Anda di halaman 1dari 2

NOOR FARHANA MOHD MUSAI

910924106116

Jurnal Reflektif Mingguan


Bilangan Jurnal :1

Minggu Pdpr : Minggu 1

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20-31 Januari 2021

Tajuk Jurnal : Interaksi Guru Dengan Murid

1. Isu/ Perkara Yang Difokuskan


Minggu pertama ialah minggu suai kenal dengan kanak-kanak menggunakan
medium baharu iaitu pendidikan alam maya atau online learning . Semasa sesi
suai kenal dijalankan kanak-kanak tidak dapat memberi tindak balas yang
sewajarnya apabila saya mengajukan soalan. Hal ini terjadi apabila saya
meminta kanak-kanak secara bergilir-gilir memperkenalkan nama mereka
sewaktu google meet. Sesi ini tidak dapat berjalan dengan baik kerana mungkin
kanak-kanak malu untuk bercerita atau masalah cara interaksi saya dengan
kanak-kanak tersebut. Fokus yang saya rasakan menjadi kelemahan dalam diri
saya ialah interaksi saya dengan kanak-kanak yang menyebabkan mereka tidak
dapat menjawab soalan dengan betul. Perkara ini berlaku sepanjang 3 hari
online class di jalankan .

2. Analisis
Saya dapati kanak-kanak tidak dapat memahami apa yang saya ingin
sampaikan. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara meluas kerana saya tidak
memberi gambaran jelas terhadap soalan dan penjelasan saya. Semasa saya
berkomunikasi dan bercerita, kanak-kanak tidak dapat menggambarkan apa
ujaran yang dilontarkan serta menjadikan kanak-kanak kaku untuk menjawab
soalan saya. Saya terpaksa bersoal beberapa kali menggunakan gaya bahasa
yang berlainan. Sehinggalah soalan saya berbentuk gaya “bahasa pasar”
menjadikan murid lebih memahami soalan saya.

3. Cadangan tindakan susulan


NOOR FARHANA MOHD MUSAI
910924106116

Saya akan mengolah teknik untuk mendapatkan cara interaksi yang lebih baik
iaitu dengan penggunaan intonasi, gaya bahasa dan lenggok suara yang sesuai
dengan situasi. Seterusnya, saya juga akan cuba untuk lebih banyak
berkomunikasi dengan kanak-kanak agar mereka lebih selesa dan dalam masa
yang sama saya dapat mengetahui rentak-rentak kanak-kanak tahun ini. Kaedah
dan corak penyampaian juga perlu berlainan agar kanak-kanak tidak berasa
bosan. Menurut Mok Soon Sang (2003), corak kepimpinan guru ketika berada di
dalam bilik darjah keberkesanan komunikasi yang berlangsung. Guru perlu
menjadi pemimpin yan kreatif dan pandai berkomunikasi untuk menarik minat
murid-murid.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya juga perlu lebih banyak membaca untuk mendapat idea yang lebih menarik
dan memasukkan unsur-unsur kecindan dalam komunikasi saya supaya mereka
berasa lebih selesa untuk berkomunikasi. Tempoh tindakan yang boleh diambil
adalah lebih kurang dua minggu, kerana guru harus peka terhadap persekitaran
kanak-kanak dan lebih mengenali kanak-kanak.

Tanda Tangan Pendidik Masyarakat , Tanda Tangan Penolong Pegawai


UPAK,

____________________________ _____________________________

(NUR JALILAH BINTI JAMIL ) ( )

Anda mungkin juga menyukai