Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tahun : 5 Dinamik
Tarikh : 7 Mac 2021
Hari : Ahad
Masa : 12.00 pm -1.00 pm
Bilangan pelajar : 35 orang
Tema : Sains Hayat
Bidang pembelajaran : Haiwan
Tajuk : Kemandirian Spesis Haiwan

Kekuatan:

Hasil dan objektif pembelajaran pada hari ini tercapai dimana pelajar dapat melabelkan
gambar rajah haiwan dengan tepat dan menghuraikan cara haiwan tersebut elindungi diri
daripada musuh berdasarkan ciri-ciri khas mereka. Pengajaran yang dijalankan dilakukan
secara dua hala. Ini memberikan peluang kepada semua pelajar untuk menyatakan idea
masing-masing semasa sesi pdpc dijalankan. Selain itu sesi pdpr ini telah dijalankan dengan
mengambil kira dan mengaplikasikan elemen pengajaran abad ke-21. Ini dapat dilihat
dimana sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan memasukkan beberaa elemen
ICT dan juga mengekalkan elemen komunikasi dua hala antara pelajar dengan guru melalui
aktiviti perbincangan. Selain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini juga berjaya
menambahkan daya kreativiti pelajar melalui bahan bantu mengajar (BBM) yang dihasilkan
oleh guru. Akhir sekali, sesi pdpr yang dijalankan telah dijalankan mengikut kaedah
pengajaran Sains yang tepat iaitu dengan menggunakan pendekatan pembelajaran
penerokaan. Ini dapat dilihat dimana pelbagai aktiviti seperti inkuiri learning telah dilakukan
oleh guru dalam menyampaikan pengetahuan kepada pelajar.

Kelemahan:

Kelemahan sesi pdpr kali ini adalah guru tidak menggunakan BBM visual yang jelas dalam
menerankan faktor yang mempengaruhi perubhan populasi yang di akhirnya akan
membawa kesan kepada sesuatu populasi tersebut. Selain itu pengurusan masa yang
kurang baik juga merupakan kelemahan yang berlaku di dalam sesi pdpr kali ini. Hal ini
kerana masih berdapat pelajar yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis.

Penambahbaikan:

Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang jelas dalam bentuk visual dan animasi
serta lebih menarik bagi menarik minat pelajar dan bertepatan dengan tajuk hendak diajari.
Dengan hadirnya bahan bantu mengajar yang bersifat maujud ini, pelajar akan mendapat
gambaran yang lebih mendalam dalam sesuatu tajuk.

Anda mungkin juga menyukai