pejabat sekolah yang mempunyai Bilik Info. Dalam Bilik Info tersebut terdapat pelbagai dokumen dan dokumentasi yang disusun teratur dan menarik. Dalam bilik tersebut juga terdapat Fail Peribadi Murid, Takwim Sekolah, Sijil-Sijil Pencapaian Murid, fail-fail Pengurusan Sekolah dan album program-program yang telah dijalankan.

Lawatan kami tamat pada pukul 12.45 tengah hari dengan aktiviti sesi bergambar antara guru sekolah tersebut dan pihak kami. Pelbagai ragam kami ketika bergambar sangat menyeronokkan walaupun berada dibawah panas terik matahari. Perasaan gembira dapat melawat sekolah ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya

ucapan terima kasih sahaja yang mampu diucapkan dan diringi dengan salam antara Guru Besar dan guru-guru yang ada disitu.

SELEPAS Tamat sudah lawatan ke Sekolah Kebangsaan Convent di Sungai Petani. Oleh itu, perkara paling penting yang perlu diingati adalah dengan menyiapkan laporan dan refleksi seperti BIG sebelum ini sebagai dokumen penting untuk simpanan diri sendiri dan juga pihak IPG. Tempoh penghantaran laporan dan refleksi adalah dua atau tiga hari selepas BIG Bengkel.

Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

Anda mungkin juga menyukai