Anda di halaman 1dari 5

IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH, 80350, JOHOR BAHRU,


JOHOR DARUL TAKZIM

KERJA KURSUS

REFLEKSI BINA INSAN GURU


PISMP AMBILAN JUN 2018

BINA INSAN GURU (MPU 3112)

NAMA : MUHAMAD SYAHMI RIFQI BIN SHARIMAN


NO IC : 990613065487
ANGKA GILIRAN : 20018122340078
PROGRAM/OPSYEN : PISMP SAINS 2
KURSUS : BINA INSAN GURU
KOD KURSUS : MPU3112
LAPORAN REFLEKTIF BINA INSAN GURU (BIG) 2021

Semasa menjalani aktiviti Bina Insan Guru (BIG) di kawan kediaman masing-masing
sebagaimana saya yang berada di Jengka Pahang, saya telah mendapat pelbagai pengalaman
baru dan berharga yang tidak munkin saya akan peroleh. BIG pada tahun ini terpaksa
dijalankan secara atas talian disebabkan kekangan Covid-19 yang perlu diputuskan rantaian
penyebarannya. Pengajaran abad ke 21 adalah menisfestasi untuk melahirkan generasi yang
mempunyai daya saing beraras tinggi dan mampu bersaing diperingkat global. Untuk
menghasilkan modal insan beraras tinggi ia berkait secara langsung dengan keberhasilan
murid. Tentunya di belakang kemenjadian murid adalah guru yang unggul (Barber & Mourshed,
2007). Aktiviti ini dijlanakan selama lima hari iaitu bermula 21 Jun 2021 sehingga 25 Jun 2021.
Saya telah terpilih untuk menyertai kumpulan 1. Kumpulan ini terdiri dari 3 pelajar kelas saya
iaitu PISMPPJ 1618 dan selebihnya ialah pelajar kelas PISMPPI 1618 dan PISMPPAKK 1618.
Pada mulanya saya dan rakan-rakan sekelas berasa sedikit segan kerana tidak biasa dengan
ahli kumpulan dari kelas lain. Namun, begitu perasaan itu hanya seketika kerana mereka amat
peramah dan kami dapat bekerjasama dengan amat baik sekali. Kumpulan diberikan tugas
untuk mengambil alih aktiviti air seperti alatan keselamatan di air, teknik apungan, dan langkah
keselamatan ketika melakukan aktiviti air. Aktiviti yang dapat saya pelajari melalui BIG ini
adalah seperti kraf perkhemahan, abseiling, kayak, aktiviti air, kerohanian, ikhtiar hidup,
memasak, dan semangat kerjasama dalam kumpulan.

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (STRENGTHS)

Antara kekuatan atau kelebihan melalui pelaksanaan aktiviti BIG ini adalah nilai-nilai keguruan
dapat dipupuk. Hal ini kerana dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu
yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat
menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan
manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Buck, 2006). Selain itu, kemahiran-
kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi
terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa ‘up to date’
dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara. Saya sebagai seorang guru pada masa
hadapan dapt mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program (BIG) ini.
Contohnya, penggunaan atas talian seperti Google Meet, Whatsapp, Telegram, dan Youtube
sebagai platform perkongsian BIG ini. Seterusnya, semangat kerjasama antara peserta dipupuk
sepanjang program ini dijalankan. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan
bersama-sama sehinggalah berakhirnya program itu. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu
masih belum mencukupi bagi program ini. Dan saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu
dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi
pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di
minta melakukan tugas seumpama ini. Saya tidak akan malu melakukan tugas ini, saya tidak
akan menyesal melakukan tugas ini dan apa yang akan keluar dari mulut saya hanyalah saya
boleh, saya boleh dan saya akan melakukan tugas-tugas seumpama ini.

KELEMAHAN (WEAKNESSES)

Antara kelemahan atau kekurangan yang dapat saya kenalpasti adalah semua pelajar semester
7 ambilan Jun 2018 IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor terpaksa menjalankan BIG ini dari
rumah mereka masing-masing. Mereka balik ke kampung dan tidak dapat pulang ke IPG oleh
kerana pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan lagi. Hal ini menyebabkan kami
kekurangan ahli untuk mengagihkan tugasan seperti rakaman video pelaksanaan aktiviti, dan
juga kemeriahan BIG ini semakin berkurang. Selain itu, saya mendapati kami masih lagi kurang
kemahiran dalam menguruskan Program BIG ini dengan teratur dan sistematik. Antaranya ialah
kami mengalami kekangan masa yang tidak mencukupi, masalah talian, dan kesukaran
membuat keputusan. Akibatnya, keputusan yang diambil menjadi terburu-buru yang
menyebabkan ahli lain mungkin ketinggalan dan terkapai. Akhir sekali, pemilihan tarikh
pelaksanaan BIG yang sering bertukar-tukar akibat kekangan Covid-19 ini. Sepatutnya kami
melaksanakan BIG ini di Telok Gorek Chalet & Campsite, Mersing Johor. Namun, aktiviti secara
beramai-ramai tidak dibenarkan bagi mematuhi Kawalan Pergerakan SOP yang ditetapkan oleh
pihak kerajaan. Akibatnya, kami bertukar-tukar tarikh sehingga menyebabkan ada yang sudah
pulang ke rumah dan ada yang masih berada di IPG.

PELUANG (OPPORTUNITIES)

Antara peluang yang saya kenalpasti melalui pelaksanaan BIG ini adalah program ini Program
BIG ini memberi manfaat sebagai persediaan saya yang bakal menjadi guru. Faedah yang
utama yang saya dapat ialah kepentingan bekerjasama dan kesepaduan ketika berada dalam
kumpulan. Hal ini demikian kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan.
Tanpa kerjasama yang jitu, sesuatu kumpulan tidak akan melakukan tugas secara optimum.
Kerjasama sepasukan amatlah penting. Tanpanya juga tiadanya persefahaman antara ahli
kumpulan.

Selain itu, memandangkan kebanyakan aktiviti berdasarkan kumpulan, ia melatih sikap


kepimpinan ketua. Semasa BIG kami bergilir-gilir menjadi ketua ahli jawatankuasa dan ketua
kumpulan setiap 6 jam sekali. Ketua memainkan peranan yang penting bagi memastikan
kumpulan berada dalam keadaan yang sejahtera di samping menjaga kebajikan ahli
kumpulannya. Selain itu, tanpa sikap kepimpinan seorang ketua yang berkaliber kumpulan
tersebut tidak akan maju setapak. Di sini saya belajar sikap kepimpinan perlu wujud di dalam
diri setiap manusia. Hal ini demikian kerana, sikap kepimpinan itu akan diaplikasikan ketika kita
mengarahkan atau memberi arahan kepada murid-murid yang bakal kita didik dan asuh kelak.

Dengan adanya program BIG ini dapat mengeratkan lagi hubungan atau semangat kawan
antara satu kumpulan. Hal ini demikian kerana jujur saya ingin mengatakan saya tidak berapa
kenal dengan ahli kelas lain seperti Reka Bentuk Teknologi. Jadi di sini, saya dapat mengenali
mereka walaupun tidak 100 peratus lagi. Paling tidak pun saya dapat mengetahui nama dan
tinggal di mana. Hal ini berlaku kerana masing-masing sibuk melakukan hal sendiri. Jadi di sini
BIG menjadi medan untuk saya mengenali kawan-kawan saya yang sebelum ini tidak sempat
bertegur sapa.

ANCAMAN (THREATS)

Antara ancaman atau halangan yang diperolehi melalui pelaksaan BIG pada tahun 2021 ini
adalah pandemic Covid-19 yang melanda di negara kita sejak tahun 2019 lagi. Pandemik ini
banyak memberi halangan dari segi pelaksanaan secara bersemuka, beramai-ramai. Malah
banyak kawasan rekreasi yang terpaksa ditutup oleh kerana kawalan pergerakan (MCO)
diperketatkan oleh pihak kerajaan. Kami perlu menjalankan BIG ini secara atas talian sahaja
dan aktiviti yang dijalankan hanya di dalam kawasan IPG. Pengalaman untuk merasai aktiviti
kayak di laut, ikhitar hidup di hutan, dan perkhemahan di hutan juga terbantut oleh kerana
pandemic Coivd-19 ini. Selain itu, peserta-peserta yang berada jauh di rumah kadangkala
tertinggal maklumat oleh kerana komunikasi yang terbatas seperti masalah talian, tentative
program dan sebagainya. Bilangan ahli setiap kumpulan juga berkurangan. Ini menyebabkan
halangan yang berlaku bagi menghasilkan program BIG yang sebenar seperi mana yang telah
dijalankan bagi tahun-tahun sebelum ini. Akhir sekali Telok Gorek Chalet & Campsite, Mersing
Johor yang merupakan perancangan kami untuk menjalankan aktiviti BIG ini juga tidak dibuka
sepanjang tahun ini. Di sana terdapat pemandangan yang cantik, suasana laut yang indah,
kelengkapan aktiviti rekreasi yang lengkap, dan sebagainya. Ini menjadi penghalang untuk kami
sehingga terpaksa mencipta prob alatan tersendiri seperti kayak yang dicipta melalui kotak-
kotak terpakai untuk dijadikan demonstrasi aktivti kayak.

PENUTUP

Kesimpulannya, program BIG ini merupakan satu pengalaman untuk mendidik para peserta
menjadi pendidik yang berkualiti pada masa akan datang. Program seperti ini banyak mengajar
saya sebagai seorang guru pelatih untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang guru yang
baik apabila saya menerima ijazah nanti. Tanpa program seumpama ini amat malanglah
seseorang guru itu kerana tiada pendedahan awal yang diterima apabila menjadi seorang guru
kelak. Seseorang guru itu perlu mengetahui mengapa seseorang pelajar itu mempunyai
masalah dan melakukan masalah apabila di sekolah. Kebanyakkan pelajar melakukan masalah
akibat tekanan yang mereka alami ini mungkin diakibatkan oleh ibu bapa mereka, kawasan
persekitaran mereka, jiran tetangga mereka, rakan sebaya mereka, dan pelbagai faktor lain dan
di sinilah tugas saya sebagai seorang guru untuk menggunakan kebolehan saya membantu
menyelesaikan masalah mereka.

RUJUKAN

Barber & Mourshed, 2007. Group art therapy: An interactive approach. In C. A.


Malchiodi (Ed.), Handbook of art therapy (2nd ed., pp. 313-324). New York, NY: Guilford Press.

Buck, J. 2006. The H-T-P technique: A recised manual. Los Angeles. Western Psychological
Services.

Anda mungkin juga menyukai