Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini merupakan
sebuah program yang dilaksanakan pada semester pertama Program Ijazah Sarjana
Muda (PISMP) Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti
luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti
yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri ( real- self ) dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan
guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan
mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah


secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu,
kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping
program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang
unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan
Guru ( IPG ).

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Model konseptual pendidikan guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga


dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi
itu dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut :
Ketuhanan

Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan, dan amalan


individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran
agama.

Kemasyarakatan : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan


sebagai agen perubahan.
Kendiri

: Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotism,


pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti
mulia

MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan
diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan
guru

merupakan

usaha

berterusan

sepanjang

program

pendidikan

keguruan

berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah
pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan perkhemahan ( 4 hari 3
malam ) yang akan dilaksanakan pada awal semester pertama. Aktiviti perkhemahan ini
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan
guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG.

OBJEKTIF
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini, guru pelatih diharapkan dapat
menguasai kemahiran atau penglaman yang baru seperti yang disenaraikan di bawah.
Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza.
Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan
atau aktiviti.
Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani(spiritual)
dan sosial.
Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama, dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan.
Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum.

Bersyukur

kepada

Allah

S.W.T

kerana

saya

dapat

menyiapkan tugasan ini tepat dengan jadual yang telah ditetapakan.


Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Haji Hassan bin
Jaafar selaku tutor kelas saya kerana membimbing dan membantu saya sepanjang
Program BIG. Terima kasih juga kepada Encik Abdul Rahim bin Hj. Ibrahim selaku
Ketua Jurulatih untuk Program BIG, Encik Ahmad Nadri bin Mat Daud selaku
Penyelaras BIG dan para fasilitator yang lain. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya
yang membantu saya dari segi moral dan kewangan. Sokongan moral mereka banyak
membantu saya untuk menempuhi cabaran yang mendatang. Terima kasih juga kepada
kawan-kawan yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Melalui kerja kursus dan Program BIG ini banyak ilmu yang telah saya dapat
dan apa yang telah kami lakukan dapat saya ingat dengan lebih jelas. Segala yang
baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala yang buruk itu datangnya dari
kelemahan diri saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
ABDUL HADI BIN MOHAMED JAMAL

RUMUSAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, dapat saya
menjalani program Bina Insan Guru (BIG) dengan baik. Saya berasa amat bertuah
kerana diberi peluang untuk menimba pengalaman selama 4 hari 3 malam di kem Tasik
Beris, Sik, Kedah. Untuk program Bina Insan Guru pada semester ini, kami dikehendaki
melakukan tugasan perkhemahan secara berkumpulan. Tugasan ini mendidik kami
berjiwa kental dan bersemangat waja dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
ditetapkan dalam program ini. Secara jujur, aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam
program ini banyak memberi impak yang positif kepada diri saya. Saya yakin, peluang
dan cabaran yang dikutip menerusi program ini mampu memantapkan jati diri saya
sebagai seorang pendidik kelak. Selain itu, program ini juga mampu meningkatkan
keyakinan diri saya.

Bidang perguruan memerlukan keyakinan diri yang tinggi.

Keyakinan yang tinggi mampu membantu kita untuk melaksanakan proses pengajaran
yang berkesan di dalam kelas. Jika guru-guru mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
anak murid akan lebih berminat untuk mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas.
Justeru, situasi ini membantu dalam membina komunikasi dua hala di dalam kelas.
Selain itu, guru-guru juga dapat menangani masalah kehadiran para pelajar ke sekolah.
Disamping itu, program ini turut memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan
hidup secara bermasyarakat. Sebagai manusia normal, kita tidak mungkin hidup secara
berseorangan. Kehidupan bermasyarakat secara harmonis mampu membantu individu
hidup secara seimbang daripada aspek intelek, emosi, rohani, jasmani, intelek dan
sahsiah. Selain itu kerja secara berkumpulan juga mampu menghasilkan mutu yang
baik serta berkualiti. Sebagaimana yang dapat kita lihat, semua aktiviti dijalankan
secara berkumpulan. Jadi, motif utama program Bina Insan Guru ini adalah memupuk
semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas secara berkumpulan. Program ini membuktikan bahawa setiap bakal guru pelatih
sebenarnya memerlukan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam
menyempurnakan sesuatu tugasan. Sebab itulah, kehadiran

para fasilitator sepanjang program ini sangat bermakna dalam memberi tunjuk ajar
kepada kami untuk menjayakan program ini. Program ini juga mampu meningkatkan
disiplin kendiri saya serta kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai
mengikut situasi. Kesimpulannya, seorang guru haruslah mencedok gaya hidup seperti
binatang sumpah-sumpah, yang dapat mengadaptasikan diri mengikut kesesuaian
persekitaran. Justeru, bakal guru yang menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru dapat dihasilkan untuk melahirkan murid yang berkualiti dan
berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

KEKUATAN
i.

Kerjasama dalam kumpulan


Sepanjang program ini berlangsung, setiap ahli dalam kumpulan mempunyai
tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Kesannya, sikap kerjasama dalam
ahli kumpulan dapat ditonjolkan. Setiap peserta saling tolong-menolong jika
terdapat sebarang masalah atau melakukukan sesuatu pekerjaan seperti
memasak, memasang khemah, dan lain-lain lagi.

ii.

Patuh kepada arahan ketua


Sepertimana biasa, dalam sesuatu kumpulan atau organisasi, perlu ada seorang
yang mengetuainya iaitu ketua. Setiap kumpulan dalam program BIG ini
mempunyai ketua ketika melakukan sesuatu aktiviti seperti kembara sosial.
Sepanjang aktiviti ini berjalan, setiap arahan daripada ketua dipatuhi oleh setiap
ahli kumpulan sehingga berjaya menamatkan kembara sosial. Patuh kepada
arahan ketua amat penting kerana untuk mengelakkan kekeliruan atas banyak
pendapat daripada semua ahli.

KELEMAHAN
i. Kurang daya tahan fizikal
Semasa aktiviti berakit dijalankan, terdapat beberapa peserta yang mendayung
rakit berhenti mendayung kerana tidak larat menyebabkan pergerakan rakit
menjadi perlahan. Namun, atas sokongan dan dorongan rakan-rakan yang lain,
kami dapat juga berakit hingga ke garisan penamat.
PELUANG
i.

Menghayati alam flora dan fauna


Antara peluang yang dapat saya perolehi ialah melihat dan menghayati alam
flora dan fauna iaitu ketika menjalankan aktiviti kembara sosial. Saya dapat
melihat sendiri dengan mata saya kehebatan dan kebesaran Allah S.W.T dalam

penciptaan-Nya. Selain itu, saya dapat menghayati keadaan sebenar suasana di


kampung.
ii.

Mempelajari cara-cara ikatan tali


Ilmu ikatan tali amat penting, terutamanya ketika berada di dalam hutan atau di
tempat lain. Melalui aktiviti Ikatan, saya dan peserta-peserta lain diajar tentang
beberapa jenis ikatan seperti ikatan simpul kasih, pencuri, manuk dan tindih
kasih.

iii.

Mempelajari cara sebenar untuk menggunakan kompas


Semasa slot Panduan Bering @ Orientering, semua peserta diajar cara
sebenar untuk menggunakan kompas untuk menuju ke sesuatu destinasi. Ini
adalah kerana bacaan kompas yang betul amat penting supaya perjalanan
kumpulan masing-masing ke destinasi yang ingin ditujui tidak sesat.

iv.

Memasak
Satu lagi perkara yang saya dapat pelajari ialah cara untuk memasak. Giliran
memasak untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang dan makan
malam disediakan oleh peserta-peserta yang berbeza mengikut giliran dalam
kumpulan. Melalui aktiviti ini, saya dapat peluang untuk memasak sendiri dengan
peserta-peserta yang lain.

ANCAMAN
i.

Kawasan yang licin dan berbahaya


Keadaan tebing yang curam dan agak licin untuk pergi ke destinasi yang perlu
ditujui semasa aktiviti Bering atau Orientering iaitu Pulau Kambing, boleh
mendatangkan kecederaan yang serius sekiranya ada peserta yang tidak
berhati-hati. Malah terdapat pokok-pokok yang berduri juga boleh mendatangkan
kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai