Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGU PERTAMA

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian:

18 hingga 22 Januari 2015

Tajuk Jurnal

Minggu Pertama Sebagai Guru Pelatih

Minggu yang telah berlalu adalah minggu pertama saya sebagai guru pelatih.
Biarpun telah menjadi guru di SMA Ad-Diniah ini selama 2 tahun, masih banyak
yang saya perlu pelajari bagi menjadi guru yang cemerlang. Strategi, Kaedah dan
teknik pembelajaran yang baru saya pelajari semasa di maktab perlu saya
praktikkan sepanjang tempoh latihan praktikum perguruan ini. Justeru hari pertama
saya di SMA Ad-Diniah sebagai guru pelatih sememangnya berlainan berbanding
sebelumnya.
Kami berempat yang sedang menjalani latihan praktikum telah berada di
sekolah seminggu lebih awal dari tarikh praktikum kerana memenuhi tuntutan
sebagai guru hakiki di sekolah. Pada minggu praktikum ini, saya agak sibuk dengan
tugasan guru hakiki sebagai guru kanan matapelajaran, setiusaha sukan, dan
jawatankuasa jadual waktu. Justeru, sepanjang minggu ini, saya cuba menyesuaikan
diri dengan tugasan hakiki, pada masa yang sama memastikan tugasan sebagai
guru pelatih berjalan lancer.
Ustaz Jasmi Bin Sa`don dan Ustazah Khairunnisa Bt Mohd Ali yang merupakan
guru pembimbing saya telah berpesan agar segala urusan praktikum jangan
ditangguh. Fokus kepada rancangan pengajaran harian perlu saya utamakan,
dengan membuat perancangan yang rapi, dan menyediakan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian. Di samping itu, folio praktikum hendaklah diselesaikan sebelum
masuk minggu ketiga bagi latihan praktikum. Justeru, pada minggu pertama ini,
saya masih terkial-kial dalam menguruskan masa. Terima kasih kepada mereka
berdua kerana sering memperingatkan saya.
Hari pertama saya bersama pelajar sebagai guru praktikum nyata tidak
mudah. Biarpun telah mengenali pelajar sebelum ini, transformasi saya sebagai

seorang guru terlatih nyata memberi cabaran kepada saya untuk mengubah cara
mengajar saya yang stereotype kepada lebih fleksibel dan teratur. Untuk praktikum
kali ini, saya telah mendapat 8 waktu dan setiap minggu saya perlu menyiapkan
sebanyak empat RPH.
Beberapa kelemahan dalam perancangan pengajaran minggu ini perlu saya
perbaiki, seperti pengurusan masa, kawalan kelas, dan bahan bantu mengajar yang
lebih berkesan. Hal yang demikian kerana, saya telah mengambil masa yang lama
dalam menyampaikan set induksi kepada pelajar, dan menyebabkan masa pada
langkah pertama telah berkurang. Saya perlu bersedia di tepi kelas lima minit lebih
awal sebelum kelas bermula dan meminta guru masa sebelumnya, menyelesaikan
pengajaran

mereka

agar

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

saya

tidak

terganggu.
Selain itu, pengurusan masa yang efektif perlu saya beri perhatian, lebih lagi
apabila melibatkan

aktiviti pelajar.

Setiap arahan

perlu

lebih jelas,

selain

pengawalan kelas yang teratur kerana pelajar-pelajar jika tidak dikawal dan
dipandu, mereka akan berlengah-lengah dalam aktivit mereka. Justeru, aspek
pengawalan

kelas

perlu

saya

kaji

melalui

pembacaan

berkenaan

kaedah

melaksanakan aktiviti pembelajaran yang efisyen. Saya berharap, minggu hadapan


permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik, insya-Allah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Anda mungkin juga menyukai