Anda di halaman 1dari 22

A. KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 - 2013 1.

0 PENGENALAN Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru disediakan untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2001, di bawah Komponen Asas Dinamika Guru. Sukatan pelajaran ini menekankan kepada unsurunsur hidupbermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan Insan Guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asaspembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi guru teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep Dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta Peranan Dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema utama ini direalisasikan melalui satu program khidmat masyarakat dan diberi pemberatan sebanyak satu jam kredit.

2.0 MATLAMAT PROGRAM Program ini berhasrat mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, guru-guru dapat; 3.1 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. .3.2 Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang positif. .3.3 Menguji daya ketahanan fizikal, rohani, mental dan emosi.

3.4 Menguasai kemahiran bekerja secara berkumpulan serta memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. 3.5 Merancang,melaksana , memimpin program, bekerjasama dan mengambilperanan secara peranan secara aktif dalam kumpulan.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM 4.1 Nama program : Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru fasa II 2013. Tarikh Program : 1 Oktober 2013.

4.3 Tempat Program: Bilik Komputer, Sek Keb Suka Menanti, 05150 Alor Setar, Kedah. .4.4 Jumlah Peserta : 47 orang murid dan 30 orang guru

5.0 JADUAL PROGRAM: (Selasa: 1 Oktober 2013) 07.30 pg: Pendaftaran 08.00 pg: Ucapan Guru Besar. 08.20 pg: Ceramah 10.00 pg: Sesi soal jawab 10.30 pg: Ceramah selesai. Majlis penyampaian cendera hati. 10.40pg : Makan pagi. 11.00 tgh: Berkumpul di kantin. Pembahagian kumpulan. 11.15 pg: Bergotong royong mengikut kawasan masing-masing. 01.30 tgh: Gotong royong selesai. 01.30 tgh: Ucapan penutup 01.45 ptg: Bersurai

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Naib Pengerusi : En Kasim b Ali :En Othman b Che Noh Pn Mashita bt Shariff Setiausaha Bendahari :Pn Zainab bt Hashim :Pn Nor Aziyan Bt Ahmad - Guru Besar -PK HEM - PK KK -Guru BIG Fasa III

Jawatan Kuasa Kerja Siaraya Peralatan Jemputan Makanan Dan Minuman Peralatan Cenderahati Juru Acara Pembaca Doa :En Norazam bin Mahizir :En Azmi b Mahmud :Pn Masriyah bt Shafie :Pn Fadzillah bt Saad :En Khairuddin bin Mustaffa :Pn Mazita bt Md Desa :En Shahrin b Shuib :Us Abdul Ghani b Said

7.0 SENARAI PESERTA GURU DAN MURID Seperti di lampiran

8.0 PERALATAN 1. Penyapu 2. Penyodok Sampah 15 batang 6 batang 3

3. Cangkul 4. Kereta Sorong 5. Kain buruk 6. Penyakar sampah 7. Baldi 8. Mop 9. Penyapu lidi 10.Cat

6 batang 6 buah 15 helai 6 batang 6 buah 6 buah 15 batang 3 tong

Semua peralatan dibawa oleh murid-murid kecuali kereta sorong dan cat serta peralatan untuk mengecat disediakan oleh pihak sekolah.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM a. Punca pendapatan Program BIG ini adalah daripada duit suwa sekolah di bawah unit bimbingan dan kaunseling berjumlah :RM 545.00 Jumlah :RM 545.00

BIL PERKARA

JUMLAH

1.

Makanan dan Minuman a. Jamuan pagi (RM3.00x74 orang) RM 245.00 RM 100.00 Cenderahati Penceramah

2.

3.

Minuman dan roti bagi aktiviti gotong royong JUMLAH

RM 200.00 RM 545.00

10.0 PENUTUP Melalui program ini diharapkan semua guru-guru dapat menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan menjadi seorang guru yang berjaya pada masa hadapan.Sesungguhnya program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai lagi guru yang berkualiti pada masa hadapan. Semoga tema program Guru Pembina Negara Bangsa akan dapat direalisasikan selari dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan guru yang berkualiti demi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa depan. Disediakan oleh,

................... (ZAINAB BT HASHIM) Setiausaha Program Gotong Royong Dan Ceramah BIG

LAPORAN

B.

LAPORAN REFLEKTIF

Program Bina Insan Guru Fasa 2 Tarikh Tempat : 7 Oktober 2013 : SK Suka Menanti, 05150 Alor Setar, Kedah.

Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat juga boleh dianggap sebagai sekumpulan individu yang mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat. Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan.

Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek.

Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Program Seminar Pendidikan merupakan program yang dirancang di bawah Program Bina Insan Guru. Kualiti Peribadi Dan Profesionalisme Seorang Guru merupakan tema ceramah pendidikan ini. Sebagai seorang guru yang berpengalaman perlulah disegarkan kembali minda iaitu hendaklah mengetahui tentang peranan mereka dalam masyarakat selain tugas-tugas harian seorang guru. Maka dengan ini guru dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan jayanya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk pembangunan dan kemajuan negara. Matlamat BIG ini, adalah untuk menguji serta mencabar daya ketahanan fizikal, mental, emosi setiap individu yang bergelar seorang guru untuk digunakan 100% secara maksimum. Aktiviti ini juga, ingin mengenal pasti sifat kepimpinan seorang guru kepada anak-anak bangsa. Di samping itu juga, ia meningkatkan lagi jati diri, kayakinan serta keberanian diri seorang guru untuk menempuh cabaran-cabaran di era dunia tanpa sempadan ini. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan tali silaturahim di kalangan guru-guru serta masyarakat sekeliling dari pelbagai bangsa, agama dan juga kepercayaan. Melalui program BIG, peserta dapat mencapai objektif : 1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama. 2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. 8

3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. 4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta perpaduan masyarakat. 5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan guru yang seimbang dan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

Fasa 1 Ceramah 1.0 Kualiti Peribadi Dan Profesionalisme Seorang Guru Perjalanan program fasa 1 ini telah dimulakan dengan pendaftaran guru-guru .Kaunter pendaftaran telah dibuka seawal jam 8.00 pagi.Kehadiran yang direkodkan ialah seramai 30 guru SK Suka Menanti telah hadir untuk mengikuti ceramah yang diadakan. Tepat jam 9.00 pagi acara telah dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu En Shahrin b Shuib.Seterusnya untuk memberkati lagi program ceramah yang diadakan bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Ghani bin Said selaku Ketua Panitia Agama Islam SK Suka Menanti. Seterusnya ucapan guru besar En Kasim b Ali Guru besar mengucapkan kata aluan dan selamat datang kepada semua guru yang hadir. Antara isi kandungan ucapan guru besar ialah beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana melaksanakan program BIG iaitu khidmat 9

masyarakat dan ceramah yang mana faedahnya dapat diperolehi oleh pihak sekolah serta guru-guru di sekolah ini. Kekuatan yang diperolehi daripada ucapan guru besar ialah memastikan guru mempunyai kualiti peribadi dan profesinalisme untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang di masa akan datang.. Program ceramah Kualiti Peribadi Dan Profesinalisme Seorang Guru iaitu ceramah pembinaan insan guru yang seimbang.Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn Hamidah bt Wahab Pegawai PPD Kota Setar peringkat negeri Kedah. Antara kekuatan yang dapat kami kenal pasti melalui ceramah ini adalah penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan.

Penceramah menggunakan persembahan multimedia yang menarik yang mana pemilihan warna slaid dan pautan menjadikan para hadirin tidak bosan dan dapat Huraian yang

memahami isi kandungan ceramah yang hendak disampaikan.

disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini membolehkan para peserta ceramah dapat memanfaatkan ceramah yang disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan. Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas dan teratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambil iktibar akan apa yang telah disampaikan . Selain itu, kekuatan yang kami dapati semasa aktiviti ceramah tersebut berlangsung adalah tempat yang disediakan adalah sangat selesa serta

berhawa dingin untuk para peserta mendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi gaya pendengar.

10

Kelemahan program ini ialah siaraya yang digunakan menghadapi masalah iaitu masalah teknikal. Maklumat yang hendak disampaikan terganggu oleh masalah ini. Kelemahan itu dibaiki semula oleh AJK bahagian peralatan. Ancaman yang kami dapati semasa ceramah ialah terdapat segelintir guru yang tidak memberi perhatian terhadap ceramah yang diberikan antaranya ialah dengan cara berbual kosong dan ada juga melayari internet melalui telefon pintar. Dengan keadaan ini dikhuatiri objektif penceramah untuk menyalurkan maklumat PBS tidak tercapai. Program ceramah tamat pada pukul 10.15 pagi. Semua guru-guru dan juga pelajar IPG dijemput untuk menikmati jamuan minum pagi dikantin sekolah. Menu jamuan pagi itu ialah nasi lemak sambal bilis dan juga kuih. .Setelah selesai menikmati jamuan semua guru bergerak untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan iaitu gotong royong membersihkan bilik darjah dan kawasan sekolah.

Fasa 2 Aktiviti Kemasyarakatan 2.0 Gotong Royong Membersihkan Kawasan Sekolah Tepat jam 10.40 pagi kami semua berkumpul di dalam kantin sekolah bersama-sama dengan murid.tahun Kurikulum membuat pembahagian kumpulan 5 dan 6. Seterusnya Penolong Kanan Ko kumpulan dilakukan dan secara juga adil tugasan agar yang tidak perlu berlaku

dilakukan..Pembahagian

pertelingkahan dan rasa tidak puas hati.Setelah kami semua memahami bidang tugas masing-masing maka aktiviti gotong royong pun bermula pada jam 10.50 pagi.

Aktiviti gotong royong tamat pada pukul 1.30 petang. Kami berasa amat gembira dan berpuas hati melihat perubahan kawasan sekolah. Kawasan sekolah yang bersih 11

dan ceria akan menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Murid akan berasa selamat sekiranya melakukan aktiviti di luar bilik darjah. Antara kekuatan yang diperolehi semasa menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini iaitu gotong royong membersihkan kawasan sekolah kepada kami antaranya ialah kami dapat bertukar-tukar pendapat mengenai keceriaan di kawasan sekolah .Selain itu juga kami dapati hubungan kami menjadi lebih rapat semasa menjalankan aktiviti ini. Kelemahan yang kami dapati semasa menjalankan aktiviti ini kelengkapan untuk aktiviti pembersihan tidak mencukupi contohnya bilangan penyapu tidak apabila dapat berbual-bual

mencukupi,ketiadaan penyapu bulu ayam untuk membersihkan tingkap dan juga ketiadaan baldi untuk membersihkan tingkap.Kami mengharapkan agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi apabila menjalankan aktiviti gotong royong lagi pada masa akan datang. Ancaman yang didapati daripada aktiviti ini ialah kekurangan air minuman. Terdapat rakan-rakan kami yang kehausan tidak dapat minum untuk melepaskan dahaga. Jawatankuasa yang bertanggungjawab bahagian makanan ini memohon maaf dan mengambil iktibar agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Peluang yang kami perolehi daripada aktiviti ini ialah mendapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menceriakan kawasan sekolah. Guru-guru dapat membersihkan bilik darjah dengan bantuan murid-murid dan di kawasan luar bilik darjah. Tepat jam 1.30 petang kami mengadakan majlis penutup di Kantin Sekolah Kebangsaan Suka Menanti. Pengacara majlis En Shahrin bin Shuib telah menjemput En Kasim bin Ali untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup program ini. Antara ucapan En Salleh ialah beliau memuji sikap kami yang masih lagi bersemangat walaupun selepas mengadakan aktiviti gotong royong.Beliau juga mengharapkan kami memperolehi sesuatu yang berguna untuk meningkatkan lagi martabat profesion perguruan. Majlis bersurai pada pukul 1.45 tengah hari.

12

C.

REFLEKSI GURU

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di SK Suka Menanti pada 1 Oktober 2013 yang lepas. Saya berasa

begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.

Sesi BIG fasa 1 mengenai akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan menepati masa. Di sini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan menyedarkan betapa pentingnya menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru yang selalu datang lewat ke kelas dan memberi begitu banyak alasan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti akan diambil serius oleh semua guru.

Akhir sesi ceramah fasa 1, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan kepada kami semua guru- guru supaya membuat satu anjakan paradigma dalam mengamalkan budaya guru dalam kehidupan.

Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita.

Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial dengan 13

orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang.

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.

14

LAMPIRAN

15

Lampiran I

Senarai Peserta Murid Yang Mengambil Bahagian


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 16 18 19 20 21 22 NAMA PELAJAR TANDA TANGAN

16

23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47

17

Lampiran III
Sekolah Kebangsaan Suka Menanti, 05150 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN.

Ruj : (1)dlm.BI/ SKSM /2013 Tarikh : 29 SEPTEMBER 2013 Kepada : Guru Besar SK Suka Menanti, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tuan, JEMPUTAN MERASMIKAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA II Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan itu tuan dijemput untuk merasmikan seperti ketetapan berikut : Tarikh : Masa : Tempat : program ini yang akan diadakan

1 OKTOBER 2013/SELASA 8.00 Pagi Bilik Komputer Sek Keb Suka Menanti

3. Segala perhatian, kerjasama dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, ............. (ZAINAB BT HASHIM) Setiausaha Program

18

Lampiran IV
Sekolah Kebangsaan Suka Menanti, 05150 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN.

Ruj : (2)dlm.BIG2/ SKSM /2013 Tarikh : 29. SEPTEMBER .2013 Kepada : Pn Hamidah bt Wahab Melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, Jalan Sultanah Sambungan, 05200 Alor Setar. Puan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BAGI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA II DIBAWAH TAJUK KUALITI PERIBADI DAN PROFESIONALISME SEORANG GURU Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 3. Sehubungan itu Puan dijemput untuk menyampaikan ceramah dan bengkel program ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh Masa Tempat Bil.Peserta : : : : 1 OKTOBER 2013 / SELASA 8.00-10.30 Pagi Bilik Komputer Sek keb Suka Menanti 30 orang guru bagi

4. Segala perhatian, kerjasama dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, ............. (ZAINAB BT HASHIM)
Setiausaha Program

19

GAMBAR CERAMAH KUALITI PERIBADI DAN PROFESIONALIME SEORANG GURU

20

GAMBAR GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

21

CD BIG FASA 2

22

Anda mungkin juga menyukai